Rogol wanita Indonesia: 3 anggota polis diperintah bela diri
BUTTERWORTH 21 Mac - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei ini untuk membela diri.
Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34, Konstabel Remy Anak Dana, 26, dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita warga Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 Nov 2012.
Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Jawi seru umat Islam yakini polis pertahan keamanan negara
Saranan itu disampaikan melalui khutbah Jumaat hari ini yang antara lain menggesa umat Islam bersyukur kerana suasana aman yang dinikmati ketika ini sebahagian besar datangnya dari pengorbanan pasukan keselamatan khususnya PDRM.
KAH KAH KAH
----