MENANGIS GUMBIRA
MENDENGAR LAPORAN RATING
NAJIB SEMAKIN TURUN
KOMENTAR TUKAR TIUB
amat jelas bahawa muhyiddin
sedang bergerak untuk menendang najib
muhyiddin sedang menyusun barisan
untuk mengambil alih pucuk pimpinan
ini tidak salah
malah satu malaysia mengalu-alukan
tetapi kebelakang ini persoalan timbul
apakah muhyiddin ini memiliki ketrampilan fikrah
yang diperlukan untuk memandu negara ini
akhir akhir ini ada beberapa kenyatana muhyiddin
agak mamai lagi sasau
apakah penasehat muhyiddin telah hilang punca
kenytaan kenyataan ini kelihatan memperlekehkan
keupayaan muhyiddin untuk berfikir
malah telah timbul pertanyaan dikalangan diplomat
apakah muhyiddin ini memiliki keupayaan untuk berfikir
yang melebihi najib?
TPM dedah niat pembangkang
HULU SELANGOR 13 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian dan kemudian menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).
SAMM Sifatkan Kenyataan Muhyiddin 'Songsang' dan Terbalik
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyanggah kenyataan Muhyiddin Yassin yang mendakwa Pakatan Rakyat kononnya merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.SAMM menyifatkan kenyataan tersebut adalah 'songsang' dan terbalik. Ia juga menggambarkan seolah-olah TPM sedang bercakap di depan cermin.
Bagi SAMM, walaupun kenyataan pemimpin nombor dua Umno agak lucu dan tidak masuk akal, SAMM tetap mengambil serius memandangkan tabiat 'berbuat sesuatu tetapi menuduh orang lain buat' telah berlaku dalam skala penipuan yang sangat besar. Ia dibantu oleh media yang dikawal oleh mereka dengan harapan rakyat terus diperbodoh.
Majoriti rakyat sudah tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Rakyat tahu siapa yang merancang untuk menggagalkan pilihanraya, malah setakat ini pihak yang sama dengan sengaja telah melewat-lewatkan pilihanraya.
Rakyat juga tahu siapa yang mahu menghuru-harakan keadaan, malah telah banyak huru-hara dilakukan oleh penyokong Umno. Serangan cat, baling batu, baling telur, semua dilakukan Umno kerana gementar kehilangan besar sokongan rakyat. Rata-rata pemimpin Umno yang terlibat pelbagai skandal bakal ke penjara jika Umno tewas Putrajaya, ia seharusnya menimbulkan panik.
SAMM melihat, sebagai gagasan paling berpotensi untuk menerajui Putrajaya selepas ini, tiada sebab untuk Pakatan Rakyat mencetus huru-hara kerana ia akan menyulitkan banyak perkara. Pakatan Rakyat bertegas untuk memastikan peralihan kuasa berlaku dengan aman dan beberapa 'langkah awal' melibatkan institusi keselamatan negara telah mula disusun. Ini hakikat yang harus diterima.
Akhir sekali, SAMM mengucapkan syabas kepada Muhyiddin kerana mengeluarkan kenyataan mirip seorang ketua pembangkang. SAMM yakin Muhyiddin mampu menjadi ketua pembangkang yang baik dan tegas dengan ciri-ciri yang terserlah hari ini.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
--------