Khamis, 28 Ogos 2014

JALUR TEMBERANG TAK BERKIBAR






MALAPETAKA
hari malapetaka akan sampai
kah kah kah
taxi bas lori kereta biasa
satu habuk tak kibar jalur temberang
ini kerana semakin ramai sedar
sejarah temberang
jalur ini
kah kah kah
 
tiga tahun dulu
ada juga lori pasir kibar jalur temberang
nak elak kena pau oleh polis
tahun ini
lori pasir tak ambil port
sanggup kena pau
dari hina diri
kibar jalur temberang
kah kah kah



Tukar Tiub's photo.



JALUR TEMBERANG
3 hari lagi nak sambut merdeka Kalau tengok keliling Bendera tak nampak Adakah petronas tak sponsor bendera Atau rakyat sudah meluat ? Apa pun kehendak rakyat Tak boleh paksa Paksa paksa ni bahaya Kah kah kah

Semangat semakin luntur Gila kuasa semakin ramai Rasuah semakin meluas Entah kemana nak pergi Semua kira dollar ringgit euro Jati diri semua kadok pak kadok Kah kah kah Pemimpin enjoy de menjoy Terbang sini terbang sana

Yang tak cerdik kena bayar hutang Hutang rumah Hutang kereta Segala hutang kena bayar Yang cerdik pulak Selesai beres suci putih murni Kah kah kah Dunia o dunia on RADIO BANGSAR MALAM INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/28/14

------------

HIMPUNAN RAKYAT


 
 
ANAK MUDA BERSEDIA



Malam Merdeka kita berhimpun

Bawa sepanduk, bawa Bendera Rakyat, bawa poster Burhanuddin Al-Helmy, poster Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan semua pejuang kemerdekaan yang cuba dilupakan, tetapi tidak dilupa oleh anak muda celik...

Semua gerakan anak muda dijemput menyertai himpunan ini. Inilah hari penyatuan anak muda berjiwa merdeka!

Merdeka 100%
 


BERHIMPUN DATARAN MERDEKA

jam 10:30 malam

malam 30 ogos 3014

-----------

BERITA BARU MELEDAK







KOMENTAR

semua warga semenanjung
terperanjat bila membaca
sarawak telah merdeka
pada 22 julai
berita baik ini
tarikh yang baik ini
wajib di kongsi sama

pasti ramai warga semenanjung
tidak tahu
tidak sedar
akan tarikh keramat ini

warga sarawak wajib beri pencerahan


timbul soalan
bila pula tarikh
sabah nak rayakan
kemerdekaaan?

NOTA
jangan lupa
16 septrember
hari memperingati
pejuang anti british



Batalkan sambutan kemerdekaan Sabah

 | August 27, 2014
Puak-puak atau kumpulan yang mempertikai Hari Kemerdekaan mempunyai agenda tersembunyi untuk membangkit sentimen rakyat Sabah menuntut kemerdekaan daripada Persekutuan.
KOTA KINABALU: Pertubuhan Solidariti Masyarakat Sabah (SMS) merayu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mahu mengadakan sambutan kemerdekaan Sabah atau ‘Sabah Day’ pada 31 Ogos ini, untuk membatalkan niat mereka demi perpaduan rakyat Sabah dan Malaysia keseluruhannya.
Presiden SMS, Musli Oli berkata, NGO itu dan orang ramai sebaliknya patut sama-sama meraikan hari kemerdekaan Malaysia pada hari itu (31 Ogos) dan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept.
“SMS juga menganggap keputusan Sarawak untuk meraikan hari kemerdekaan negeri pada 22 Julai lalu, merupakan tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dalam persekutuan.
“Trend itu kini menjadi ikutan di Sabah dan kami bimbang ia akan menjejaskan perpaduan yang sudah lama terjalin,” katanya dalam satu kenyataan.

