Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, hakikat sebenarnya, apa yang terjadi terhadap pengendali blog pro-Umno Papagomo yang dikategorikan sebagai pengundi hantu dan mempunyai dua nombor kad pengenalan itu ia merupakan satu kesilapan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...MALAON INI DARI PLANET MANA?.... kah kah kah..
kah kah kah... SATU DUNIA TAHU SPR MENIPU..... kah kah kah...
kah kah kah... SATU MALAYSIA TAHU ADA PENGUNDI HANTU...kah kah kah..
woit... SIASATAN DI RAJA DI SABAH IALAH TENTANG PENGUNDI HANTU...kah kah kah..
kah kah kah...BANGANG SANGAT MALAON INI.... kah kah kah...
kah kah kah..PATUTLAAA TAK PERNAH BEREKUASA DFI KELANTAN..... kah kah kah
IC Polis/Tentera Boleh Dimanipulasi dan Sistem Dakwat Kekal 'Terbalik' Membantu Penipuan Pilihanraya
Berikutan pendedahan sensasi di media apabila seorang anggota trafik yang juga seorang blogger pro-Umno boleh mengundi dua lokaliti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan semua pihak bahawa terdapat sindiket terancang yang 'dibiarkan' berlaku demi untuk Umno terus berkuasa.
Ini bukan kes terpencil, ia boleh berlaku di kalangan semua anggota polis dan tentera khususnya yang telah tamat perkhidmatan dan berhenti. Dengan dua pengenalan diri, 'IC tentera' dan juga 'IC awam' digunakan untuk mengundi lebih dari sekali dan kes blogger pro-Umno ini adalah bukti yang jelas.
Berapa ramai jumlah anggota tentera dan polis yang sudah tamat perkhidmatan yang berisiko menafikan sistem demokrasi dengan menjadi pengundi hantu? Ia juga menunjukkan betapa SPR tidak pernah serius membersihkan senarai pengundi lantas menjadi salah satu jalan penipuan pilihanraya.
Di atas sebab yang sama, majoriti rakyat hari ini menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengekang pengundian lebih dari sekali oleh individu sama.
Namun difahamkan sistem dakwat kekal yang akan dilaksanakan pada PRU-13 kelak adalah berbeza dari kebiasaan. Hanya mereka yang sudah dicalit dakwat akan diberikan ballot (kertas) mengundi. Ia juga bermakna, setiap mereka yang sudah dicalit dakwat kekal boleh mengundi lebih dari sekali dengan sistem 'terbalik' ini.
Justeru itu, SAMM mendesak supaya penggunaan celupan dakwat kekal harus dilaksanakan dengan sistem yang lebih berkesan iaitu dengan meletakkan syarat hanya jari yang bersih tanpa dakwat kekal sahaja layak mendapat ballot mengundi.
Jika SPR terus menggunakan sistem yang serba pincang, ia jelas bermakna pelaksanaan penggunaan dakwat kekal yang diumum hanya untuk mengkaburi mata rakyat. Malah ia menjadi satu cara untuk terus menipu dalam pilihanraya. Demokrasi terus dinafikan secara terselindung.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
SPR AKUI PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS PENGUNDI HANTU
Saya alu-alukan pengakuan Pengerusi SPR, TAbdul Aziz Mohd Yusoff bahawa wujud pengundi hantu di dalam daftar pengundi, seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini.
Beliau juga memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.
Semakan kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.
Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan Aziz sebagai Pengerusi SPR memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.
Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.
Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, saya cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.
Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
23 MAC 2013
MALAM INI DI WANGSA MAJU