BERSEDIA
DARI ARKIB : 18 JUN 2009
POLITIK DAN AGAMA
Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di
arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik
untuk anak anak muda memahami politik.
Politik bukan agama.
Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat
kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di
alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.
Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi.
BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.
Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid
merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari
Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Soo Khon kerana ekonomi.
Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa
kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.
Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.
Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.
Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa
dari Barisan Nasional kerana ekonomi.
Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti
Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan
berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air
dengan Syria. Air, gas, minyah dan tanah – adalah ekonomi.
Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan,
perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi
kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi
bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis –
sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa.
Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan
harta kekayaan.
Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh
..eeeh lagi.
Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan
keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan
ada yang tidak yakin.
Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan
ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi
untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.
Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada
agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu
parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak
ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.
Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan
untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis
agama.
Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk
mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah
tujuan gerakan ini? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.
United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu-
Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat
mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu
harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.
Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi
perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar
menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.
Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya
boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat
sokongan.
Pas dahlu di kutuk oleh United Malays National Organisation.
Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari
sokongan orang Melayu.
Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu
lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah - mereka tidak ada
kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.
Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya
ekonomi juga.
Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah
terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama.
Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana
dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi
dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan,
Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin
bekerja – maka mereka akan berjaya.
Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi.
Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.
Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual
projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut
bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak
kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.
Justeru ketika ini United Malays National Organisation
memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah
kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca
ekonomi.
Ekonomi lagi.
Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda - kita patut
memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan
ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau
bangsa.
Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya
semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National
Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari ‘kawan’
dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.
Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada
sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah
– hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak
lebih dari itu.( TT)
--------