Khamis, 12 Jun 2014

PROJEK KAYAKAN KRONI






SKANDAL MOSTI: PROJEK DIUNJURKAN MENDAPAT PEROLEHAN RM70 JUTA SETAHUN TETAPI DIBIAYAI OLEH GERAN PERCUMA

Sebuah syarikat iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd (“NSE”) telah berjaya mendapatkan geran sebanyak RM100 juta untuk membiayai projek komersilnya untuk membekalkan stim air (steam) kepada sebuah projek industri di Kerteh.

Bersama-sama ini saya sertakan dokumen dari NSE sendiri yang dihantar ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pejabat Perdana Menteri di dalam proses untuk mendapatkan geran tersebut yang memperincikan kos projek dan unjuran perolehan/keuntungan yang bakal diperolehi.

Projek membekalkan stim air ini menelan kos sebanyak RM130 juta (rujuk dokumen).

Apabila projek ini beroperasi sepenuhnya dalam tahun 2015, perolehan tahunan adalah sebanyak RM68 juta setahun dan akan terus meningkat hingga mencecah kepada RM78 juta menjelang tahun 2023. Keuntungan operasi tahunan pula adalah diunjurkan sebanyak RM27 juta dalam tahun 2015 dan dijangka mencecah RM31 juta setahun menjelang 2023.

Maknanya, dengan geran berjumlah RM100 juta itu yang saya simpulkan tidak perlu dibayar balik kerana ia satu geran dan bukan pinjaman – syarikat NSE ini akan mendapat untung besar setiap tahun dari projek komersilnya tanpa perlu mengeluarkan modal kerana kos projek dibiayai oleh rakyat melalui geran kerajaan.

Sebab itu, saya mendesak Perdana Menteri menerangkan bagaimana beliau dan Menteri MOSTI boleh meluluskan geran sebanyak RM100 juta untuk membiayai projek komersil yang keuntungannya hanya mengkayakan kroni sedangkan beribu-ribu pensyarah yang mengusahakan kajian berhempas pulas untuk mendapatkan geran yang jumlahnya jauh lebih kecil setiap tahun.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

12 Jun 2014




----------

MELAYU BUMIPUTERA ISLAM




KOMENTAR

bila cina kata
melayu bodoh
tahu marah





Melaka UiTM students build logo using 

dodol containers



MELAKA — Forty students from Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka made their university proud today when their achievement made it
to the Malaysia Book of Records (MBOR).
The students managed to build the logo of the universiti measuring 5.3m by 8.2m (including the right colours) using 37,400 used ‘dodol’ (sweet toffee-like confection) containers, in a record time of two hours and 30 minutes.
UiTM Melaka assistant rector Dr Ismadi Md Badarudin said the cost for building the logo, about RM13,400, was contributed by corporate companies.
“The proceeds from ‘dodol’ sold for RM1 to members of the public will go toward the Tabung Aman Palestin and Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM charities,” he told reporters here today.
Dr Ismadi said ‘dodol’ containers were chosen because it was a traditional delicacy among people in Melaka and can be stored for a long time.
The certificate for the logo was presented by MBOR representative Suhaili Shamsuddin to Dr Ismadi.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


i rest may case

my lord 

kah kah kah

-----------

RAJA KELAWAR DAN RAJA DIMAN






SULTAN CONTOH

bukan 

freeloader

ya ampoon

ya maulana


MAIN ANGGUK
Nampak gayanya memande menteri besar main angguk kepale je la pasni walau pun sultan kata kentut die wangi...nasib ko orang la dapat sultan camni.. on SILA BERI PENDAPAT
Anonymous
on 6/10/14

MENJARAH HARTA RAKYAT
Apabila suatu badan berkanun atau satu syarikat berada di bawah naungan raja, ia akan menjadikan badan/syarikat itu kebal dari segi undang-undang kerana raja tidak boleh disaman atas tugas rasmi. Ini membolehkan badan/syarikat merompak/menjarah harta rakyat tanpa mendapat perlindungan dari segi undang-undang. 

