MH17
– POLITIK DUNIA
Laporan
awal tentang MH17 telah dikeluarkan oleh pihak berwajib di Belanda
minggu lalu. Jelas kelihatan media dunia TIDAK lagi ambil pot tentang
apa yang telah terjadi kepada MH17. Laporan dari Belanda tidak
saheboh berita MH370. Tidak heboh saperti minggu pertama MH17
meledak. Apakah telah ada 'keletihan' dikalangan pembaca?
Pembaca
tidak letih. Apa yang letih ialah ' presstitute wartawan lonte' dan
media Zionis-Anglo-Amerika yang telah kantoi. Saheh terbukti bahawa
ledakan MH17 ini sebenarnya adalah sebahagian dari projek mengolah
persetujuan yang dirancang oleh Deep State Daulah Terpendam
imperialis Amerika. Projek mengolah persetujuan disasar untuk
menyerang Rusia.
Sabelum
saya meneruskan pencerahan ini. Ada satu pekara yang wajib terus
disedari. Jika lupa, jika tidak mengambil endah pekara ini – maka
pembaca akan terus dalam kegelapan dan gagal memahami politik dunia
hari ini.
Pekara
yang saya maksudkan ialah bahan bakar petrolium dan bahan bakar gas.
Jika terlupa, jika alpa tentang dua pekara ini maka akan terpencong
dan kabur segara pemahaman politik tentang dunia terkini. Bahan bakar
minyak dan gas adalah ibu segala ibu. Saya telah lama merumuskan
bahawa tamadun kita hari ini ialah tamadun PETROLIUM.
Tamadun
manusia telah melintasi zaman batu ke zaman gangsa ke zaman besi
dan membawa masuk tamadun zaman petrolium. Karl Marx merumuskan
tamadun manusia ini ialah perjuangan kelas. Ada benarnya tetapi
tamadun kurun ke 21 ini lebih dari perjuangan kelas. Ianya adalah
perebutan punca telaga bahan bakar petrolium.
Negara
yang menguasai telaga minyak akan menguasi alam ini. Perang Dunia
Pertama dan Kedua memperlihatkan minyak petrol yang menjadi kunci
kepada kemenangan. Justeru Hitler membuat kereta Volkswagen yang
tidak menggunakan air untuk menyeberang padang pasir bumi Arab dalam
usaha menaklok terlaga minyak.
Pada
ketika ini Saudi Arabia pengeluar minyak utama dunia.Tetapi minyak
Saudi semakin susut. Negara kedua pemilik bahan bakar ini ialah
Rusia. Dalam congak ekonomi dunia Rusia menjadi bagitu penting.
Tetapi Rusia bukan Saudi yang boleh disuruh arah. Rusia adalah negara
super. Hakikatnya kuasa imperial Amerika tidak ada keupayaan untuk
menjadikan Rusia negara macai.
Maka
dari sinilah berlakunya projek mengolah persetujuan untuk menyerang
Rusia. Ketika ledakan MH17 berlaku – Obama dan David Cameron
telah menuduh Rusia sebagai dalang. 'Presstitute atau wartawan lonte'
dengan cepat seirama bermusik mempersalahkan Putin. Rusia dituduh
sebagai dalang yang memberi senjata kepada gerakan pemisah. Rusia
dituduh telah menghantar soldadu dan kereta kebal masuk ke wilayah
Ukraine.
Semua
ini untuk menghangatkan suasana salepas ledakan MH17 berlaku.
Provokasi demi provokasi dari Kiev, dari Obama dan dari Kesatuan
Eropah telah diajukan kepada Rusia dan Putin. Semua ini adalah
bertujuan untuk mengolah persetujuan agar Rusia 'halal' diserang.
Provokasi
ini disambut pula dengan langkah sekatan ekonomi yang lebih ketat.
Sebelum ledakan MH17 telah wujud satu sekatan ekonomi. Tetapi sekatan
ini gagal kerana TIDAK ada sambutan. Ledakan MH17 ini telah
digunakan oleh Amerika melancarkan sekatan kedua. Tapi yang terjerat
bukan Rusia.
