Khamis, 9 Januari 2014

SILAP DAN SALAH





SULTAN MELAKA

YA AMPOOON 
YA DULI SULTAN MELAKA
 sebagai seorang raja beta sultan shah al-tukar tiub
yang mengikut adat istiadat turun temurun
dari zaman tok batin ke zaman  tok hindu
ke zaman tok cha dan tok na
hingga ke zaman tok guru
ingin meminta ampoon
kerana telah mengeluarkan kenyataan fitnah
yang beta telah ambil dari face boook

beta mengaku silap beta tersilap

tidak adalah niat beta
untuk menghina tungku sultan melaka
tidak adalah niat beta untuk ketawakan tungku
tidak adalah niat beta
untuk memasak menggunakan tungku
kerana beta memasak menggunakan leterik

seorang rakyat tungku yang amat setia
yang bernama adam adli
kelahiran masjid tanah
telah menyembah beta 
untuk menerang  duduk pekara kepada beta
bahawa kenyataan di face boook
tentang  tungku memungut ufti adalah fitnah

menurut rakyat tungku ini
tungku sultan melaka amat adil lagi berbudi
cari makan sebagai towkay ikan di pasar selayang
syukur syukur syukur

raja contoh raja  disembah
raja entot raja di simbah

adalah beta  dari keturunan al sultani al tiubi
ingin memberi ingatan kepada pemain face book
akan jangan menggunakan alat face book ini
untuk mengeluarkan  apa sahaja bentuk fitnah


SATU JEMPUTAN
FORUM DARI TIGA OLD BOYS
lawan minah salleh
sapa terrer


------

PEMEGANG MOHOR BOTOL BESAR





DARI TULISAN TUKAR TIUB
Justeru adalah menjadi tugas saya untuk menyatakan secara jelas dalam tulisan ini bahawa apa  sahaja kenyataan dari Menteri Ketuanan  Melayu akan diperlekeh oleh anak anak muda  dalam Face Book.  Apa sahaja fatwa fatwi dari Mufti upahan, ustaz dan ustazah, lebai dan lebaiah – yang dibaca sebagai suara simpati kepada  parti Ketuanan Melayu akan diketawakan oleh anak-anak muda dalam Face Book. Malah perangai dan sikap Raja-Raja Melayu  yang dibaca sebagai menyokong United Malays National Organsiation akan mendapat ‘maki hamun ‘ oleh anak muda dalam Face Book tanpa takut dan berselindung.

DARI FACE BOOK


Follow · 4 hours ago 

Astaghfirullah, Rupa-rupa Ada Bukti Bergambar Yang Lebih Dasyat





------------