KAH KAH KAH
woit
kenapa tak umum
sarawak merdeka
pada 22 julai

kah kah kah
jangan lupa


16 september 
hari memperingati
penjuang anti-british

KAH KAH KAH



-----------

GARIS POLITIK TEPAT





KOMENTAR

politik ialah perjuangan 
untuk merebut kuasa

perjuanghan rakyat palestin
ialah untuk mendapatkan kembali
tanah air mereka yang dirampas
oleh zionis israel

gerakan pembebasan palestin berjuang
untuk mendirikan negara palestin

yasser arafat dan kuncu kuncu
telah berunding dan menghasilkan
penjanjian camp david 1978
ini tanda pembelotan awal

hingga ke hari ini 
perjanjian camp david
tidak membawa apa apa hasil
kecuali rakyat palestin dimandulkan

kemudian satu lagi perjanjian
kali ini perjanjian oslo 1993
perjanjian ini juga
tidak membawa apa apa hasil 
satu lagi pembelotan

justeru 
dari garis pembelotan ini
dari garis bersubahat
dari garis kerjasama
dari garis unity goverment
dari garis politik mandul
muncul anak anak muda
meneruskan garis
angkat senjata 

garis angkat senjata ini
yang telah ditinggalkan 
oleh  al-fatah

garis angkat senjata ini
telah dipaksakan oleh amerika
telah dipaksakan oleh zionis isreal
dalam perjanjian camp david




NOTA
kuasa mucul
dari leras senapang

perang ialah 
perundingan yang gagal




Hamas umum menang di Gaza, hancurkan mitos Israel kebal


Sehubungan itu, Hamas juga mengizinkan penduduk Yahudi untuk meninggalkan tempat persembunyian dan kembali ke rumah mereka.

“Sekarang kami izinkan penduduk Yahudi, terutama yang berada di sekitar Tebing Gaza untuk kembali ke rumah mereka. Itu adalah izin Hamas, bukan daripada perdana menteri Netanyahu,” katanya.


Seorang lagi jurucakap Hamas, Fauzi Barhum, berkata:“Kemenangan ini membuktikan hanya penyelesaian perlawanan dan senjata yang dapat memerdekakan Palestin. Perang ini tidak akan menjadi yang terakhir. Ini hanya satu pusingan daripada perang panjang membebaskan Palestin.


rakyat palestin mati melawan israel
mustahil rakyat malaysia
tak sanggup boikot mek dogal




----------

SALUT YANG BANGUN MELAWAN



KOMENTAR

kaum pemodal lupa
tuan punya kilang lupa
keuntungan yang mereka dapati
adalah hasil titik peluh buruh
tanpa buruh tanpa tenaga buruh
mustahil kilang akan bergerak

salut  yang berani
salut yang bangun
melawan penindasan



Rundingan gagal, pekerja bakar kilang di Kulai



Perlawanan telah  dilakukan oleh 
kumpulan pekerja sebuah kilang di Kulai, Johor semalam.

Kejadian itu berlaku selepas rundingan di antara pekerja dan juga pihak pengurusan menemui jalan buntu.

Dikatakan tuan punya kilang ini amat zalim dan ganas. Contohnya sebagai hukuman pekerja kilang dipaksa main bola tampar. Bukan menggunakan bola tapi menggunakan batu.

Dalam kejadian malam tadi, para pekerja berkenaan seterusnya membakar tiga buah bangunan milik syarikat elektronik yang disenaraikan di bursa saham, termasuk stor kilang tersebut pada kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, pihak pengurusan hanya bersetuju untuk memberikan pekerjs satu hari cuti, dan tidak akan memenuhi tuntutan lain. Ini menaikan kemarahan pekerja.

Sementara itu, setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, K Mohanadas berkata, para pekerja itu mengadu kerana tidak mendapat akses perubatan selain keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang teruk.








------------

RADIO BANGSAR MALAM INI






RADIO 

BANGSAR

malam ini jam 9:15
radio bangsar akan
temu bual dengan 
penggerak taraku cha cha

apa dia taraku cha cha
dan
apa aktiviti taraku cha cha




Displaying tarakuchacha.jpg




-----------