Isnin, 23 Disember 2013

HIMPUANN RAKYAT 31 DISEMBER




KOMENTAR TUKAT TIUB
tak perlu banyak cakap
datang untuk buat ramai

Himpunan Rakyat 31 Disember: SAMM tubuh pusat gerakan


KUALA LUMPUR 23 DIS: Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata Pusat Gerakan (Command Centre) akan ditubuhkan dengan kerjasama sekumpulan peguam sempena Himpunan Rakyat malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka.
SAMM“Pusat Gerakan akan ditubuhkan untuk golongan anak muda dan aktivis dalam masa terdekat, ” katanya ketika dihubungiKeadilandaily.
Kata Edy, pasukan penasihat undang-undang akan diwujudkan dengan kerjasama beberapa peguam dan beliau turut menggalakkan mana-mana termasuk sukarelawan perubatan menghubunginya untuk menyelaras bantuan.
“Pasukan peguam akan bekerjasama untuk menentukan bagaimana untuk masuk ke Dataran dan memberi arahan tertentu kepada mereka terlibat melalui bantuan mengenai undang-undang himpunan,” katanya.
Protes Rakyat akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Selasa, 31 Disember jam 10 malam bagi membantah kenaikan puluhan harga barang dan perkhidtmatan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barasg naik.
Manakala Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, 2014 merupakan ‘tahun demonstrasi’ dan menyasarkan hari buruh 1 Mei 2014 sebagai himpunan raksasa membantah kenaikan harga barang.





-----------

SEMUA TELAH DI TETAPKAN




SEMUA TELAH DI TETAP KAN
KAH KAH KAH


Kos Sara Hidup Meningkat, 
Bukan Salah Umno - Isa Samad
KUALA LUMPUR: Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda,  Isa Samad.
Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.
Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.
"Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun...kos hidup (tidak boleh turun)...jadi jangan terlalu emosional.
"Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..TOLONG JANGAN SALAHKAN  KETUANAN MELAYU.... kah kah kah..

 kah.... INI TAK KENA MENGENA DENGAN NAJIB DAN ROSMAH... kah kah ah..

kah kah kah...SEMUA SUDAH DI TENTUKAN.... kah kah kah..

kah kah kah... SEMUA TELAH DIJANJIKAN... kah kah kah..

kah kah kah... TAK CAYA TANYA YA USTAZ FATUL BARI.. kah kah kah


----------

AMBANG 2014 - DATARAN MERDEKA







FLASH MOB
BERTUJUAN MENJEMPUT
LKE DEMO AMBANG TAHUAN BARU 
 
 TUJUAN FLAS MOB IALAH 31 DISEMBER

Bagaimanapun, objektif kami 'flash mob' telah kami capai," kata Azan Safar, jurucakap kumpulan penunjuk perasaaan 

Akhirnya, kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali dengan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) itu terpaksa meneruskan demontrasi di tepi jalan sekitar kawasan luar Mid Valley, katanya.

Tambahnya, 'flash mob' itu juga bagi memberi publisiti mengenai perhimpunan lebih besar pada malam 31 Disember di Dataran Merdeka.
"Ini (perhimpunan) adalah untuk menunjukkan kepada kerajaan bahawa 2014 adalah tahun yang buruk untuk rakyat. Pergerakan ini tidak akan berakhir pada 31 Dis. Ia (bantahan) akan diteruskan sehingga kerajaan mendengar suara kami.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SEKARANG JELAS.... kah kah kah..

kah kah kah...FLASH MOM KELMARIN NAK AJAK TURUN DEMO.... kah kah kah..

kah kah kah...TAHNIAH ANAK MUDA...kah kah kah...

kah kah kah...SYABAS ANAK MUDA.... kah kah kah






---------

MINTA BANTUAN PEMBACA





PENGUMUMAN
para pembaca yang ada maklumat
sila beri pencerahan
ANAK DATUK MANA NI?

Anak 'Datuk' mengaku tidak bersalah palsukan dokumen berjumlah RM228,700

KUALA LUMPUR: Anak lelaki kepada ahli politik bergelar datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lapan tuduhan memalsukan dokumen membabitkan RM228,700, tiga tahun lalu. 

