Ahad, 30 Mac 2014

APA MAKNANYA INI




KOMENTAR TUKAR TIUB
apa maknanya berita ini?

maknanya berita yang dilaporkan
oleh media milik
united malays national organisation
tidak dipercayai
tidak diyakini

apakah maknanya?

maknanya amat baik
ertinya media baru
internet twiteer blog
lebih diyakini dari rtm utusan
tv3 dan kaum kerabatnya

apa maknanya?

maknanya
52% rakyat masih setia menyokong paktan

apa maknanya?
maknanya masanya
telah sampai untuk
malaysia mendaopat kerajaan
dan pentabiran baru


MH370: Jangan dengar maklumat tidak sah


Timbalan Menteri Pengangkutan,  Ab. Aziz Kaprawi berkata, taklimat media yang disampaikan Pemangku Menteri,  Hishamuddin  Hussein adalah maklumat tepat tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

Menurutnya, laporan di media sosial termasuk laman-laman blog yang bukannya kenyataan rasmi oleh kerajaan adalah maklumat yang tidak disahkan.

"Taklimat menteri yang disampaikan setiap hari adalah maklumat terkini dan sebarang andaian hanya akan menambahkan kesengsaraan keluarga penumpang dan anak kapal," katanya

MAKNANYA
bik mama akan
cari bini  baru
kah kah kah



---------

OMBAK REFORMASI 2.0




KOMENTAR TUKAR TIUB
dari apa yang diperhatikan
najib tidak akan berani
memenjarakan anwar
tapi
semuanya bergantung
pada ombak reformasi
yang sedang berjaan sekarang

dimahkamah rayuan
jaib akan lepas tangan

Ketua Umum PKR,  Anwar Ibrahim sah akan bertanding jawatan presiden PKR  dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu kali ini.

Borang pencalonanya diserahkan oleh Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong sekitar jam 11 pagi tadi.

Pencadang Anwar untuk jawatan tersebut ialah bekas timbalan presiden, Dr Syed Husin Ali dan ia disokong oleh Low sendiri.

Namun begitu, Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan jika beliau terpilih, ekoran sabitannya dalam kes liwat 11.

Karpal Singh pula sebaliknya hari ini mengumumkan melepaskan jawatan pengerusi DAP kebangsaan ekoran sabitannya dalam kes di bawah Akta Hasutan.

KAH KAH KAH
kalau anwar masuk jil
bagus juga
ombak reformasi 2.0 akan mengelora

kah kah kah

---------

KERAJAAN HILANG AKAL



KOMENTAR TUKAR TIUB
jenis kerajaan apa ini?
kerajaan ini lebih bangang 
dari kerjaaan langit ayah pin

lebih bangang dari kerajaan hasan malek

mustahil apa yang hidup
jika kapal terbang ini terhempas dalam lautan hindi

pasal inilah media dunia tibai rejim najib dan sepepunya
pasal inilah rakyat china bangun berdemo
pasal inilah media gerombolan tidak dipercayai



PUTRAJAYA 29 Mac - Kerajaan masih menaruh harapan untuk menemui penumpang atau anak kapal pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat biarpun peratusannya sangat tipis. Pemangku..



KAH KAH KAH
hasan malek pun
cerdik dari ini
kah kah kah




--------

RAHSIA BESAR MASIH SELAMAT



Nama Pak Lah teratas, diawasi ejen keselamatan Amerika, lapor akhbar Jerman

Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.
Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.
Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.
WOIT!
HANG TAU
apa yang ajen amerika dapat rakam?

sampai hari ini
belum dapat 
cia dan nsa
pecahkan

cia dan nsa
sedang berusaha
nak baca ucapan
pak lah ini:
zzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzz
Zzzzzzz
zzzz
sampai kiamat
 cia dan nsa
tak akan berjaya

KAH KAH KAH

------------

APA SUDAH JADI





Tragedi MH370 lonjak kepercayaan terhadap Hishammuddin, mungkin calon pengganti Najib?




Kepercayaan ke atas Datuk Seri Hishammuddin Hussein melonjak selepas kehilangan penerbangan MH370, lapor media yang...

WOIT
apa punya nasib
dari pak lah kaki tidoo
diganti najib takut bini
kepada jantan lidah kontot yang bangang

apa jadi dengan muhyiddin?
apa jadi dengan zahid hamidi?

apa sudah jadi
dengan
bani ketuanan melayu?


---------

BERITA DARI TIM BILIK SULIT




BERITA 
DARI BRIXTON


PAGI SABTU
tim bilik sulit 
dan 
pelajar undang undang malaysia  uk
telah berjaya mengadakan bengkel
di universiti college london
tentang: teater
tentang: media
tentang: agama
tentang:pelajar/anak muda
tentang: melukis karton dan agitprop

malam nya
bilik sulit bukan panggung
hasilnya:
penuh dan seronok
kemudian kami pindah 
ke sebuah pub klasik english
untuk merayakan kejayaan

pada isnin ini
tim bilik sulit
akan berjumpa human rights watch london

pada 5 april ini
bilik sulit buka panggung di nottingham

pada 6 april terbang pulang

NOTA
bersama menonton bilik sulit
ialah saudara mat sabu
dan
saudara adli dari melaka 
yang datang ke eropah
untuk bersama bilik sulit

--------

KEEETUL LUPA LAGI




SEPUPU 
KEEETUL

Saya akan semak kenyataan  Musa sama ada betul atau tidak, kata Mahathir

Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad akan mengkaji semula kebenaran dakwaan bekas timbalannya Musa Hitam yang mengatakan beliau berada di Kuala Lumpur semasa tragedi Memali pada 1985.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali, Musa mendedahkan Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
"Saya sedang kaji kebenaran tentang apa yang disebut oleh  Musa.
"Pasal ini berlaku sudah begitu lama saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul ataupun tidak," kata Mahathir selepas menghadiri majlis dianjur Alumni Universiti Utara Malaysia di Istana Hotel hari ini.

SI KEEETUL INI LUPA LAGI
dulu lupa operasi lalang
lupa nama asal
lupa gambar ayah

sekarang
 lupa bunuh orang
di memali


---------

CONTOH TERBAIK





INI 
CONTOH OBESE

 Kadar obesiti rakyat Malaysia semakin serius
KUALA LUMPUR 29 Mac - Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

Katanya, peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.

"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

CONTOH



KAH KAH KAH
ini perli rosmah
gila gila
kah kah kah
-------