JEMPUTAN : PERBICARAAN MEJAR ZAIDI AHMAD TENTANG ISU DAKWAT KEKAL PRU13
Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad
BILA: 5 Nov 2014 (Rabu); 9am.
DI MANA: Kompleks Mahkamah (TUDM), Pangkalan Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur.
APA: Mejar Zaidi dari Pangkalan Udara Butterworth diarahkan oleh mahkamah untuk memasukkan pembelaan setelah kes prima facie dicapai oleh Pendakwaraya untuk dua pertuduhan: menerbitkan artikel tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kepala Batas pada 1 Mei 2013, dan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa kelulusan Majils Angkatan Tentera Malaysia di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei.
Sebelum ini, Mejar Zaidi mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan media di dua tempat pada dua masa yang berlainan untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan dakwat kekal yang digunakan dalam undian awal Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan. Menurut pertuduhan tersebut, isu itu seharusnya disiasat melalui TUDM dan memerlukan kebenaran Kementerian Pertahanan.
Mejar Zaidi telah membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 tentang dakwat kekal apabila beliau mendapati segala kesannya hilang setelah tangannya dibasuh.
Pada mulanya beliau didakwa atas tujuh pertuduhan. Lima dibuang oleh mahkamah setelah dicabar oleh peguam Mejar Zaidi, Hanipa Maidin dan Nasar Khan Miras Khan, dan kemudiannya dipinda.
Kini Mejar Zaidi didakwa mengikut Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 yang membawa hukuman maksima penjara dua tahun atau mana-mana lebih ringan, termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.
Chuah Siew Eng
Media/Comms Officer
BERSIH 2.0 Secretariat
Tel. No : 03-7772 3275 / 019-4380428
Fax No : 03-7784 4978
-------------