Tertuduh, Hamdy Mohd Nakhaie, 34, yang juga Pengurus Jualan Syarikat Government Integrated Network, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain, sebentar tadi. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..ADA 768,470 ORANG BERGELAR DATUK... kah kah kah..

kah kah kah..NI ANAK  KEPALA DATUK MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah..ANAK KEPAPA DATUK KETUANAN MELAYU KE?... kah kah kah..

kkah kah kah... KALAU KETUANAN MELAYU..INI PEKARA BIASA...kah kah kah

kah kah kah...TAK MEMERANJATKAN.... kah kah kah..

kah kah kah... KITA TERPERNJAT JIKA ANAK DATUK INI JUJUR ..kah kah kah..

kah kah kah.... BAIK DAN BERSOPAN... kah kah kah..

kah kah kah..TIDAK MEROGOL  DAN TIDAK  BUNUH ORANG...kah kah kah

-----------

MAKAN PANGGUNG






BERITA TERKINI
kelmarin 
ketika orang ramai
beratur menunggu giliran
terdengar
suara waris tanpa rumah
untuk kaum kerabat tanpa rumah
dapur jalanan ini
mereka kenali sebagai makan panggung

  KELMARIN JALAN PANGGUNG

 Kuala Lumpur petang ini hujan lebat.
Dapur Jalanan persediaannya dalam keadaan kuyup.
10 minit sebelum bermula hujan mulai berhenti.
Mungkin berkat doa anak-anak murid Ustaz Wanji.



MENU MAKAN PANGGUNG
Menu dan penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Tom Yam
Auntie Sri Gombak yg baik hati - Bahulu
Tim Syed Shahir - Roti Canai
Naha Frinjan - Sandwich
PyanHabib the towkey air!
Kuih manisan dari hamba Allah.

Mereka yang volunteer diri membantu, buat sibuk dan buat ramai:-
Tim dan kroni tetap Dapur Jalanan
Mat Luthfi vlogger kacak
Komrad Haizal budak jahat
Melati & Shujio (bukan nama sebenar) dari Shah Alam
Rcong dari Teater Bukan Teater,
Mamat2 kacak dan minah2 cun dari Bangi,
 UIA,  Unisel, UniKL, Berjaya College,
Haziq Fikri redah hujan bermotosikal dari Klang,
Kawan-kawan dari TFTN,
dan dan dan..kesemua kawan2 yang join!

Datang juga kawan baru dari Putrajaya naik bas..tapi lewat.
 Cuba lagi minggu depan!

Terima kasih semua!!!

Jumpa minggu depan!
 Istimewa Krismas dan Tahun Baru!


 Sila cari dan like Facebook page
 DapurJalanan KualaLumpur
ikut twitter: dapurjalananKL


Untuk yang mahu menyumbang 
boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 
spkl collective

ingin sama-sama potong bawang
 potong ayam atau menghidang 
 bancuh air boleh tekan number dibawah
  Pakwan - 019-2671285  
a Hadikhalid -012-6648873

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

22 Disember 2013

--------------

ORANG RAMAI SEMAKIN MARAH





ANUGERAH 
HASAN MALEK

Pakatan akan ‘gagal dan merana’ kerana berbohong tentang GST, kata Ahmad Maslan

OLEH YISWAREE PALANSAMY
Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan.

Ahmad Maslan diselar keluar kenyataan GST akan turunkan harga

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar  Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu “kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran...

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... NASIB BAIK ADA MALAON INI.... kah kah kah..

 kah... MUNKEE MACAM INI SEBENRNYA BAIK UNTUK PAKATAN... kah..

kah .HASAN MALEK... ZAHID HAMIDI... AHMAD MAZLAN...WAHID.. kah kah..

kah kah kah..SEMUA MEMBANTU PAKATAN... kah kah kah..

kah kah kah..BANTU NAIKKAN KEMARAHAN ORANG RAMAI.... kah kah kah...

woit.. LAGI BANYAK MUNKEE MACAM INI LAGI  SENANG BUAT KERJA..kah..


BANTU NAIKKAN KEMARAHAN
52% ORANG RAMAI

-----------

BERITA BERGAMBAR









52% 
SEMAKIN MARAH
anak muda semakin marah
kerajaan najib rosmah
hanya mengkayakan kroni
mengkayakan anak beranak

kroni najib rembat berbilion bilion
ini yang menyebabkan harga  barang naik
rosmah gunakan harta rakyat
ini yang menyebabkan harga barang melonjak naik

ketika pru13 dijalankan
najib menabur duit beli undi
ini yang menyebabkan harga melambong

KERAJAAN NAJIB ROSMAH
tidak mendapat sokongan
52% rakyat tidak sookong
kerajaab najib rosmah


 52% SEMAKIN MARAH

52% MULA NAIK MINYAK

52% MULA MENYUSUN

52%  BANGUN MELAWAN

52% BANGUN DAN LAWAN



-----------

52% RAKYAT SEMAKIN MARAH




KOMENTAR TUKAR TIUB
52% rakyat malaysia menyokong pakatan rakyat
mereka beri undi pada pakatran rakyat
tapi kerana sistem spr yang menipuy
pakatan rakyat telah dinafikan berkuasa

kerajaan najib rosmah ini
hanya mendapat 47 % undi
ini kerajaan tidak popular
ini kerajaan tidak mewakili majoriti malaysia

ini hakikat

justeru 52% rakyat marah
mereka di tipu dalam pru13
kini mereka dikenakan hukuman
harga bahan makanan semakin melambong tinggi

SOALAN UNTUK KURUN INI
kalau barang naik
kenapa gaji tak naik

kalau barang naik dan gaji tak naik
ertinya gaji mereka di potong

inilah yang menyebabkan 52% rakyat marah
Rakyat suarakan kemarahan
GOMBAK - Kenaikan harga barangan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia disuarakan melalui flashmob yang dilakukan di persimpangan lampu isyarat di pekan Greenwood semalam, diketuai NGO Kita Bantah dengan kerjasama Pemuda Pas Gombak.

