Ahad, 8 Jun 2014

PIALA DUNIA DI MANA?





KOMENTAR

piala dunia 2018 di rusian
piala dunia 2022 di qatar

dilaporkan fifa telah menjalankan siasatan
tapi belum lengkap
berita telah bocor bahawa qatar
telah menggunkan duit rasuah
untuk beli undi

pelik tetapi benar
qatar tidak ada tradisi bola yang hebat
juga kalau bermain bulan jun/julai
cuaca boleh mencecah 45 celcius

kita lihat dan tunggu
apa akan terjadi

NOTA
qatar wajib
belajar dari 
malaysia


World Cup sponsor Sony calls for investigation into Qatar bid

Sony has become the first World Cup sponsor to call for an investigation into accusations that bribes were paid to secure the 2022 tournament for Qatar, raising the stakes for football chiefs who have threatened to move the competition if the allegations are proved to be true.

KAH KAH KAH

---------

ADA CUKONG BARU








DOWN LOAD

TUAN KU

KOMENTAR


semakin ramai
tak setuju
tak sokong
raja campur tangan

lalu timbul soalan
biasanya ada cukong
yang akan dapat untung
dari sultan jual tanah

siapa agaknya cukong ini?

ada cukong baru
betul china dari 
negara china




Umno perlu jelaskan pelaksanaan LPHJ, kata Musa Hitam



Utusan Malaysia enggan menghadap Sultan Johor jika dipanggil


MB Johor akan terpaksa ikut telunjuk Sultan, kata bekas presiden JCorp




Campur tangan Istana Johor cemar sistem Raja Berperlembagaan, kata PAS



------------

PENGUMUMAN






PENGUMUMAN
kepada semua
 kawan kawan
talipon saya masuk air
justeru
sila pukul talipon saya
pakai number asal 
agar
kita dapat berhubung 
terima kaseh







----------

APA PANDANGAN PEMBACA




APA PANDANGAN PEMBACA


najib di beri kuasa oleh rakyat. rakyat kritik najib. 

najib saman
malaysiakini yang siarkan
kritikan orang ramai terhadap najib.

apakah najib ini nabi 
tak boleh dikritik?

apa pandangan pembaca?
A


----------

SAMAN JANGAN TAK SAMAN





Saman Malaysiakini 

hak asasi Najib, kata Rais

Tindakan  Najib Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Rais Yatim (gambar).
Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan berasa dirinya dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan.


KAH KAH KAH
setuju 100%
memang tepat boleh saman

tapi kenapa rais yatim
tak saman malay mail
yang bukan cerita
rais yatim rogol amah

pelik melik

NOTA
orang lain dia setuju
dia sendiri takut nak saman
kah kah kah
apa punya tuuuur

KAH KAH KAH



----------

PEKARA MUSTAHIL






Melayu perlu terus bersatu

PADANG TERAP 7 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu orang Melayu di negara ini bersatu bermula daripada peringkat akar umbi tanpa mengira fahaman politik jika tidak mahu kehilangan kuasa.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali berkata, orang Melayu kini hanya tinggal sedikit sahaja kuasa politik dan tidak mustahil mereka akan menjadi pelarian jika kuasa tersebut hilang.
"Nasib Melayu kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk, jika Melayu tidak bersatu maka Islam akan hancur.


KAH KAH KAH
woit 
apa tujuan melayu nak bersatu?
apakah malaysia diserang garuda?
apakah malaysia diserang musuh?

apakah ini satu tipu helah
untuk  tipu melayu
kerana melayu makain ramai tak sokong
united malays  national organisation

mustahil melayu boleh bersatu
kepentingan ekonomi sosok melayu berbeza

mustahil melayu country heights
boleh bersatu dengan melayu pantai dalam

mustahil melayu ulu pertak
boleh bersatu dengan melayu taman tun

mustahil melayu  pkr
akan bersatu dengan bani ketuanan melayu 
mustahil melayu dap akan bersatu dengan  
melayu bani ketuanan melayu

mustahil melayu pas akan bersatu dengan
united malays national organisation

apa punya tuuuur



-------

SURAT UNTUK KHALID NORDIN







SURAT TERBUKA
KEPADA MENTERI BESAR JOHOR
MOHAMED  KHALED NORDIN
 
Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:012-793-11-48)
Tarikh: 7hb Jun 2014
 
 
Kepada
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor
 
YAB Datuk Seri,
 
Asalamualaikum Saudara,
 
PER:RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR
 
Dengan  rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.
2.            Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor.  Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).
 
