52% RAKYAT
HILANG KEYAKINAN
KRISIS KEYAKINAN
Heboh
tentang kehilangan pesawat MH370 masih belum selesai. Ini bukan heboh
sekampong. Ini heboh sedunia. Heboh ini menjadi lebih heboh kerana cara Najib dan Sepupunya mengendalikan kes ini.
Awal-awal
lagi Ketua Polis Negara saperti biasa telah memberi amaran
agar rakyat TIDAK dibenarkan membuat spekulasi. Ini taktik ‘manai’
yang biasa digunakan oleh
polis berjuta kali. Kali ini jawapan rakyat
Malaysia terutama anak muda kepada arahan
Ketua Polis Negara ini dari rakyat Malaysia
ialah: pooorah boleh blaaah.
Warga dunia langsung TIDAK ambil pot terhadap kenyataan
Ketua Pois Negara ini walau pun ketua polis ini telah
menambah namanya dengan gelaran Tan Seri. Untuk warga dunia Tan Seri
atau BerTan Tan tidak penting. Yang penting laporan jelas dan tuntas.
Dunia telah memasuki Zaman
Internet – mustahil orang ramai dapat dikawal dari
membuat apa sahaja bentuk spekulasi.
Kes
MH370 ini telah memperlihatkan pelbagai bentuk spekulasi muncul dari yang bangang hingga ke jenis Hasan
Malek. Episod malang MH370 ini telah berjaya membuktikan sepupu Najib yang
bernama Hishammuddin Hussein telah menjadi
lebih Hasan Malek dari Hasan Malek.
Malah Sepupu Najib ini dalam sidang medianya
dilihat telah berjaya melakukan ‘lawak
berdiri/stand up comic’ yang menghiburkan dunia. Dalam masa lawak Sepupu Najib ini telah menaikkan
kemarahan kaum keluarga yang terlibat
dalam kemalangan ini. Terutama sekali warga dari Tanah Besar China.
Dalam
tiga minggu ini induk berita dari BBC/CNN/SKY NEWS pastilah MH370. Bagitu juga
saluran TV Al-Jazera, ABC dan dan dan…. Saluran ini semuanya telah membuka
berita mereka dengan MH370. Stesen-stesen
TV yang kecil diseluruh dunia juga telah mengulang main berita pesawat MH370 yang hilang ini.
‘ Your minster looks like an idiot… menteri
kamu dilihat sebagai Sang Bodoh ..’ ini
komen dari seorang peniaga berasal dari Pakistan yang saya pungut di kota
London. Ini komen hasil dari menonton
laporan TV yang warga diluar Malaysia dapat lihat tanpa ditapis. Warga
Dunia diluar Malaysia dapat membaca dan
melihat berita MH370 ini tanpa amaran dari Ketua Polis Negara.
Malah
rakyat Malaysia yang duduk diluar Negara juga telah berpeluang melihat laporan
berita MH370 ini tanpa mempedulikan amaran Ketua Polis Negara.
Mereka juga boleh membaca pelbagai jenis akhbar yang membuat liputan dari
pelbagai sudut. Warga Malaysia diluar
Negara amat bernasib baik kerana mereka
bebas dari mendengar ‘cerita dongeng’
Utusan dan lawak bodoh RTM.
Justeru,
selama tiga minggu ini – apa yang jelas
ialah pertelingkahan antara apa yang telah dilabonkan secara resmi oleh Sepupu
Najib dengan apa yang diwartakan oleh media dunia. Percanggahan dan
pertelingkahan ini cukup jelas. Pengkaji
media dan berita satu masa nanti akan melihat kembali bagaimana Sepupu
Najib telah berpeloh-peloh cuba mengelentong media dunia.
Sepupu
Najib pada awalnya telah diapit oleh
Jeneral , kemudian oleh Ketua Polis Negara. Tujuan asal memunculkan askar dan polis ini pastilah
untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Ini cara biasa yang dilakuan oleh
gerombolan United Malays National Organisation.
Takutkan rakyat dulu kemudian kelentong mereka. Inilah taktik memerintah
dan mengawal rakyat yang telah digunakan oleh Bani Ketuanan Melayu selama ini.
Sepupu
Najib ini kelihatan mengelabah apabila berhadapan dengan media
antarabangsa. Wartawan-wartawan dunia TIDAK ambil pot sama ada Sepupu Najib ini ada Tan Seri atau Datin Seri atau memiliki
berTan Tan darjah kebesaran. Media dunia
juga tidak ambil pot sama ada
derajat Tan Seri ini dibeli dari Sultan Pahang atau Sultan Selangor. Untuk wartawan
media antara bangsa yang penting ialah membuat laporan dan menghantar berita.
MH370
ini telah memperlihatkan krisis keyakinan media. Amat jelas wartawan dunia TIDAK yakin dan
tidak percaya dengan apa sahaja berita
yang menetas dari mulut Sepupu
Najib. Kenapa ini berlaku? Bagaimana ianya terjadi?
Untuk
memahami pertelingkahan ini mari kita lihat kembali sejarah media. Kalau dulu
media hanya ada radio dan akhbar yang dicetak. Berita hanya boleh didengar dan
boleh dibaca. Tidak lebih dari ini. Kemudian muncul TV. Dengan teknoloji
terkini warga dunia diberi peluang untuk melihat dan mendengar berita-berita
secara langsung - dalam masa yang sama – dalam real time. Satu rombakan telah berlaku
dalam media – baca, dengar dan pandang.
Justeru
selain dari mendengar suara Sepupu Najib warga dunia juga dapat berpeluang
membaca bahasa badan Sepupu Najib. Bahasa badan memiliki nahunya tersendiri.
