TUNGGU DAN NANTI
TV BANGSAR UTAMA
HARI INI JAM 4:00 PETANG
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
8 APRIL 2013
Jangan Lupa BN Merupakan Penyebab Masalah Negara
Najib Razak akhirnya mengumumkan manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) semalam, antaranya menyebut tentang 17 janji dan 6 sebab untuk menyokong BN. Dengan janji-janji itu, sekali lagi Najib cuba menutupi fakta bahawa BN merupakan penyebab kepada permasalahan negara.
Apabila BN mengharapkan mandat daripada rakyat, parti yang telah memegang kuasa selama lebih daripada separuh abad ini sepatutnya menilai kembali pencapaian dalam pelbagai aspek, termasuk ekonomi, politik, pelestarian alam sekitar, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Pengundi perlu menilai pencapaian sesebuah parti, bukan terpengaruh oleh janji yang dibuat pada saat-saat sebelum pilihan raya.
Hakikatnya, manifesto pilihan raya BN penuh dengan tipu daya. BN bertekad untuk membasmi ancaman rasuah, tetapi kes Ketua Menteri Sabah menerima sogokan RM40 juta berserta kekayaan RM64 bilion yang dimiliki oleh kaum kerabat Taib Mahmud membuktikan janji BN hanya omong kosong. Kenapa tiada tindakan selanjutnya diambil? Di manakah iltizam politik BN untuk memerangi rasuah? Menjelang pilihan raya, sekali lagi janji kosong sebegini dilaungkan.
Manifesto BN menyentuh tentang pemeliharaan sumber semula jadi dan pelaburan tenaga hijau. Ironinya, isu Lynas masih hangat diperdebatkan. Pertubuhan rakyat dan Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk menyekat operasi Lynas dan segala projek pembangunan yang mengancam alam sekitar. Kerajaan BN tidak mengendahkan bantahan rakyat dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan ekonomi jangka pendek. Maka, hasrat Kerajaan BN untuk membangunkan tenaga hijau tampaknya sungguh tidak meyakinkan.
Usul politik BN umpama laungan kosong. BN lemah dari segi keupayaan untuk berubah. Najib menegaskan bahawa transformasi memerlukan masa dan segala-galanya masih dalam proses perubahan. Namun, Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya membawa perubahan yang ketara. Penyelesaian masalah bergantung pada kesungguhan untuk berubah.
Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan pembidaan tender secara terbuka dan adil, sekali gus mengelakkan kemungkinan berlakunya kes rasuah. Kerajaan Pakatan Rakyat juga terus-menerus menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam aktiviti sosial dan menyediakan pelan perlindungan sosial. Sebaliknya, dalam tempoh lebih daripada 50 tahun, BN hanya berulang kali menegaskan usul politik yang sudah lapuk. Ternyata BN belum bersedia untuk mentransformasikan seluruh jentera kerajaannya dari akar umbi hinggalah ke pucuk kepimpinan teratas.
Najib pernah mengusulkan dasar bantuan ke atas golongan kurang bernasib baik yang berlandaskan haluan pasaran ekonomi, yakni memperuntukkan cukai perkhidmatan kerajaan (GST) untuk membiayai perbelanjaan kebajikan. Bantahan rakyat menggagalkan rancangan Najib. Tetapi sekiranya BN menang dalam pilihan raya, GST akan tetap dilaksanakan. Dari segi dasar kebajikan, Kerajaan Pakatan Rakyat menambahkan pendapatan kerajaan menerusi pengurusan yang efisien dan pembasmian kes rasuah. Keuntungan yang dijana dikongsi bersama rakyat.
Saya menyeru semua pengundi supaya menilai secara mendalam. Polisi kebajikan yang dicadangkan oleh BN bukanlah niat ikhlas daripada kerajaan Najib. BN menyedari kemungkinan besar untuk kalah dalam pilihan raya kali ini. Jadi, untuk memancing hati para pengundi, BN cuba mengutarakan idea kebajikan (yang tidak dirancang dengan teliti) bagi mempertahankan kedudukan politik. Sebenarnya, kebajikan yang dinikmati adalah atas usaha rakyat, bukan pemberian daripada BN.
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
----------