Isnin, 15 September 2014

HARI MAL:APETAKA UNTUK SABAH DAN SARAWAK






16 

SEPTEMBER


Iban, dayak, kadazan, melayu, india, cina x sedar2 mereka adalah paria bagi golongan bangsawan brahmin UMNO dan raja2. Segala undang2 dihempukkan keatas golongan paria.

 Manakala golongan brahmin bangsawan hidup senang lenang makan free berak cangkung jer. Punyer susah, golongan paria ni sayang akan agama. Lalu raja melantik diri mereka untuk menjaga agama. Kepala bana apa ini? 

Sedangkan mereka adalah pemilik segala apa yg dilarang agama. Kilang arak, pusat judi dan lendir.. masih tak sedar2 lagi melayu paria ni. on KESEDARAN 50 TAHUN KEMUDIAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 9/15/14




----------

MINYAK NAIK HARGA







SAH HARGA MINYAK NAIK LAGI DENGAN GST

Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.

Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.
Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

Saya juga telah menyatakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.
Saya dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.
Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.

Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

Saya menggesa supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.
Pada masa yang sama, saya seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar.


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

15 September 2014





---------

PENCERAHAN BAGINDA QUEEN




BAGINDA QUEEN 
YANG MELULUSKAN 
AKTA HASTUIAN 1948


Kami akan 'lawan' GHAH jelajah negara untuk pertahan Akta Hasutan - Mohd Khairul


KUALA LUMPUR: Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 akan bersaing dengan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di seluruh negara untuk merebut sokongan rakyat yang mahu terus mempertahankan Akta Hasutan 1948.

Fasilitatornya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gerakan yang hampir seminggu diwujudkan itu sudah mengumpul hampir 1,000 tandatangan petisyen di atas talian selain menerima hampir 4,000 'like' di laman Facebook mereka.

Sementara itu, aktivis dan bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya, Hishamuddin Rais menjelaskan, kewujudan Gerakan Malaysia Mempertahankan Akta Hasutan 1948 merupakan perkembangan sihat yang dapat memberi pencerahan dari dua aspek berbeza.

"Ini perkembangan sihat iaitu kita akan dapat memberi pencerahan kepada dua pandangan berbeza dari satu akta yang menjadi hukum dan undang-undang negara," jelasnya.

Akta Hasutan 1948 sebelum ini telah dipinda sebanyak lima kali dah pindaan terakhirnya adalah pada tahun 1975.


KAH KAH KAH
woit
ya ammpoooon
ini hukum kanun
baginda queen
cakap dah merdeka
cakap lawan inggeris
tapi pakai hukum
baginda queen

KAH KAH KAH





------------

DAPUR JALANAN PERGI KLUANG







NASI PANGGUNG

Displaying IMAG1022.jpg

"Benar kami anak Jalanan,
Tapi kami bukan pengacau keamanan
kami sekadar cari makan
Tapi masih bisa diserbu preman"
.- Ho, Pengamen Jalanan Kota Jakarta

Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Pasta Marinara
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Qish Awek Cun - Pau Kacang Merah
Kak Nora Reformis - Nasi Lemak
Fazzy kelas kita - Buah Buahan

BERHIBUR DENGAN MUSIK
Displaying IMAG1023.jpg
Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:-
Syu, Fazzy, Hazman, Padel MSU, Aisyah & tim awek UIA
Nurul, Ika & awek-awek cun dari Koloni UITM
Ho, Boni, Titi & Tim Jalanan serta KOMAS dari FFF
Tim Awek - Awatif, Quratul, Yan, Nadia, Nadia Kecik, Noreen
Tim Gagal - Hijrah, Amir, Hakim, Fazallah (ketua kumpulan)
& semua kawan-kawan yg saling tak mengenal tapi sama membantu kerja bakti memeriahkan Jalan Panggung kelmarin

PASTA IKAN TERBAIK
Displaying IMAG1017.jpg
Terima Kasih, gracias, danke, благодаря ти, obrigado, merci !!!

++TerNow!! DapurJalananKL akan ke Kluang Jumaat ini (19 September 2014) untuk program Daerah Tanpa Tie II bermula jam 2petang hingga larut malam. Exhibition, Merchandise ada dijual disitu. Jemput datang semua!

