Jumaat, 28 Februari 2014

KES RASUAH MUSA AMAN





MICHAEL CHIA DIJATUHKAN HUKUMAN:
BUKA KEMBALI SIASATAN TERHADAP MUSA AMAN

Saya alu-alukan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengenai hukuman penjara dan sebatan yang dijatuhkan ke atas Michael Chia. Kes yang membabitkan permit membalak di Sabah itu adalah salah satu kes utama yang memberi gambaran bagaimana permit membalak telah disalahgunakan oleh ahli-ahli politik dan pegawai awam untuk membina kekayaan peribadi.

Kejayaan pendakwaan terhadap Michael Chia itu membuktikan bahawa SPRM berkemampuan mengumpul bukti yang baik untuk memastikan pendakwaan yang berjaya.

Hukuman bersalah ke atas Michael Chia itu menghidupkan kembali banyak pertanyaan mengenai siapa di belakangnya?

Michael Chia tidak mempunyai apa-apa pengaruh atau jawatan di dalam kerajaan, maka dia sendiri tidak ada kuasa untuk memberikan permit membalak. Hakikatnya dia boleh mengutip wang dari syarikat-syarikat balak memberi gambaran bahawa syarikat dan pengusaha balak tahu bahawa dia menjadi orang tengah bagi pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam menentukan pemberian permit balak.

Sebab itu, keputusan bersalah yang dijatuhkan kepada Michael Chia menguatkan spekulasi mengenai kes wang RM40 juta yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Musa Aman. Fakta kes sebelum ini melalui pelbagai bukti pemindahan wang, keterangan SPRM dan maklumat dari ICAC di Hong Kong menunjukkan bahawa memang ada pemindahan wang berjumlah RM40 juta tetapi ia tidak disiasat sebagai rasuah keraa wang itu dikatakan derma politik kepada Umno Sabah.

Dengan keputusan bersalah ini, saya menyeru supaya SPRM membuka kembali siasatan terhadap Dato’ Seri Musa Aman dalam kes wang RM40 juta yang dikaitkan dengan kutipan dari syarikat-syarikat balak kerana bukti-bukti pemindahan wang melibatkan Michael Chia sendiri.

Keputusan bersalah terhadap Michael Chia ini juga adalah satu tamparan kepada Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempunyai hubungan dengan Michael Chia, terutamanya apabila anak beliau menggunakan kereta mewah milik Michael Chia seperti yang saya dedahkan sebelum ini. Apatah lagi apabila Dato’ Seri Nazri Aziz sendiri yang tampil di Parlimen menjelaskan bahawa tidak ada unsur rasuah di dalam kes-kes melibatkan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia yang mengundang kontroversi sebelum itu.

Walaupun keputusan terhadap Michael Chia ini adalah satu peningkatan baik yang ditunjukkan SPRM, rakyat memerhati sama ada SPRM bakal mendakwa penjawat-penjawat awam berpangkat tinggi yang terlibat sama.

Jika tidak, selama-lamanya SPRM dilihat hanya mendakwa bilis sedangkan jerung terus terlepas.
   
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi


----------

1 ulasan:

  1. Anak pakistan ni mana ada semangat nasionalisme.....bukti nya dia masih umno......tanah sabah itu tanah etnik kadazan bajau dan brunei....mana ada pakistan...kalau bapak pakistan mak sungai...anak pun pakistanlah....jangan jadi mcm pqk8mak mamak mahathir puki kutty...bapa tiga calit dahi india kerala chenai..mak melayu...eh eh..dia jadi melayu...isma kalau nak nasihat...nasihat pakimak mahathir dulu apa itu melayu...pakimak anak aman sial ni.....habis pam minyak semua dia punya......

    BalasPadam