Selasa, 13 Ogos 2013

PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA TUKAR TIUB





PERUTUSAN KHAS 
SELAMAT HARI RAYA


SILA KLIK IKLAN DI BAWAH INI
atau yang terlihat dalam blog ini
dana dari iklan ini
akan di wakaf kepada dapor jalanan
memberi makan warga kota tanpa tempat tinggal
----------

KIBARKAN SANG SAKA BENDERA RAKYAT




PENGUMUMAN
anak anak muda
sila kibarkan  dari  sekarang
sang saka rakyat


 BENDERA RAKYAT
UNTUK ANAK SEMUA BANGSA


NAKBA DAN MALAPETAKA

Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut  Nakba.  Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini -  15 Mei 1948  - adalah tarikh entiti yang dipanggil  Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini   warga   Palestine  diseluruh dunia   akan mengingati kembali  hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei  1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman.  Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani  melawan akan dipenjara.  

Nakba 15 Mei adalah  Malapetaka untuk warga Palestine.  Nakba  31 Ogos adalah Malapetaka  untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini.  Malapetakayang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali  para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini.  Hendaknya dapatlah  kita semua memahami maknaMalapetaka ini yang dieja dengan  M huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan  Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula  5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora  dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor  kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah  East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga  membuka ladang getah. Dua punca ekonomi  ini  menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu  kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka  telah  dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam.  Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh  di Tanah Melayu. Hasilnya,  Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan  terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini  adalah kerjasama antara  kaum tani Melayu dengan kaum  buruh India dan China. Inilah bibit-bibit  kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun  8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa  di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan  telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata  Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun  kalah perang  pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran  Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum  perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan  kemerdekkan kedengaran  disana  sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan  Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke  hari ini -  United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi  yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation  – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British.  Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini  diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak  suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa  yang bangun menentang penjajah British  telah melahir  setiakawan yang baru.  Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh  AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara   All Malayan Council Joint Action dengan  organisasi massa Melayu bernama Putera.

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai  Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah  garis politik kiri yang paling radikal.  Garis politik ini  dan setiakawan anak semua bangsa  telah  mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara  Bangsa Melayu ini,  secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan danmenanamkan garis politik  Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah  disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat  senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National  Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini  dibentuk  danditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat  Tanah Melayu pada thun 1948  bangun mengangkat  senjata melawan British.  Apa  agaknya yang telah  dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang  yang menentang British.

Jjika  tidak  percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. . Pada bulan Ogos ini nanti   – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh  dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu  akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?
 Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah  bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka;  gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka  Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap  anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia ,  pada 31 Ogos 1957 penjajah  British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi  Hari Malapetaka  untuk Tanah Melayu.  Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

 Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan  hanyalah beberapa nama  tanah asal Melayu yang  dilupus. Paling akhir tanah  Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat  pula berapa ratus ribu anak semua bangsa  menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir  kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh  dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk  Tanah Melayu kerana  500 tahun – pada  10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka  di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British.  Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda  selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah. (TT) 


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepda
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

DALAM HIDUP BANYAK PILIHAN








KOMENTAR TUKAR TIUB
bila menerima dua pandangan ini
saya teringat kepada sebuah kesah
kesah ayah, anak dan kaldai
kesah ini selalu saya gunakan
untuk dijadikan panduan

saya menulis mengikut fikrah saya
hidup ini hanya sekali
saya hidup untuk diri saya sendiri

sewa bilik saya bayar sendiri
duit top up saya ushakan sendiri
bil leterik saya cari
duit belanja kuching dan anjing saya cari

jadi saya bebas
saya tidak bergantung dengan sesiapa
kalau saya nak ke neraka itu pilihan saya
kalau saya nak ke syurga itu juga pilihan saya
kalau saya tak nak kemana mana itu juga pilihan saya

manusia diberi kebebasan untuk memilih

jika top up saya tuan yang bayar
jika sewa bilik saya tuan yang bayar
jika bil leterik saya tuan yang bayar
mungkin saya akan dengar cakap tuan

TOK MUFTI PUN ADA ANJING

NOTA
sesiapa yang belum tahu
kesah ayah, anak dan kaldai
sila cari agar kita semua 
faham tentang makna dan tanda hidup




YANG INI MASUK NERAKA
1.ko nak masuk neraka ke bhaii!!masih panjangkan isu anjing nii!!ko dah tua bangka tapi masih jahil tentang bab-bab agama islam ni!!ko seolah-olah buat tidak faham isu sebenar isu video anjing tempohari!!

atau ko memang dilahirkan untuk menjadi isi neraka!!!

isu politik ko boleh main-mainkan!!isu agama islam ko juga ingin sensasikan!! 

