Rabu, 9 Julai 2014

LAGI SUWEY UNTUK NAJIB




JANGAN SILAP
ini bukan babi
ini ku nan
kah kah kah




Kenyataan ‘long live Hitler’ Bung Mokhtar tidak boleh diterima, kata duta Jerman


Duta Jerman ke Malaysia, H.E Holger Michael mengatakan kenyataan "long live Hitler" daripada Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin sempena kemenangan pasukan bola sepak pasukan Jerman dalam persaingan separuh akhir menentang Brazil malam tadi sebagai tidak boleh diterima. 

KAH KAH KA

woit
suwey datang lagi
malaon ini ahli parlimen
malaon ini tim najib

KAH KAH KAH





---------

BERZAKAT UNTUK KEBAJIKAN










KESAH NYA
satu malam gwa jumpa
ustaz wan ji
lalu bertanya khabar
tentang itu dan ini
tentang isis
tentang makasid
tentang rancangan nak buat makasid
di restoran amajal


SEBELUM BERPISAH
lalu bertanya dimana
boleh bayar zakat
lalu ustaz ini terangkan
dapur jalanan juga boleh terima zakat

betul ke?
betul 
kata ustaz wan ji



ZAKAT DAPUR JALANAN
bila dengar cakap ustaz cool
maka inilah hasilnya

kepada anak anak muda
kepada yang baik hati
kepada sesiapa sahaja 
yang mahu berzakat
boleh berzakat kepada dapur jalanan



SUMBANGKAN ZAKAT 
DAPUR JALANAN
ke cimb bank
(spkl collective)
800 172 784 9



NOTA
ketika ini ditulis
kolektif dapur jalanan
sedang duduk bincang dengan
menteri wilayah di putra jaya
dapur jalanan juga
dijemput

jemputan datang 
dengan email saje

nanti jam 2:00
kami akan adakan sidang akhbar

---------

AL- FATIHAH








AL-FATIHAH

ibu zunar wafat





Al Fatihah - Ibu saya Hajjah Khodizah Mohamad, 73, baru meninggal dunia ketika azan Maghrib sebentar tadi.
LikeLike ·  · 




------------

SELAMAT BERBUKA






SELAMAT 

BERPUASA


ada keganjilan sedang berlaku
awal pagi
jerebu sampai
awan hilang
panas berbahang

sabentar tadi
saekor burung tiong
hinggap di jeriji balkoni
sakejap saja sang burung bertenggek
lalu dia terbang hilang

satu jam tadi
sepang sang kura kura
berdiri betul-betul
ditepi lantai akhir balkoni

aku tinggal di tingkat sembilan
lalu aku merasa takut
aku ingin mara ke depan
aku takut
mungkin sepang mara 
ke ruang  kosong
lalu jatuh
aduh!
petang ini agak ganjil

PETANG INI
di kawasan kubur cina
aku melihat abang abang
peminat burung terkukur
berhimpun dalam wakaf 
sambil santai
menunggu berbuka
atau
menunggu kesampaian
nasi bungkus

petang ini aku merasa ganjil
kemana perginya  ribuan pipit pipit uban
yang selalu bersama aku
yang aku perhatikan
bergumbira memagut rumput
aku telah tidak sang pipit
hampir satu bulan
apakah sang pipit
sedang bersedia
menghadapi sang nino

petang ini aku tidak merasa
terlalu letih
rokok 
yang telah bertahun 
aku tinggalkan
tidak lagi mengancam
kepala aku

petang ini  aku merasa jauh
jauh entah ke mana
lalu
aku teringat 
petang petang yang lain

bila besendirian
dalam bulan puasa
bila menunggu waktu berbuka
lalu aku bercakap dengan angin
lalu aku kesahkan
kekaseh aku yang telah lama hilang
hilang nya entah kemana
betahun aku mencari
dengan peluh dan air mata

lalu aku tangisi
mimpi aku yang rapuh
lalu aku teringat
janji janji
yang aku berikan 
 pada diri aku

lalu aku bertanya
apakah petang kelmarin 
berbeza dari petang ini
apakah hari ini
aku telah menjadi
lebih manusia 
dari semalam


SELAMAT

 BERBUKA






---------