Warga dunia yang terdidik dengan media bebas telah dapat
menghafal nahu bahasa badan. Media di
Eropah yang bebas telah mendidik warga
Eropah untuk berupaya membaca nahu bahasa badan Sepupu Najib.
Sebagai
Menteri Pengangkutan Sepupu Najib telah dilihat cuba bersilat lidah dihadapan
media dunia. Disini jelas Sepupu Najib kantoi. Fakta yang dikeluarkan oleh Sepupu Najib
kelihatan bercangah dan penuh dengan Putar bin Belit. Fakta bercanggah ini
telah dibantu oleh nahu bahasa badan Sepupu Najib.
Hasilnya
media hilang keyakinan dengan apa sahaja bentuk laporan resmi. Hasilnya media
dunia merayau-rayau mengcungkil berita sendiri. Hasilnya warga China naik angin
dan marah. Hasilanya Kedutaan Malaysia di
Bejing diserang. Hasilnya pelbagai teori konspirasi jenis Hasan Malek mula
bercambah.
Telah
sampai masanya politikus Malaysia
disedarkan. Para politikus Bani Ketuanan Melayu ini perlu dikejutkan.
Mereka wajib diberitahu bahawa wartawan dari media dunia tidak berhadapan
dengan ISA, dengan SOSMA, dengan ISA BARU, dengan Akta Cetak, dengan Akta Hasutan, dengan Jakim , dengan
Jawi, dengan Sultan – hakikatnya wartawan dari media dunia memiliki kebebasan
untuk melapor dan mengcungkil berita.
Biar
saya nyatakan sekali lagi. Selama lebih dari 50 tahun ini para Menteri dan aparachik dari Uniited Malays National
Organisation telah ‘membuli’ para wartawan dan media di Malaysia. Media
Malaysia dan wartawan Malaysia menjadi ‘tukang hangguk’ untuk para gerombolan ini. Akta Mesin Cetak - lesen
untuk meneribit akhbar telah mengawal dan membuli media Malaysia.
Hasilnya
media Malaysia menjadi ‘manai lembik dan mati pucuk’. Saya yakin wartawan media
Malaysia memiliki keupayan untuk menjadi wartwan yang bergeliga – yang bertaraf
dunia. Ketrampialan mereka tidak berbeza dari wartawan Eropah. Tetapi apabila
bekerja dengan media Malaysia otak yang bergeliga ini menjadi berjelaga.
Hasilnya banyak wartawan Malaysia menjadi wartawan jenis Hasan Malek. Mereka
menjadi wartawan kaki bodek.
Pesawat
MH370 telah berjaya memperlihatkan kepada dunia bagaimana sebuah rejim zalim
dari Dunia ketiga mengendalikan krisis.
Ketika Perang Vietnam berlangsung Presiden Nixon sama saperti
Sepupu Najib telah cuba mengelentong rakyat Amerika. Presiden Nixon
gagal dan media berkempen hingga Nixon meletakan jawatan kerana mengelentong
dalam Kes Watergate. Ini kekuatan media yang bebas- Presiden Amerika pun jatuh
tersungkur.
Wartawan
Malaysia seharusnya menimbulkan soalan tentang Kapal Selam Scorpene. Apa
peranan kapal selam ini? Najib
mempertahan diri apabila dituduh rasuah
dalam kes Scorpene. Najib mengatakan salah satu kekuatan Scorpene ialah
Cari dan Selamat – Search aand Rescue. Apa sudah jadi?
Soalan
juga wajib muncul tentang keupayaan radar Malaysia? Kenapa radar Siam dapat
mengesan manakala radar Malaysia tidak membuat apa sumbangan? Soalan ini
penting untuk memastikan ketelusan projek mencari bangkai pesawat MH370 ini.
Sayangnya,
apa yang kita baca dari media Malaysia
hanya berita-berita bodek dari Pembodek
Profesional saperti Rais Yatim. Temubual
Mak Cik yang bersyukur kerana Najib dan
Sepupunya telah berbuat sesuatu.
Kemudian kita baca berita membodek Najib dan Sepupunya dari Ngo Melayu
Islam. Walhal umum mengetahui NGO Bodek ini mendapat wang dan dana
dari Najib sendiri.
Semua
ini melahirkan krisis keyakinan terhadap
media. Semua ini menimbulkan kurang yakinnya orang ramai terhadap apa sahaja yang menetas dari
mulut Najib dan Sepupunya.
Berita
terakhir kita membaca bahawa Najib akan ke Perth. Manakala Sepupunya akan ke
Amerika. Najib kini cuba buat-buat sibuk
di Perth Australia. Sama ada Najib berada di Perth atau tidak adalah tidak
penting dalam usaha kerja mencari
bangkai pesawat ini.
Apa
hal Si Najib ini mula buat buat
sibuk? Pasti ada Altantuya dibelakang
Saifol. Justeru, sibuk-sibuk Najib ke Perth ini wajib dilihat sebagai ‘ makan
free atas dana kerajaan’. Ke Perth ini bertujuan untuk membolehkan suami Najib.. oopps… isteri Najib Rosmah
Mansor bershopping lagi.
Dikatakan
Sepupu Najib ke Amerika pula. Dilaporkann bahawa pasti telah ada rancnagn untuk
membeli senjata baru dari Amerika. Haji Desas bin Lebai Desus mula heboh
tentang kroni dapat beli senjata. Jelas
kemalangan MH370 ini akan membesar poket kroni.
Marikah
kita semua berlaku adil kepada Najib dan Sepupunya. Marilah kita beritahu
mereka bahawa kalau hendak membeli album Ziana Zain atau album Anwar Zain kita
tidak perlu ke Perth atau Ke Hawaii. ( TT)
tulisan ini
telah
disiarkan
dalam suara keadilan
--------------