Selasa, 16 Julai 2013
SELAMAT BERBUKA PUAS
PETANG INI
petang yang mendung ini
sejuk dan nyaman
tetiba panggilan masuk
berita kemalangan
ibu kepada kawan meninggal dunia
lalu mengundur
lalu pergi ziarah sekarang
kesedaran datang
bahawa dunia ini
hanya pinjaman
dunia ini kita jagailah
kerana dunia ini
kita pinjam dari
anak cucu cicit kita
selamat berbuka puasa
-----
CARI SAMPAI DAPAT ORNG JAHAT INI
INI
MOHD SALLEH MD.ALI
KOMENTAR TUKAR TIUB
hanya satu jawapan
cari sampai dapat
kenalkan muka
umum pada orang ramai
ajak makan kenduri
KP- 67 111 2665021
Rafizi dedah pembekal dakwat kekal ‘rakan rapat’ SPR
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu adalah "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus.
"Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).
"Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.
MUKA ORANG JAHAT
CARI SAMPAI DAPAT
GANJIL DAN PELIK - TANDA AKHIR ZAMAN
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini satu yang pelik
ini satu yang ganjil
apa sudah jadi?
Peguam Negara tidak bersetuju akta tahan tanpa bicara ganti EO
Peguam Negara, Abdul Gani Patail tidak bersetuju cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan undang-undang yang mempunyai unsur tahanan tanpa bicara sebagai langkah untuk mencegah jenayah.
Beliau berkata, sehingga hari ini pejabatnya masih belum menerima apa-apa cadangan dari KDN untuk menggantikan Akta Ordinan Darurat (EO) yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
“Saya tidak akan bersetuju dengan tahanan tanpa bicara,” kata Abdul Gani kepada pemberita selepas bercakap dalam satu seminar di Bangi hari ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... BULAN PUASA INI.... SETAN SEMUA KENA IKAT.... kah kah kah...
kah kah kah...JAGA JAGA... MAKIN DEKAT PERSIDANGAN GEROMBOLAN....kah kah kah..
kah kah kah...MAKIN BANYAK SETAN MUNCUL.... kah kah kah
------
MENGENAL SEJARAH TIDAK BERTULIS
SIAPA DIA ISMAIL CHE ROS
Teringat
Ismail Che Ros antara segelintir KetuaPolis yang tak boleh di rasuah.Di
Kelantan ujung 80an,Melayu tokey seludup beras pergi rumah nak kawtim,Ismail
Che Ros lari ikut pintu belakang,langsung xbagi chance jumpa.
Di Johor,Cina
nombor xleh kawtim dgn duit,di bawanya perempuan seksi cun melecun ke opis
ICR,ditolak ICR dgn letak Quran dan Yassin suruh perempuan tu pilih.Di Johor
juga,drebar dia sendiri di suruh saman diri sendiri kerana potong double line
semasa bawa boss.
Pendek kata,peribadi Ismail Che Ros jauh beza dgn Khalid
Baker,tapi what to do,polis baik seringkali kena tukar sana sini.TT mungkin tau
lebih banyak kisah lagenda Ismail Che Ros ni.Che Ros bukan Che RosssssMAH ya on
KESAH SETIA DUA SAHABAT
Publish
| Delete | Spam
dinpalat
arau
on
7/16/13
NOTA
siapa tahu
sila beri pencerahan
------
MAT LANCHOW BUAT PERANGAI LAGI
Simulasi Celup Jari Dalam Dakwat Mungkin Khamis Ini - SPR
KUALA BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal dengan kaedah mencelup jari pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Khamis ini
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH'
woit...MACAM MACAM DIBUAT... kah kah kah..
kah kah kah... SEMUA TUJUAN NAK MENIPU... kah kah kah..
kah kah kah...YANG PENTING ORANG RAMAI TAK LAGI YAKIN DENGAN SPR.... kah kah kah..
kah kah kah.... BUAT LAAA APA SAJA...kah kah kah..
kah kah kah..ORANG RAMAI TAHU INI MENIPU... kah kah kah..
