Rabu, 8 Oktober 2014

SIAPA LAGI CALON HASAN MALIK






ANUGERAH EEE
Anugerah eee takda ker? Anugerah ini khas utk penyalak berlesen seperti isma, brahim katak dan kutty.pak lah dia salak, pok jib pon kena salak...bukan melayu pon kena salak...ini tak betul itu tak betul.kenapa tidak salak salah laku umno dan itu baru betul.



pong pang pong pang DEB gagal juga bantu melayu dan akhirnya 20% melayu kaya dari politik dan meninggalkan 80 % melayu di belakang dengan penarikan subsidi, gst, tol, ptptn dan macam2 ada. on CALON ANUGERAH HASAN MALIK
Anonymous
on 10/8/14

ANUGERAH AHMAD MAZLAN
Wujudkan anugerah Ahmad maslan.... on CALON ANUGERAH HASAN MALIK
Anonymous
on 10/8/14

BERSAING
aku rasa lah isham,depa ni...maksud aku pemimpin-pemimpin bn skrg ni bukan xtau yang depa dok keluaqkan statement-statement bodoh..tp pasai depa bersaing sesama sendiri untuk tunjukkan sapa lagi bodoh. hang maklum sajalah,dalam bn kan sapa lagi bodoh lagi senang dapat jawatan.... on CALON ANUGERAH HASAN MALIK
pemuda di jalanan
on 10/8/14
KAH KAH KAH
TERBAIK..!!! Hahahahahahaha..!!! on CALON ANUGERAH HASAN MALIK
Anonymous
on 10/8/14

BODOHKAN RAKYAT
Berbagai cara membodohkan rakyat Rakyat faham.gst kah ? Hang pun tak faham.apa tu gst ? Rakyat faham.gst tu susah rakyat Hang faham.gst untung hang Itu saja bezanya Hang untung Rakyat rugi Sebab hang geng Makan.tanggung Berak cangkung atas muka rakyat Pi mampooooooslah Kah kah kah on CALON ANUGERAH HASAN MALIK
Anonymous
on 10/8/14
SIAPA AHMAD MAZLAN?
Woi TT.. mlm ni ko dah membuatkan aku naik angin satu badan.. berulang kali telah dinyatakan Ahmad Maslan ini bukannya bodoh, dia tidak juga gila.. tak baik TT menyumpah2 dia gila mahupun bodoh. Ini yang membuatkan kami pengundi2 menjadi semakin marah dengan TT. Ternyata TT gagal sama sekali memahami semiotiknya makhluk yg diciptakan Yg Maha Esa. 

Kegagalan TT ini sukar dimaafkan dan api neraka sahajalah balasan atas kegagalan ini. Sungguh berdosa besar dan tidak diampuni Allah sama sekali atas kesalahan ini. Sesiapa yang tidak mendapat ampun ini, maka nurakalah selama2nya. Diulang.. Ahmad Maslan bukannya bodoh. Beliau juga tidak tolol atau gila mahupun wayar putus. 

Ahmad Maslan ini sebenarnya adalah taik. Bukan dalam tempurung kepala beliau saja bersarangnya taik berlempeng2, malah seluruh tubuhnya diciptakan Yg Maha Esa daripada taik. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki kesemuanya. TT jangan terus gagal lagi. on CALON ANUGERAH HASAN MALIK
Anonymous
on 10/8/14







---------

TUKAR TIUB BUAT KAH KAH KAH









MALAM ESOK

KAH KAH KAH



Oktober datang lagi dan kami mengalu-alukan dengan lawak berdiri (sebut stand-up comedy) yang memaparkan komik-komik dari kaum India. Memandangkan umat Islam sibuk menunaikan ibadah haji, Persembahan kali ini diramaikan dengan komik yang tidak sibuk atau terlibat dengan perayaan Oktoberfest.

