KOMENTAR
pelik bin hairan
tentang judi ini
tak pernah kita dengar
alim ulamak heboh
mufti heboh
majlis fgatwa
terjerit terlolong
macam kes usik kepala anjing
pelik!
Polis, PBT hilang kawalan?
Sindiket tidak takut biarpun serbuan dilakukan
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Apakah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis sudah hilang kawalan? Atau sindiket sudah hilang rasa gerun terhadap undang-undang?
Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan kegiatan mesin judi haram yang terus berleluasa biar pun serbuan demi serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Paparan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh pihak berkuasa dalam menyerbu premis-premis kegiatan haram itu ternyata sama sekali tidak mengentarkan sindiket, malah ada antaranya beroperasi semula hanya beberapa jam selepas serbuah dilakukan.
Sumber tersebut tidak menafikan amalan rasuah terus menjadi ‘tembok penghalang’ terbesar kepada usaha kerajaan bagi menghapuskan kegiatan mesin judi haram apabila ada anggota agensi penguat kuasa menerima habuan daripada sindiket.
“Masalah ini masih belum selesai, sindiket menjalankan kegiatan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Ia seolah-olah menampakkan pihak berkuasa khususnya PBT dan polis seperti hilang kawalan untuk membanteras gejala tersebut.
“Sesuatu perlu dilakukan dengan lebih serius dan tegas bagi mengelakkan kegiatan mesin judi haram dianggap perbuatan jenayah biasa yang tidak mempunyai apa-apa kesan kepada masyarakat,’’ katanya.
Selain itu, sumber tersebut tidak menafikan peranan ahli politik di beberapa buah negeri bersekongkol dengan sindiket menyebabkan kegiatan haram itu tidak mampu dihapuskan sehingga ke hari ini.
KAH
KAH KAH
woit
baru sekarang sedar
semua orang tahu
orang politik
orang polis
orang berkuasa
ada kepentingan
meniaga judi
KAH KAH KAH
----------