Rabu, 3 September 2014

PROGRAM MENGHASUT DAN MELAWAN









HASUT 

DAN

LAWAN


JOHOR BARU
Displaying psm_johor.jpg


BATU PAHAT
KLUANG
Displaying forum_kluang_bp.jpg



PETALING JAYA

6 SEPTEMBER 2014


DEWAN CHINA

KUALA LUMPUR

15 SEPT 2014




-----------

APA DIA GTH





GST
GTH
Kumpulan dalam PAS kempen kekalkan parti Islam itu bersama Pakatan
Sekumpulan ahli PAS sudah memulakan kempen untuk memastikan parti Islam itu kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), satu langkah yang boleh dilihat sebagai cabaran kepada kepimpinan konservatif Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ditubuhkan selepas lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Baru, Kelantan pada Ahad, kata satu sumber dengan sasaran menghalang parti Islam itu meninggalkan PR dan bekerjasama dengan Umno.

"Dalam pertemuan pada hari Merdeka itu, kita berjaya kumpul 100 orang yang datang dari seluruh negara untuk tujuan yang sama iaitu meletakkan perjuangan PAS atas landasan yang betul," kata salah seorang penggerak utamanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan dikenali kerana kumpulan konservatif dalam parti itu tidak boleh bertoleransi dengan perbezaan pendapat.

KAH KAH KAH

woit
ini berita memeranjatkan
gerombolan ada gst
parti pas ada gth

apa gth? 
gerakan tolak hadi

KAH KAH KAH


RADIO BANGSAR MALAM INI




RADIO BANGSAR
 MALAM INI
jam 9:00 

SEMPENA FREEDOM FILM FEST 2014
TEMUBUAL BERSAMA SAUDARA RONASINA

PENGARAH DOKUMENTARI ANUR NAK SEKOLAH

Displaying poster anur nak sekolah.jpg

Displaying fff2014 1.gif
------------

APA DIA DUNIA KETIGA








APA DIA DUNIA KETIGA


Dalam tulisan-tulisan yang lalu saya sering menerangkan kepada pembaca bahawa Malaysia adalah sebuah negara Dunia Ketiga. Saya juga selalu menyanggah pandangan-pandangan dari ahli akademik, profesor atau pemerhati politik. Saya menyangkal pendangan kerana mereka gagal mentakrifkan Malaysia sebagai negara Dunia Ketiga. Saya anggap analisa mereka lompong kerana tidak berasaskan politikal ekonomi Dunia Ketiga. Malah saya 'menghampehkan' pandangan para pakar ini.


Maka adalah adil untuk diri saya menerangkan sajelas mungkin kepada para pembaca apakah itu negara Dunia Ketiga. Dan kenapa saya memasukkan Malaysia ke dalam bakul Dunia Ketiga. Pecerahan ini saya harapkan akan mendewasakan pandangan politik kita. Akan membolehkan kita membaca politik dan siasah negara Dunia Ketiga termasuk Malaysia.


Pertama-tama : Jangan sesekali tersilap faham, tersilap baca - hanya kerana Malaysia ada bangunan KLCC maka Malaysia dianggap sebagai sebuah negara maju. Kerana Malaysia ada leterik dan air paip maka Malaysia negara maju. Kerana ramai warganya menggunakan talipon bimbit maka Malaysia ini bukan negara Dunia Ketiga. Kerana Malaysia ada kereta Proton dan ada Lebuh Raya Plus maka Malaysia bukan negara Dunia Ketiga. Semua ini tidak betul.


Bangunan tinggi, kereta, talipon bimbit, leterik atau lebuh raya bukan satu ukuran untuk menilai sesebuah negara itu. Semua ini adalah benda dan barangan luaran yang dapat dilihat dan dapat dipegang. Benda-benda ini kita panggil infrastructure atau struktur lauran. Struktur ini ada dimana-mana dalam dunia ini. Di Dubai , di India, di Tanzania - ada jalan raya, ada leterik tetapi ini bukan bermakna negara ini bukan negara Dunia Ketiga.