Tarikh: 9 Oktober 2014 (Khamis)
Masa: 9-11pm
Tempat: Cabaret, PJ LiveArts, 2A-3, Blok K Jaya One, Section 13 No 72 Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Antara komik yang akan membuat persembahan nanti ialah:

1. Botak
2. Teruna Wangi
3. JD Raja Lawak
4. Hishamuddin Rais
5. Aiman Azri 
6. Prakash Daniel
7. Benjy
8. Harekeshwaran
 .
Seperti biasa, hos anda ialah Faisal Mustaffa

UNTUK PERHATIAN: Persembahan ini hanya untuk penonton di atas 18 tahun dan matang.

Tiket untuk masuk menonton persembahan ini ialah RM20.

Untuk tempahan tiket, anda boleh hubungi  017-2BUY-TIX (017-2289 849_ atau 03-7960 0439 atau terus ke TIX.

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi  Rumah Anak Teater atau terus ke 012-229-0944.













---------

TAHNIAH - SALUT







TAHNIAH



KAH KAH KAH
tukang buat gambar ini
sosok yang bijak
dalam petang kesorangan
aku terjumpa gambar ini
lalu aku terkawa terbahak bahak
menyakin kan  aku
bahawa dunia ini
cukup indah
dan aku 
salah saorang penghuninya


-----

APA DIA EMPIRE AMERIKA






APA ITU EMPIRE AMERIKA

Sejarah telah merakamkan empire Iskandar Zulkarnain. Sejarah telah merakamkan empire Mongol Genghis Khan. Sejarah telah merakamkan empire Napoleon. Dunia telah membaca sejarah empire Portugal dan Sepanyol. Sejarah pernah menulis 'the sun never set on the British Empire – matahari terus bersinar untuk empire British. Jepun juga telah mencuba mendirikan empire. Semua empire dan tanah jajahan yang dimiliki oleh kuasa imperial akhirnya runtuh.

Kini dunia sedang berhadapan dengan empire Amerika. Kacau bilau dan huru hara yang sedang berlaku diatas muka bumi pada ketika ini semuanya berpunca dari kuasa imperial Amerika Syarikat.

Apa itu kuasa imperialis? Apa itu kuasa imperial? Imperialis ialah tahap akhir dalam perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya sistem ekonomi kapitalis mula berniaga – jual beli - dalam negara sendiri. Pasaran hanya berlaku dalam negara. Apabila keuntungan banyak terkumpul maka ianya dijadikan modal. Dan modal ini perlu mencari pasaran yang baru. Barang buatan dalam negeri wajib mencari pembeli baru.

Contohnya: Pada satu ketika dahulu kita membeli pinggan mangkok dari Manchester dan Sheffield. Kita membeli kereta Morris Minor dan Austin. Ini ketika Tanah Melayu dibawah penjajah British. Kuasa imperial British terus memerlukan pembeli baru. Bukan sahaja pasaran yang dicari malah kuasa imperial ini juga mengambil bahan bahan mentah – bijih emas kayu kayan - dari tanah jajahan. Bahan ini diproses kemudian dijual kembali ke tanah jajahan.

Apabila kuasa jual beli sademikian berjalan ke luar naegara maka ianya dipanggil sistem ekonomi penjajah. Syarikat tempatan kini menjadi syarikat multinasional. Inilah tahap tertinggi sistem ekonomi kapitalis juga didalangi oleh kuasa imperialis atau kuasa imperial.

Tapi anak tanah jajahan tidak terlentang menerima dengan tangan terbuka. Penentangan berlaku. Di Tanah Melayu muncul Tok Janggut, Datuk Bahaman, Maharaja Lela – mereka bangun angkat senjata menentang kuasa British ini. Justeru kuasa imperial British memerlukan bala tentera.

Maka kita lihat satu ketika dahulu ada soldadu Belanda di Melaka. Kita teringat ada soldadu Inggeris di Kem Terendak Melaka. Ada tentera udara British di Butterworth. Semua ini adalah ciri watak sebuah empire. Hakikatnya, harta Tuan Penjajah perlu dikawal oleh bala tentera untuk memastikan keuntungan selamat pulang ke London.

