CUI BONO – SIAPA UNTUNG?
Minggu ini saya memperkenalkan satu ayat dalam bahasa Latin –
Cui bono – siapa untung. Ayat ini mucul di kota Rom dalam tahun 1604. Hari ini ayat ini sedang
digunakan oleh FBI, CIA, Mossad, MI5,
MI6 atau FSB badan risik yang menggantikan KGB di Rusia.
Ayat ini menjadi kunci untuk apa sahaja bentuk siasatan intel, jenayah dan
analisa politik.
Cui bono – siapa untung - adalah teknik dan cara untuk menjalankan
siasatan. Kalau FBI di Amerika membuat siasatan keatas Mafia pembawa dadah atau kartel dadah dari Colombia maka Cui bono ini adalah ‘Al-Fatihah’
pembuka surah. Semua badan risikan dan polis dalam dunia iani akan menggunakan cui
bono – kecuali polis Malaysia dalam kes pembunuhan Altantuya.
Cui bono atau siapa untung ini dijadikan mantra. Apa sahaja tindak tanduk manusia semuanya
berasaskan cui bono. Gadis Iran membawa dadah ke Malaysia untuk mendapat untung
ringgit dan dolar. Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty memadamkan ‘Anak Lelaki’ untuk kelentong orang Melayu. Sangkaran Pillai
menukar nama menjadi Chandra Muzaffar untuk tipu Melayu. Justeru manusia akan melakukan
apa sahaja untuk keuntungan diri. Dengan ini jika kita mengkaji dan melakukan siasatan maka cui bono ini adalah kunci.
Satelah memahami apa itu cui bono maka saya buka kembali analisa
terhadap apa saya panggil Sandiwara Al-Lahad Datu. Saya cukup yakin apa yang
berlaku di Lahad Datu semuanya adalah sandiwara. Kenapa saya berani berkata sademikian?
Jawabnya cukup senang : cui bono – siapa untung.
Sebelum kita meneliti keuntungan itu biar saya bogelkan
beberapa fakta lawak. Kita diberitahu
satu gerombolan 100 orang warga Sulu yang lengkap bersenjata telah masuk ke
Lahad Datu. Bagaimana warga Sulu ini datang tidak jelas.
Kemudian akhabar dan media
milik United Malays National Organisation mula. memuntah berita-berita
lawak lagi bodoh. Jumlah 100 orang menjadi 40. Kenapa demikian tidak jelas.
Wartawan dalam dan luar negara TIDAK dibenarkan melapor. Wartawan AL-Jazeera
telah ditangkap dan ditendang keluar. Yang boleh melapor hanya media milik
Ketuanan Melayu.
Najib dan sepupunya Hishammuddin kurang sedar bahawa Ronald
Reagan telah menghadiahkan kepada dunia apa yang dipanggil internet. Melalui
sistem internet ini kita semua dapat membaca laporan-laporan dari media
Filipina dan media dunia.
Dari media Filipina kita tahu bahawa sosok yang berkaca mata
hitam saperti rupa Mat Daud Kilau ialah
Sultan Sulu yang tinggal di Manila. Sultan
ini sedang menuntut hak terhadap Sabah. Dari media Filipina untuk pertama
kalinya rakyat Malaysia mendapat tahu secara resmi bahawa didalam perlembagaan
Filipina, Sabah adalah sebahagian dari
negara Filipina. Untuk pertama kalinya rakyat Malaysia tahu bahawa setiap tahun
kerajaan Malaysia membayar sewa kepada Sultan Sulu kerana memakai Sabah.
Internet juga memberi kita tahu bahawa Sultan Sulu ini ramai. Kita juga tahu bahawa
Lokman Adam ialah penasehat salah
seorang dari Sultan Sulu ini. Kita juga tahu pemimpin 100 penceroboh bersenjata itu ialah bekas
ADO di Sabah dan warga Malaysia.
Pada hari kedua sesudah 100 penceroboh masuk kita diberitahu
bahawa mereka ini adalah delegasi dari Sulu yang ingin berbincang dengan seorang ‘personaliti’. Mengikut media
milik Ketuanan Melayu sesudah berbincang dengan ‘personaliti’ ini maka
gerombolan 100 orang ini akan beredar. Siapa personaliti ini hingga ke hari ini tidak pulak
diberitahu.
