Isnin, 21 April 2014

LAWAN SAMPAI JATUH




HIMPUNAN RAKYAT 1 MEI DITERUSKAN DAN MOBILISASI BESAR SEDANG BERJALAN.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan dokongan kepada Himpunan 1 Mei 2014 yang dijadualkan akan berlangsung dengan perjalanan dari beberapa lokasi dan 'menuju Dataran Merdeka'. Perjalanan utamanya ialah dari KLCC ke Dataran Merdeka.

Acara 1 Mei akan bermula dari tengahari di KLCC dan akan berakhir sekitar jam 2 petang. Acara di KLCC dibuat oleh sekumpulan organisasi yang bergabung dan membentuk Jawatankuasa Mei 1, 2014. Perbagai acara ucapan pimpinan , persembahan dan ikrar hari pekerja. Sekitar jam 2 petang akan bergerak dari dari 5 titik mula berkumpul menuju Dataran termasuk dari KLCC sendiri. Seperti biasa 4 tempat yang lain ialah Brickfeilds, Sogo dan Masjid Negara.

SAMM percaya semua yang terlibat sedang memainkan peranan yang terbaik untuk memastikan himpunan tersebut berlangsung baik demi menyampaikan masej dan mencapai objektif himpunan yang cukup besar.

Himpunan hari pekerja 2014 membawa tema membantah GST, ini sesuai dengan seruan Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan buget dan ketika menyebut fasal GST beliau sendiri ingin melihat respon rakyat. Jika jumlah yang turun besar SAMM percaya Najib akan membatalkan GST tersebut.

Selain itu SAMM menyeru seluruh rakyat menjadikan himpunan ini sebagai manifestasi luahan rasa rakyat yang tidak didengar suaranya termasukkan rakyat harus turun bersama membantah penyalah gunaan mahkamah dalam menafikan suara juga memenjara pimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim.

Jika mengikut skrip regim ini mungkin himpunan besar terakhir Anwar dan beberapa pimpinan utama bersama rakyat.

Kepada penguasa diharapkan jangan panik tak tentu hala. Ini proses demokrasi iaitu rakyat berkumpul menyatakan hak dan pandangan. Ini sudah dijamin dalam perlembagaan Malaysia.

Ambil contoh himpunan malam tahun baru, peserta berjaya memasuki Dataran Merdeka dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Semua berjalan baik. Kerjasama baik antara penguasa dan demonstran. Amat yakin sekali lagi kerjasama erat ini mampu dilakukan dalam Himpunan 1 Mei ini.

SAMM telah mengkerahkan semua komrad SAMM dari seluruh negara untuk bersama disamping sudah mempersiapkan 100 marshal berpengalaman untuk membantu menyelia himpunan tersebut.
surat arahan rasmi Pemuda Pas
SAMM mengucapkan tahniah kepada semua organisasi yang berani dan bertanggungjawab dalam mengerahkan anggota mereka menjayakan Himpunan ini. Contohnya Dewan Pemuda PAS yang sudahpun secara rasminya menggerakkan anggota Pemudanya.

Ayuh bersama 1 Mei himpunan terbesar rakyat di Kuala Lumpur.

sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)



-------

SIAPA MALAON INI




KOMENTAR


ada tiga  pekara perlu tuntas



PERTAMA: dataran merdeka

bukan milik  malaon ini


KEDUA: 52% rakyat sokong pakatan

rakyat


KETIGA: malaon ini bukan tengku



---------

NASI PANGUNG DAPUR JALANAN







NASI PANGUNG KELMARIN

Cerita minggu ini,
Jalan Panggung minggu berwarna merah,
Datang kawan-kawan dari Bestari Jaya
Satu bas turun sumbang tenaga
buat bakti, buat kecoh, buat ramai

Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Laksa Penang
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim Library Science Unisel - Kueh, Nasi Ayam, Wedges, Apple  & macam-macam!
R dan kawan-kawan - Kek Pisang
Brader Pyanhabib - Air Minuman
Shad dan awek - Tuala

MEREKA YANG DATANG


PENYUMBANG
Para penyumbang tenaga; yang sibuk & buat ramai di Jalan Panggong:-
Aisyah, Ikhwan & Zariff , Tukang masak rakyat!
Nadiahtul, Syu, Hazman  & cikgu-cikgu Tim Kelas Kita
Amirul, Azwani, Pn Nora dan kawan-kawan baik hati dan awek -awek cun dari Library Science of Unisel Bestari Jaya, 
Husin, Aziza, Shad dan awek, Fauzi dan famili 
Pyanhabib & Geng Kotak; kumpulan mamat-mamat cool & gagalis      
 dan semua kawan-kawan yg hadir membantu & memeriahkan scene Jalan Panggong petang kelmarin!

