Rabu, 12 Mac 2014

PROJEK TIPU MELAYU



LAGI PROJEK

 TIPU MELAYU

































MH370: Status Sebenar Keupayaan Scorpene Menjadi Persoalan

Misi pencarian dan penyelamat bagi penerbangan MH370 masih lagi menemui jalan buntu walaupun telah memasuki hari yang kelima. Namun sehingga hari ini hasrat rakyat untuk melihat armada laut terbaik negara iaitu sepasang kapal selam scorpene beraksi dalam misi ini masih tidak kesampaian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku. Namun SAMM tetap bertegas bahawa mencari sesuatu yang 'tidak kena' itu bukan bermaksud tidak menghormati sensitiviti.

Ketika negara lain berlumba-lumba mengerah kepakaran dalam misi mencari dan menyelamat, termasuklah menghantar kapal kelas perang, kerajaan Malaysia melalui kementerian bertanggungjawab mengelak dari menggunakan kapal selam Scorpene.

Berikut adalah jawapan dari Dato' Seri Hishamuddin dalam sebuah twit yang berbunyi;

"Our (Msian) Submarines are not designed for this operation. Its not the role for a submarines for Search & Resque #MH370"

Jawapan menteri ini telah menimbulkan lebih banyak polemik malah mencetus kemarahan orang ramai. Umumnya, tidak perlu belajar hingga ke Oxford untuk mengetahui sistem kelengkapan sonar yang terdapat dalam mana-mana kapal selam mampu mengesan dan menjejak objek di permukaan dan dasar laut.

Malah, satu laporan berita AFP bertarikh 3 September 2009 dengan jelas menyebut antara kemampuan kapal selam Scorpene yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sedia untuk beroperasi dalam misi 'Search & Rescue'. 

Antara keratannya berbunyi;

"Naval officials said the submarine would be based in Sabah state, on Borneo island, where it will undergo fine-tuning before it is deployed in SEARCH and RESCUE"

Justeru, apakah Hishamuddin Hussin sebagai seorang menteri telah menipu rakyat Malaysia? Atau apakah kapal selam bernilai RM 7 bilion itu mempunyai masalah untuk beroperasi?

SAMM bukan sahaja menggesa persoalan ini dijawab segera oleh menteri, malah turut menuntut supaya dua kapal selam negara yang meragut wang rakyat hampir RM1bilion setahun untuk penyelenggaraan itu memulakan misi pencarian khususnya di dasar laut. 

Segalanya masih belum terlambat kerana jika diimbas kembali, penerbangan Air France yang terhempas di lautan atlantik pada tahun 2009 hanya ditemui 5 hari selepas dilaporkan hilang. Maka Malaysia harus segera menghantar Scorpene, atau benarlah seperti yang dikhabarkan - Malaysia telah membeli kapal selam yang tidak boleh menyelam.

Sekian, SAMM mendoakan agar MH370 ditemui dalam keadaan selamat, inshaAllah.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM


---------

SOALAN UNTUK BANI KETUANAN MELAYU






NOTA
wahai bani ketuanan melayu
tengok gambar ini betul betul
lihat 10 ribu kali
tanya diri sendiri
jujur pada diri sendiri

malaon ini melayu ke india

Wakil rakyat BN serang pembangkang ketika mereka boikot sidang

Ketidakhadiran 89 ahli Parlimen pembangkang, kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan membawa 227 penumpang pada Sabtu pagi lalu antara isu yang dibangkitkan semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong ketika upacara pembukaan semalam.
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Meerican Naina Merican (gambar) menyelar mengenai kenyataan status Twitter bekas menteri besar Perak Tan Sri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa adanya segi tiga bermuda baru di perairan Vietnam