NOTA
simulasi
simugoli
simulonggang
semua mu tipu
--------
KESAH SETIA DUA SAHABAT
BERITA DI BELAKANG BERITA
sila baca baik baik berita ini
berita ini memiliki nilai yang amat tinggi
berita ini mengesahkan
persahabatan dua kawan
persahabatan yang setia
persahabatan yang melintasi tembok agama
persahabatan yang melintasi tembok bangsa
kesah wahid dan lau
kesah dua warga malaysia
kesah dua sosok yang berjaya dalam hidup
wahid donobat untuk menjadi datuk wahid
low dinobat untuk menjadi datuk seri low chang hian
lihatlah betapa setianya wahid kepada low
wahid menerima bungkusan tanpa usul pereksa
lihatlah betapa setianya low kepada wahid
diwaktu malam pun minta wahid membantu
lihatlah bagaimana yakinnya wahid kepada low
lihatlah bagaimana yakinya low kepada wahid
kalau pun bom dalam bungkusan dari low
wahid masih sanggup menerima bungkusan
kerana ini tanda persahabatan yang setia
lihatlah betapa sucinya hari wahid
dia hanya menerima bungkusan
tidak pula dibuka
tidak pula digoncang
tidak pula ditanya apa isinya
aduh!
inilah contoh kepercayaan
inilah contoh keyakina dalam persahabtan
kesah ini wajib kita sampaikan kepada anak cucu cicit
agar mereka tahu menilai erti persahabatan
NOTA
bagaimana tentang wang dalam bungkusan?
jelas datuk wahid tidak tahu hal wang ini
dia hanya letakan bungkusan atas meja belakang pintu
duit 60,000 ini datuk wahid tak pandang
untuk ketua pengarah imigresen
60,000 ringgit ini hanya taik gigi
tolong jangan hina ketua pengarah imigresen malaysia
60,000 ringgit ini duit ciput
kah kah kah
MANUSIA JUJUR DAN SETIA
Bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don, yang menghadapi pertuduhan menerima rasuah, semalam memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak mengetahui satu bungkusan plastik yang ditemui di rumahnya mengandungi wang tunai RM60,000.
Wahid, 60, berkata dia menerima bungkusan itu tanpa memeriksa kandungannya memandangkan ia diserahkan kepadanya oleh seorang rakan.
Bungkusan plastik itu ditemui di atas sebuah meja di belakang pintu utama rumahnya, katanya semasa menjawab soalan Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dalam prosiding hari pertamanya membela diri terhadap pertuduhan rasuah itu.
Menurut Wahid, dalam serbuan yang dilakukan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) (kini SPRM) pada 10 Julai 2008 di kediamannya di Jalan Duta di Kuala Lumpur, turut ditemui wang tunai RM12,300 di ruang tamu dan RM90,500 lagi di bilik tidur.
Dia turut menafikan wang RM102,800 itu antara yang dibayar oleh ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian kepadanya dalam urusan mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.
Wahid didakwa menerima rasuah RM60,000 dari Low pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, di sini pada 10.15 malam, 10 Julai 2008.
Pada 15 Okt 2010, Mahkamah Sesyen membebaskan Wahid daripada pertuduhan itu. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memerintahkan dia membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan supaya dia dipanggil membela diri atas pertuduhan itu.
Dalam keterangannya, Wahid berkata serbuan BPR itu dilakukan selepas rakannya itu (Low) secara tiba-tiba datang ke rumahnya untuk menyerahkan bungkusan plastik berkenaan.
"Dia (Low) datang dengan tergesa-gesa sambil menyerahkan bungkusan itu dan menyuruh saya menyerah (bungkusan) kepada kawannya bernama 'Sim'," kata Wahid.
