Sabtu, 3 Mei 2014

APA SEDANG BERLAKU DI UKRAINE




APA SEDANG BERLAKU DI UKRAINE

kuasa imperialis amerika bersama nato
telah merancang untuk menjatuhkan 
kerajaan ukraine yang dipilih orang ramai

kenapa kerajaan ini perlu dijatuhkan?

kerana kerajaan ukraine lama
tidak mahu menjadi anggota kesatuan eropah
tidak mahu menjadi anggota nato
tidak membenarkan peluru berpandu nato dipasang dalam ukraine

kumpulan fasis
kumpulan kanan
bekas saki baki penyokong hitler
telah diberi dana
telah diberi senjata
oleh amerika

ini diakui sendiri 
oleh  duta amerika di kiev
bila mana taliponnya 
dengan gedebe rumah puteh
telah diintai dan dirakam

dalam perbualan talipon ini
telah diakui sebanyak
5 bilion dollar telah dibelanjakan
untuk menjatuhkan kerajaan anti nato

kini rakyat ukraine sendang bangun berjuang
kelmarin 2 helikopter
kerajaan pro amerika
telah ditembak jatuh

perang saudara
perang besar 
akan meletus

kita wajib berjaga-jaga
kita wajib sedar
jika perang ini merebak
perang ini boleh meledakan
perang dunia ke tiga

najib yang amat lemah
yang banyak skandal
yang banyak masalah
yang dikawal rosmah
yang terlibat kes bunuh altantuya
yang nak beri biasiswa pada saifol
sudah masuk ke dalam poket amerika

najib dan rosmah
akan jual malaysia
melalui perjanjian ttpa

tak caya?

tunggu dan lihat



RAKYAT BANGUN MENENTANG
 SOLDADU PRO NATO
lihat kuasa rakyat
kereta perisai pun berjaya
di tahan
-


----------

INGAT MACAM MANA BACA AKHBAR





KAH KAH KAH

ingat macam

 mana

baca akhbar 

milik bani 

ketuanan 

melayu

kah kah kah

Abdul Khalid sokong GST

KUALA SELANGOR 2 Mei - Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mekanisme itu adalah langkah mengutip cukai secara menyeluruh.

Bagaimanapun katanya, sistem cukai itu hanya sesuai dilaksanakan apabila jurang pendapatan penduduk adalah seimbang.

“Secara peribadi, pada masa yang tertentu ya (sokong GST), saya adalah antara orang yang menggalakkan GST dilaksanakan tetapi sekarang bukan masanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan kunci Masjid Darul Ibadah di Ijok di sini hari ini.


KOMENTAR
siapa kena kutuk
sosok itu baik
siapa kena puji
sosok itu jahat




-----------

MARI MEMAHAMI WATAK CUKONG





ALOR SETAR 2 Mei - MCA menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon yang layak bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang, 25 Mei ini. Presidennya, ...


Liow Tiong Lai
GEORGETOWN - MCA menyenarai pendek tiga nama calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei depan. Presidennya Liow Tiong...


KOMENTAR
mari kita bersama
memahami watak cukong

cukong ini selalu dihina
oleh ketuanan melayu
di tibai kiri dan kanan
oleh munkee melayu
oleh ngo melayu

sesekali cukong ini akan bersuara
sesekali cukong tunjuk marah

tetapi yakinlah
kepada cukong semua ini tidak penting
kepada cukong semua ini tidak fundumental
datanglah segala macam penghianaan

untuk cukong yang penting 
merembat harta kekayaan
yang penting membolot kekayaan negara

hari ini di malaysia
semua gudang lendir cukong punya
semua sarang judi cukong punya
semua judi internet cukong punya
berratus bilion lesap di pelabuhan klang
cukong tak kena tangkap


di hina di jelutong
di hina di telok intan tak ada makna

sentul dapat dirembat
tanah ktm dapat dirembat
ribu ekar hutan genting dapat dirembat
malah tanah sebelah masjis negara
malah tanah sebelah pusat islam pun
dapat dirembat oleh cukong

cukonglah
dibelakang kuasa sebenar
siapa memiliki punca ekonomi
akan memiliki kuasda

apa nak cakap
wahai bani ketuanan melayu?


Liow Tiong Lai
GEORGETOWN - MCA menyenarai pendek tiga nama calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei depan. Presidennya Datuk Seri Liow Tiong...


-----------

PUISI DARI KAMUNTING






FACE BOOK

6 mins 
 

Sedang saya mengemas bilik (acara 

tahunan)  terjumpa surat 

Hishamuddin Rais ( Tukar Tiub 

dari Kamunting bertarikh 11 Feb 

2003 beserta sebuah puisi


PUISI DARI KAMUNTING


AKU SELAMAT
isa dibuat untuk tangkap komunis
aku islamik aku selamat
isa tangkap anti nasional
aku bukan anti nasional
aku selamat

isa tangkap pemimpin buruh
aku bukan buruh aku selamat

isa mula tangkap pelajar sosialis
siswa datang minta bantuan
aku bukan mahasiswa
aku tak marah pada kapitalis
aku masih selamat

hari ini isa datang
 nak tangkap aku
aduh! 
semua dah dalam penjara
aku sendirian
tak ada sapa nak bantu
aku terlambat
kini kita semua tak selamat!!