HANYA SATU 

SOALAN

KURUN INI

MUNKEEE INI

MELAYU KE EEEE




---------

LAGI HANCUR



KOMENTAR TUKAR TIUB
cukuplah dengan sepupu najib
kalau najib ambil alih
hancur semuanya

rosmah akan memberi arahan
lagi kacau
ini pun  dunia dah nampak kacau

hanya pemimpin dari pakatan rakyat
yang memiliki keupayaan
dan kecekapan





WOIT

LAGI HANCUR

ROSMAH AKAN

MEMBERATKAN


KEADAAN




---------

BILIK SULIT TERBANG KE LONDON






FESTIVAL UNO MALASIE
politikal et kultural
showcase

Teater ‘Bilik Sulit’ terbang ke London
PETALING JAYA: Sebuah teater tempatan yang digarap berdasarkan pengalaman bekas bekas tahanan ISA bakal dipentaskan di London akhir bulan ini setelah berjaya menambat hati peminat teater dan aktivis politik sejak tahun 2005.
Teater yang berjudul ‘Bilik Sulit’ – sinonim dengan siksaan dan kurungan yang dialami oleh tahanan ISA di arahkan oleh Hishamuddin Rais yang turut ditahan selama dua tahun di Kem Kamunting pada tahun 2001.
“Teater ini ditulis berdasarkan pengalaman bekas bekas tahanan dan dialog serta kata bual dalam ‘Bilik Sulit’ adalah kata kata yang dipungut oleh bekas tahanan,” Hishamuddin berkata.


baca disini:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2014/03/11/teater-bilik-sulit-terbang-ke-london/





----------

PADAN MUKA - INI MEDIA DUNIA





Kegagalan urus krisis MH370 dedah keupayaan kepimpinan Malaysia, kata penganalisis


Ketidakselarasan dan ketidakcekapan dalam mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 menunjukkan bahawa lebih 50 tahun mengamalkan kawalan ketat ke atas maklumat adalah tidak sesuai bagi Malaysia dalam mengendalikan krisis yang kini sedang diikuti seluruh dunia, lapor Bloomberg hari ini.
Ia berkata, China mengesa Malaysia supaya lebih telus dengan “tindakan Perdana Menteri Najib Razak menjadikan sepupunya, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, individu bertanggungjawab terhadap siasatan” mengapa pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac.

Pesawat Boeing 777- 200ER dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang penumpang apabila ia hilang. Penyiasat dari sekurang-kurangnya sembilan negara masih berusaha mencarinya.
"Mereka mengendalikan isu global yang besar seolah-olah ia adalah politik domestik," kata Prof Emeritus Clive Kessler, ahli Sosiologi dan Antropologi di University of New South Wales di Sydney, yang menganalisis politik negara selama setengah abad .
“Dengan punca kehilangan masih tidak diketahui anda boleh memahami keperluan mengekalkan  budi bicara dan sikap berhati-hati tetapi ia dilihat sebagai usaha menyembunyikan kebenaran sama ada di Malaysia dan tempat lain di rantau."
"Pentadbiran Najib sedang menghantar mesej rakyat harus membiarkan ‘kerajaan memberitahu mereka apa yang mereka perlu tahu, bila mereka perlu tahu, dan bukan sebelum itu’,” kata Kessler. 


BACA KOMENTAR AWAL DARI TUKAR TIUB


KOMENTAR TUKAR TIUB
kes kapal terbang ini semakin pelik
ini sudah jadi macam kes bukit jenalik
sudah jadi macam kes lahad datu

cerita simpang siur
belit dan putar
tak tahu mana betul 
mana yang sengaja dirancang

hakikatnya satu dunia bersimpati
hakikatnya ini satu kemalangan
hakikatnya 
kita simpati kepada anak semua bangsa
simpati kepada agama semua bangsa
simpati kepada keluarga yang malang

tapi gedebe malaysia
 yang membuat kenyataan agak bodoh
mereka berhadapan bukan dengan media utusan
bukan dengan wartawan metro
bukan dengan media lembik

yang datang wartawan dunia
wartawan yang tak ada lesen cetak
tak ada noktah untuk bertanya
maka terserlah kebodohan pemimpin malaysia
maka terbogeng cawat pegawai malaysia
maka nampak hasan malek menteri malaysia

semua ini lahir kerana malaysia
tidak ada kebebasan media
pegawai tidak ada pengalaman media bebas
pegawai tak tahu bagaimana memberi jawapan
menteri hanya tahu wartawan kaki bodek



kesah diteruskan


---------

APA SUDAH JADI









DARI FACE BOOK



Dua gambar ini, kelihatan badannya dan kepalanya berbeda, tp kedudukan kaki dan latar lantainya sama.