Lebih 50 peserta terlibat dengan membawa sepanduk tidak bersetuju dengan kenaikan harga gula, minyak, tol, elektrik dan pelaksanaan GST.

Penyelaras Kita Bantah, Mohd Azizul Abu Bakar berkata, kenaikan yang berlaku selepas PRU13 menunjukkan dakwaan PR benar.


“PR kata, kalau rakyat bagi mandat kepada BN, rakyat akan nikmati kenaikan harga barang dan ia benar-benar berlaku.

“Dalam manifesto BN ada mengatakan usaha kerajaan untuk mengekalkan kadar tol semasa tetapi janji itu tidak ditunaikan juga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.



Nurul Izzah Anwar
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini menggesa rakyat agar merujuk kembali manifesto dan janji BN berkenaan isu kenaikan harga barang



----------

APA NURUL IZZAH KATA







Jujur dan Berani dari Nurul

Ditakdir sudah bila Safiyah berumur sekitar lima tahun soalan yang ditanyakan kepada mamanya; selain soalan lazim seperti “mama buat apa di parlimen; atau kenapa ceramah selalu kena malam-malam?;” adalah soalan,

“Siapa yang cipta telefon? Atau piano? Atau televisyen? Takde ke orang Malaysia?,” yang mengingatkan saya kepada kata-kata John Adams, Presiden Amerika Syarikat kedua [1735-1826]

I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy. My sons ought to study mathematics and philosophy, geography, natural history, naval architecture, navigation, commerce, and agriculture, in order to give their children a right to study painting, poetry, music, architecture, statuary, tapestry, and porcelain.

Begitulah persoalan yang dianjurkan oleh Safiyah; yang seharusnya ditanyakan oleh kita semua. Begitulah kita - yang bernaung di tempat lahirnya Kesultanan Melaka; pelabuhan yang menemukan seantero dunia; namun terhad buah fikirannya hinggakan hadiah Nobelyang sudahpun dimenangi negara seperti Bangladesh, bukan sahaja tidak mampu disebut oleh bibir, jauh pula terlintas di benak fikiran.

Realiti sebeginilah yang memaknakan kerelevan tenaga dan buah fikir Teach For The Need; yang berhasil dalam:

Melaksana konvensyen pendidikan yang begitu gilang-gemilang tanpa sesen pun dana kerajaan;
dan lebih penting lagi;

Melontar cabaran baru di tengah-tengah belantara pendidikan Malaysia yang terkedu berterusan dengan pengumuman-pengumuman seperti:

“kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Lebih baik daripada Amerika Syarikat, Great Britain dan Jerman.”

Tiba saja TFTN di persada pendidikan negara, maka bermulalah era politik pendidikan jujur dan berani; jujur mengkritik kelemahan sedia ada, dan berani menongkah arus dalam cubaan menyelesaikan masalah struktur pendidikan tanahair.

Kata TFTN, bagi setiap sekolah, atau kelas, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada anak-anaknya sudah tentu terjerumus dalam perangkap buta huruf - tidak boleh membaca dan menulis.

Walau saya mulanya sinis, terkedu juga saya pabila ditemukan dengan 40 orang pelajar darjah 6 yang buta huruf sedang saya menghantar jambangan bunga sempena Hari Guru di sebuah sekolah rendah di Lembah Pantai.

Saya hanya boleh memasuki premis sekolah kebangsaan secara spontan membawakan sejambang bunga ros - kerana dihalang secara rasmi gara-gara Pekeliling keluaran Menteri Pendidikan.

Setelah dipertemukan sendiri dengan anak-anak bijak namun buta huruf ini, jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membawa sukarelawan-sukarelawan TFTN masuk; Mereka yang apolitikal, mereka yang tidak partisan, dan mereka yang bersedia menabur bakti untuk memperbaiki lompang-lompang buta huruf sedemikian - supaya semua anak-anak di Malaysia diselamatkan dengan keupayaan asas untuk maju ke depan.

Apakah natijahnya buat kita semua?

Bersikap jujur dan berani

Sikap berani, kerana benar; dan jujur menilai keberkesanan diri kita

Kita seharusnya meniru kejujuran serta keberanian yang ditonjolkan penggerak-penggerak TFTN.