2.siapa la ko dan budak mentah wan ji sekoq untuk mengulas isu anjing ni!!bagai langit dan bumi ilmu ko jika dibandingkan ulama-ulama di malaysia!! 3.ternyata ko berguru dengan SYAITAN mengenai isu anjing ini!! on KESAH ORANG BAIK BAIK


YANG INI MASUK SYURGA PULAK
terlebih dahulu,saya amat berterima kasih kepada saudara  kerana melalui artikel2 dan tilisan2 saudara saya telah mendapat banyak pencerahan sama ada situasi politik semasa di dalam mahupun di luar negara.

saya juga telah banyak belajar perkataan2 baru demi meningkatkan keupayaan perbandaharaan kata saya.baru2 ini saya telah membeli buku saudara  "tipu pilihanraya turun jalanraya".kerana tulisan saudara saya merasakan tutur fikrah saya lebih tersusun untuk menilai sesuatu perkara.

sekian, saya penyokong kamu,saya pendukung kamu,Selamat Hari Raya Hishamuddin Rais.maaf zahir Batin Allah selamatkan Kamu.


SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH
LEBIH PENTING 
DARI BERRAYA DENGAN ANJING

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepda
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

AGAMA ISLAM DI KETUAN MELAYUKAN




KOTA TINGGI 12 Ogos - Pihak pengurusan resort yang dikaitkan dengan isu surau dijadikan tempat ritual keagamaan bukan Islam di Sedili Besar di sini, mengakui memberi kebenaran kepada sekumpulan 13 individu.

INILAH AKAN TERJADI 
APABILA AGAMA ISLAM
DI KETUAN MELAYUKAN

AZAN DALAM GEREJA
PENGANUT AGAMA KRISTIAN
TIDAK TERGUGAT KEYAKINAN

SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepda
warga kota tanpa tempat tinggal
--------

KETUANAN MELAYU PRODUK REJECT



KOMENTAR TUKAR TIUB
pelajar uitm wajib
membantah kerana 
kenyataan  yang memalukan ini

Gagal masuk universiti boleh kemuka rayuan ke UiTM

SHAH ALAM 11 Ogos - Lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) yang gagal memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih berpeluang mengikuti program diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, golongan terbabit boleh menghantar surat rayuan secara terus kepadanya di Pejabat Naib Canselor UiTM Shah Alam dengan menyertakan keputusan peperiksaan yang diperoleh.

Beliau memberitahu, tawaran itu membolehkan lepasan program matrikulasi, asasi dan STPM mengikuti program diploma di mana-mana kampus UiTM di seluruh negara dengan kelonggaran syarat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NAMA TAN SERI DATUK DOKTOR TUAN YANG MULIA.... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI SEMUA PELAJAR  REJECT.... kah kah kah..,.

kah kah kah...PATUT LAAA LULUSAN UITM... TAK LAKU.... kah kah kah..

kah kah kah... SEMUA KENA REJECT MASUK UITM.... kah kah kah...

kah kah kah.... UITM JADI LONGKANG PENAPIS KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah... SEGALA SAMPAH MASUK UITM.... kah kah kah...

kah kah kah... TANDA MERCU KETUANAN MELAYU... kah kah kah...

kah kah kah.... TAK CUKUP GRADE PUN BOLEH MASUK.... kah kah kah...

NOTA
ketuanan melayu ini
muka tak malu
bila china pandai
bila india pandai  
tahu marah

yang melayu bodoh pun
di terima masuk
kah kah kah


SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan ini
akan diwakaf untuk dapor jalanan
memberi makan 
warga kota tanpa tempat tinggal

--------