NOTA KAKI
ini adalah kad selamat hari raya
yang aku buat dari kamunting
cara buat mengambil masa
bukan susah sangat

pertama cari bunga kertas
cari daun 
keringkan dalam lipatan buku
impit buku ini bawah bantal
agar bunga dan daun jadi nipis

satu atau dua minggu  kemudian
semua telah kering
ambil kertas lukisan potong 
 lekatkan bunga dan daun kering itu
kalau tak ada gam 
pakai nasi

dalam penjara wajib jadi kreatif
banyak masa untuk berfikir

------------

TAK SABAR MENUNGGU







PENJARAKAN 

KALAU 

BERANI






KOMENTAR
anwar tidak akan masuk penjara
mustahil najib berani

sebenarnya dari taktik dan strateji
adalah baik jika anwar masuk penjara
dengan serta merata 
ombak reformasi 2:0 
akan menjadi gelombang tsunami

tetapi hakikatnya
anwar tidak akan dipenjarakan

tak percaya?
tunggu dan lihat

Ibrahim Ali buat kenduri jika Anwar masuk penjara

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu mendoakan agar Anwar segera ke penjara dan akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya hasrat itu tercapai.
"Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara.
"Lagi cepat Anwar masuk penjara, lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara. Baik juga untuk pihak keselamatan kerana tidak pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


KAH KAH KAH
woit  ramai yang akan
datang kenduri ini
malah sekarang pun
ramai berdoa biar anwar masuk penjara


kah kah kah
tok heng asaklah najib
kami tak sabar
nbak makan kenduri
kah kah kah



-----------

SUSUN DEMO RAKYAT SOKONG GST





 KHAIRY JAMALUDEEN


Perhimpunan bantah GST hanya provokasi kepada kerajaan, kata Khairy

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) melihat Perhimpunan Membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam hanya satu provokasi kepada kerajaan.



KAH KAH KAH

malaon ini pandeee
tepat
padat 
betul
kah kah kah  


CADANGAN



BUAT LAH 

DEMO

RAKYAT 

SOKONG  GST




----------

TIPU TIPU TIPU KELENTONG




FACE BOOK  


13 hrs · Edited · 
why are we not surprised?
"Audio recordings of the final conversations between pilots of the missing Malaysian jet and teams of air traffic controllers on the ground were "edited" before they were made public, voice experts say.
The tapes also appear to be recorded by at least two different audio sources, one of which may have been a digital recorder held up to a speaker, they said."



KAH KAH KAH  

Missing Jet Recordings May Have Been 'Edited': Experts

Audio recordings of the final conversations between pilots of the missing Malaysian jet and teams of air traffic controllers on the ground were "edited" before they were made public, voice experts say.
The tapes also appear to be recorded by at least two different audio sources, one of which may have been a digital recorder held up to a speaker, they said.
Analysts who listened to the recordings for NBC News did not know why they were edited, but discovered at least four clear breaks in the audio that indicated edits.
"It's very strange," said audio-video forensic expert and registered investigator Ed Primeau of Primeau Forensics, who has analyzed hundreds of audio recordings. He said the beginning and end of the recording are high-quality with a low noise floor, meaning ambient background noise is almost silent, unlike the middle.
"At approximately 1:14 (a minute, 14 seconds into the audio, which can be heard here), the tone of the recording change to where to me, it sounds like someone is holding a digital recorder up to a speaker, so it's a microphone-to-speaker transfer of that information. That's a pretty big deal because it raises the first red flag about there possibly being some editing," he said.
KELENTONG

TIPU

LEBONG

PEMBONGAK  


---------

WAJIB TURUN KE JALAN RAYA



Kenyataan Media: 2hb Mei, 2014

BANKRAP IDEA AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012, MEKANISMA BARU DIPERKENALKAN UNTUK HALANG HAK DAN KEBEBASAN RAKYAT BERHIMPUN?

Pasukan urgent arrest May Day mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam (hack) telefon anggota kami yang bertugas menghubungi peguam dalam kes-kes tangkapan para peserta demonstrasi.

Sejak pagi 1 Mei 2014 sehingga hari ini, anggota pasukan tidak henti-henti menerima panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai yang menerima SMS kecemasan kononnya daripada anggota pasukan meminta mereka menghubungi anggota pasukan dengan segera. Dianggarkan ratusan SMS dan ribuan panggilan telefon telah diterima sehinggakan anggota pasukan terpaksa mematikan telefon bimbit mereka pada hari tersebut.

Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh orang awam dan peserta demonstrasi May Day akibat perbuatan oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

Kami percaya pihak tidak bertanggungjawab ini berniat untuk menghalang tugas anggota pasukan dalam usaha koordinasi khidmat peguam untuk sesiapa yang ditahan oleh pihak polis. Kami melihat tindakan ini sebagai cara baru oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengganggu amalan hak dan kebebasan berhimpun rakyat setelah Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 melanggar Perlembagaan Malaysia.

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini berniat jahat dan mala fide. Ia menidakkan hak dan kepentingan peserta untuk diwakili oleh peguam ketika ditahan dan disiasat polis. Ini seterusnya mendedahkan peserta kepada risiko penahanan tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Kami syak pihak tidak bertanggungjawab ini memancing nombor telefon persendirian orang awam daripada databasesyarikat telekomunikasi. Sekiranya benar, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini yang melanggar privasi dan menggunakan data peribadi orang awam secara tidak sah dan salah.

Kami seterusnya menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuat siasatan menyeluruh dalam masa 48 jam dari masa terbitan kenyataan ini ke atas insiden ini. Jika pihak polis dan SKMM gagal berbuat demikian, dan tidak memberi penjelasan yang rasional, kami anggap pihak polis dan SKMM berat-sebelah dan tidak independen. Mulalah membela nasib rakyat dan berhenti menjadi suruhan kerajaan dengan serta-merta!

Dikeluarkan oleh,

Anggota pasukan urgent arrest May Day Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)


---------