Berbanding dengan kerajaaan negeri yang boleh disaman jika kerajaan negeri melakukan kesilapan.Dapat dinyatakan disini kita kembali kepada zaman feudal yang rakyat tidak berhak ke atas dirinya sendiri dan apa-apa perolehan sumber hidup, tempat tinggal hendaklah mendapat ihsan dari raja jika tidak kamu boleh dihalau dan harta kamu boleh dirampas.

 Selepas ini kita boleh melihat projek pengerang dan seumpama dengannya akan berjalan lancar tanpa mendaapaat baantaahaan dari rakyat on PEMBACA MENJAWAB KEMBALI
kiedentech
on 6/10/14
 RAJA GOPAL
tidak ada beza antara absolute monarchy (ataupun raja berpelembagaan) dgn kuasa rakyat (demokrasi). dlm sistem demokrasi bila wakil rakyat jadi pemerintah, dia dah lupa yg dia tu cuma wakil rakyat. contoh pemerintah yg terbaik & tiada tolok bandingnya ialah saperti berikut: 'head of the state as well as the church, he was Caesar and Pope in one; but, he was Pope without the Pope's pretensions, and Caesar without the legions of Caesar, without a standing army, without a bodyguard, without a police force, without a fixed revenue. 

if ever a man had the right to say that he ruled by a right divine, it was Muhammad, for he had all the powers without their supports. he cared not for the dressings of power. the simplicity of his private life was in keeping with his public life'. (rev.r.bosworth-smith 1839-1908). kata ikut sunnah nabi. on PEMBACA MENJAWAB KEMBALI
kampong lad
on 6/10/14
SYAITAN UJUNG TANAH
Satu lagi info tentang syaitan negari ujong tanah...dengar cerita ada makmal dadah terbesar di bawah istana atas bukit....???? syaitan ini juga kepala mafia ujong tanah....betul ke?! on PEMBACA MENJAWAB KEMBALI
Anonymous
on 6/10/14
FREELOADER
bro, kita semua tahu sultan adalah freeloader. memang kita tak nak sultan ni masuk dalam pentadbiran. tapi sila beri pencerahan kenapa ahli2 umno juga tak suka pada sultan ni padahal diorang sama2 merompak tanah melayu ni.kenapa anak maidin tak suke, kenape anak iskandar kutty tak suke. mohon pencerahan. on SILA BERI PENDAPAT
Anonymous
on 6/10/14
LAGI FREELOADER
kalau freeloader nak masuk campur dalam pentadbiran, sila keluar dari istana dan masuk bertanding dalam pru. kalau dah sibuk sangat nak pegang jawatan elok berenti jadi freeloader bertanding secara anak jantan. bukan dikelilingi oleh askar2 peribadi kemudian asyik ugut2 orang. tak cukup2 lagi elaun yang dapat? mati nanti nak dikambus dengan duit kah? on SILA BERI PENDAPAT
Anonymous
on 6/10/14
JOHOR MILIK SIAPA
johor di pijak milik orang... Yang jadi Agong... melayu Yang jadi Raja... melayu Yang jadi PM... melayu Yang jadi TPM...melayu Yang jadi MB...melayu Yang jadi menteri... ramai melayu Yang jadi ketua tentera... melayu Yang jadi ketua polis... melayu Yang jadi ketua hakim... melayu Yang jadi ketua itu, ketua ini... melayu.. Tapi.... Yang jadi mundur.... MELAYU.... .... jahat sungguh DAP.... kah kah on SILA BERI PENDAPAT
Anonymous
on 6/10/14
JANGAN NAK HARAP
pandangan aku dulu sampai sekarang sama..raja dan sultan ni menghabiskan dan membazirkan duit rakyat..ingat dulu ketika malayan union sultan celaka ni la yang setuju dan menandatangani malayan union..akhirnya rakyat tanah melayu bangkit dan menentang malayan union ini..

nak harapkan sultan dan raja melayu, merek ini memikirkan perut busuk mereka bukan rakyat tanah melayu...sampai sekarang pun aku tak akan percaya sultan dan raja ni nak bela melayu..mereka lah yg menjual tanah melayu kepada cukong asing.. on SILA BERI PENDAPAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/10/14
KAH KAH KAH
Semua ni patut kena charge bawah Akta Hasutan pasal hina Sultan.. Kah Kah.. (jawa peranakan) on SILA BERI PENDAPAT
Anonymous
on 6/10/14

 KAH KAH KAH




------------

CILAKA YANG BERTERUSAN





Penangguhan PAC bentang laporan NFC hanya untuk selamat nyawa pemimpin terlibat

1. Parlimen diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Kira-kira Wang (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata hasil siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation masih belum dapat dibentangkan kononya kerana kes tersebut masih di mahkamah.