Dalam memahami politik sesebuah negara yang wajib dilihat ialah apa dalaman negara itu. Melihat luaran sesebuah negara itu samalah saperti pelancong melihat Kuala Lumpur sepintas lalu. Para pelancung ini hanya melihat infrastruktur tetapi gagal melihat 'superstructure'.


Apa itu 'superstructure”? Superstruktur adalah lembaga-lembaga daulah, jentera daulah, politik, budaya warga, tahap fikrah warga, kesedaran sosial dan tanggugjawab warga. Apa yang jelas semua ini adalah perkara-pekara yang TIDAK dapat dilihat, dipegang atau dilukis. Tetapi inilah asas sesebuah negara bangsa. Inilah asas terdirinya sebuah negara.


Jika Malaysia ini ditakrif sebagai negara Dunia Ketiga - apa pula negara Dunia Pertama dan negara Dunia Kedua? Dalam takrifan politikal ekonomi negara Dunia Pertama ialah Amerika Syarikat dan Rusia. Inilah dua negara super yang memiliki kekuatan ekonomi dan bala tentera. Negara Dunia Kedua ialah negara-negara Eropah Barat. Selain dari itu – semua negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur – adalah negara Dunia Ketiga.

Paling jelas – ciri dan watak pertama negara Dunia Ketiga ini wujud atau diwujudkan oleh kuasa kolonial. Negara penjajah saperti Belanda, Sepanyol, Portugis dan British telah mewujudkan negara-negara Dunia Ketiga ini. Secara jelas negara Asia, Afrika dan Amerika Latin – kesemuanya wujud pasca kolonial.


Tanah Melayu, Malaya atau Malaysia diwujudkan oleh British. Tanah Melayu wujud atas runtuhan Kerajaan Melayu Melaka. Bagitu juga Indonesia diwujudkan oleh Belanda diatas keruntuhan kerajaan Jawa Majapahit.


Apa yang jelas pertembungan anak tanah jajahan dengan kuasa kolonial telah melahirkan Dunia Ketiga. Umum mengetahui bahawa kuasa kolonial menjajah dengan tujuan untuk menjarah ekonomi, memunggah hasil mahsul, merampok bahan galian, emas , perak , bijeh dan minyak.

East India Company yang mendahului Baginda Queen telah datang ke Tanah Melayu untuk mencari harta kekayaan. Apabila mengundur maka Britian telah meninggalkan kuasa pentabiran kepada budak suruhan yang setia untuk menjamin harta kekayaan British – ladang getah dan lombong bijeh - akan terus selamat. Justeru United Malays National Organisation telah dipilih sebagai budak suruhan yang setia.


Pekara yang sama berlaku di India, di Afrika, di Kepulauan Indies Barat dan di negara-negara Timur Tengah termasuk Iran. Paling jelas untuk memahami hakikat ini ialah melihat bagitu banyak negara-negara Arab Telok diwujudkan oleh British sebelum atau sesudah Perang Dunia Kedua.


Negara Dunia Ketiga memiliki beberapa lagi watak dan perangai yang mengabsahkan kedudukan mereka. Semua watak dan perangai dikongsi bersama. Di Negeria, di Kenya, di Indonesia atau di Malayaia watak, pola dan ciri Dunia Ketiga ini jelas. Ciri dan pola inilah yang memberi takrifan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.

Asas ekonomi negara Dunia Ketiga ialah mengekspot bahan mentah. Negara Dunia Ketika bukan negara pengeluar tetapi negara pengguna. Ekonomi negara Dunia Ketiga bergantung kuat dengan ekonomi negara Pertama dan Kedua. Ekonomi negara Dunia Ketiga adalah ekonomi ekor – mengekor keperluan negara Pertama dan Kedua.


