Isnin, 14 Julai 2014

TUKAR TIUB PECAH BERITA



TUKAR TIUB

PECAH

BERITA



pimpinan pakatan rakyat
negeri selangor
 telah bersetuju
bahawa khalid ibrahim
menteri besar selangor
sedang membawa masalah

pandangan ini
akan diserhkan kepada
majlis presiden

petang ini
mustafa ali telah mengumumkan
majlis presiden akan bersidang
sebelum hari  raya

ajenda majlis presiden
ialah kedudukan
 khalid ibrahim

------------

SELAMAT BERBUKA







SELAMAT 

BERBUKA


hari ini redup dan nyaman
hari senin
aku wajib menulis
jam empat 
tulisan wajib masuk
semua nak pulang awal
semua nak berbuka
dirumah
atau 
telah ada temu janji

KELMARIN
sekali lagi aku masuk
ke hulu langat
kali ini dengan niat yang jelas
ingin mencari kedai makan
yang telah aku temui
empat tahun dahulu

bukan mencari waktu yang hilang
bukan mencari muda 
yang dah pergi
tapi
ingin bertemu kembali
ingin duduk kembali
di meja dan kerusi 
yang pernah aku duduki

sesiapa membaca tapai
akan faham
kedai kedai yang aku singgah
warung warung yang aku sukai
hampir semuanya tanpa nama
hampir semua cari sendiri
hampir semua tidak beralamat

KEDAI INI
ditepi  tak jauh dari sungai
dihadapan banyak pokok durian
ditepi sugai ada pembetong air
inilah tanda tanda
alamat kedai ini

kedai sendirian
tua empunya
bekerja di rtm

sebenarnya
empat tahun dahulu
aku pun tak sengaja
tersinggah dikedai ini

petang kelmarin
jenoh mencari 
hingga ke akhir jalan

GAGAL
yang dicari gagal ditemui
yang hilang tak jumpa
maka aku mencari ganti
akhirnya 
berbuka di tempat baru

APA YANG AKU BELI
aku telah membeli
gulai daun ubi dengan labu
gulai ikan
keli berlada
terong berlada
yang aku beli 
 bukan dari kedai
arus perdana
ini bukan dari bazar ramadan
ini dari mak cik tepi jalan
ini masakan kampong
melayu minang

KEDAI BARU
juga menarik
agak pop
ada jual kueh muih lauk
dan
ada jual buah durian
 pulasan manggis dan langsat
ini kedai kampong

aku membeli 
tiga kilo pulasan
petang ini
aku berbuka pulasan


JAM 7:22
wilayah aku senyap mati
yang aku sdengar hanya bunyi kipas
apakah cuaca telah berubah
apakah alam telah bertukar
tahun dahulu
ketika sabagini
unggas masih bising
masih menyanyi
dan murai masih bergaduh
kini senyap dan sunyi

SELAMAT 

BERBUKA





-------------

ZIONIS LUAR DAN ZIONIS DALAM



 ZIONIS 

ISRAEL

runtuh rumah


HASIL SAMA




ZIONIS 

TEMPATAN

runtuh rumah




HASIL SAMA














-----------

BUKAN AZMIN ALI




 Amirudin Shari
SHAH ALAM - Kepimpinan Abdul Khalid Ibrahim terus menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan beliau.


KAH KAH KAH

woit betul

memang betul

lagi tepat

tapi jangan 

bersedih

gantinya bukan

azmin ali

KAH KAH KAH






-----------

TUKAR DARAH DAHULU



MAKAN

 CADBURY
 kena tukar darah
macam mana kalau 
pernah makan 
bak ku teh

KAH KAH KAH



Jika Umno mahu kekal 

berkuasa, lakukan 

transformasi segera, 

kata Ridhuan Tee 

Transformasi dalam Umno perlu segera dilakukan seiring dengan ajaran Islam supaya apa yang dilakukan pemimpinnya mendapat keredaan Allah, kata Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Pensyarah kontroversi itu berkata, pemimpin dalam Umno perlu menanamkan rasa takut kepada Allah dalam mencari makna integriti yang sebenar.

“Transformasi perlu seiring dengan ajaran Islam bagi mendapat reda Allah. Pemimpin daripada segenap lapisan perlu ditanamkan rasa takut kepada Allah. Itu makna integriti sebenar.

  1. Berita ACCIN mahu Cadbury bayar kos tukar darah umat ...

    www.kinitv.com/video/7333O74
    May 27, 2014 - Berita: Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikes...

Buasir Otak: Siapa dah termakan coklat babi sila tukar darah

buasirotak.blogspot.com/.../siapa-dah-termakan-coklat...
May 28, 2014 - tags: accin mahu cadbury bayar kos tukar darah umat islam yang dah termakan coklat dna babi porcelain samak sertu mulut kumur hukum 

KAH KAH KAH

woit cakap

berdekah dekah

nak tanya

darah dah samak

atau belum

dah tukar darah

atau belum

KAH KAH KAH