2. Umum perlu ingat sejak sebelum PRU ke 13 kononya dibentuk jawatankuasa peringkat parlimen bagi menyiasat kes NFC. Namun semuanya senyap sehingga Nur Jazlan dalam laporan pada 26 November lalu menyebut, laporan itu akan dibentangkan pada 3 Disember selepas tertangguh selama seminggu dan sehingga kini.

3. SAMM berpendapat NFC satu isu besar yang menjadi contoh antara banyak kes lain yang melibatkan kehilangan wang rakyat libat pemimpin tinggi regim. Isu ini menarik perhatian ramai sehingga tertekan maka satu jawatankuasa dibentuk sebelum pilihanraya untuk menyejukkan isu ini ini terbukti sehingga pilihanraya setelah penyiasatan kononya selesai tiada laporan dibentangkan. Malang sehingga kini pun laporan tersebut tidak dibentangkan. 


4. Adakah pembentangan masih gagal dibuat kerana bagi memberikan masa jangka hanyat politik untuk pemimpin tertentu atau tidak mahu rakyat kecewa kerana laporan jawatankuasa siasatan itu hanya mengandui syor syor dangkal dan tidak mampu merungkai rahsia umum kehilangan wang rakyat ?

5. Projek NFC itupun sudah mula bertukar tangan, adakah laporan tersebut hanya akan dibentangkan apabila semua saranan sudah tidak lagi menjadi relavan atau ia akan disenyapkan begitu sahaja sehingga ia sejuk dan dilupakan rakyat. SAMM melihat regim ini tidak pernah serius dalam usaha memperkukuh integriti dalam menyelamatkan wang rakyat.




Cik Gu Bard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia





-------------

KAUM KAPITALIS SEDANG MERANCANG






DI MAKLUMAKAN
kaum kapitalis
kaum pemodal
telah bersedia
untuk memastikan 
warga dunia
berkurangan

atas nama  kajian
virus h5n1 telah direka

inilah jenayah
kaum kapitalis

pada tahun 1918
virus  yang dikenali 
sebagai spanish flu
telah menewaskan 
50 juta manusia

NOTA
kenapa negara islam
masih tidak mempersoalkan
mers yang sedang menyerang
di saudi arabia

besar kemungkinan dimusim haji
akan merebak lagi virus ini

tempat yang paling terbaik
untuk merebakkan virus mers
ialah di mekah
padat 
dalam masa yang sama
bakal mangsa
datang dari seluruh dunia

apakah ini teori konspirasi?

APA HENRY KISSENGER CAKAP 1975
Depopulation should be the highest priority of foreign policy towards the third world, because the US economy will require large and increasing amounts of minerals from abroad, especially from less developed countries.

TERJEMAHAN

mengurangkan pendududk dunia adalah salah satu dari dasar luar amerika yang penting, kerana ekonomi amerika syarikat memerlukan bahan galian dari luar negara, terutama dari negara negara yang belum maju

NOTA
saya menjadi marah
kerana kawan baik saya
juga
anak murid kelas falsafah saya
telah meninggal dunia tiga minggu dahulu
sekembali dari berumrah

doktor  di hospital ampang
telah membungkus mayat dalam plastik
dan
 enggan melakukan post mortem
dengan alasan 
kawan saya meninggal
pada hari ahad
  

H5N1 - YANG BERWANA KUNING

Scientists condemn 'crazy, dangerous' creation of deadly airborne flu virus
Scientists have created a life-threatening virus that closely resembles the 1918 Spanish flu strain that killed an estimated 50m people in an experiment labelled as "crazy" by opponents.