Justeru, kerana asas ekonomi yang lemah dan bergantung maka dalam negara Dunia Ketiga semua lembaga-lembaga daulah lemah. Lembaga daulah saperti badan kehakiman, SPR, SPRM , media, polis, tentera, Raja, Al-Malik atau Sheikh semuanya gah dalam bentuk tetapi kosong dan hampeh.


Lembaga-lembaga daulah yang lemah menjemput rasuah. Justeru RASUAH adalah ciri yang amat penting dalam negara Dunia Ketiga. Kesemua negara Dunia Ketiga mengamalkan rasuah dalam pelbagai bentuk.


Badan kehakiman, polis, pegawai kerajaan dan apa saja lembaga daulah yang diwujudkan 'boleh dibeli'. Malah ada lembaga-lembaga ini diwujudkan untuk menjadi lukah dan jerat sebagai cara untuk mengambil duit rasuah. Cara rasuah berjalan dan tujuan pemberian rasuah ini sama sahaja. Yang berbeza hanyalah rasuah dilakukan dengan dinar, ringgit, rupiah, dolar atau riyal.

Negara Dunia Ketiga semuanya mengakui menjalankan sistem demokrasi. Ada demokrasi berparlimen, ada yang menggunakan sistem Presiden, ada yang mengunakan sistem Persekutuan, ada negara Raja Berperlembagaan. Dari buku rujukan semuanya memang indah – di Kenya ada pilihan raya. Di Pakistan juga ada pilihan raya.


Tetapi sistem pilihan raya dalam negara Dunia Ketiga semuanya tipu. Pilihan raya itu hanya prosedur sahaja. Bukan satu proses memperkasa warga. Bukan menjalan pemilihan mengikut suara ramai. Pilihanraya dalam negara Dunia Ketiga hanya sandiwara.


Kes kajian yang paling molek untuk memahami ini ialah pilihanraya di Malaysia sendiri. Bukan sahaja SPR Malaysia telah menjalankan pelbagai bentuk penipuan malah Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi rakyat. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga adalah mustahil pilihan raya akan mengubah kerajaan. Suara udian majoriti 52% yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat  tidak akan mengubah apa-apa.


Dalam negara Dunia Ketiga jika pilihanraya itu boleh menukar kerajaan maka pilihan raya itu akan diharamkan. Tak percaya? Sila rujuk apa yang sedang berlaku di Pakistan sekarang? Islamabad sedang dikepong oleh para pengundi yang telah ditipu undi mereka.

Apa itu PROSEDUR DEMOKRASI yang sering saya paparkan?


Prosedur Demokrasi ini adalah salah satu watak penting Dunia Ketiga. Segala lembaga dan peraturan demokrasi wujud tetapi semuanya hampeh tidak boleh dipakai. Prosedur, lembaga dan kaki tangan wujud tapi kosong. Inilah garis pemisah negara Dunia Kedua dengan negara Dunia Ketiga.


Contoh yang paling baik untuk kita memahami apa itu prosedur demokarsi dalam Dunia Ketiga ialah kita membuka mata melihat apa yang sedang berlaku di Selangor.


Kerajaan Selangor ditubuhkan melalui PRU13. Ini prosedurnya. Menteri Besar dan Exco dipilih dari parti yang memiliki suara terbanyak. Ini prosedurnya. MB dan Exco yang dipilih oleh undian ahli-ahli Dewan Undangan. Ini prosedurnya. Nama-nama yang diundi akan dimaklumkan kepada Sultan. Ini prosedurnya.


Tetiba warga Selangor dan rakyat Malaysia diberitahu Sultan mahu nama bakal MB Selangor. Ini demokrasi hampeh namanya. Saya berkata hampeh kerana Pakatan Rakyat telah memilih sosok yang wajib dinobatkan sebagai MB Selangor. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi suara terbanyak wajib dinobatkan.