Untuk
menyambut balas sekatan ini Rusia telah memberhentikan dari membeli
bahan makan dari negara Kesatuan Eropah. Maka bertimbun-timbun buah
limau di Sepanyol. Mengunung anggur di Peranchis. Tomato dan
sayuran busuk diladang Itali. Semua terjadi kerana Rusia tidak
mengimpot bahan makanan dari Kesatuan Eropah. Negara-negara Kesatuan
Eropah yang sedang parah ekonominya kini bertambah parah.
Melesetnya
ekonomi Eropah ini tidak mematikan nafsu kuasa Zionis-Anglo-Amerika
dari merancang dan bergerak untuk menakloki semua sumber minyak
dalam dunia ini. Strateji dan prancangan untuk menaklok telaga minyak
dunia ini telah diajukan oleh Zbigniew Brzezinski. Sosok ini ialah
seorang ilmuan sosial saintis, seorang perancang dan pemikir
strateji politik dari semenjak zaman Presiden Johnson. Sosok ini
pernah menjadi Penasehat Keselamatan untuk Presiden Jimmy Carter.
Hari ini dia bertugas sebagai penasehat kanan dasar luar negara
untuk Presiden Obama.
Dalam
kitab klasik - The Grand Chessboard - tulisan Brzezinski terbit
tahun 1997 – telah dicadangkan agar Amerika menguasai Eurasia.
Mengikut hujah sosok ini wilayah ini paling stratejik dari segi
geopolitik kerana terletak antara benua - Eropah dan Asia. Juga
disinilah tersimpannya minyak dan gas yang masih belum dicari gali.
Serangan
terhadap Iraq, Afghanistan, Libya, Syria adalah sebahagian dari
perancngan yang telah lama dieram. Apa yang sedang berlaku di Syria
adalah sebahagian dari perancangan yang telah dilakar oleh
Brzezinski.
Negara-negara
Arab termasuk Afghanistan, Iran dan Pakistan ini terletak dibahagian
selatan Eurasia manakala Ukraine, Poland, Latvia, Georgia dibahagian
barat. Negara di selatan boleh diserang manakala negara Eropah
memadai jika NATO – North Atlantic Treaty Organisation - dibenarkan
memasang peralatan senjata untuk mengepong Rusia.
Kenapa
Rusia perlu dikepong? Apakah keruntuhan Rusia dan Putin akan
berakhirnya perancangan Amerika? Jawabnya tidak. Minyak dan gas Rusia
wajib ditakloki. Jika tidak Rusia akan sekali lagi menjadi siangan
hebat untuk Amerika.
Dalam
perancangan - satelah Rusia dimacaikan - sasaran akhir kuasa
Zionis-Anglo-Amerika menaklok dunia ialah menundukkan China. China
yang berkongsi sempadan dengan Rusia adalah musuh akhir yang wajib
ditundukkan. Rancangan menyerang China pada ketika ini hanyalah
perancangan. Ini kerana ada yang lebih penting wajib diselesaikan.
Ukraine
kini telah menjadi negara boneka Amerika. Ukraine telah bersedia
untuk menerima kemasukan senjata NATO. Yang masih belum selesai ialah
Syria dan Iran. Dua negara Timur Tengah ini masih lagi kukuh tegak
berdiri. Maka satu projek mengolah persetujuan telah menetas. Apakah
projek itu?
Projek
ini ialah ISIL – atau Negara Khalifah Islam. Dari segi sejarah ISIL
ini ditelor, dieram dan menetas dalam kelambu Zionis-Anglo-Amerika.
Pada awalnya gerombolan ISIL ini dipanggil Jabat al-Nusra. Tapi nama
ini tidak penting. Yang penting gerombolan ini diberi dana oleh
Saudi, Qatar dan negara Arab Telok. Manakala gerombolan ini dilatih
dan diberi bekalan senjata oleh Zionis-Anglo-Amerika.
Dalam
strateji Amerika - Syria wajib dikalahkan untuk menjadi barua NATO
saperti Turki. Syria wajib dimusnahkan dalam usaha untuk mengepong
Iran. Pada ketika ini Syria dan Iran memiliki hubungan setiakawan
yang amat kukuh. Dalam masa yang sama Syria juga mendapat bantuan
Rusia. Ini menjadikan ' angan-angan berahi' Brzezinski tidak
terpancut.