Maka spekulasi timbul
walaupun Ketua Polis Negara melarang kita semua berspekulasi. Orang ramai tertanya-tanya apakah Sultan Sulu
menghantar delegasi untuk meminang Ziana Zain atau datang untuk meminang adik Ziana Zain. Untuk rakyat Malaysia pekara
ini masuk akal kerana Najib dan sepupunya amat rapat dengan
keluaraga Zain ini.
Selama 23 hari
delegasi Sultan Sulu ini ‘ bermastautin’ di Lahad Datu. Satu Malaysia tidak tahu apa yang
dibincangkan. Apa yang mereka labonkan berminggu minggu. Kelambatan Najib dan
sepupunya mengambil tindakan telah menjadikan bekas MB Selangor menyinga marah.
Khir Toyo telah menyelar Najib kerana gagal bertindak. Dalam bahasa anak muda
Khir Toyo telah berkata : Najib ini poyo!
Tetiba sandiwara ini menjadi gempak apabila berlaku tembakan
dan kematian. Jeng jeng jeng... suasana kini beralih. Maka diumumkan secara resmi bahawa PDRM sedang
menjalankan apa yang dipanggil panggil Ops Sulu. Warga Sulu yang mungkin datang untuk melamar Ziana Zain kini dianggap sebagai penceroboh. Lawak bodoh ini terus menjadi lawak seram
kerana si penceroboh memakai pakaian
seragam dan bersenjata lengkap. Dari
mana senjata ini datang walah hu alam bisawab – tidak pernah rakyat Malaysia
diberitahu.
Dari awal lagi satu persoalan hakiki telah muncul. Kenapa
hantar polis. Kenapa tidak dihantar tentera wal hal penceroboh ini lengkap
bersenjata. Untuk membodohkan Bani Melayu
maka diumumkan bahawa Malaysia tidak boleh menghantar tentera kerana ini
melanggar ‘Geneva Convention’. Kah kah kah.
Kenyatan Najib tentang ‘Geneva Convention’ membuktikan bahawa Najib ini
bukan sahaja poyo tetapi betul-betul
bangang.
Najib dan sepupunya menjangkkan rakyat Malaysia ini bodoh
macam telor, menerima apa sahaja yang dilaporan oleh TV3. Ini silap besar
kerana rakyat Malaysia secara lojik akan bertanya kenapa Tentera DiRaja Thai datang menyerang
Gerakan Pembebasan Petani. Atau kenapa
Tentera Rusia menyerang Chechen? Kalau mengikut lojik Geneva Convention Najib, serangan
tentera Siam ini bermakna kerajaan Siam
di Bangkok mengitiraf kerajaan Melayu Petani. Kah kah kah.
Sandiwara ini bertambah bodoh apabila jet pejuang mula
menjatuhkan bom. Sandiwara disini bukan
tentang bom ini sengaja dijatuhkan ditempat
yang salah hingga menggangu tupai dan
cikah. Babak bom ini menjadi sandiwara
kerana semenjak bila PDRM memiliki jet pejuang.
Perhatikan betul-betul media Ketuanan Melayu sekarang. Secara
di rancang Ops Sulu tetiba berubah menjadi Ops Daulat. Penceroboh kini menjadi militan dan pengganas.
Kenapa bagini? Untuk memahami ini mari
kita kembali kepada Cui bono – siapa untung dalam pementasan sandiwara ini.
Satu Malaysia tahu bahawa United Malays National Organisation
akan bungkus dalam PRU13 ini. Kemenangan dalam PRU12 dahulu hanya dibantu oleh
undi haram dari Sabah. Ketika sandiwara Lahad Datu dipentaskan parti Kertuanan
Melayu ini sedang nyawa-nyawa ikan. Siasatan DiRaja tentang kad pengenalan
segera sedang berjalan di Kota Kinabalu.