TIM JALANAN DARI JAKARTA
Displaying IMAG1020.jpg
++ Untuk info, sila cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur dan follow twitter: @DapurJalanan & Insta - dapurjalananKL

++ untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur Jalanan,
 CIMB: 8001-7278-49 spkl collective

TIM JALANAN DARI BANGSAR
Displaying IMG-20140914-WA0005.jpg

++ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah 
ezzuandi = 019-267-12-85 
 adi khalid = 012-664-88-73

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
15 September 2014


DAPUR JALANAN 
KE KLUANG

Displaying 10678748_765327013531281_7332661886481604093_n.jpg


--------------

BERITA MENAKUTKAN








MALAYSIA BERBANGGA

Ekonomi Malaysia antara terbaik dunia
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada separuh pertama tahun ini antara yang terbaik di dunia, kata Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 6.4 peratuspada kedua suku, disokong oleh eksport yang lebih tinggi dan kekuatan berterusan dalam permintaan domestik swasta.

"Malaysia dilihat oleh masyarakat antarabangsa sebagai model ekonomi,dengan pertumbuhan ekonominya antara yang terbaik di dunia pada kadar 6.3 peratus bagi enam bulan pertama tahun ini," kata beliau.



KAH KAH KAH
ya ampoooooon
ya maulana
ya guru ji

ekonomi malaysia
antara terbaik dalam dunia
ya ampopoooon
macam mana agaknya
ekonomi negara yang kurang baik

ekonomi malaysia ini penuh rasuah
bangunan runtuh rantah
kerja asalkan siapa
kertas pereksa bocor
hakim boleh dibayar
pm terlibat kes bunuh

ya ampoooooon
kalau ini baik
ya maulanaaaa
seksanya hidup ini

KAH KAH KAH





----------

IKUTI CARA POLIS BUAT KERJA




CARI FAIL TAK JUMPA


Khalid perlu dedah perjanjian air untuk kepentingan Selangor, kata pengkritik


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan badan pemerhati rasuah mahu butiran perjanjian RM7.45 bilion mengenai industri air Selangor didedahkan kerana bimbang kepentingan awam dijejaskan Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid menandatangani perjanjian peringkat akhir penstrukturan air Selangor dengan Putrajaya Jumaat lepas, walaupun sebagai "menteri besar sementara" selepas parti komponen PR, PKR memecatnya bulan lepas kerana enggan memberikan laluan kepada presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail.




KAH KAH KAH
woit 
tak perlu risau
tanda tanganlah apa pun
buatlah janji apa pun
tak ada makna

ikut cara pihak polis 
ikut cara kerja polis
lengah kan semua pekara
buat lah perjanjian apa pun
semua akan mapooslah 
buka fail tutup fail
hingga letih naik pejabat

KAH  KAH KAH

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tindakan segelintir pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dikatakan sengaja melengah-lengahkan proses pembayaran ganjaran kepada pemberi maklumat dipercayai menjadi antara punca sindiket penyeludupan rokok dan arak semakin berleluasa.

Satu sumber mendedahkan, pegawai tersebut bertindak demikian kerana telah menerima imbuhan daripada sindiket penyeludupan barangan itu dan sekali gus melindungi kegiatan haram tersebut.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemberi maklumat berasa tidak puas hati dan mengambil keputusan berhenti menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa kerana ia melibatkan soal keselamatan serta perbelanjaan mereka.

SATU LAGI CONTOH



----------

RUNTUH AKAN SAMPAI






KOMENTAR

awas!  waspada!

berlajar dari sejarah

lagi lemah lagi zalim
hari hari akhir lagi ganas
jepun sebelum menyerah
bunuh banyak tahanan
hitler sebelum kalah
bakar kota amsterdam


Malaysia makin ‘rasis’ kerana Umno tak kuat lagi, kata pengerusi Negara-ku

Malaysia yang berbilang kaum dan agama menjadi semakin “rasis” dan penuh kebencian kerana Umno bukan lagi sebuah parti kuat, kata Pengerusi Gerakan Rakyat untuk Menebus Kembali Negara Malaysia (Negara-ku), Zaid Kamaruddin.

Zaid berkata majoriti masyarakat Melayu selama ini bergantung pada Umno dan sebahagian daripada mereka terasa tergugat apabila parti Melayu itu semakin kurang pengaruh dan kalah dalam pilihan raya.

INI SATU LAGI PETANDA


KAH KAH KAH
woit
gerombolan sudah lemah ke?
lagi lemah lagi ganas
ganas memang ganas

rosmah akan rembat
sebanyak mungkin
harta negara
kroni akan rembat
depan belakang
akan sain sana
akan sain sini
akan bawa duit lari
ke luar negara

tunggu dan lihat!


---------