Selasa, 8 April 2014

ILMU SEMIOTIK






GUNAKAN
ILMU
SEMIOTIK


Rodziah nafi dakwaan Zuraida, minta bukti atau ia hanya fitnah politik kotor

Calon Ketua Wanita PKR Pusat, Rodziah Ismail menafikan dakwaan berlakunya unsur salah guna kuasa oleh calon dari Selangor dan menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan percubaan membawa politik kotor.
Beliau menolak dakwaan calon dari Selangor menggunakan kapasiti sebagai pentadbir kerajaan negeri meraih undi ahli parti, seperti yang didakwapenyandang jawatan itu, Zuraida Kamaruddin.
Rodziah berkata, Zuraida perlu mengemukakan bukti kukuh dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Selagi tidak ada bukti, kita anggap itu fitnah.

SEMIOTIK
dari ilmu semiotik
imej siapakah 
yang bercakap benar


---------

SERANGAN TANDA SEHAT




Baru sehari jadi Adun, Dr Wan Azizah mula jadi sasaran

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...
KAH KAH KAH
ini petanda baik
kalau tak kena serang
ertinya tak berguna
kalau di serang ertinya
bahaya untuk musuh

kalau utusan sokong
kalau tv3 bagi muka

ertinya alat musuh

lagi banyak diserang
lagi baik



------

ORANG MENTAL



Tiada petunjuk penumpang selamat, Hishammuddin  harap keajaiban

Hishammuddin Hussein berkata ‎hasil siasatan daripada lokasi terakhir dikesan satelit tidak menunjukkan bahawa ada penumpang Malaysia Airlines MH370 terselamat
Meskipun begitu beliau mengharapkan akan berlakunya keajaiban dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak berhenti berharap dan berdoa.
"Daripada spekulasi yang diterima sebelum ini dari segi teknikalnya dan petunjuk terakhir daripada satelitik menunjukkan tidak ada yang terselamat.
KAH KAH KAH
sepupu najib ini
 mental ke apa?
nak ajaib macam mana?
macam album ziana zain?
KAH KAH KAH
soalan nya
boleh kah orang mental
macam ini menggantikan najib

------

NAJIB KENA PAU LAGI




Najib cadang pembinaan 'Jambatan Persahabatan

PUTRAJAYA 7 April - Najib Razak hari ini berkata, beliau telah mencadangkan pembinaan 'Jambatan Persahabatan' untuk menambah baik rangkaian jalan dan menjadi simbol persahabatan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Singapura.

Cadangan itu adalah inisiatif jangka panjang yang akan membabitkan perbincangan meliputi pelbagai aspek serta kajian mendalam yang perlu dijalankan bersama-sama oleh kedua-dua negara, kata beliau.

Najib berkata demikian dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di sini. - TIEWNAMA


KAH KAH KAH
woit
ini mesti pasal gambar

sila teka
gambar siapa?

KAH KAH KAH



--------

DARI BRIXTON KE BANGSAR





DARI BRIXTON
SELAMAT
KE BANGSAR
tim teater bukan teater
selamat sampai ke klia jam 11:30 malam isnin

semua selamat
semua senyum

ucapan terima kaseh kepada
anak semua bangsa
yang membantu
dalam apa sahaja bentuk
untuk menjayakan
pementasan teater bilik sulit
di semenanjung hingga ke  uk

TUJUH ORANG ANAK MUDA
tujuh orang anak muda dari teater bukan teater
akan memiliki keyakinan diri
satelah hampir satu bulan di uk
saperti kata mafiz dalam dari jemapoh
' masa muda inilah untuk melihat dunia...'

SELAMAT  KEMBALI

KE BANGSAR 
NOTA 
old town Apa CERITA