Balasubramaniam baru sahaja pulang dari India dan sedang membuka kesah jahat
keluarga Najib. Adik angkat Rosmah Mansor, Deepak Jaikshan sedang meroyan ke
hulu ke hilir membawa kesah ‘cintanya’ dengan Rosmah Mansor. Muhyiddin Yassin pula sedang mengumpulkan
bala tentera - lebih besar dari Tentera DiRaja Sulu - untuk menendang Najib.
Jelas Cui bono memerlukan motif. Bukan saperti Azilah dan
Sirul membunuh Altantuya tanpa motif. Motif pementasan sandiwara Al-Lahad Datu
ialah untuk memadam dan memesongkan pandangan rakyat Malaysia terhadap realiti
politik yang sedang berlaku. Sesak nafas
yang dihadapi Najib hilang apabila sandiwara Ops Sulu a.k.a Ops Daulat dipentaskan.
Dengan sakelip mata kesah Bala, kesah Deepak, kesah Scorpene,
kesah Najib akan didakwa di Paris – hilang dari pembacaan umum. Setiap hari
media United Malays National Organisation memaparkan sentimen sedih. Media mengajak Bani Melayu agar bersatu menyokong United Malays National Organisation kerana
ada Mat Sulu yang dulunya diberi kad pengenalan segera kini sudah berani melawan towkay.
Ops Daulat ini mengingatkan saya kepada PRU tahun 1964 dimana
United Malays National Organisation dengan MIC dan MCA telah menang besar
kerana pada ketika itu ada musuh luar
bernama Bung Karno. Kali ini dalam tahun 2013 nampaknya teknik 'mewujudkan musuh luar’ sedang digunakan untuk
mengembalikan kesetiaan anak semua bangsa yang sudah bangun untuk menerajang mampos
parti Ketuanan Melayu.
Lihat bagaimana laporan membawa jenazah disiar tv terus
menerus dari lapangan terbang ke tanah
perkuburan. Ini bertujuan untuk
menimbulkan simpatai kepada United Malays National Ornagisation. Belas
kasehanlah kepada parti ini kerana sedang
berjuang melawan musuh dari luar. Najib dan United Malays National Organisation
sedang meraih untung dari simpati orang
ramai.
Yakinlah tidak lama lagi akan diadakan perhimpunan
besar-besarkan untuk membakar semangat patriotik anak semua bangsa untuk terus
menyokong kerajaan haram ini. Semua ini adalah skrip sandiwara Al-Lahad Datu. Saya juga tidak
hairan jika akan dipentaskan beberapa sandiwara – saperti Sandiwara Prebet Adam,
Al-Maunah dan dan dan.... Semua ini untuk mengolah persetujuan agar rakyat akan
terus menyokong kerajaan.
Najib Razak berhujah bahawa Lahad Datu bukan sandiwara kerana
adanya kematian. Untuk ini saya membawa pembaca kepada sandiwara Mei 13. Mei 13 dipentaskan kerana United Malays National Organisation
telah hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Hari ini kita faham
bahawa Mei 13 ini dirancang untuk menyelamatkan kuasa elit politik. Kematian
hanya memperkukuhkan lagi skrip sandiwara itu.
Statistik resmi : antara tahun 2000 hingga Februari 2010
menunjukkan seramai 144 kes kematian dalam lokap dilaporkan melibatkan 64 orang
Melayu, 30 orang Cina, 28 orang India, 8 bagi kaum-kaum lain dan 14 kes
kematian bagi warga asing. Soalannya
kenapa Najib tidak tunggang langkang bersedih bila membaca angka kematian ini?
Kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada yang gugur. Kita bersimpatai kepada yang terkorban. Kita sama bersedih dengan anak, isteri dan kuam keluarga soldadu dan mata-mata yang gugur. Kita juga sama bersedih atas kematian dari pihak musuh. Tetapi adanya kematian bukan bermakna Lahad Datu tidak sandiwara.
Ini kerana Cui bono
– yang untung dalam sandiawara ialah
Najib Razak dan memberi nafas unituk United Malays National Organisation. ( TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minngun ini sila pukul
talipon : 22 - 72 - 40- 45
--------