Khamis, 21 Februari 2013

LAGI BUKTI SPR MENIPU PILIHAN RAYA



INI AMARAN 
BUKAN ANCAMAN
INI  SATU JANJI

KOMENTAR TUKAR TIUB
telah beberapa kali tukar tiub menimbulkan pekara ini
hilang nama  pengundi
adalah sebahagian dari rancangan spr

apa yang dilakuan oleh spr
ialah menghilang kan nama nama pengundi
di kawasan yang dimenangi oleh pakatan rakyat
senang saja caranya

charles santiago seorang india
ahli parlimen dap
maka hilangkan nama india dan nama china
dan beberapa nama melayu yang bermula dengan haji

tak perlu susah susah
seorang pekerja spr
hanya duduk depan pc
dan hilangkan nama nama

untuk meneyedap cerita
munculkan nama pengundi
itu di kawasan mengundi yang jauh
dari tempat yang selalu si pengundi mengundi

untuk sedapkan cerita
ada nama di dun
tapi tak ada nama di parlimen

ini bukan fitnah
ada bukti saheh

pada pru 2004
ini telah berlaku di gombak
ini berlaku ketika dr. hatta ramly calon parlimen
dan dr ismail kamus  dan azmin ali calon dun bertanding
tiga tiga kalah

ini perancangan spr
kerana pada  pru 1999
kawasan gombam dimenangi oleh barisan alternatif

NOTA
kalau united malays national oragnisation menang pru13
tapi dengan cara tipu
maka kita semua wajib turun ke jalan raya
MP mohon mahkamah perintah SPR jelas pemilih hilang
Ahli parlimen Klang memfailkan permohonan semakan kehakiman agar mahkamah memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjawab pertanyaannya berkenaan daftar pemilih kawasan beliau.

Menurut Charles Santiago, permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi untuk menuntut SPR menjelaskan 'kehilangan' 3,457 pemilih dan perpindahan keluar 2,195 pemilih daripada parlimen P110 Klang

HENTIKAN PENIPUAN INI

-------

PENCERAHAN DARI PEMBACA





TAK SANGKA 
TOYOL PUN ADA JANTA BETINA
kah kah kah
 AJENDA TIPU MELAYU
tt, kerja buat kilang dan jual air jampi berjenama "tipu melayu" merupakan kerja paling senang nak dapatkan fulus dan pengaruh. Supaya lebih meyakinkan lagi umat melayu, gunakan Islam sebagai ayat pelaris dan pendinding. 

Pelaris kerana umat melayu bodoh dan mudah ditipu atas nama agama. Pendinding pula kerana umat melayu takut untuk menolak dan menentang kerja menipu ini. Kerja menipu ini lebih mudah bila guna lebel "perubatan Islam". 

Dengan nama "perubatan Islam", kerja menipu makin mudah dan lancar, kerana orang melayu akan berlumba-lumba menghabiskan fulus bila sesuatu dikaitkan dengan Islam. on KEMPEN ANTI HARUN DIN DITERUSKAN
Publish | Delete | Spam
KalbunUMNO
on 2/21/13

HANTU DATANG MENGUNDI
--------

KEDAH BEDRGOLAK LAGI - TUKAR TIUB TURUN MENGHASUT





PENGUMUMAN 
UNTUK WARGA UTARA
23hb fen 2013 - sabtu
di pendang   kedah
ito, nik jidan,  akan bersama
mat sabu dan tukar tiub 
KENYATAAN MEDIA Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) 
MENYOKONG PENUH PENDEDAHAN NGO BONGKAR 403 TENTANG KEPINCANGAN PENTADBIRAN  BARISAN NASIONAL KEDAH.  


Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah NGO BONGKAR 403  tentang 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum 2008 ketika mentadbir negeri KEDAH. Ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. Seluruh rakyat perlu diberi penerangan tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di Kedah dari zaman pentadbiran Menteri Besar  Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Bin Haji Aroff ,  Y.A.B Tan Sri Dato Seri Sanusi Bin Junid,  Y.A.B Dato Seri Haji Syed Razak Bin Haji Syed Zain dan yang terakhir Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid.

Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat. 

Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.

  Jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. 

Jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.

Jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan

Bukan sahaja rakyat Kedah malahan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu  tentang perjalanan projek- projek “sakit” ini :-
  • Projek Udang Kerpan, 
  • Projek UbahSuai Sri Mentaloon, 
  • Projek Feedlot Pendang, 
  • Projek Balak Laluan Tekih, 
  • Projek 99 East Langkawi, 
  • Jerai International Park, 
  • Projek Taliworks Langkawi dan 
  • Projek Loji Air Padang Sanai dan Lubuk Buntar 
Sebelum ini Pengerusi Bongkar 403 juta, YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN ini  mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta. 

Sehubungan dengan itu kami menjemput bukan sahaja anak- anak Kedah diperantauan tetapi seluruh warga Lembah Kelang dan rakyat Malaysia untuk menilai sendiri  pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 . Jam 9.00 malam di Dewan Dato Haji Fadzil Mohd Noor , KUIZM, Taman Melawar Kuala Lumpur.

Ceramah pada malam itu akan menampilkan YB Dato Mahfuz Omar  / Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ amiruddin / exco kerajaan negeri Kedah , YB Dato’ Ahmad B  Kasim / Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ustaz Firdaus Jaafar / Pengerusi Bongkar 403 , Saudara Sanusi Mohd Noor  / Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Saudara Zulkifli Yahya / Pegawai penerangan Kerajaan Negeri Kedah , Ustaz Riduan Abu Bakar  dan Wakil dari parti DAP Kedah. 

Persatuan Anak Kedah di Perantauan amat menyokong penuh pendedahan yang telah dicetuskan oleh BONGKAR 403 ini dan kami juga menuntut agar pihak UMNO dan Barisan Nasional Kedah tampil untuk menjelaskan kepincangan ini tanpa mereka perlu  memusing fakta dengan merangka serangan yang  bersifat keanak-anakan umpama “menutup tahi gajah dengan sebatang lidi”.

Sekian, wassalamualaikum . 

Yang Benar , 
 
Mohd Amin Othman.
Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar)




---

SOALAN KURUN INI UNTUK RAIS YATIM



MALAON KAKI BISING
KENAPA SEKARANG
SENYAP
KOMENTAR TUKAR TIUB
biasanya rais yatim akan sibuk
pekara yang tak sangkut paut pun
malaon rais yatim ini akan bersuara
akan beri komen
akan ke hulu ke hilir
akan bodek san
akan bodek sini

TETAPI
kes najib letak jawatan
rais yatim menikus
rais senyap sunyi
rais yatim tak buat komen

sudah 4 hari berita najib letak jawatan muncul
berita ini 
bukan  muncul dalam laman fitnah
bukan  lamam pakatan
berita in i muncul
 dalam laman resmi: KEMENTERIAN RAIS YATIM

apa maknanya?

maknanya ini kerja orang dalam
ada arahan untuk beri tekanan pada najib

kalau tidak MENGAPA rais yatim tak bersuara
adakah malaon ini tahu
adakah malaon ini perancang
adakah malaon ini akan digugurkan
maka malaon ini buat kerja sabotaj dari dalam

NOTA
jangan tuduh hacker
kalau hacker punya kerja
pasti ada tanda tangan
dalam budaya hacker 
meninggalkan tanda tangan
ialah tanda kejayaan
kah kah kah
Jabatan Penerangan nafi keluar kenyataan Najib letak jawatan
Februari 2013

KUALA LUMPUR -  Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri  Najib Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan,  Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata, penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan - 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.'


MUHYIDDIN 
MENANGIS GUMBIRA


-------

KEMPEN ANTI HARUN DIN DITERUSKAN



KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

Kuala Lumpur: Penjualan terbuka air jampi atau 'ruqyah' secara berleluasa dikhuatiri boleh menjejaskan akidah umat Islam apabila mereka percaya penyakit boleh sembuh menggunakan air itu. »