Teman-teman seperjuangan sekalian:

Menongkah Arus Jangan Tanpa Pendayungnya! Berbilion ringgit buat PPSMI; segenerasi tikus makmal terkorban

Negara kita kaya dengan hasil mahsul bumi yang tidak pernah putus bermulanya dari bijih timah, kelapa sawit, getah, kayu balak dan terkini minyak dan gas. Daripada Petronas sahaja sejak tahun 1974 sehingga kini telah menyumbangkan sejumlah RM732 bilion kepada negara. Berapakah yang telah disalurkan kepada dana pendidikan negara? Dan daripada jumlah besar itu, berapa pulakah yang disalurkan kepada pembangunan guru-guru dan anak murid selain daripada bilion wang untuk infrastruktur dan projek-projek yang penuh ketirisian?

Dalam mengambil mana-mana pendekatan yang drastik, kerajaan memerlukan perancangan serta kajian yang rapi sebelum ianya dilaksanakan disemua sekolah-sekolah di Malaysia.

Saya merujuk penulisan Majalah Saintifik Malaysia yang menyimpulkan:

Harus adanya lebih banyak keterbukaan dari segi perkembangan inisiatif dasar; termasuklah dalam mewujudkan kumpulan inkuiri yang independen dengan kajiselidik yang berkala. Bluprin yang disedia kerajaan harus diganding dengan sasaran masa pelaksanaan yang jelas untuk memantau keberkesanan pelaksanaan dasar tersebut.

Ingatlah; Malaysia masih terkebelakang dalam memenuhi standard negara-negara OECD - yang punyai profil kukuh dalam pencapaian sains dan teknologi, serta keluaran ekonomi - dan negara-negara tersebut bukanlah negara di mana bahasa pengantarnya Bahasa Inggeris.

Malangnya, PPSMI dilaksanakan sebelum kita sempat melatih serta meningkatkan keupayaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru. Ceritera bermula dengan kisah seorang Perdana Menteri yang mendapat ilham untuk memperbaiki mutu penggunaan Bahasa Inggeris dengan menggunapakai bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Matematik dan Sains. Pedulikan kajiselidik; pedulikan persediaan mengajar guru; pedulikan pendapat pakar - all one needed at the time was to be in power.

Being futurustic without sound knowledge is akin to digging a sandhole.

Malangnya jua, yang tenggelam di dalam pasir jerlus ini merupakan segenerasi anak-anak kita yang kini terbelakang berbanding Vietnam.

Sistem pendidikan adalah sesuatu yang serius yang akan memberi kesan langsung kepada masa depan negara dan bukanlah dilakukan sewenang-wenangnya seperti menukar pakaian ataupun perlaksanaan satu ide yang muncul di benak pemikiran pemimpin di waktu minum petang.

Masalah-masalah sebeginilah yang amat membimbangkan, dan saya yakin pada ketika itu yang ini akan memberi kesan kepada kualiti pendidikan yang diterima oleh anak-anak kita. UNESCO melaporkan bahawa “Forcing children, or adults, to attend schools that use a language they neither speak nor understand hinders rather than helps them to develop their potential as productive  members of society.”

Selain itu, dalam sebuah laporan yang lain, UNESCO telah berkata bahawa: “UNESCO and other international agencies concerned with early education, children’s rights, and linguistic diversity argue strongly for the pedagogical imperative of using a child’s own language as the medium of instruction, at least in the early years of formal schooling.”


Pada tahun 2011, Laporan TIMMS melaporkan kejatuhan kedudukan Malaysia untuk subjek Matematik iaitu dari 16 (1999), 10 (2003), 20 (2007), dan 26 (2011) sementara subjek Sains pula ialah 22 (1999), 20 (2003), 21 (2007), dan 32 (2011).

Kejatuhan markah purata bagi subjek Matematik iaitu 519 (1999), 508 (2003), 474(2007) ke 440 (2011); jatuh 79 mata sementara subjek Sains iaitu 492 (1999), 501 (2003), 471 (2007) ke 426 (2011).

Yang menghairankan adalah kontradiksi yang diperlihatkan menerusi Laporan Lembaga Peperiksaan - rekod pelajar yang mendapat A dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin meningkat dari tahun ke tahun di dalam peperiksaan PMR. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Menjelang 2013, sebuah lagi laporan pendidikan diterbitkan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah mengeluarkan laporan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012. Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan prestasi pelajar Malaysia yang semakin merudum. Terkini, Pelajar Tingkatan 3 Malaysia setaraf dengan pelajar Darjah 5 dari Singapura dan Korea Selatan!

Anak-anak 15 tahun kita setaraf sepuluh tahun mereka!

Natijah nya apa, saudara saudari sekalian?