Yang ini, malaysia kena bagi jawapan.
Like ·  ·  · 4 hours ago · 

-------

DARI MAT KANG KONG JADI MAT AYAM






MAT KANG KONG
jadi
MAT AYAM


KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH

PENCERAHAN 
dari
pembaca
  
KANG KONG 
aku rasa bertuah kerana mempunyai pemimpin & baris pimpinan yg terbijak di dunia yg pandai membeli ayam rege rm1..ayam2 itu adalah hasil teknologi terkini prof2 kangkong drpd kangkong internasional unibesiti..ayam ini hanya makan kangkong yg telah turun rege, kos membela ayam sehingga dijual kepada najib & hasaan malik hanya 10sen..tak sangka peeem & menteli pasollanya sama bijak ngan lembu on 
MAT KANG KONG JADI MAT AYAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/11/14

Hadiahnya ialah seekor ayam rm1 dan seikat kangkong 50sen. on 
SUARA KANG KONG
Anonymous

on 3/11/14

------

SILA BACA INI






 SELURUH DOA KAMI 
adalah  untuk  kamu mh370


NOTA
sila baca 
satu pandangan yang rasional
satu pandangan masuk akal

Pakar penerbangan sebut enam sebab kehilangan misteri MH370

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak Sabtu terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.

Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.

Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.

"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.

"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. - BERNAMA

KAMI BERDOA UNTUK KESELAMATAN

-------

SIAPA BONEKA KHAIRY JAMALUDIN





APA KOMEN KHAIRY JAMALUDDIN


KJ: Wan Azizah hanya 'boneka' AnwarAbdul Rahim Sabri | 2:15PM Mar 11
dikemaskini Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda supaya tidak terperangkap dengan usaha Pakatan Rakyat untuk “menagih simpati" pengundi dalam pilihan raya kecil DUN Kajang..

Khairy mendakwa Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan calon PKR bagi dalam pilihan raya kecil itu hanyalah "boneka" dalam permainan politik tersebut.


BONEKA SIAPA INI?
GEDEBAB

ANAK BADAK

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...NAJIB SUKA ANAK BADAK... kah kah kah..

kah kah kah..KHAIRY SUKA ANAK BADAK... kah kah kah..

kah kah kah...TAPI MINAT YANG SLIM DAN CUN... kah kah kah

kah kah kah..APA KAN DAYA SUDAH NASIB... kah kah kah...

kah kah kah..KJ NAK CEPAT NAIK... kah kah kah..

kah kah kah..TERPAKSA MEMELOK BADAK... kah kah kah

BONEKA  KHAIRY
GEMOK MEMBADAK
bukan kahwin paksa
tapi kahwin nak cepat naik

----------

PASPOT CURI KAKI PINJAM






DARI FACE BOOK



Nabihah Hamid cuba kasi tunjuk gambar dua2 suspek t

See how they copy and paste this pic!

*gambar 2 penumpang pesawat yg didakwa menggunakan passport palsu
Like ·  ·  · 7 hours ago · 

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..KANTOI MANTOI... kah kah kah..

kah kah kah..BUKIT JENALIK BERULANG LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah..LAHAD DATU SEKALI LAGI... kah kah kah..

kah kah kah..PASPOT CURI... KAKI PINJAM.... kah kah kah

DARI FACE BOOK


Yee I-Lann shared Danny Lim's photo.
yeah - HOW COME THE BOTTOM HALF OF BOTH PIX OF BOTH MEN IS SAME? What's up Malaysian Immigration? What you hiding?
I took this photo earlier today, of the famous photos released after the IGP's press conference. It's been around the world already. Some of us in the press pac...See More

   APAKAH INI SEMUA 
 KERJA HASAN MALEK?

---------