Hari ini British Empire telah runtuh. Dunia hari ini sedang berhadapan dengan American Empire. Amerika memiliki lebih dari 700 pengkalan tentera – udara laut dan darat - berselirat di seluruh dunia. Serbanyak 63 buah negara dalam dunia ini telah menjadi tempat soldadu Amerika bersarang. Inilah kuasa imperialis yang terbesar dan terkuat dalam sejarah umat manusia.

Kuasa kaum pemodal Amerika ini telah menjalinkan kerjasama dengan pemodal British. Malah kaum kapitalis Amerika telah menjalin hubungan intim dengan kaum kapitalis British. Dari segi pensejarahan pemodal Amerika dan British datang dari lubuk yang sama. Justeru mereka dikenali sebagai kuasa imperial Anglo-Amerika.

Kuasa imperial Anglo-Amerika ini sedang menjunam menuju keruntuhan. Kerutuhan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya berlaku mengikut hukum sosial – dimana ada penindasan maka disana akan berlaku perlawanan. Hakikatnya untuk mengendalikan sebuah empire bukan satu yang murah.

Sejarah telah merakamkan bagaimana di Tanah Melayu empire British telah diserang oleh Tok Janggut , Chin Peng, Abdullah Sidi dan Rashid Mydin. Kini empire Amerika sedang diserang dari pelbagai pelusuk. Perang Irag, Afghanistan, Libya, Syria, Pakistan – masih belum selesai. Dalam sejarah Amerika, Perang Iraq adalah yang paling lama – kini memasuki tahun ke 11. Harga perang ini telah mencecah 6 trilion dolar.

Dalam pensejarahan tamadun manusia – dalam dekad ini kita telah memasuki tahap terakhir sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini tidak dapat lagi mara kehadapan. Pasaran telah tepu. Barangan untuk dijaja telah melambak-lambak. Akhirnya keuntungan yang terkumpul tidak dapat lagi mencari pasaran baru. Apabila ini berlaku maka sistem ekonomi kapitalis akan menguncup, merundum dan runtuh.

Sejarah ini telah berkali-kali berulang. Kali terakhir ialah pada September 2008 apabila banyak syarikat gergasi runtuh muflis. Sistem kapitalis yang bocor ini telah ditampal oleh Barack Obama dengan suntikan 700 bilion dolar.

Dalam masa yang sama sistem ekonomi Amerika ini telah membuka satu bentuk politik baru dalam badan politik kuasa imperial Amerika. Dizaman East India Company (EIC) atau Dutch East India Company (DEIC) dahulu syarikat ini menjadi pemangkin Baginda Queen untuk meluaskan tanah jajahan. Dari segi pensejarahan EIC dan DEIC - dua gerombolan peniaga ini akan tunduk kepada kuasa Baginda Queen. Gerombolan peniaga ini sedar bahawa akhirnya hanya Baginda Queen sahaja yang boleh mengarahkan tentera laut atau darat untuk menjaga kepentingan mereka. Justeru mereka membayar upti kepada Baginda Queen.

Pada awalnya pendekatan yang sama juga telah berlaku di Amerika. Sesudah Perang Dunia Kedua – kaum pemodal Amerika tunduk kepada kepentingan politik dan diplomasi daulah Amerika. Kepentingan negara didahulukan. Kuasa daulah telah membantu kaum pemodal Amerika untuk menjalankan perniagaan di serata pelusuk dunia. Kuasa politik daulah ini juga akan memastikan kaum pemodal Amerika akan mendapat layanan terbaik dari negara Dunia Ketiga. Bala tentera Amerika menjamin kaum pemodal mendapat keuntungan maksima.

Semua ini berubah apabila syarikat ini mengelembong besar untuk menjadi syarikat multinasional. Dari sebuah syarikat Amerika yang kecil kini memiliki jaringan diseluruh dunia. Syarikat ini bukan lagi milik persendirian tetapi dimiliki oleh tuan empunya saham. Kepentingan pemegang saham ini wajib dijaga.