Seperti kata ahli falsafah dan penyair terkenal Jalaludin Rumi, “fi hi ma fi hi, It is what it is. Realitinya sebegini!
Seberani saya mendepani realiti semasa, kendur juga hati saya mendengar pembentangan yang jujur daripada Saudara Frederico Gil Sander bagi pihak Bank Dunia di Universiti Malaya Isnin lepas.

Laporan Bank Dunia mengenai Kualiti Pendidikan Malaysia mendedahkan beberapa perkara. Salah satu perkara yang positif yang telah dilaporkan ialah, akses kepada pendidikan di Malaysia secara puratanya amat tinggi, dengan lebih 95 peratus daripada pelajar menerima pendidikan menengah rendah. Malaysia juga memberikan peruntukan yang tinggi dalam nisbah KDNK berbanding dengan negara-negara lain.

Tetapi laporan itu telah mengesahkan apa yang kita bimbangkan selama ini. PPSMI telah menyebabkan pencapaian pelajar Malaysia semakin merudum!

Tahun 1970, penukaran bahasa pengantar dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu telah meningkatkan daya saing pelajar Melayu, dan mempunyai tidak mempunyai apa-apa impak yang jelas kepada pelajar etnik yang lain. Penukaran ini membuatkan pelajar Melayu mendapat peningkatan sebanyak 0.3 tahun pembelajaran. Ini mungkin disebabkan penerimaan ilmu itu lebih mudah sekiranya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu dibuat dalam bahasa yang lebih difahami. Penukaran itu juga telah meningkatkan pendapatan warga Malaysia sebanyak 4.6%, dan pekerja Melayu secara khususnya sebanyak 5.7%.

Pun begitu, saya tidak menidakkan peri pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris. Dan kerana itulah, kita berhak merungkai mengapa kita mampu menghantar guru-guru kita ke
Maktab Perguruan di Kirkby, Liverpool untuk melahirkan kumpulan pendidik terbaik dengan pantas bagi mengasuh anak-anak kita di tanah air pada 50 an - bagaimana pula sekarang?

Teman-teman seperjuangan yang dikasihi:

PPSMI hanyalah simptom kepada masalah yang lebih serius - pelaksanaan yang berpandukan fakta, kajiselidik, persediaan konkrit, dan kebenaran.

Saya membawa isu pelaksanaan program terbaru yang diwujud Kementerian Pendidikan yang menamatkan peperiksaan PMR tahun ini - sistem Pentaksiran Berdasarkan Sekolah - kepada perhatian pembentang Laporan Pendidikan World Bank ke atas Malaysia - Frederico Gil Sanders.

Jawab Frederico mudah; seperti juga kesimpulan Majalah Saintifik Malaysia terdahulu:

“Laksana saja inkuiri yang independen beserta kajiselidik untuk meneliti keberkesanan perlaksaan PBS. Kemudian, dipersembah untuk tatapan umum!”

Malangnya, bila dibawa ke perhatian Menteri di Parlimen, sikap defensif yang menjelma. Adakah menjadi tanggungjawab pelaksana, iaitu para Guru yang sekarang jua terpaksa menjadi hakim dan penimbang tara menerusi Laman Facebook yang berjudul Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan dengan 58 ribu Likes?! Kalau begini, siapa mahu menjadi cikgu?

Mahu saja saya berpesan kepada Menteri, dan Timbalan-timbalannya:

Listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen!

Syed Husin Al Attas di dalam bukunya Intelek Masyarakat Membangun telah mendedikasikan satu bab berjudul Bebalisme. Saya seru, hentikanlah bebalisme seperti ini. Sudah masanya, kita berani untuk mengakui kelemahan sistem pendidikan kita. Kita wajib hentikan sikap bodoh sombong yang tidak berhenti mendabik dada mengatakan Malaysia-lah negara terbaik dunia. Hanya dengan pengakuan jujur sebegini lah baru kita akan mampu untuk bermula merubah sistem yang ada. Berani dan jujur untuk masa depan anak-anak Malaysia.

Teman-teman sekalian:

Meraikan Individualisme, Kreativiti dan Ya! Pemikiran Kritikal!

Inilah jawapannya buat puteri saya Safiyah. Selagi mana pendidikan kita dipenuhi politisasi dan komersialisasi yang melampau, pendidikan hilang roh-nya sebagai proses pengutuhan dan penyempurnaan insan.

Selagi pendidikan kita terus menjadi proses dehumanisasi oleh sang penguasa seperti kupasan Paulo Freire, selagi itulah pendidikan kita tidak akan bakal melahirkan idea ataupun menuju peradaban yang agung. Maqasid atau objektif pendidikan pada akhirnya adalah untuk merungkai potensi maksima dalam manusia.