Semua prosedur akan berjalan baik jika kepentingan kaum pemodal, para perasuah, ajen jual kontrek, pencari kontrek tidak tergugat. Apabila kepentingan ini tergugat maka kita akan melihat demokrasi ini hanya berak lembu. Ini satu watak demokrasi dalam negara Dunia Ketiga.


Dr Wan Azizah mendapat sokongan 30 ahli Dewan Undangan Selangor. Ini jumlah majoriti. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga ini tidak berlaku. Tetiba dunia diberitahu Sultan akan memilih. Perbuatan Sultan memilih siapa MB Selangor yang baru ini adalah contoh prosedur demokrasi.


Dari sini maka timbulah soalan hakiki untuk kurun ini. Soalan yang tidak ada jawaban tetapi soalan yang akan mendidik kita semua untuk mengabsahkan bahawa Malaysia ini adalah negara Dunia Ketiga.


Jika Sultan yang memileh siapa yang akan menjadi MB Selangor atau siapa yang menjadi PM Malaysia – mengapa kita menghabiskan duit , masa dan tenaga membuat pilihanraya. Kenapa dari awal lagi TIDAK kita serahkan nama Si Polan dan Si Polan untuk Sultan membuat pilihan. Kenapa kita terus berberak lembu kepada orang ramai. Oppps... maaf... berak lembu inilah yang membuktikan bahawa Malaysia ini negara Dunia Ketiga. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045








------------

JANGAN HINA BINATANG






JANGAN HINA BINATANG


 | September 2, 2014


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar perlu mengenepikan sikap sombong dan sedar bahawa beliau bukan maksum atau “lembu suci” yang tidak boleh dikritik, tetapi hanyalah seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Guan Eng menegaskan Khalid tidak boleh menyalahgunakan undang-undang jenayah atau undang-undang punitif bagi mengelak kritikan terhadap dirinya atau bergantung kepada undang-undang fitnah untuk membersihkan namanya.


KAH KAH KAH

woit
lim guan eng
tolong jangan
guna bintang
anjing atau lembu
untuk metapora
ketua polis
jangan hina binatang

I REST MY CASE




----------

SEMANGAT MERDEKA MAKIN MEREBAK





ASKAR BRITISH 
TANGKAP ORANG MELAYU
YANG BERJUANG TUNTUT
MERDEKA

Hasut keluar Malaysia: Polis ambil tindakan
Timbalan Ketua Polis Negara, Mohd. Bakri Mohd. Zinin  berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut berhubung beberapa kenyataan itu yang disifatkan mampu menggugat keamanan, khususnya di Sabah.

POLIS ISRAEL
tangkap warga palestin
yang mahu merdeka

KAH  KAH KAH

mustahil
perasaan mahu bebas
perasaan mahu merdeka
dapat ditutup tutup
portugis cuba
belanda cuba
jepun cuba
jepun cuba
semua gagal

REST MY CASE





----------

SANDIWARA ATAS SANDIWARA





 INI SANDIWARA

 NAJIB


Tian Chua cetus kemarahan, kacau-bilau

KUALA LUMPUR 2 Sept. -Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Syed Amirrudin Syed Jaffar berkata, kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh menyebabkan orang ramai marah dan mencetuskan kacau-bilau.

Beliau berkata, ini kerana insiden itu benar-benar berlaku namun Tian Chua dalam kenyataannya seperti dilaporkan portal berita Keadilan Daily.com, antara lain menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan.




KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
sandiwara atas sandiwara
jadi opera china
kah kah kah

I REST MY CASE





-----------

GERAKAN HAPUS AKTA HASUTAN








G-HAH
GERAKAN  HAPUS AKTA HASUTAN



Nama saya Maria Chin Abdullah & saya sokong Hapus Akta Hasutan.
My name is Maria Chin Abdullah and I support the Abolition of the Sedition Act.
‪#‎HapuskAktaHasutan‬ ‪#‎AbolishSeditionAct




ANAK MUDA

 SEDIA!





-----------