AWAS!
PENGGANAS DUNIA SEDANG BERADA
DI BELAKANG RUMAH ANDA
OBAMA,
ISIS DAN PERANG
"There can be no
reasoning — no negotiation — with this brand of evil. The only
language understood by killers like this is the language of force. So
the United States of America will work with a broad coalition to
dismantle this network of death. - Ucapan Presiden Barack
Obama di PBB minggu lalu -
Warga
Malaysia mengetahui perang sedang berjalan di Syria, Libya,
Pakistan, Irag dan Afghanistan. Kita semua mengetahui perang akan
membawa kematian, kemusnahan dan kesangsaraan. Perang yang sedang
berjalan sekarang ini kelihatan tidak berkesudahan malah dilihat
sedang merebak.
Kapal
terbang - drone - tanpa pemandu - telah bertahun-tahun mengebom
Utara Pakistan dan Afghanistan. Rakyat Pakistan sebenarnya sedang
diserang hanya serangan ini TIDAK diumumkan sebagai perang saperti
di Iraq, Libya atau di Syria.
Dalam
kancah perang kita melihat bagaimana teknoloji terkini tercanggih
terulung terbaik dari fikrah manusia digunakan untuk melakukan kerja
terjahat.
Perang
Dunia Pertama 1914-1918 telah meragut hampir 20 juta nyawa warga
Eropah. Perang Dunia Kedua 1941-1945 telah meragut 60-80 juta
nyawa. Ini bersamaan 2.6% jumlah warga dunia pada ketika itu. Dalam
Perang Dunia Kedua Rusia sahaja telah kehilangan 20 juta rakyat. Jika
diambil jumlah 20 juta yang gugur maknanya Malaysia hari ini hampir
tak berorang.
Ketika
perang dunia kedua pecah penduduk Tanah Melayu berjumlah 4.391 juta
orang. Dalam perang Jepun ini seramai 100,000 warga telah tewas. Ini
bersamaan 2.28% dari jumlah penduduk Tanah Melayu ketika itu.
Lalu
persoalan timbul – kenapa ini berlaku? Kenapa perang pecah? Apa
sebenarnya latar belakang dan sebab musabab yang melahirkan perang.
Perang
ialah perebutan kuasa. Perang ialah perebutan tanah jajahan. Perang
ialah perebutan punca-punca ekonomi. Perang ialah perebutan pasaran.
Perang ialah perlawanan antara dua kelas – kelas yang ingin
menindas dan kelas yang ingin bebas. Justeru perang dari semenjak
zaman berzaman semuanya berasaskan perebutan harta kekayaan.
Dalam
sistem ekonomi kapitalis yang kiblatnya bukan kesejahteraan umat
tetapi keuntungan maksima maka perang akan terus wujud. Dalam sistem
ekonomi kapitalis ini perang ialah rukun imannya. Selagi sistem
ekonomi kapitalis yang berasaskan perebutan punca-punca ekonomi
wujud maka bencana perang akan terus wujud.
Hari
ini kuasa ekonomi dan kuasa tentera masih dimiliki oleh Amerika
Syarikat. Bala tentera dan soldadu Amerika kini ditempatkan di
seluruh dunia. Amerika memiliki 700 pengkalan tentera - laut darat
udara - yang berselirat dikeliling dunia. Justeru Amerika kini sama
saperti Rom satu ketika dahulu - sebuah EMPIRE.
Bala
tentera yang berselirat ini bertujuan untuk memastikan kepentingan
ekonomi kaum pemodal multinasional akan terus mendapat keuntungan
maksima. Ini untuk memastikan perniagaan kaum pemodal tidak diganggu
gugat. Ini untuk memastikan 1% warga dunia – elit politik dan elit
ekonomi – terus hidup mewah lumayan manakala 99% menjadi hamba.
Dipertengahan
September lalu soldadu Amerika telah mendarat di Kota Bahru dan Kuala
Terangganu. Ini adalah contoh terbaik dimana kuasa imperial
Zionis-Anglo- Amerika telah berjaya memasukan Malaysia kedalam
sangkar Amerika. Malaysia kini telah dipetakan dan ditakrif sebagai
wilayah bebas untuk soldadu Amerika.
