TEMBAKAN SENAPANG
BUKAN
PELURU BERPANDU
MH17
– PELIK TETAPI BENAR
Pesawat
MH17 meledak pada 17 Julai 2014 diruang udara Ukraine. Ketika saya
menulis ini telah hampir dua bulan trajedi ini berlaku tetapi
semuanya masih kabur. Tulisan ini ingin membawa pencerahan tentang
apa sebenarnya telah berlaku kepada pesawat MH17. Pencerahan ini
bertujuan untuk menghilangkan kabur. Juga untuk menerangkan mengapa
trajidi MH17 ini sengaja dikaburkan. Dan apa tujuan pengkaburan ini.
Dunia
difahamkan tidak berapa lama lagi laporan awal tentang MH17 ini
awal akan diumumkan. Sebelum laporan awal ini muncul adalah menjadi
tangungjawab saya untuk memberi pencerahan. Pencerahan ini juga
bertujuan untuk mendewasakan kefahaman kita tentang politik dunia.
Awal
wahid kita wajib mengetahui latarbelakang negara yang bernama
Ukraine. Negara ini berkongsi sempadan dengan Rusia. Semenjak zaman
berzaman ramai bangsa Rusia yang berada dalam wilayah Ukraine.
Ukraine adalah sebahagian dari wilayah USSR pada satu ketika dahulu.
Ukraine ini samlah saperti Orang Melayu di Patani, Narathiwat atau
Yala. Mereka Melayu tetapi dalam jajahan Siam. Wilayah Donetsk
warganya berbangsa Rusia tetapi dalam wilayah Ukraine.
Satelah
USSR dimansuhkan (1991) Ukraine terus berkerjasama dengan Rusia. Ini
kerana ikatan bangsa, budaya dan ikatan ekonomi dua negara ini amat
rapat. Gas dan bahan bakar petrolium untuk Ukraine datang dari
Rusia. Malah paip gas dari Rusia ke Eropah Barat melintasi Ukraine.
Dalam masa yang sama Ukraine juga mengekspot bahan makanan untuk
Rusia.
Hubungan dua negara ini tidak ada masalah sahingga masuk hantu
yang bernama Amerika Syarikat. Amerika datang dengan membawa NATO - North Atlantiv Treaty Organisation - perjanjian pertahanan dan persenjatan.
Ketika
Rusia dibawah Boris Yeltsin (1991-99) Rusia dilihat sebagai 'macai'.
Ini kerana Presiden Yeltsin amat lembik dan boleh disuruh arah oleh
Amerika. Apabila Vladimir Putin muncul memimpin Rusia semuanya
berubah. Nasionalisma Rusia mengembang bangga. Dibawah keruntuhan
USSR, Rusia yang dipimpin oleh Putin bangun sekali lagi dari segi
ekonomi dan politik. Dasar luar Rusia terus bebas.
Rusia
hari ini bersama China menjadi dua negara penting yang boleh
mengenepi dan menangkis kuasa hegemoni imperialis Amerika. Dalam
masa yang sama Rusia bersama Brazil, India, China dan Afrika
Selatan telah menubuhkan kesatuan yang kenali sebagai BRIC. Lima
negara ini sedang menjadi tunggak ekonomi dunia yang bersaing dengan
kuasa imperial Amerika.
Justeru
– kerana semua ini – sekali lagi Amerika melihat Rusia –
negara nuklear – yang berpotensi mencabar hegemoni Amerika. Kuasa
imperialis Amerika sedar Rusia dan China boleh mengalahkan Amerika
dari segi ekonomi.
Dalam
bulan Julai yang lalu satu Persidangan negara BRIC di Brazil telah
bersetuju untuk menubuhkan Bank Bric selari dengan Bank Dunia.
Negara BRIC juga akan mendirikan satu lembaga ekonomi baru yang
berupaya menandingi International Monetary Fund.
Paling
terbaru ialah dasar ekonomi Rusia dan China dan negara BRIC untuk
mengenepikan dolar dalam urusan perniagaan. BRIC kini akan
menggunakan tukaran mata wang mereka sendiri – samada Rubel,
Yuan, Rand atau Rupee. Malah ketika tulisan ini digarap - jual beli
petrolium dan gas dengan Rusia TIDAK lagi menggunakan dolar. Kertas
hijau bernama dolar telah diketepikan.