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata sewajarnya air jampi tidak dikomersialkan kerana ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan terhadap perubatan Islam sendiri selain boleh dianggap eksploitasi oleh sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan dengan mudah. 
“Contohnya, penjual mendakwa air berkenaan boleh melariskan perniagaan, menyembuhkan penyakit, menjadikan seseorang itu bijak, memelihara rumahtangga dan sebagainya. Sebenarnya jampi hanya dibacakan oleh orang yang selayaknya, mengikut kaifiat serta syarat tertentu. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...TOLONG ...TOLONG ... kah kah kah...

woit...JANGAN TUDUH TT YANG ANTI HARUN DIN.... kah kah kah..


kah kah kah... YANG ANTI HARUN DIN IALAH JAKIM... kah kah kah...

kah kah kah...YANG PRO HARUN DIN IALAH SYABAS... kah kah kah...


JEMPUTAN UNTUK
MENONTON
FILEM MENGHASUT

------

PROGRAM MENGHASUT DI SANA SINI - MAJALAH CARI GADUH





SENI MENGHASUT
SENI MELAWAN
SENI LAWAN KERAJAAN

pameran kerja seni tukar tiub
di map publika
jangan jadi seniman bodek
jadi seniman melawan



FILEM DI UBU
filem untuk meghasut
benci kerajaan
anak muda semua 
di jemput datang
terutama yang cool
yang cute
yang slim



MAJALAH COOL
majalash cari gaduh

Foto muka depan POSTO!#1 oleh Amrul ini punya falsafah tersendiri yang cuba disampaikan. Ia turut diceritakan di dalam majalah ini. Bakal di pasaran hujung minggu. Boleh pesan sekarang. Cetakan terhad! RM12 + RM4.50 untuk pos ekspres. Bayar di akaun Maybank 162021363678- Raja Rohaisham dan email bukti pembayaran ke kutubkhanah112@com

Penulis-penulis hebat tanahair berhimpun di dalamnya-
HishamuddinRais-HasniAbas-MatSamanKati-Ronasina-AdamAdli-NajwanHalimi-LimHongSiang-HafizZainuddin-WahyudiYunus-WakDogol-FaizalRiduan-WanJiAtTaadudi-PuspawatiRosman-AfiqMNoor-NashitaMNoor-AthinaMarzuki-KakSham

Komik bertajuk KUASA penulis-Ronasina pelukis-OOTS

Dua koresponden - Mohd Faizal (Quebec, Kanada)
- Sandy Indra Pramata (Jakarta,
Indonesia)

Gila woi kalau tak beli!



PROGRAM BUAT HURU
PROGRAM BUAT HARA

-----

BANGANG PUNYA NAJIB




Najib minta rakyat 

buat pilihan tepat

MIRI: Perdana Menteri,  Najib Razak hari ini meminta rakyat membuat pilihan tepat bagi memastikan keamanan dan kestabilan dinikmati sekarang dapat diteruskan termasuk pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina di negara ini. »


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... BANGANG PUNYA NAJIB... kah kah kah...

kah kah kah.... MINTA RAKYAT BUAT PILIHAN TEPAT... kah kah kah..

woit... MINTALAA RAKYAT BUAT PILIHAN SALAH.... kah kah kah..

kah kah kah...PILIHAN TEPAT  MENGUNDI PAKATAN.... kah kah kah..

kah kah kah... PILIHAN SALAH MENGUNDI UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION .... kah kah kah

woit... BANGANG..kah kah kah

NAJIB BETUL NGOK
dah bagi amaran pun
tak sedar sedar

----------

SITI POPIAH - KAYA LAGI



KAKAK GEMOK
ADIK MONTOK
MACAM BADAK DUA SERUPA

URUSNIAGA BOUSTEAD MEMBERI DURIAN RUNTUH KEPADA RAJA ROPIAAH

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan ibu pejabat di Menara Boustead yang memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sebagai pemegang saham minoriti Boustead Holdings Berhad.
Saya berkesempatan meneliti dua perjanjian yang telah ditandatangani di antara Bakti Wira Sdn Bhd (BWSB), sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad dan secara langsung dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan dua syarikat berikut:
1.     Astacanggih Sdn Bhd (ACSB) yang dimiliki dan dikuasai oleh Deepak Jaikishan
2.     Awan Megah Sdn Bhd (AMSB) yang dimiliki dan dikuasai oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor
Dua perjanjian yang dipaparkan untuk semakan pemegang saham adalah:
1.     Perjanjian Membangunkan 3 Bidang Tanah di antara BWSB, ACSB dan AMSB (Perjanjian Pertama)
2.     Perjanjian Membeli Saham yang melibatkan BWSB dan pemegang saham ACSB (Perjanjian Kedua)

Saya menumpukan perhatian kepada bahagian-bahagian perjanjian yang memberi maklumat mengenai kepentingan kesemua individu yang terbabit serta peruntukan-peruntukan yang membolehkan perjanjian ini terbatal.