Resolusi
NATO untuk mengebom Syria di Bangsa Bangsa Bersatu telah dipatahkan
oleh Rusia dan China. Rejim Bashar al-Assad masih popular dan kukuh.
Pilihan raya yang baru selesai telah menobatkan sekali lagi Bashar.
Ini satu tamparan kepada kuasa Zionis-Anglo-Amerika. Saudi dan Negara
Telok terus kecewa kerana Bashar masih lagi Presiden Syria. Maka
dinar dan riyal terus masuk berlori-lori untuk membantu apa yang
dipanggil “free syrian army'.
Dasar
Obama dan Cameron kelihatan lintang pukang. Mereka mempersenjati
'free syrian army' yang dianggap moderate. Tetapai ISIL dan Jabat
Nusra yang juga melawan Bashar dianggap pengganas. Apakah kuasa
Zionis-Anglo-Amerika mahu memusnahkan ISIL? Jawabnya tidak.
Bagini
lojiknya: serangan ISIL di utara Iraq dan Mosul baru baru ini adalah
sebahagian dari perancangan Amerika. Saudi mengeluarkan dana untuk
ISIL di Syria. Tetiba ISIL berpindah ke iraq dan menawan Mosul.
Kenapa ini dibenarkan berlaku?
Dalam
manual tentera – dalam SOP (standard operating prosedure)
– apabila tentera mengundur segala kelengkapan tentera wajib
dimusnahkan. Simpanan peluru, bom dan senjata wajib diledakkan.
Kereta kebal dan segala alat pengangkutan wajib dimusnah sama. Tetapi
ini TIDAK berlaku apabila gerombolan ISIL menawan Mosul dan wilayah
Kurdistan. Tentera Iraq mengundur dan meninggalan semua kelengkapan
senjata. Pelik – semua soldadau lari yang tinggal dibelakang adalah
senjata mereka.
Kemudian
satu perancangan media untuk mengolah persetujuan warga dunia
tentang ganasnya ISIL dimulakan. Berita mula dibocorkan bagaimana
penganut Kristian telah dibunuh mati oleh gerombolan ISIL. Tidak
cukup dengan propaganda anti-Kristian, dilihatkan pula geromboloan
ISIL ini memusnahkan Makam Nabi Yunus.
Akhirnya
dunia melihat bagaimana wartawan Amerika James Foley dan Steven
Sotloff telah dipenggal leher. Dunia dikatakan terperanjat. Media
Amerika heboh siang malam pagi petang. Soheh ISIL ini gerombolan
ganas. Tetapi media Amerika TIDAK pernah melaporkan setiap hari
Jumaat ada berbelas-belas 'orang luar' yang dipenggal kepala oleh
rejim Saudi Arabia. Media Amerika dan Barat buat buat tak melihat
kerana rejim Sausi ini kawan rapat Amerika.
'Presstitute
dan wartawan lonte' TIDAK pula bertanya kenapa semua senjata itu
ditinggalkan bagitu sahaja untuk dipunggah oleh pengganas ISIL?
Jawabnya
semua ini adalah rancangan untuk memberi senjata kepada ISIL tanpa
Barak Obama disoal siasat oleh Congress atau tanpa Amerika
dihadapkan ke persidangan Bangsa Bangsa Bersatu.
Apkah
betul ke apa yang saya tulis ini? Jawabnya betul. Minggu lalu
Presiden Barack Hussein Obama telah berucap dihadapan rakyat Amerika
dan berjanji untuk memusnahkan pengganas ISIL. Amerika akan mengebom
ISIL dimana sahaja ISIL berada. Lalu timbul pertanyaan – dimana
ISIL sekarang? ISIL yang hedak dibom oleh Obama kini berada kembali
di Syria. Maka terbuktilah bahawa ISIL ini sedang dijadikan alasan
untuk Amerika mengebom Syria.
Bagaimana
pula dengan MH17? Hingga ke hari ini 'presstitute wartawan lonte'
media Zionis-Anglo-Amerika terus senyap TIDAK tidak bersuara. MH17
telah gagal dijadikan sebab untuk menyerang Rusia. Kita tunggu apakah
ISIL berjaya menjadi sebab untuk mengebom Syria. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
---------------