Apakah
pembaca ingat bagimana pada akhir tahun 2001 Presiden Saddam Hussein
juga telah mengenepikan dolar dalam urus jual minyak. Saddam memilih
Euro. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam.
Apakah
pembaca ingat bagaimana pada tahun 2011 Muamar Gaddafi telah
bercadang untuk meninggalkan dolar dan mengajukan dinar dan emas
dalam hal jual beli bahan bakar petrolium. Presiden Libya ini juga
telah mengeluarkan dana untuk menubuhkan Bank Afrika yang boleh
membebaskan negara Afrika dari berhutang degan IMF. Lihat apa terjadi
kepada Gadaffi
Apa
yang ingin saya nyatakan disini ialah Presiden Putin sedang dilihat
sebagai musuh besar oleh kaum pemodal antarabangsa. Justeru Putin
wajib dilupuskan. Justeru Rusia wajib dimusnahkan. Justeru 'regime
change' wajib dilakukan keatas Rusia.
Apa
pula hubungan Putin, Amerika dengan ledakan pesawat MH17?
Disini
saya ingin membuktikan bahawa ledakan MH17 itu adalah sebahagian
dari apa yang selalu saya nyatakan – projek mengolah persetujuan.
Apakah
pembaca terlupa dengan Drama Telok Tonkin yang berlalu pada Ogos
1964? Dikatakan tentera laut Vietnam telah datang menyerang USS
Maddox – kapal perang Amerika. Berita dua kali serangan ini
menjadi berita dunia dan akhirnya Kongress Amerika bersetuju untuk
membenarkan Presiden Johnson menghatar bala tentera ke Vietnam.
Hari
ini sejarah membuktikkan serangan tentera laut Vietnam keatas USS
Maddox TIDAK pernah berlaku. Drama serangan ini bertujuan untuk
mengolah persetujuan agar Kongress bersetuju untuk menghatar bala
tentera ke Vietnam Selatan.
Apakah
pembaca terlupa tentang WMD – weapons of mass destruction atau
senjata pemusnah yang dimiliki oleh Saddam Hussein? Apakah pembaca
terlupa bagaimana Setiausaha Negara Collin Powell telah berucap di
Bangsa Bangsa Bersatu pada 5 Febuari 2003 untuk membuktikan bahawa
Saddam memiliki pelbagai bentuk senjata pemusnah. Ucapan Powell ini
bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat dunia bahawa Saddam
Hussein wajib dilipuskan.
Sepuluh
tahun kemudian diakui oleh Collin Powell sendiri bahawa fakta yang
disampaikan ketika berucap di PBB adalah bohong dan rekaaan. Semuanya
bertujuan untuk mengolah persetujuan dunia agar Iraq diserang.
Mungkin
Teluk Tonkin jauh dari ingatan. Mungkin Collin Powell orang Amerika –
jauh dari rumah kita. Maka mari kita rapat ke rumah sendiri. Sila
baca Meniti Lautan Gelora memoir Said Zahari bekas Ketua Pengarang
Utusan Melayu. Pak Said telah menulis tentang Setiausaha Politik
Tunku Yap Chin Kwee.
Mengikut surah Yap, Tunku telah menolak
rancangan British untuk mengebom kapal mereka sendiri di Selat
Melaka. British ingin melakukan 'kerja jahat' sebagai strateji
untuk menuduh 'kerja jahat' ini dilakukan oleh Bung Karno. Rancangan
British ini ditelorkan dizaman Konfrontasi tetapi gagal menetas.
Jelas - rancangan jahat ini bertujuan untuk mengolah persetujuan
rakyat dunia agar Indonesaia diserang dan Bung Karno dijatuhkan.
Justeru
untuk saya MH17 adalah projek Amerika untuk mengolah persetujuan
rakyat dunia agar Putin dijatuhkan dan Rusia diserang. Apakah yang
saya tulis ini keterlaluan? Mana buktinya?
Pesawat
MH17 berlepas dari Amsterdam – dua jam kemudian pesawat ini
meledak. Maka yang dicari sebagai bahan bukti ialah Kotak Hitam yang
mengandungi perbualan juruterbang dengan Pengawal Dibumi – sama
ada di Kiev atau di Amsterdam atau apa sahaja perbualan yang berlaku
dalam ketika pesawat itu diudara.
Dalm
kes MH370 – Malaysia macam nak gila cuba mencari Kotak Hitam.