TerNow!! Dapur Jalanan sudah ada instagram; boleh follow; dapurjalananKL. Gambar2 awek-awek cun, yang cool & yang poyo, 18SG di jalan Panggung terdapat disitu.


Jangan terlepas merchandise Dapur Jalanan KL, baju & button, hanya terdapat di Jalan Panggung dan kroni-kroni yang berdekatan

TERIMA KASEH
Terima kasih semua! jumpa minggu depan di Jalan Panggung
- Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
-

 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 spkl collective

- Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-2671285  atau Hadikhalid = 012-6648873

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
20 April 2014


TURUN SATU MEI INI

---------

ARAHAN BARU UNTUK DEMO SATU MEI



PENGUMUMAN
sila pakai baju merah
sila pakai baju t merah
untuk turun 
ke dataran merdeka pada 1 mei ini

sila pilih tempat berkumpul
datang awal untuk
mengelak kesesakan
sila gunakan pengangkutan awam
jangan bawa kereta masuk
ke pusat kota

ANAK ANAK MUDA
sila reka sebanyak mungkin
logo dan flyer 1 mei
hebohkan dalam face book
semua ini akan menjadi
 bahan sejarah
perjuangan menentang kezaliman

ANAK ANAK MUDA
sila bawa sepanduk
yang bersangkutan dengan gst
yang bersangkutan dengan ekonomi
dan
yang bersangkutan
 dengan berat badan rosmah

DIMANA BERKUMPUL
sogo - amk
masjid negara - pemuda pas
brickfeild - pemuda dap
dataran may bank - pimpinan nasional
padang klcc - ngo

 jam 2:00 petang
berarak ke dataran merdeka

MERAH 
setia kawan 
dengan kaum buruh


sila pakai merah
pada hari satu mei 2014

------

JANGAN SEBAR FITNAH






KAH  KAH KAH


hubaya hubaya

tolong jangan

sebar fitnah


tolong jangan libatkan kaum keluarga

tolong jangan buka cerita rasuah

semua ini fitnah


nanti ada yang merajuk

pergi naik umrah

kah kah kah


DARI FACE BOOK



Azmin di gesa bertaubat oleh adiknya...
Like ·  · Share · Edit










DARI FACE BOOK

#KeadilanRaya berarti ikhtiar meletakkan idealogi letak duduk Parti Keadilan. Selain dari itu adalah fitnah.
1Like ·  · 


KAH KAH KAH




---------

PUSHPA KAWAN KITA






DARI FACE BOOK


12 hrs 
 

PUSHPA YANG KONSISTEN.... Pushpalingam merupakan aktivis reformasi sejak 1998. Satu ciri khas Pushpa ialah dibajunya akan disemat lencana bergambar Anwar Ibrahim. Ini dipakai setiap hari, dari dulu sampai sekarang dan dimana saja. Ini cerita dalam satu kes mahkamah di mana saya dituduh bersama beliau. Sebelum perbicaraan seorang pegawai polis mendekati.



1. Polis: "Kamu tak boleh pakai lencana macam ini, ia satu kesalahan dalam mahkamah."
2. Pushpa: "Kenapa u boleh pakai" (sambil menunjukkan lencana di baju polis itu).
3. Polis: "Saya duty bound." (kerana tugas)
4. Pushpa: "Saya pun duty bound."
5. Polis: "Sila tanggalkan lencana di baju kamu."
6. Pushpa: "Boleh, tapi kamu juga tanggalkan lencana di baju kamu."
7. Polis: "Susahlah kalau macam ini."
8. Pushpa: Kalau susah berhenti la.. (jadi polis).
9. Polis terus berlalu pergi
 — with Yuisri Yus.
Like ·  · Share




FAKTA

tt kenal orang ini

sosok ini amat baik

berapa kali kena tahan

dalam parti pkr

bukan cari pangat

bukan minta projek

bukan kaki bodeeek

-------