Maka dari sini bermulanya jarum racun syarikat multinasional merancang untuk menggunakan jentera daulah dalam usaha mengembangkan kepentingan perniagaan syarikat. Kalau dahulu syarikat Amerika akan akur mengikut jentera daulah menjaga kepentinagn negara kini apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sejarah merakamkan bagaimana jentera daulah – CIA - telah digunakan oleh syarikat minyak petrolium untuk menjatuhkan kerajaan nasionalis Mossadegh di Iran pada tahun 1953. Syarikat Anglo-Iranian Oil Company yang hari ini menjadi British Petrolium (BP) telah mendalangi rampasan kuasa. Kemudian pada tahun 1954 satu lagi rampasan kuasa CIA telah berlaku di Guatamala. Kali ini untuk mempertahankan kepentingan kebun pisang milik United Fruit Company.

Mengikut hukum kapitalis – dari syarikat kecil dalam negara – kini berkembang ke luar negara – kemudian membesar untuk menjadi apa yang dipanggil Multinational Corporation (MNC) Syarikat MNC ini tidak lagi memiliki identiti kenegaraan. Ini adalah tahap tertinggi dan terakhir dalam percapaian perniagaan kapital.

Wajib disedari bahawa kemunculan syarikat MNC ini berkait rapat dengan dasar globalisasi. Ianya juga berjalan seiring dengan dasar ekonomi kapitalis terbuka. Kemunculan syarikat MNC ini adalah sebahagian dari hukum pejalanan modal dalam usaha untuk mencari keuntungan maksima. Syarikat MNC ialah syarikat global.

Hari ini tidak salah kalau saya katakan bahawa badan politik Amerika bukan lagi milik rakyat Amerika. Cita-cita dan piagam Amerika yang berlandaskan demokrasi kini telah diselewengkan oleh syarikat MNC. Amerika Syarikat yang bangga dengan sistem demokrasi – dari orang ramai untuk orang ramai – kini telah menjadi - dari MNC untuk pemegang saham MNC.

Jangan silap faham Koperation bukan Kooperasi. Koperation bukan syarikat kerjasama yang saling bantu membantu. Koperation ialah syraikat gergasi. Apabila Koperation bergabung dengan satu atau dua buah lagi syarikat maka ianya akan menjadi apa yang dipanggil konglomerate. Inilah syarikat kapitalis yang amat-amat besar. Keuntungan dari sasatengah konglomarate ini mungkin ada yang melebihi perbelanjaan dana beberapa buah negara Dunia Ketiga.

Badan politik Amerika pada ketika saya menulis ini telah menjadi milik koperation, milik syarikat MNC dan milik konglomerate. Bagaimana ini boleh berlaku?

Apa telah terjadi kepada Amerika yang pada satu ketika dahulu satu contoh terbaik sebuah negara demokratik? Warga Amerika bekerja membanting tulang untuk mendirikan Amerika Syarikat yang memiliki keunggulan dibidang sains, teknoloji, keilmuan dan budaya. Apa sudah jadi?

Pada ketika ini Amerika Syarikat masih lagi unggul dibidang sains, teknoloji, masih lagi unggul dibidang keilmuan dan budaya – jika dibandingkan dengan negara yang lain. Tetapi dalam badan politik Amerika semakin jelas dilihat bahawa sistem demokrasi yang menjadfi asas kekuatan Amerika itu telah menjadi lucah dan haprak.

Sistem dua parti – Republikan dan Demokrat – yang menjadi asas demokrasi Amerika kini telah menjadi barang dagangan. Sistem pilihanraya Amerika yang semakin mahal telah membolehkan syarikat MNC membeli Rumah Puteh.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-03-92-21-30- 45
----------------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN









DAPUR 

JALANAN

 IPOH








Dapur Jalanan Ipoh kembali seperti biasa!

jemput datang, ajak kawan, ajak kakak, ajak abang, ajak jiran, ajak pak cik, ajak mak cik, ajak pakwe, ajak makwe, berkongsi kasih sayang bersama warga miskin kota.

moh pakat maghi ramei ramei, pakat maghi buat sibuk yob, yong.







