KOMENTAR
kenyataan macam ini
memang baik
lagi banyak lagi baik
lagi banyak penjawat awam kena siasat
lagi besar kabilah anti kerajaan
lagi ramai yang akan bocorkan rahsia
GST: Melaka siasat penjawat awam terlibat perhimpunan
MELAKA 2 Mei - Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penjawat awam di negeri ini yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, semalam.
Ketua Menteri, Idris Haron berkata, tindakan itu bertentangan dengan peranan penjawat awam yang sepatutnya menyokong kerajaan dalam melaksanakan GST demi menjana ekonomi negara pada masa depan.
Penjawat awam juga tidak harus terpengaruh untuk melibatkan diri dengan bantahan itu kerana ia merupakan tindakan seorang atau sekumpulan kecil yang didorong kemahuan politik yang tinggi, katanya kepada pemberita selepas menerima rombongan 60 peserta Program Belia Asia Tenggara di sini, hari ini. - TIEWNAMA
Protes GST: Tindakan tegas termasuk dipecat
Penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa."Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai penglibatan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.
Menurutnya penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.
----------