Khamis, 25 September 2014

UNDANG UNDANG KAPIR LAKNAT



 MANGSA UNDANG UNDANG
KAPIR LAKNAT

Akta Hasutan tidak diluluskan Parlimen,

langgar Perlembagaan Persekutuan

Undang-undang era penjajah Akta Hasutan tidak mengikut Perlembagaan kerana ia bukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, pasukan peguam kepada pensyarah undang-undang Profesor Dr Azmi Sharom memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini.

Gobind Singh Deo, yang mewakili Azmi dalam permohonannya merujuk kepada tuduhan hasutan kepada Mahkamah Tinggi mengenai isu Perlembagaan, berkata akta itu gagal mematuhi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.

Beliau berkata, Perkara 10 (2) seterusnya menyatakan dengan jelas sebarang sekatan kepada hak-hak ini perlu diluluskan oleh Parlimen.


KAH KAH KAH

woit
berapa ratus kali
nak beri tahu
ini undang undang british
ini hukuman baginda queen
dibuat  pada tahun 1948
selaput dara baginda queen
belum pecah masa itu
undang undang jahat
mengikut kata pas
undang undang kapir laknat

kenapa hajjah rosmah
kenapa haji najib
kenapa haji muhyiddin
kenapa haji zahid
ikut undang undang kapir ini?

woit
cakap ini negara islam

ini bukan negara islam
ini negara kapal selam

KAH KAH KAH




--------

MALAM INI DI ANJUNG AMJAL - AMJAL RESTORAN




LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
25 SEPTEMBER 2014

WACANA:
 PAS, KE MANA 
SELEPAS MUKTAMAR?

Melihat kepada perkembangan semasa politik negara, salah satu aspek yang menarik untuk diberi perhatian ialah polemik internal Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Muktamar PAS ke 60 yang berlangsung di Johor baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai halatuju sebenar PAS pada masa akan datang samada akan terus kekal sebagai salah satu kompenen Pakatan Rakyat (PR) atau memilih untuk kembali bersendiri.
Untuk membincangkan hal ini, LENSA akan menganjurkan satu wacana yang bertajuk 'PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?'. Wacana ini akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Wacana : PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?
Tarikh :   25 September 2014 (Khamis)
Masa :   8.30 Malam
Tempat : Anjung Amjal, Restoren Amjal, Jalan Pantai Baharu,Taman Bukit
                Pantai, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Panelis : 1. YB Saari Sungib - ADUN PAS Hulu Kelang
                2. IR. Izham Hashim - Y. Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya
                3. Ustaz Ridzwan Abu Bakar - Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah.

Oleh itu, LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan wacana ini.
Semoga dengan kehadiran rakan-rakan media, wacana ini mampu memberi pencerahan  bukan sahaja kepada tetamu yang hadir, tetapi juga seluruh masyarakat yang mengikuti perkembangan politik Malaysia.
Sekian.

-----------

AKTA BAGINDA QUEEN



Dakwaan Akta Hasutan terhadap Surendran bukti wujud 

konspirasi jahat, kata Anwar 

Anwar Ibrahim mendakwa tindakan mengenakan Akta Hasutan terhadap peguambelanya N Surendran hanya mengesahkan wujud konspirasi jahat terhadapnya dan mengukuhkan kepercayaan yang kerajaan Barisan Nasional (BN) berusaha sedaya upaya untuk memenjarakan beliau.
Ketua Umum PKR itu berkata, dakwaan mahkamah terhadap Surendran jelas bertujuan menakut-nakutkan pasukan pembelaannya dan menghalang mereka daripada melakukan tugas profesional.
Ia juga mencabul haknya di bawah Perlembagaan untuk mendapatkan khidmat guaman yang baik, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kenyataan-kenyataan peguam saya untuk membela saya kini dijadikan asas pendakwaan jenayah terhadap mereka. Ini satu penganiayaan.
KAH KAH KAH
ya ampoon
ya maulana
gwa tak ada
apa apa nak cakap
kah kah kah


