HILANG HAK
KEBEBASAN
BERPOLITIK
LIHAT DAN BACA - BAGAIMANA KEBEBASAB HILANG
Subject: GARIS PANDUAN WARGA TM SEPANJANG MUSIM PILIHANRAYA UMUM KE-13 (PRU13)
Warga TM sekalian,
Seperti sedia maklum, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, pihak Syarikat ingin mengambil kesempatan ini untuk menyarankan setiap anggota TM untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara apabila tiba masanya kelak.
Dalam pada kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai warganegara, perlu diingatkan juga bahawa terdapat beberapa garis panduan berasaskan nilai-nilai teras KRISTAL dan juga Kod Etika Perniagaan yang perlu kita patuhi sebagai warga pekerja TM di sepanjang musim PRU13 ini. Garis panduan ini tertakluk kepada perkara-perkara berikut dan tidak terhad kepada:
v Anggota TM adalah dilarang menerbit atau mengedar buku-buku atau artikel atau risalah yang mengandungi pandangannya sebagai warga TM (termasuk melalui emel syarikat) jika pandangannya itu boleh dianggap secara munasabah sebagai menyebelahi mana-mana parti politik.
v Anggota TM adalah dilarang membuat pernyataan sebagai warga TM kepada orang ramai sama ada secara lisan atau bertulis yang menyebelahi mana-mana parti politik mengenai perkara yang menjadi pertikaian di antara parti-parti politik.
v Anggota TM adalah dilarang mengambil bahagian dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon bagi sesuatu pilihan raya.
v Anggota TM adalah dilarang bertindak sebagai agen pilihan raya atau tempat mengundi atau bertindak dalam sebarang peranan untuk atau bagi seseorang calon dalam sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negeri.
v Anggota TM tidak dibenarkan menaja air mineral atau apa-apa cenderamata yang tertera logo TM kepada mana-mana parti politik.
v Anggota TM juga adalah dilarang memakai pakaian yang tertera logo TM semasa menghadiri ceramah pilihanraya oleh parti-parti politik yang terlibat.
v Anggota TM tidak dibenarkan menggunakan kenderaan pejabat, permis TM dan waktu pejabat untuk menghadiri atau memberi ceramah politik oleh parti-parti politik.
v Anggota TM yang berhasrat untuk melibatkan diri secara sepenuh masa dalam mana-mana parti politik termasuk memegang sebarang jawatan di mana-mana peringkat Jawatankuasa parti hendaklah meletakkan jawatan mereka sebelum memegang sebarang jawatan di dalam parti tersebut.
v Mana-mana anggota TM yang berhasrat untuk menyandang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik mestilah memaklumkan dan terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan (CHCO).
v Anggota TM hendaklah memastikan semua kenderaan TM tidak mempamerkan apa-apa pelekat atau bendera yang mewakili mana-mana parti politik.
v Anggota TM tidak dibenarkan memasang bendera/banner atau melekat apa-apa risalah parti-parti politik di dalam premis TM.
v Semua kenderaaan persendirian yang memasang bendera/logo mana-mana parti politik adalah dilarang memasuki premis TM.
v Anggota TM dilarang memakai pakaian yang mempunyai logo mana-mana parti politik di dalam premis TM sama ada pada waktu bekerja atau di luar waktu bekerja.
v Anggota TM dilarang membawa masuk orang perseorangan yang memakai pakaian berlogokan mana-mana parti politik atau membawa masuk kenderaan orang luar yang mempunyai bendera/logo mana-mana parti politik melainkan jika ianya adalah acara rasmi syarikat.
Sebagai warganegara dan warga TM yang bertanggungjawab, marilah kita sama-sama mempamerkan nilai-nilai murni sepertimana yang terkandung dalam nilai-nilai KRISTAL 1TM kitasepanjang musim PRU13 ini. Laksanakan hak anda sebagai pengundi dengan penuh hemah dan patuhilah setiap garis panduan di atas serta yang termaktub di dalam Kod Etika Perniagaan kita.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkenaan garis panduan di atas, sila hubungiHuman Capital Business Drivers atau HC State berdekatan anda.
Sekian. Terima kasih.
--------