Pada
ketika ini warga dunia semakian sedar dan sedang melihat bahawa
penjenayah dan pengganas utama yang membawa perang ke muka bumi ini
ialah Amerika Syarikat. Penjenayah ganas ini sedang dibantu oleh
Britain dan Israel. Kuasa Zionis-Anglo-Amerika inilah yang sedang
menjadi perosak bumi manusia. Kuasa ini juga musuh rakyat dunia anak
semua bangsa.
Apakah
rakyat Amerika atau rakyat Britian TIDAK sedar akan hakikat ini? Mari
kita selami apa yang sedang berlaku di Amerika agar kita dapat
memahami apa itu AMERICAN EMPIRE.
Dalam
Perang Vietnam 1961-1975 – lebih dari 56 ribu soldadu Amerika
gugur. Dalam Perang Iraq 36,710 gugur dan cedera. Dalam Perang
Afghanistan 20,904 gugur dan cedera. Hingga ke hari ini seramai
57,614 soldadu Amerika telah tewas dalam apa yang dinamakan War on
Terror.
Perang
dan berperang bukan murah. Dari kajian Harvard University Kennedy
School of Goverment didapati Amerika telah membelanjakan lebih dari 6
trilion dolar dalam Perang Iraq dan Afghanistan. Jumlah ini sama
saperti setiap warga Amerika kecil dan besar membeIanjakan 75.000
dolar.
Jumlah
6 trilion dolar ini menjadi lucah kerana dalam masa yang sama
23,052,388 warga Amerika kini hidup papa kendana. Mereka memerlukan
'food stamps' untuk mendapat bantuan makanan dari kerajaan. Ini
bermakna 20% dari penduduk Amerika – atau 1 dalam 5 warga Amerika
kini dijerut miskin. Ini data resmi tahun 2013 dari U.S Dapartment of
Agriculture.
Lalu
persoalan timbul – apakah Presiden Obama TIDAK sedar akan fakta
ini? Apakah Rumah Puteh tidak tahu bahawa kemiskinan sedang melanda
Amerika yang dikatakan kaya. Kenapa 6 trilion dolar dimusnahkan dalam
perang walhal ramai warga yang hidup papa kedana? Bukankah keadaan
sademikian jika diteruskan akan memastikan Amerika menuju kehancuran?
Jawabnya
bukan Presiden Obama tidak sedar. Mustahil Obama tidak tahu kerana
setiap statistik dari jabatan kerajaan semuanya dihantar ke meja
Presiden di Rumah Puteh. Jika sudah tahu kenapa perang berterusan.
Kenapa perang TIDAK dihentikan dan dana perang ini digunakan untuk
memperbaiki keadaan rakyat Amerika yang hidup semakin terdesak.
Jawabnya
kepada soalan ini ialah Presiden Obama atau sesiapa pun menjadi
Presiden di Rumah Puteh tidak lagi memiliki keupayaan untuk
menghentikan perang dan menyelamatkan ekonomi dari kehancuran. Wajib
juga diberitahu bahawa pada ketika ini Kerajaan Amerika sedang
berhutang sebanyak 17.9 trilion dolar. Ini jumlah hutang negara.
Hutang negara maknanya hutang rakyat Amerika. Amerika berhutang untuk
berperang.
Negara
Amerika yang kaya ini berhutang dengan siapa? Jawabnya : Amerika
menjual bon kepada China, Jepun , Korea dan negara lain. Bon ialah
surat aku janji. Ambil duit sekarang dan bayar 10 atau 20 tahun
dengan tambahan bunga. Malaysia juga ada menjual bon tapi untuk
mengabui mata orang ramai terutama Orang Melayu dan dilihat afdal - Malaysia mengarabkan
perkataan bon menjdi sukuk.
Sukuk
Amerika yang terbanyak ialah dengan Federal Reserve Bank. Jangan
silap faham Federal Reserve ini bukan Bank Negara Amerika. Ini ialah
sebuah bank swasta yang diwujudkan pada tahun 1903. Bank inilah yang
dibenarkan mencetak duit kertas hijau yang dipanggil dolar Amerika.