US researchers said the experiments were crucial for understanding the public health risk posed by viruses currently circulating in wild birds, but critics condemned the studies as dangerous and called on funders to stop the work.

KAPITALIS YANG BAIK
HANYALAH KAPITALIS

YANG MATI

-----------

TANDA TANDA AKHIR ZAMAN





KOMENTAR
ini hanya tanda tanda
ini hanya rintik rintik
semuanya telah retak

yang berilmu jadi penyamun
yang mencari ilmu
menjadi pemadat

pembunuh mejadi menteri
perasuah jaga agama
hakim makan rasuah
yang jual agama terus jual agama

yang jujur dan lurus
di tangkap di bicarakan
untuk di penjara

semua ini tanda tanda
mengarah ke daulah gagal
mengarah ke daulah runtuh


TELOK KEMANG 11 Jun - Seramai 20 orang pelajar institusi pengajian awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta lapan pekerja swasta hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson dekat sini secara berasingan...
KUALA LUMPUR 11 Jun - Dua bekas pengarah syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. masing-masing dihukum penjara dua tahun dan denda RM180,000 serta penjara 10 tahun dan denda RM1.6 juta selepas didapati...

'Skrol untuk dijual' di UM, kata siswa

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) berang dengan amalan baru apabila graduan dikenakan bayaran untuk mencetak sijil mereka.

Mereka menggelarkan sebagai skim “skrol untuk dijual
”.

KAH KAH KAH

kah kah kah

tanda tanda

akhir zaman

kah kah kah




------------

BANI KETUANAN MELAYU KENA TIPU







TUKAR TIUB TEPAT

dari awal lagi

tukar tiub

tidak yakin akan

kemelayuan india ini

ini bukti saheh

mesyuarat mic

kah kah kah




SUSUN DAN TURUN






SKANDAL GERAN MOSTI:
PERDANA MENTERI & MENTERI ENGGAN JAWAB DI PARLIMEN, SAHKAN KESAHIHAN SURAT

Sebelum ini, saya telah mendedahkan bagaimana geran di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang sepatutnya digunakan untuk memacu aktiviti R&D telah disalahgunakan untuk membiayai projek komersil yang tidak pasti nilai R&Dnya.

Ini berikutan satu surat yang diminitkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada Menteri MOSTI, Datuk Dr Ewon Ebin yang memberi sokongan agar dana sebanyak RM100 juta diberikan kepada sebuah syarikat iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd.

Oleh kerana Perdana Menteri enggan memberi sebarang maklum balas seperti lazimnya, saya pernah menggesa supaya kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri MOSTI membuat akuan bersumpah bahawa surat-surat itu adalah palsu, seperti berikut:

1.      Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang diminitkan beliau itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau meminitkan sesuatu mengenai perkara itu;

2.      Menteri MOSTI Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah (statutory declaration) bahawa surat yang ditandatangani beliau bertarikh 21 Januari 2014 itu palsu dan beliau tidak pernah melihat atau menandatangani surat itu.

Seperti lazimnya juga, kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri MOSTI mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang maklumbalas kepada desakan saya itu.

Oleh sebab itu, saya telah mengajukan dua soalan mengenai perkara ini untuk mengesahkan sama ada Perdana Menteri dan Menteri MOSTI ada menandatangani kedua-dua surat yang saya dedahkan sebelum ini yang membongkarkan skandal geran MOSTI ini.

Saya menerima jawapan dari Setiausaha Dewan semalam bahawa soalan-soalan itu ditolak atas alasan seperti yang diberikan di dalam surat dari Setiausaha Dewan seperti yang dilampirkan bersama.

Saya merumuskan bahawa ini mengesahkan bahawa kedua-dua surat itu adalah sahih dan memang betul Perdana Menteri memberi sokongan agar dana RM100 juta dari geran MOSTI diberikan kepada sebuah syarikat yang mengusahakan projek komersil yang tidak mendapat sokongan institusi kewangan.