Percaya atau tidak, saya merupakan produk sekolah kerajaan. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan kemudiannya Sekolah Menengah Perempuan Assunta. Jangan disalah sangka; saya amat berterima-kasih kepada guru-guru yang telah memberikan saya ilmu di dada; pun begitu, berbekalkan latar pendidikan ini memaksa saya bekerja dua kali ganda lebih berbanding dengan pelajar lain sewaktu saya menjalani pembelajaran peringkat sarjana di Johns Hopkins.

Alhamdulillah, berkat doa daripada ibubapa, rezeki yang diberikan oleh Allah, beserta dokongan teman-teman dan tenaga pengajar, saya mampu berjaya.

Pengalaman ini membawa saya kepada sebuah persoalan yang penting. Apakah sebenarnya tujuan sekolah? Adakah ianya merupakan sebuah institusi untuk membangunkan sumber manusia, atau ianya merupakan sebuah kilang robot? Apakah kita mahukan anak-anak kita cuma menjadi burung kakak tua, yang cuma tahu mengulang sahaja apa yang telah diajar?

Saya ada terdengar cerita daripada rakan-rakan saya yang pernah bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh, yang mana peraturan sekolah begitu ketat sehinggakan mendengar serta bermain muzik menjadi satu kesalahan - termasuklah Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Saya musykil kenapa sampai sebegini rupa keadaannya. Mahu tidak mahu syarahan yang lucu dan mengasyikkan oleh seorang pakar pendidikan British, Sir Ken Robinson muncul di fikiran saya.

Beliau memulakan syarahan dengan ayat bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai bakat asli yang sungguh besar. Pendapat ini disokong oleh kajian George Land pada tahun 1968, yang mana beliau memberikan sebuah ujian kreativiti NASA kepada 1,600 kanak-kanak 5 tahun. Ujian itu mendapati bahawa 98 peratus daripada kanak-kanak yang diuji menunjukkan tahap kreativiti yang genius.

Ken Robinson seterusnya telah mengatakan bahawa sistem pendidikan yang terlalu rigid dan sempit, dengan aspek kesenian, kemanusian dan program pendidikan fizikal yang semakin ditinggalkan, serta budaya obsesif terhadap ujian-ujian dan peperiksaan telah menyebabkan kadar kreativiti kepada murid-murid semakin menurun dengan kadar yang amat mengejutkan.

Dalam ujian George Land tadi, apabila ujian yang sama diberikan kepada kumpulan kanak-kanak yang sama apabila mereka berumur 10 dan 15 tahun, kadar kreativiti telah menurun, dengan hanya 30 peratus dan 12 peratus berada di tahap kreativiti genius.

I guess we are all too late!

Malik Bennabi, pemikir tersohor Algeria, menegaskan dilema negara kurang maju kerana mereka menganjurkan peradaban kebendaan yang bersandarkan pengumpulan harta benda, bukannya idea, yang hanya dapat dicapai melalui pendidikan. Menurutnya, hanya dengan idea dan pendidikan satu-satu bangsa boleh menjadi peradaban yang agung.

Lanskap pendidikan negara pada hari ini tidak menjuruskan pelajar kepada penjanaan idea dan pemikiran kritis. Individualisme dan perbezaan setiap kanak-kanak tidak diraikan oleh sekolah, malah ditekan sehingga pelajar-pelajar kehilangan identiti. Kita terlalu takut untuk membenarkan anak-anak kita berfikir melangkaui sempadan akademik.

Dahulu sebelum merdeka kita mendidik dengan sistem berasingan daripada sekolah pondok, sekolah Inggeris, sekolah kebangsaan dan vernakular mengikut bangsa. Pasca merdeka memperlihatkan beberapa rangkaian penyelesaian seperti Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib demi penambahbaikan pendidikan. Terkini, sebuah Blueprint yang bernilai hampir RM 20 juta dikeluarkan.

Soalnya, setiap kali sistem pendidikan dirubah, satu generasi akan terkesan dan apakah sistem pendidikan yang kita mahukan untuk anak-anak kita?

Dahulu selepas merdeka, anak-anak muda berebut untuk menjadi askar, polis ataupun cikgu. Ini merupakan pekerjaan tersohor di waktu itu. Tidak lama selepas itu, apabila negara menyambut arus pembangunan, anak-anak pula digalakkan untuk mengambil bidang kejuruteraan atau perubatan. Samada anak-anak itu mampu atau tidak itu soal kedua.

Melihat masa hadapan, satu pembangunan holistik adalah dituntut. Pendidikan perlu di terbalikkan. Pendidikan dahulu telah menetapkan penghujung jalannya. Anak-anak di tetapkan untuk menjadi jurutera atau doktor dari kecil. Pendidikan sepatutnya merungkai potensi anak-anak semaksima mungkin.

Pendidikan sewajarnya meraikan pilihan setiap individu anak-anak itu sendiri. Pendidikan masa hadapan harus meraikan potensi anak-anak yang tiada batasannya. Pendidikan yang mampu mencipta bidang baru, mencipta pekerjaan baru yang tidak terbatas samada dari bidang matematik, falsafah, geografi, sejarah, pelayaran, musik, syair, lukisan, atau apa-apa pun.