Dolar kertas hijau yang dicetak oleh Federal Reserve ini akan
dipinjam oleh kerajaan Amerika untuk belanja perang dan pentabiran.
Bunyinya
– apa yang saya tulis ini - macam tak masuk akal. Kenapa pula
kerajaan benarkan sebuah bank swasta cetak duit dan kemudian kerajaan
sendiri pinjam dari bank ini.
Memang
bunyinya pelik tetapi inilah yang sedang berlaku. Federal Reserve
diwujudkan melalui persetujuan Kongres Amerika. Cara ianya berjaya
ditubuhkan ialah satu kesah yang tersendiri. Apa yang terjadi hari
ini Federal Reservelah yang mengendalikan ekonomi Amerika - sama
saperti peranan Bank Negara di Kuala Lumpur. Apa yang berbeza Bank
Negara Malaysia dimiliki oleh kerajaan manakala Federal Reserve dimiliki oleh
tuan empunya bank yang ada diantaranya dirahsiakan nama dan
sahamnya.
Selain
dari mencetak dolar Federal Reserve memiliki kuasa untuk menaik atau
menurunkan kadar bunga untuk bank-bank yang lain. Kuasa yang dimiliki
oleh Federal Reserve ini cukup besar. Sebenarnya Federal Reserve ini
boleh menentukan siapa yang perlu dinaikkan menjadi Presiden atau
siapa yang wajib disokong untuk masuk ke Rumah Puteh. Si Polan yang
mencetak duit maka Si Polanlah yang berkuasa. Tidak susah untuk
difahami hukum ini.
Apa
yang berlaku hari ini telah dicium oleh Presiden Dwight D.
Eisenhower. Pada 17 Januari 1961 dalam ucapan 'Selamat Tinggal'
kepada rakyat Amerika Eisenhower telah memberi ingatan bahawa telah
muncul satu kumpulan apa yang dipanggilnya ' military industrial
complex' yang telah mula menyerap masuk ke dalam badan politik
Amerika. Presiden Einsenhower telah menerangkan 'kumpulan
berkepentingan ini' jika tidak ditumpaskan akan membawa malapetaka
kepada rakyat Amerika.
Einsenhower
telah digantikan oleh John F Kennedy. Apa yang amat menarik ialah
pada 27 April 1961 – kurang lebih tiga bulan dari ucapan
Einsenhower – Presiden Kennedy juga telah memberikan ucapan –
Secret Society – di Hotel Waldrof-Astoria New York. Isi kandongan
ucapan Kennedy ini tidak ada bezanya dari ucapan Eisenhower.
Ditahun-tahun
sesudah Perang Dunia kedua ini kabal sulit wujud tetapi kuasa mereka
baru mahu menjalar masuk ke dalam badan politik Amerika. CIA
– Central Intelligence Agency diwujudkan pada tahun 1948. Hari ini
CIA telah bercabang cambah. Lembaga ini hanyalah salah satu dari
puluhan lembaga sulit yang menjadi tembok yang mempertahankan kuasa
imperial Empire Amerika.
Hari
ini jelas kelihatan Rumah Puteh hanyalah sebagai 'prop' dalam satu
pementasan sandiwara yang memerlukan seorang pelakon berkulit hitam
untuk menjadi Presiden. Dibelakang Obama atau sesiapa sahaja
penghuni Rumash Puteh ada apa yang dipanggil oleh Presiden Eisenhower
– millitary indistrial complex – komplek industri ketenteraan.
Justeru
ucapan Presiden Obama dua minggu lalu di Pertubuhan Bangsa Bangsa
Bersatu ialah ucapan dari tuan empunya kilang senjata yang ingin
meneruskan perang. (TT)
AWAS!
PENGGANAS DUNIA SEDANG BERADA
DALAM KEBUN SAWIT ANDA
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akbar minggun ini sila pukul talipon:
03 -92-21-30-45
------------------