3.            Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri  (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi  satu enakmen yang mempunyai  ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-
                (a)          ia memberi kuasa  kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;
               (b)           Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah  baharu;
                (c)           Sultan diberi kuasa menentukan  jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;
               (d)           Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.
4.           Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa                Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.                  
 
5.            Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
 
6.            Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!
 
7.            Saya ingin bertanya, adakah saudara mendapat nasihat perundangaan dari Penasihat Undang-Undang Negeri Johor (PUNJ) apabila saudara sebagai ketua Majlis Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, mudahnya kerajaan Johor hendak membentangkan RUU (LPHJ)? Jika ada nasihat dari PUNJ, apakah nasihat mereka? PUNJ memikul tanggungjawab sebagai penasihat undang-undang kepada Kerajaan Johor. Siapa yang menderaf RUU (LPHJ) ini? Adakah diteliti oleh PUNJ? Jika PUNJ berkata “ Yes” sahaja terhadap RUU (LPHJ) itu nyata sekali PUNJ telah melakukan satu kecuaian. Tapi ini satu spekulasi sahaja.
 
8.            Jadi siapa sebenarnya yang menderaf, mendesak supaya RUU (LPHJ) ini dibentangkan? Adakah Sultan Johor tahu? Adakah baginda setuju? Atau adakah baginda Sultan yang mengarahkan supaya dibentangkan dengan peruntukan seperti yang ada sekarang? Ini satu pertanyaan. Saudara mesti telus. Perkara ini sudah jadi isu nasional.
 
9.            Sekarang saudara perlu memikul satu lagi tanggungjawab. Saudara jadi Menteri Besar kerana saudara menang sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri Permas, dalam negeri Johor. Parti politik saudara UMNO/Barisan Nasional menjadi parti yang menang majoriti di DUN Johor. Saudara tidak berada di dalam DUN Johor kerana dilantik oleh Sultan. Rakyat yang lantik saudara. Jadi saudara perlu memikul satu lagi konvensi sistem bernegara dan bernegeri di Johor dan Malaysia ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen.
 
10.          Demokrasi berparlimen adalah secara mudah difaham ialah kuasa rakyat yang memilik satu kerajaan iaitu kerajaan pilihan rakyat melalui satu pilihanraya yang bersih dan adil. Jadi tugas saudara sebagai Menteri Besar ialah sentiasa bersikap cermat, waspada, dan sentiasa cemburu supaya kuasa kerajaan pilihan rakyat tidak diceroboh oleh pihak istana. Bukan seperti apa yang berlaku sekarang. Saudara telah buka pintu seluas-luasnya untuk Sultan berkuasa di dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri  khususnya dalam satu bidang yang amat penting dan strategik iaitu sektor perumahan dan hartanah. Jadi saudara telah pecah amanah yang diberi oleh rakyat. Saudara telah gagal untuk mempertahankan sistem demokrasi berparlimen di Johor. Perlu diingat, Johor bukan satu negeri berdaulat dan merdeka sendiri. Johor adalah satu komponen dalam Persekutuan Malaysia yang merdeka.
 
11.          Saudara selaku Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab terhadap isu ini yang boleh menjadi satu skandal perundangan dan perlembagaan. Saudara perlu dipersalahkan sekiranya akhirnya institusi raja dan Sultan Johor dihina rakyat. Saudara perlu melindungi hal seperti itu berlaku. Ini memerlukan seorang Menteri Besar yang bijaksana, tegas dan berpandangan jauh untuk menasihati Sultan, jika di pihak Sultan sendiri yang begitu ghairah untuk mempunyai kuasa eksekutif. Saudara mesti menasihati baginda.
 