Ibnu Khaldun di dalam Muqadimah menjelaskan dengan terperinci bagaimana sistem pendidikan yang kukuh diperlukan untuk memastikan pemerkasaan sistem ekonomi yang seterusnya menjana kekuatan dan kedaulatan sesebuah negara. Adalah satu kegagalan apabila sistem pendidikan dilepaskan kepada institusi swasta.

Menurut Dato Dr Siddiq Fadzil, konteks pendidikan harus dilihat dari lensa tahririy-tanwiriy (pembebasan-pencerahan). Keberanian dituntut untuk membangunkan satu sistem pendidikan alternatif yang bersemangat memperkasa, membebas dan mencerahkan. Selama ini yang terhasil dari sistem pendidikan sekarang hanya melahirkan generasi yang lemah, meminta-minta, tidak mampu mencipta, dan tidak mandiri. Anak-anak diasuh menjadi generasi penakut, mementingkan diri sendiri, hipokrit dan berpandangan sempit. Ramai juga yang mengalami pemandulan daya kreatif, penumpulan sikap kritis dan tidak lagi memiliki idealisme. Malah ramai yang bangga menjadi budak suruhan sang penguasa. Inilah hasilnya dari satu sistem pendidikan yang gagal.

Jadi ke arah mana Malaysia?
Kaedah pemikiran yang kehadapan (forward thinking) dengan memikirkan implikasi sesuatu tindakan di dalam sesuatu situasi atau ‘Maalatul-Af'al’ menjadi asas kepada pendekatan 'Fiqh Tawaqqu'  dalam penulisan Sheikh Abdullah Ben Bayyah yang bermata airkan perbahasan al-Imam al-Syatibi dalam kitab beliau yang popular, iaitu al-Muawafaqat.

Fiqh itu sains - sains mengenai sesuatu - dan tawaqqu  itu bermaksud meramalkan sesuatu yang bakal berlaku berdasarkan samada bukti empirikal, anekdoktal, atau berdasarkan pengalaman.

Apakah tawaqqu’ kita? Apakah masa depan kita?

Jika tiada perubahan yang dilakukan - kita boleh bayangkan keputusan TIMSS, PISA yang akan terus merudum, kualiti mahasiswa yang terus merudum dan pembangunan ekonomi yang merudum yang hanya bersikap sweat shops tanpa inovasi dan kreativiti.


Makanya, kita wajar bersikap berani untuk melakukan perubahan drastik yang mengambil kira aspirasi semua lapisan masyarakat. Tidak cukup dengan melakukan blueprint bernilai RM20 bilion. Pengalaman kita cukup, kajian empirikal pendidikan dari seluruh dunia memadai untuk kita melaksanakan sampel kajian yang lengkap dan dengan niat jujur melaksanakan perubahan. Pengkaji-pengkaji pendidikan, nazir-nazir sekolah wajib turun ke padang untuk mendapatkan dapatan yang tepat dan melahirkan sistem pendidikan untuk masa hadapan.

Malik Bennabi telah memperjelaskan bahawa tidak ada salahnya pun untuk mengambil sistem dari negara luar tidak kira samada negara Islam ataupun tidak, yang pentingnya kita mengambil sistem terbaik dan mengadaptasikannya untuk memenuhi keperluan tempatan.

Teman-teman sekalian:

Perubahan itu mungkin - Jepun ketika melalui Meiji Restoration (1868) menghantar ribuan kakitangan kerajaan dan guru-guru ke Barat untuk mengkaji cara pemerintahan dan pendidikan selama bertahun-tahun.

Para pendidik dan pembuat polisi wajar mengubah fokus sistem sekolah. Sewajarnya untuk masa hadapan yang lebih baik kanak-kanak dibekalkan dengan alat untuk mereka berfikiran kritis dan mampu menjana sendiri kebolehan intelek. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk meneroka dan mencari jawapan-jawapan mereka sendiri, berbanding disuapkan jawapan-jawapan oleh guru.

Pendidikan masa hadapan wajib bersifat menyeronokkan. Bayangkan sekolah yang menarik anak-anak. Anak-anak teruja, tidak mahu ponteng malah menangis jika tidak dapat hadir ke sekolah. Mereka ke sekolah untuk bertanya, belajar, dan mencabar semua ilmu pengetahuan.

On Membaca - Sejarah tamadun telah membuktikan bagaimana membaca memberi sumbangan yang kukuh dalam pembentukan tamadun manusia dan meningkatkan kualiti hidup manusia. Untuk masa hadapan, Malaysia wajib menuju ke arah pembentukan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan. Sebuah masyarakat yang di penuhi oleh para ilmuwan, cendekiawan dan rausyanfikir.