Keengganan Dato’ Seri Najib Razak dan Datuk Dr Ewon Ebin membuat akuan bersumpah dan enggan menjawab di Dewan Rakyat menjadi bukti bahawa kesemua surat dan dokumen yang saya tampilkan selama ini adalah benar dan sahih.

Dalam tempoh sidang Parlimen minggu ini dan minggu depan, saya akan terus mendedahkan beberapa dokumen lain yang mengesahkan bagaimana syarikat ini tidak layak untuk menerima geran sebanyak RM100 juta dan menguatkan lagi kenyataan saya bahawa berlaku salahguna di dalam pentadbiran pemberian geran apabila geran-geran diberikan kepada syarikat atau projek yang tiada nilai tambah R&D.

Malah, saya berpendapat bahawa penyelewengan geran seperti ini selama ini tidak disiasat dan dihalusi oleh rakyat sehingga telah berlaku ketirisan yang wajar disiasat secepat mungkin.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

11 Jun 2014


MUSTAHIL BARISAN NASIONAL BELUM MEMUTUSKAN MENGENAKAN GST KE ATAS PETROL DAN DIESEL

Jumaat lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata Barisan Nasional masih belum memutuskan sama ada mengenakan GST atau tidak ke atas petrol dan diesel. Beliau membayangkan perkara itu hanya akan diumumkan bersama-sama keputusan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel yang dijadualkan September ini.

Saya telah menunjukkan bagaimana kutipan GST dari petrol dan diesel ini sekurang-kurangnya akan mencecah RM3 bilion setiap tahun, berdasarkan jumlah penggunaan petrol dan diesel tahunan. Jawapan-jawapan kerajaan di Dewan Rakyat setakat ini mengesahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional mensasarkan kutipan di antara RM21 bilion hingga RM26 bilion setahu apabila GST dilaksanakan kelak.

Ini bermakna kutipan GST dari petrol dan diesel adalah di antara 12% hingga 14% dari jumlah kutipan tahunan yang disasarkan oleh Barisan Nasional. Saya berpendapat kutipan pada 12% hingga 14% dari jumlah keseluruhan GST menjadikan kutipan GST dari petrol dan diesel adalah kutipan paling besar berbanding dengan barang dan perkhidmatan lain.

Sebab itu, saya merasakan mustahil Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kabinet beliau tidak mengambil kira kesan kepada kutipan jika GST dilaksanakan tanpa dikenakan ke atas petrol dan diesel kerana itu mungkin menyebabkan kutipan yang tidak mencukupi bagi menampung defisit belanjawan.

Telahan saya ialah Dato’ Seri Najib ingin mengelakkan bantahan awal daripada rakyat dan mengumumkan GST ke atas petrol dan diesel ini bersama-sama pengumuman rombakan subsidi petrol dan diesel yang dirancang secara senyap-senyap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyedarkan rakyat bahawa Barisan Nasional merancang untuk mengenakan GST ke atas petrol dan diesel bersama-sama dengan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel yang akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi.

Tindakan ini akan menaikkan beban kos bahan api kepada rakyat dan memburukkan lagi masalah kenaikan harga barang yang sudah pun menyusahkan rakyat.

Saya berpendapat bahawa salah satu cara mengekang inflasi daripada melonjak apabila GST dilaksanakan ialah dengan mengenakan kadar sifar ke atas bahan api utama yang digunakan rakyat seperti petrol, diesel dan elektrik.

Pendirian saya juga adalah tegas bahawa sebarang rombakan sistem subsidi petrol dan diesel hanya boleh dilaksanakan selepas pelbagai perjanjian berat sebelah yang membebankan rakyat dan ketirisan perbelanjaan negara dihentikan dahulu kerana ini akan menyumbang merendahkan kos sara hidup rakyat. Selepas itu, barulah usaha merombak sistem subsidi boleh dikaji dengan lebih mendalam untuk dilaksanakan.

Keengganan Barisan Nasional mengesahkan sama ada GST akan dikenakan ke atas petrol dan diesel sebenarnya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional merancang untuk menaikkan harga petrol dan diesel melalui cukai GST dan rombakan sistem subsidi petrol dan diesel.


RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

11 Jun 2014






-------------