JEMPUTAN
Teach For The Needs dengan berbesar hati menjemput semua ke Konvensyen Pendidikan TFTN Kali Ke 2 yang akan diadakan pada 21 Disember 2013.
Berikut adalah butiran lanjut berkenaan program ini:
Tarikh : 21 Disember 2013 (Sabtu)
Tempat : TM Convention Centre, Menara Telekom, Lembah Pantai
Masa : 8.30 am - 6.00pm
Tajuk dan Penyampai Ucaptama
1) Ucapan Perasmian daripada Dato' Dr Siddiq Fadzil dan ucaptama bertajuk Cinta dan Pendidikan Solusi Banteras Kemiskinan
2) Aktivisma Pendidikan dan Kesukarelawanan Sebagai Kuasa Ketiga oleh Tan Sri Ghauth Jasmon
3) Pendidikan masa Hadapan Demi Malaysia Yang Lebih Baik oleh YB Nurul Izzah Anwar
4) Pedagogi Cinta Instrumen Holistik Solusi Kegagalan Pendidikan oleh Saudara Hilal Asyraf
5) Memperkasa Media Sosial Demi Pendidikan oleh Saudara Mat Luthfi
Diskusi Santai Konvensyen TFTN
1) Keindahan Aktiviti Sosial bersama Saudara Ally Iskandar dan Cik Sasha Saidin
2) Anak Muda dan Masyarakat bersama Saudara Fathi Aris Omar dan Dr Mohd Alinor
Bengkel dan persembahan prestasi tahunan TFTN bersama fasilitator TFTN
Objektif Program
Konvensyen Pendidikan TFTN ini diharapkan dapat memberi impak yang mendalam kepada kumpulan sasaran kami yakni:
1) Golongan Sukarelawan
- Menjadi wadah yang menyatu dan meraikan golongan sukarelawan dan juga sukarelawan-sukarelawan TFTN yang banyak menyumbang masa dan tenaga bersama anak-anak didikan TFTN dalam memastikan tiada yang ketinggalan dalam sukatan pelajaran yang diajar di sekolah.
- Memperkasa tenaga pengajar sukarelawan dengan teknik-teknik kemahiran mengendalai pembelajaran dengan mengaplikasi pedagogi cinta yang menjadi teras dalam TFTN.
- Mengetengah dan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sukarelawan TFTN dan tenaga pengajar sukarelawan secara umum.
2) Orang Awam (khususnya golongan pelajar dan golongan profesional muda)
- Memperkenalkan TFTN dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2013.
- Mendapatkan penyertaan orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga sebagai sukarelawan bersama pasukan TFTN.
- Mewujudkan kesedaran terhadap realiti yang dihadapi oleh anak-anak daripada golongan yang kurang berkemampuan untuk menikmati pembelajaran berkualiti.
- Menginspirasi orang ramai khususnya golongan muda dan profesional untuk turut sama menjadi penggerak dalam memastikan kesaksamaan pendidikan dapat dirasai oleh semua golongan di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut tentang program ini, sila hubungi Nurhartini A.Rahim (017 336 1984).
Terima kasih
Anas Alam Faizli
TFTN Founding CEO
Anas Alam Faizli ni berasal dari Finland ker.. awat bengong sangat nak pakat bahasa melayu.. pecat saja sesiapa yg mcm kebulur sangat nak cakap english.. nak ajar mat saleh ka nak ajar melayu?
BalasPadam