Ada beberapa klausa utama yang pada pandangan saya, telah membatalkan Perjanjian Pertama secara automatik kerana ketidakpatuhan syarat-syarat di pihak AMSB. Perkara ini akan dibawa ke perbincangan Biro Politik KEADILAN petang ini untuk mendapat pandangan pakar guaman parti dan Kerajaan Negeri Selangor. Dalam masa terdekat, saya akan mengumumkan tindakan selanjutnya sama ada dari segi undang-undang atau di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang akan membatalkan Perjanjian Pertama serta-merta.

Ini matlamat utama KEADILAN agar urusniaga melibatkan RM130 juta dapat dihentikan dan menyelamatkan wang pencen angkatan tentera.

Namun, saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia. Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

Saya boleh mendedahkan klausa-klausa berikut dalam Perjanjian Pertama yang memberi keuntungan beratus juta ringgit kepada Raja Ropiaah (selain dari pembayaran RM130 juta yang telah diumumkan sebelum ini):
§  Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak tambahan sebanyak RM15,054,408.31 kepada AMSB melalui satu surat lantikan bertarikh 26 Jun 2012. Kontrak ini tidak diumumkan sebelum ini.
§  Walaupun sudah dibayar RM130 juta atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT, sebenarnya hanya 200 ekar dari keseluruhan 223.2 ekar yang akan dipindahkan kepada BWSB. Perjanjian Pertama secara jelas menegaskan bahawa sebanyak 23.2 ekar kekal dalam tangan Raja Ropiah, yang nilaiannya boleh mencecah puluhan juta ringgit.
§  Boustead Holdings Berhad juga mendahulukan wang sebanyak RM4 juta kepada Raja Ropiaah melalui proksinya yang bernama Putra Nazrain Abdul Jalil untuk membeli dan menguasai 20% pegangan di dalam ACSB. Melalui Perjanjian Pertama, ACSB akan menguasai tanah seluas 200 ekar yang akan dibangunkan menjadi projek berbilion ringgit. Secara langsung, urusniaga ini memberi pegangan 20% dari projek bernilai berbilion ringgit kepada Raja Ropiaah.
§  Perjanjian Pertama mensyaratkan agar BWSB menguruskan segala komitmen kewangan Raja Ropiaah dengan GuppyUnip Sdn Bhd, termasuk menjelaskan apa-apa hutang agar perjanjian usahasama di antara Raja Ropiaah dan GuppyUnip dapat dibatalkan. Komitmen kewangan sedia ada tidak dinyatakan dan akan diuruskan oleh BWSB.
§  Perjanjian Kedua secara jelas mensyaratkan agar Deepak Jaikishen tidak membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead Holdings Berhad, mengesahkan dakwaan saya sebelum ini bahawa perjanjian bertujuan menutup mulut Deepak.

Ini hanyalah sebahagian dari pelbagai perkara yang saya temui dari semakan perjanjian.

Saya akan berbincang dengan pakar guaman parti dan selepas mendapat pandangan profesional, akan mengambil tindakan selanjutnya untuk mendedahkan pelbagai urusniaga lain yang merugikan rakyat.

Buat masa sekarang, saya ingin menegaskan kembali bahawa Dato’ Seri Zahid Hamidi telah gagal dalam menjaga kepentingan dan kebajikan angkatan tentera. Saya juga masih menunggu saman beliau yang belum lagi dihantar kepada saya, agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
 
20 FEBRUARI 2013 



TAK KAN HILANG 
ALTANTUYA DI DUNIA
----------