12.          Saudara selaku Menteri Besar patut turun padang dan mendengar keluhan dan kegelisahan rakyat. Adakah saudara tahu bahawa di Johor sekarang sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Sultan Johor secara langsung atau melalui nominenya atau proksinya terlibat dalam hal perniagaan termasuk dalam sektor perumahan dan hartanah. Saudara tentu sedar sektor hartanah terutamanya hartanah mewah sedang berkembang pesat di Iskandar Malaysia?  Saudara tentu sedar banyak kawasan laut dan selat serta pantai sedang rancak di tambak di Johor Bahru dan Iskandar Malaysia seperti di Nusajaya dan Gelang Patah, juga Pengerang. Adakah saudara sedar bahawa tanah-tanah yang ditambak itu kemudiannya di jual kepada syarikat-syarikat pemodal asing dari Singapura, Hong Kong dan China? Masakan saudara sebagai Menteri Besar tidak sedar tentang hal ini atau saudara mahu menafikannya? Adakah saudara sedar ada dakwaan bahawa Sultan Johor terlibat dalam menjual tanah-tanah itu kepada syarikat milik asing?
 
13.          Dengan saudara yang menerajui RUU (LPHJ) pada hari Isnin depan ini, maka saudara yang mesti pikul tanggungjawab jika Sultan Johor akan dipersoalkan oleh rakyat. Jika Sultan Johor terlibat dengan perniagaan dalam bidang hartanah, dan  enakmen baru jika diluluskaan memberikan baginda kuasa ke atas urusan pentadbiran hal perumahan dan hartanah, tidakkah itu akan berlaku percanggahan kepentingan (conflict of intersest)? Sepatutnya saudara elakkan perkara ini daripada berlaku.Ini satu kecuaian saudara.
 
14.          Apa tujuan sebenarnya saudara hendak bentangkan RUU(LPHJ) hari Isnin ini? Adakah saudara mahu melihat institusi raja di Johor ini lebih cepat berkubur apabila rakyat marah. Seperti apa yang berlaku dalam Revolusi Perancis dan dekat di sini Revolusi Sosial di Indonesia? Jangan orang melawak akhirnya di dunia ini tinggal raja dan permaisuri daun terup atau daun pakau sahaja. Tinggal raja lekuk, raja sepit dan suku sakatnya.
 
15.          Saudara perlu bertanggungjawab selaku mamak menteri atau Menteri Besar jika peristiwa pemberontakan ke atas raja dan sultan berlaku di Johor. Ingat semula kisah benar Sultan Mahmud Mangkat Dijulang di Kota Tinggi. Di Pengerang, beratus-ratus nelayan miskin dari pelbagai kaum, tetapi majoritinya Melayu, periuk nasi mereka seperti “dicampak pasir” apabila pasir-pasir di tengahlaut disedut oleh Syarikat Mados Sdn Bhd dengan kelulusan Kerajaan Negeri Johor untuk ditambak di kawasan tangkapan ikan para nelayan tersebut untuk tujuan membina satu projek terminal laut dalam milik syarikat-syarikat besar. Syarikat Mados Sdn Bhd ini sebuah syarikat milik Sultan Johor.
 
16.          Jadi saya nasihatkan sebelum Sultan Johor jadi mangsa skandal penghinaan yang lebih parah, lebih baik saudara tarik balik RUU(LPHJ) itu. Pinda semula. Gugurkan semua peruntukan yang memberi kuasa kepada Sultan  dalam enakmen itu. Jangan heret Sultan ke dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Saudara sebagai Menteri Besar dan para Exco saudara dalam Jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mesti pikul tanggungjawab atau akauntabiliti dalam sistem demokrasi berparlimen. Baru ada fungsi Dewan Undangan Negeri untuk lakukan semak dan imbang/check and balance. Jika saudara silap, atau gagal, dalam pilihanraya umum nanti rakyat ada remedi untuk ganti kerajaan saudara dengan kerajaan lain pilihan rakyat. Rakyat tidak perlu marahkan Sultan. Sultan tidak bertanding dalam pilihanraya.
 
Sekian sahaja surat saya ini. Harap maaf jika ada tersilap kata dan bahasa.
 
Terima kasih.
 
Yang benar,
 
Hassan Karim




---------