Ditanya sama ada dia mengetahui bungkusan itu mengandungi wang tunai, Wahid menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak membuka bungkusan tersebut."
Abdul Razak: "Kalau Low letak bom, Datuk terima begitu sahaja ke?"
Wahid: "Mungkin, sebab dia kawan saya."
Abdul Razak: "Bahaya ni, pukul 10 malam, Datuk terima apa sahaja. Kalau dadah?"
Wahid: "Mungkin (saya terima) sebab dia kawan saya."
Wahid menjelaskan disebabkan tidak mengetahui kandungan bungkusan itu, dia tidak menolak pemberian rakannya itu.
Selesai Wahid memberi keterangan, Abdul Razak memberitahu mahkamah bahawa pihaknya memohon untuk mencabar kesahihan keterangan Wahid berikutan percanggahan fakta ketika siasatan kes itu dengan pembelaan Wahid hari ini.
Hakim Rosbiahanin Ariffin menetapkan esok untuk mendengar permohonan itu dan menyambung perbicaraan. - Tiewnama

MUNKEE INI SUDAH BENGONG
MUNKEE BENGONG
KOTA BHARU:Kerajaan seharusnya mengkaji serta memberikan maklumat yang jelas kepada rakyat faktor yang menyebabkan kenaikan harga ayam pada hari ini yang sudah melampaui menjelang musim perayaan
KOTA BHARU:Kerajaan seharusnya mengkaji serta memberikan maklumat yang jelas kepada rakyat faktor yang menyebabkan kenaikan harga ayam pada hari ini yang sudah melampaui menjelang musim perayaan
Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik
KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
kah kah kah....GULA MAHAL ..JANGAN MAKAN GULA... kah kah kah..
kah kah kah..IKAN MAHAL...JANGAN MAKAN IKAN.... kah kah kah...
kah kah kah... BERAS MAHAL ..JANGAN MAKAN NASI... kah kah kah..
kah kah kah...TEPONG MAHAL... JANGAN MAKAN ROTI.... kah kah kah..
woit... NAK MAKAN APA?... MAKAN HASAN MALEK?.... kah kah kah
NOTA
menteri ini ikut sedap cakap
daging satu kilo di kuala besut 24 ringgit
tulang satu kilo 22 ringgit
hati satu kilo 24 ringgit
ikan kembong di pasar borong 8 ringgit sekilo
ikan kembong kecil 6 ringgit
ikan selar 7 ringgit
ikan tenggiri 27 ringgit sekilo
BERITA BAIK UNTUK SEMUA
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini berita baik
jangan terperangkap oleh
kuasa america
ini berita baik
jangtan gadai negara
kepada pemodal luar
ini berita baik
kena bincang dengan orang ramai
bunyinya :perjanjian antara negara dengan negara
tapi yang kena ikat janji ilah rakyat
justeru rakyat kena tahu
apa yang ada dalam perjanjian itu
NOTA
kesian obama
datang sini bulan oktober
balik tangan kosong
KUALA LUMPUR - Para perunding Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dari 12 negara berkumpul di Kota Kinabalu bagi pusingan ke-18, dengan harapan dapat memuktamadkan rundingan itu pada akhir tahun.
NOTA
tak perlu mesyuarat jauh jauh
bincang dalam hutan di sabah
lari dari orang ramai
kah kah kah
NOTA
berapa banyak mat mongol bayar
tukang lobi
nak bawa obama ke sini?
kantoi
kah kah kah
Perjanjian TPP tak akan ditandatangani pada Okt
KUALA LUMPUR - Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang melibatkan 12 negara, tidak akan ditandatangani pada Oktober ini seperti yang dijangkakan pada mulanya kerana ada banyak bidang yang belum dipersetujui.
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, berkata rundingan TPP itu merupakan rundingan antara pihak yang setara tetapi walaupun sekiranya satu pihak tidak bersetuju, rundingan perjanjian itu tidak akan selesai.
----------