------------

LAWAK PAGI KHAMIS




Rosmah tidak layak jadi calon PAS


PENGKALAN KUBOR: Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor,  Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan bahawa tidak mudah untuk menjadi calon PAS.
Menurutnya, untuk menjadi calon PAS, calon tersebut perlu ditapis serta melepasi lima tahap.
“Tahap yang pertama, calon tersebut perlu lulus di peringkat cawangan, seterusnya perlu lulus di peringkat kawasan, kemudiannya di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat syura.
“Di peringkat syura pula, ahli Majlis Syura akan meneliti latar belakang calon tersebut, termasuk kehidupannya, latar belakang isteri dan keluarganya. Kesemuanya kita akan lihat,” ujarnya dalam ceramah umum malam tadi.
Jelasnya, calon perlu lulus semua syarat yang ditetapkan baru layak menjadi calon PAS.
“Kalau isterinya tidak memakai tudung, kita tidak akan ambil calon tersebut sebagai calon PAS. Kalau suami  Perdana Menteri,  Najib Razak, memang tidak layak menjadi calon PAS,” katanya.


KAH KAH KAH

woit
pandai tuan ibrahim ini
pandai buat lawak
kah kah kah
kesian bik mama
mana mana pun kena tibai
kah kah kah



-----------

KESIAN MAT MONGOL




Tidak guna jadi pemimpin terkenal tapi gagal tangani krisis negara, kata  Mahathir

Menjadi pemimpin negara hari ini memerlukan kemahiran dan pengetahuan berbanding pemimpin terdahulu yang lebih mementingkan isu politik, kata Mahathir Mohamad.

Menurut bekas perdana menteri itu, selain krisis politik, seorang pemimpin yang baik mesti bijak menangani masalah negara yang lain seperti kewangan dan ekonomi.

Katanya, pemimpin yang bagus harus kuat dan nekad membuat keputusan dalam menangani krisis negara walaupun ia bukan satu keputusan yang digemari ramai.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tidak-guna-jadi-pemimpin-terkenal-tapi-gagal-tangani-krisis-negara-kata-dr#sthash.XzdcMELS.dpuf

KAH KAH KAH



woit
anak kutty 
tujukan ini pada siapa?
pada tok heng
atau pada isteri rosmah

woit 

ini bukan pukul anak
sindir menantu
ini tibai terang terang

KAH KAH KAH

-------------

PENCERAHAN AGAMA



KOMENTAR

untuk anak semua bangsa
untuk anak semua agama
kita megambil pelbagai lorong
kita mengambil pelbagai jalan
kita menganuti pelbagai agama
perjalanan ini maha pentong
kerana akhirnya kita semua disitu

Jadikan dialog antara agama mengenai 

nilai murni, bukan syurga-neraka


Umat Islam dan penganut semua agama perlu berhubung antara satu sama lain, bukan untuk berbincang siapa dapat ke syurga atau neraka, tetapi nilai murni dan isu semasa yang membabitkan semua rakyat, kata pemimpin PAS dalam satu forum antara agama.

Dialog antara agama yang berbeza adalah cara kepada mentaliti terkepung dan paranoid yang dianjurkan sesetengah agama, yang tidak produktif untuk pembangunan bangsa, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

“Syarahan yang disampaikan perlu mengenai peranan keimanan seseorang terhadap perkara seperti kepimpinan yang baik, peraturan dan undang-undang dalam menegakkan keadilan serta kesaksamaan untuk semua.

“Dan hanya isu berkaitan kepimpinan dan perundangan serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat dan negara patut dibawa ke dalam forum awam dan perlu ditangani dengan demokrasi.

“Itulah sepatutnya peranan dialog antara agama, dan bukan mengenai siapa yang akan ke syurga atau neraka,” katanya pada persidangan antara agama Majlis Gereja Malaysia di Petaling Jaya, semalam.



 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jadikan-dialog-antara-agama-mengenai-nilai-murni-bukan-syurga-neraka-kata-f#sthash.BrbYVw0T.dpuf
------------

LAWAK BERDIRI MALAM INI






MALAM 

INI
tukar tiub
 buat lawak berdiri
khamis malam
25 september 2014
jam 8:30 malam
pj lives arts
pj one
petaling jaya sekyen 17 





----------