------------

DARI TULANG BESI





FACE BOOK
Presiden PAS hangin suruh jgn ambik satu pun. DAP pun kata jgn bagi satu pun kat PAS lantaran pengkhianatan Presiden.
PKR awal2 dah kata bagi 2 je.
Tapi Anwar dan Azmin kata bagi tiga sbb tak mau PR pecah.
Azmin dah tak terhutang budi dgn PAS jadi PAS dah jadi anak tiri skrg ni.
PAS dah bukan anak mas hasil dari wala kepada Presiden yg bersultan di mata beraja di hati.
PAS terperangkap dgn wala pada istana.
Dikatakan waktu menerima perlantikan exco senyum Iskandar Samad lebih kepada senyum pahit. Marah masih membara dlm hati tapi apakan daya nasi dah jadi bubur.
Terpaksa hidup lantaran kebodohan dan kebongkakan diri.
Kalo diterima Kak Wan sbg MB bukan sahaja kuota exco kekal malahan TMB pun dapat.
GELARAN ULAMA BUKAN LESEN UTK JADI BONGKAK DAN SOMBONG






-------------

HARGA IKAN NAIK



GEORGE TOWN 7 Okt. - Harga ikan di Pulau Pinang naik sehingga 30 peratus berikutan bekalan berkurangan selepas nelayan tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu sejak lima hari lepas. 




KAH KAH KAH
harga ayam di jalan thambypillai
harga ayam di jalan pudu
semua tidak naik
masih harga lama

mengikut kata hasan malik
kalau ikan naik harga
jangan makan ikan
makan ayam

KAH KAH KAH


----------

KELAS FALSAFAH MALAM INI






 MALAM

INI


VOLTAIRE

1694-1178


François-Marie Arouet 

  21 November 1694 – 30 May 1778)

 juga dikenali  sebagai Voltaire. 

penulis, sejarahwan dan ahli falsafah 

pembawa pencerahan  peranchis
]
pengaju garis pisah antara gereja dari daulah


RADIO BANGSAR

SIARAN LANGSUNG


----------



LAGU UNTUK NIK ABDUH





LAGU  UNTUK

NIK ABDUH






Raihan - Iman Mutiara 

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


---------

INGIN BERTANYA




Konspirasi ‘sekutu Yahudi’ selinap dalam PAS,

kata Nik Abduh

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulangi pendiriannya tentang konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama dengan mengatakan wujud gerakan konspirasi "sekutu Yahudi" yang menyelinap masuk ke dalam parti itu.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, “konspirasi Yahudi” memastikan perjuangan parti tersebut dalam menegakkan syariat Islam di negara ini dilenyapkan secara langsung ketika Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/konspirasi-sekutu-yahudi-selinap-dalam-pas-kata-nik-abduh#sthash.UyVtWHPJ.dpuf

Yahudi: Kaum terpilih yang tiada negara - Harakah Daily
www.harakahdaily.net/.../29857-yahudi-kaum-terpilih...
Translate this page
Jul 22, 2014 - Asal usul kaum Yahudi Bangsa ini berasal dari keturunan yang bukan sembarangan. Mereka berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Bani Israil - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

id.wikipedia.org/wiki/Bani_Israil
Translate this page
Kalimat Bani Israel berasal dari Bani dalam bahasa Arab artinya keturunan dan Israel ... Dalam sibith-sibith ini kelak diturunkan para nabi-nabi yang lain, ... Di antara mereka terdapat ratusan ribu orang Yahudi dari keturunan Yahuda yang ..

KAH KAH KAH

betul ke 24 dari 25 nabi
yang wajib diketahui namanya
adalah dari bangsa yahudi

betul ke?

saje nak tanya 
jangan marah

KAH KAH KAH

-----------