Rabu, 29 Mei 2013

PESANAN ANAK MUDA


Pesan Safwan Anang 
Buat Rakyat Malaysia

Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah  dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM 5000. 

Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat UMNO/BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!

Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, UMNO/BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survivial politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat.

Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti. Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan. 


Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Lokap Sungai Buloh.

Sekian

Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian
Presiden PMIUM / Sekretariat SMM
29 Mei 2013 | 2.00pm

-------

ANAK ANAK MUDA BANGUNLAH!



MALAM INI
3 Perkara yang Safwan Anang pesan sebelum di bawa Polis ke Penjara Sungai Buloh.

1)Beliau hormat undang-undang Negara, hormat sistem perlembagaan Malaysia, hormatyang Dipertuan Agung.

2)Saya sayang Negara ini, saya tidak mahu isu penipuan sistem Piliharaya dialihkan dengan isu penangkapan kami beramai-ramai.

3)Beliau menyerus semua rakyat Malaysia terutama anak muda supaya bangkit dan terus bangkit melawan sistem yang sudah rosak dalam negara ini.Ini satu bentuk protes saya terhadap undang-undang negara ini yang sudah rosak.

#Ayuh semua bangkit, kita lawan penipuan dan penindasan dalam negara ini.
#Free Safwan Anang,
#Salute Safwan Anang.
#Solidariti di Penjara Sungai Buloh
.

--------

HAK RAKYAT UNTUK BERDEMO




KAH KAH KAH
 KOMENTAR TUKAR TIUB
pekara ini amat jelas
pada pru13
penipuan telah dilakukan
bukti dan contoh telah jelas

orang ramai marah
maka:

1 - tidak iktiraf keputusan pru 13
2 - tubuhkan spr baru
3 - buat pemilihan semula ditempat dimana berlaku penipuan

selagi ini tidak dilakukan
selagi tuntutan ini tidak ditunai
maka orang ramai akan keluar ke jalan raya



ini bukan fitnah
ini bukan tohmah
ini bukan nak guling kerajaan
ini bukan menghasut
ini menyatakan apa yang benar

Johari Abdul
PETALING JAYA - Perhimpunan Blackout 505 akan meneruskan gerakan mereka sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan reformasi awal yang dikemukakan.

Dr Muhammad Nur Manuty
SHAH ALAM – Rakyat Malaysia berhak mengadakan perhimpunan yang tidak mempunyai unsur keganasan hingga boleh menggugat keselamatan negara.


------

UNTUK PEMBACA TUKAR TIUB


DI MAHKAMAH
UNTUK PEMBACA  
PEMINAT DAN PEMBENCI 
TUKAR TIUB
saya baru sahaja dibebaskan dari mahkamah jalan duta
saya di tuduh menghasut
turut sama dituduh ialah yb tian chua
kawan satu bilik saya di kamunting
haris ibrahim seorang peguam
tamrin ghaffar seorang hartawan
sufian anang anak muda mahasiswa

kami ikat jamin 5 ribu ringgit
untuk seorang

kami akan dibicarakan pada  2 julai
bersama anak muda mahasiswa adam adli

safuan petang ini di hantar ke penjara sungai buluh
kerana TIDAK dijamin
si anak muda ini TIDAK MAHU dijamin



PEMBENCI
Padan muka dah kena cekup! Patut polis mahu buang kunci jel terus sampai bila bila. Atongku alek.... on DUA KULIAH POLITIK
Anonymous
at 3:04 PM

PEMBACA
Gua ingat lu dah MATI di makan sa-ekor badak bernama BIK MAMA. KAH! KAH! KAH! on MENJAWAB SOALAN DAN PERTANYAAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/29/13
 PEMINAT
Buang batu timbul kelapa, Udang banyak di pasir mayang, Tangkap Isham tidak mengapa, Orang banyak kaseh sayang.. #Lawan Tetap Lawan #Tipu Pilihanraya Turun Jalanraya on DUA KULIAH POLITIK
Anonymous

on 5/29/13
TUKANG HASUT


-----

AKTA HASUTAN LAWAN BIK MAMA


KOMENTAR TUKAR TIUB
apa lagi gua nak cakap
baju t ini
akan jadi saksi
kah kah kah

KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
Hishamuddin Rais turut didakwa
KUALA LUMPUR 29 Mei - Seorang lagi aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah, 13 Mei lalu.

Dia turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.
Dia didakwa berbuat demikian dengan menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini untuk mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Perbuatan itu didakwa berlaku ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Hishamuddin turut dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 2 Julai. - Utusan Meloyo




KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH


-------

MENGHASUT LAGI KAH KAH KAH



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


Lima Mohon Bicara Dakwaan Menghasut

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua; aktivis PAS, Datuk Tamrin Abdul Ghafar; pemimpin gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Harris Fatillah Mohamed Ibrahim; aktivis, Hishamuddin Rais, dan aktivis pelajar, Muhammad Safwan Anang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu kerana mengeluarkan kata-kata hasutan pada satu forum 13 Mei lalu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


------