Tergolek terbantil meraung melolong mencari Kotak Hitam. Malah
mendabik dada mengumum pada dunia Kotak Hitam pesawat MH370 adalah
milik Malaysia. Orang lain jangan usik.
Dalam
kes MH17 ini Kotak Hitam telah diserahkan kepada Malaysia oleh
kumpulan Pemisah Donetsk. Malah berita penyerahan ini menjadi berita
dunia. Sama ada Najib membayar duit atau tidak kepada kumpulan
pemisah ini satu persoalan lain. Yang penting Kotak Hitam ini
kembali ke tangan yang hak – Malaysia.
Tetapi
apa Malaysia lakukan? Malaysia dengan bangga menyerahkan Kotak Hitam
ini kepada British. Kenapa berikan Kotak Hitam ini kepada Britsh? Apa
rasionalnya? Apakah rakyat Malaysia TAK ADA TELINGA untuk mendengar
rakaman Kotak Hitam. Adakah jurutera kelahiran Malaysia ini haprak
tidak tahu apa itu Kotak Hitam. Semua ini kabur dan TIDAK
diterangkan kepada anak semua bangsa. Tidak diterangkan kepada kauam
keluarga yang gugur.
Pesawat
MH17 berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.Tidak sampai dua
jam kemudian MH17 meledak musnah. Ertinya dalam Kotak Hitam itu hanya
ada dua jam perbualan yang telah dirakamkan. Mengapa mengambil masa
berbulan-bulan? Kenapa warga dunia bagitu susah hendak tahu apa yang
terakam dalam Kotak Hitam. Apa yang hendak disorokkan dari
pengetahuan dunia?
Ingat
tidak dalam kes MH370 – walau pun Kotak Hitam tidak ditemui
hingga ke hari ini tetapi kita telah diberitahui suara juru terbang
mengucapkan '...selamat malam Malaysia..' Ini ucapan akhir yang
dirakam dibumi.
Tetapi
dalam kes MH17 – Kotak Hitam telah ditemui tapi haram jadah satu
perkataan pun tidak kita ketahui. Malah kita dan dunia TIDAK
diberitahu oleh Pegawal Bumi di Kiev tentang apa-apa rakaman dengan
juruterbang MH17. Malah kita tidak mendengar langsung 'rakaman curi'
yang pasti telah dilakukan oleh Amerika dan Britain. Justeru saya
yakin memang ada bangkai gajah yang hendak disorokkan.
Adakah
pembaca sedar dua bulan sebelum MH17 meledak Presiden Obama telah
mengadakan sekatan ekonomi keatas Rusia. Sekatan ini dijalankan
bertujuan untuk 'merotan' Rusia kerana pada 17 March 2014 sebanyak
96.77% warga Crimea telah mengundi untuk meninggalkan Ukraine dan
menjadi wilayah Rusia. Saranan sekatan ekonomi ini gagal kerana
Negara Kesatuan Eropah (EU) tidak ambil pot.
Sehari
sesudah MH17 meledak – tanpa bukti kukuh- Presiden Obama telah
menuduh Rusia bertanggung jawab diatas ledakan ini. Mengikut hujah
Inche Obama pihak pemisah telah diberi senjata BUK ( senjata peluru
berpandu dari bumi ke udara) untuk menembak jatuh MH17. Cerita
dongeng Obama ini saperti biasa disambut hangat oleh David Cameron
Perdana Menteri Britain.
Dua
minggu kemudian satu lagi sekatan ekonomi yang lebih ketat akan
dilakukan oleh Amerika dan Kesatuan Eropah. Kali ini untuk memastikan
Rusia tercekik mati tanpa makanan. Apakah sekatan baru ini berjaya
menjerat Rusia? Apakah projek mengolah persetujuan yang dipentas
oleh kuasa imperial Anglo-Amerika akan berjaya?
Ketika
MH17 diudara Ukraine ada seorang hamba Allah bernama Carlos sedang
bertugas di Pusat Kawalan Bumi Lapangan Terbang Kiev. Si Carlos ini
telah berkicau dan memberi tahu dunia bahawa ketika MH17 diudara
pesawat ini telah diekori oleh dua buah jet pejuang Ukraine. Hari ini
siapa si Carlos ini masih menjadi tanda tanya. Carlos telah lenyap
hilang. Tetapi apa yang dikicaukan oleh Carlos semakin menjadi
kenyataan. Kita tunggu dan nanti. ( TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
--------------