On Berfikir - pendidikan masa hadapan perlu menerap dan menggalakkan pemikiran kritis. Jika kita terus menyekat pemikiran, negara akan terus mundur.  

Penutup

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (13:11). Surah Ar-Raad ayat 11

Bagi saya, pendidikan adalah penyelesaian bagi semua masalah dunia dan boleh merubah perjalanan dan nasib sesuatu negara. Zaman berzaman, generasi berganti generasi telah membuktikan bahawa pendidikan adalah agen perubahan yang paling berkesan.

Impian tidak akan dicapai dengan minda yang terhalang; yang terpasung. Impian tidak akan dapat direliasikan dengan hanya sekadar minda analitik untuk mengira dan menganalisis semua maklumat yang anda. Minda kita sering diisi dengan halangan-halangan semula jadi apabila kita ingin melakukan sesuatu yang baru. Minda kita harus diubah untuk mencapai masa depan yang lebih baik. Kita harus berani dan jujur untuk mencapai masa depan yang baik. Semuanya adalah mustahil. Apabila kita berjaya merubah suatu yang mustahil menjadi tidak mustahil, satu kesan domino akan berlaku di mana semua yang tidak mustahil sedikit demi sedikit akan diubah menjadi tidak mustahil.

Revolusi Meiji telah merubah rakyat Jepun daripada petani yang malas dan sambil lewa kepada sebuah negara ekonomi kedua terbesar dan maju dengan teknologi robotik mereka melalui pendidikan. Sejarah juga menyaksikan bagaimana orang arab Badwi yang dahulunya buta huruf menguasai dunia dengan pendidikan.

Sejarah juga memberi pengajaran kepada kekuasaan Mongol yang tidak mementingkan pendidikan ketika meluaskan empayar mereka sehinggakan mereka langsung tiada sumbangan yang boleh dibanggakan kepada dunia sehingga hari ini.

Tinggal kira-kira 6 tahun sebelum tahun 2020 menjelma. Apakah impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju akan tercapai? Adakah kita sudah terlambat untuk mencapai wawasan yang dicanangkan selama ini? Bank of America Merril Lynch sudah pun meramalkan Malaysia menjadi sebuah negara yang muda dan miskin menjelang 2030. Apakah tindakan yang akan diambil untuk membetulkan serta menidakkan ramalan ini?

Pendidikan mampu merubah segalanya. Setiap polisi pendidikan yang dibentuk pasti akan membentuk generasi yang dilahirkan kemudiannya.

Demi Generasi masa hadapan,

Impian saya – pendidikan yang memberi peluang tanpa had kepada anak-anak
Impian saya - pendidikan yang memberikan anak-anak peluang untuk belajar apa-apa sahajapun - termasuk menguasai pelbagai bahasa - tidak terhenti pada Bahasa Malaysia dan Inggeris - dui bu dui?!
Impian saya – sekolah kerajaan yang jauh lebih baik dari sekolah swasta, sehingga sekolah swasta semuanya gulung tikar!
Impian saya – peluang pendidikan sama rata kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, status pendapatan dan keupayaan fizikal dan mental. Kita begitu kaya; namun tidak mampu menyedia prasarana pendidikan buat anak-anak istimewa
Impian saya - mahasiswa-mahasiswa tidak di ikat seperti dalam Universiti oleh HEP tetapi menentukan hal ehwal mereka dengan sendiri
Impian saya - Malaysia melahirkan sesuatu yang inovatif - mengalahkan Samsung Korea ataupun Apple Amerika
Impian saya - Malaysia melahirkan penerima-penerima anugerah Nobel - melahirkan ribuan Ibnu Khaldun dan Albert Einstein
Impian saya - rakyat-rakyat negara lain berpusu-pusu datang ke Malaysia untuk menuntut di Universiti-Universiti Malaysia
Impian saya - Malaysia bakal menghantar angkasawan-angkawasan jauh ke angkasa; lebih dari sekadar “roti canai in space”

Berikan anak-anak pilihan; hatta memakai baju sendiri tidak beruniform ke sekolah.
Berikan diri kita ilmu; supaya 732 bilion yang dihadiahkan Petronas membuahkan hasil insan berilmu dan berbakat, bukan sekadar bangunan pencakar langit yang tingginya di persada dunia hanya sementara!
Berikan kepercayaan berteraskan disiplin bahawa dasar terpilih harus didokong 30 tahun dari hari ini untuk memperlihat hasil tuaian tuannya.

Akhir kata; lakarlah masa depan kita. Kalau berbekal iltizam serta azam maka TFTN mampu mengumpul seribu minda hari ini;
Maka gerakkan minda dan keringat kita buat anak-anak mendepani cabaran tandus ilmu, tandus jiwa, dan defisit fiskal!

Terima kasih semuanya!

Wassalam










-----------