KOMENTAR TUKAR TIUB
dana tekun ini dana negara
dana negara dari cukai orang ramai
dari pendapatan negara
semua rakyat dari semua parti
juga yang tak berparti di kenakan cukai
ada cukai jelas
ada cukai tak jelas
hakikatnya
dana negara adalah hasil cukai rakyat
duit untuk tekun
bukan harta mak ayah
kepala hatuk ahli
united malays national organisationn
sahaja
NOTA
i rest my case me lord
KENYATAAN MEDIA
8 Oktober 2013
UMNO BERTANGGUNGJAWAB DAPATKAN BALIK RM1 BILION WANG TEKUN
Kenyataan CEO Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Datuk Abdul Rahim Hassan semalam bahawa tabung tersebut ditubuhkan hanya untuk ahli United Malays National Organization (UMNO) membangkitkan persoalan yang menarik. Ini kerana, mengikut laporan media UMNO sendiri - Utusan Malaysia - bertarikh 9hb Februari 2013, TEKUN telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan. Dari jumlah ini, sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.
Laporan ini apabila dipadankan dengan kenyataan CEO TEKUN tersebut membawa implikasi yang amat serius, di mana hampir 40.9% jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli UMNO belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion. Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang Rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli UMNO melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik.
Jika dilihat dari segi dasar, sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Namun kita diingatkan bahawa jumlah penerima BR1M pada 2012 ialah 3.74 juta orang, manakala 3.99 juta orang telah menerima BR1M 2.0 pada 2013. Maka persoalannya adalah, adakah TEKUN gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa?
Akhir sekali, memandangkan CEO TEKUN telah berkata ahli UMNO lah yang paling layak untuk menerima bantuan TEKUN, maka mengikut logik beliau ahli UMNO juga lah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana TEKUN yang belum dibayar semula.
Maka saya mencadangkan agar TEKUN dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang TEKUN di pemilihan UMNO 19 Oktober nanti.
FAHMI FADZIL
Pengarah Komunikasi KEADILAN
------