KOMENTAR
tahniah pdrm
tahniah kerana telah berejaya
tapi ini belum kejayaan sepenuhnya
masih TIDAK ada tangkapan
siapa tokan besar judi?
siapa dibelakang judi ini?
siapa politikus yang bersubahat?
siapa yang memiliki kuasa bersubahat?
siapa disara hidup oleh tokan judi?
kenapa yang dirampas hanya komputer
siapa sewa premis itu?
siapa tuan punya premis itu?
kenapa tak tahan tuan punya premis
kenapa tak sita premis
kalau premis disita
mustahil ada judi dalam premis
kunci judi ini ialah premis
yb di parlimen wajib
wajib luluskan undang undang
untuk sita dan rampas premis kedai
yang digunakan untuk judi
disita dan dimilik negarakan
semua premis judi
ini jalan yang tepat
ini jalan masuk akal
kalau tidak rumah pasong
hanya akan dipenuhi oleh komputer
komputer semakian menggunung
tak percaya sila lawati
rumah pasong
penuh dengan komputer
sila gunakan akal
53 waran lagi diperoleh
Kesemua 1,065 premis diserbu ditutup
KUALA LUMPUR 8 Nov. Polis memperoleh 53 waran lagi daripada mahkamah semalam untuk memecah masuk premis-premis mesin perjudian yang menutup operasi mereka bagi membanteras kegiatan tersebut habis-habisan.
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik berkata, daripada jumlah waran yang diperoleh itu, 10 daripadanya telah pun disempurnakan dengan rampasan sebanyak 40 buah mesin perjudian.
Beliau berkata, kesemua mesin tersebut dirampas daripada lima buah premis manakala selebihnya telah pun dikosongkan.
“Secara keseluruhan kita telah melakukan sebanyak 1,065 serbuan premis yang kesemuanya telah ditutup.
“Paling banyak dilakukan di Selangor iaitu berjumlah 439 serbuan diikuti Negeri Sembilan (283); Sarawak (88); Perak (75); Pulau Pinang (61); Kedah (40) ; Kuala Lumpur (26); Pahang (21); Sabah (15); Johor (14); Kelantan (3) dan masing-masing tiada serbuan di Terengganu, Melaka dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, PDRM berjaya menutup 98 peratus premis mesin perjudian di seluruh negara susulan amaran keras Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk membanteras kegiatan itu habis-habisan pada 26 Oktober lalu.
Operasi tersebut kini memasuki fasa kedua iaitu polis mula mendapatkan waran mahkamah untuk memecah masuk lebih 9,000 premis yang sengaja ditutup dalam tempoh seminggu lalu.
Menerusi fasa tersebut, kesemua mesin perjudian yang terdapat di dalam premis-premis terbabit akan dirampas serta dilupuskan polis dan seterusnya fasa ketiga iaitu proses membasmi secara keseluruhan dalam tempoh tiga bulan, akan dimulakan.
Roslee seterusnya berkata, sejak 26 Oktober lalu sehingga semalam, pihaknya telah melakukan sebanyak 16,255 serbuan dengan tangkapan sebanyak 661 individu.
“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 3,672 komputer mesin judi dan wang berjumlah RM44,208 telah dirampas.
“Kita yakin semua premis judi haram yang terdapat di seluruh negara telah ditutup dan tidak beroperasi ekoran serbuan besar-besaran ini dan kita akan memikirkan pelan jangka pendek dan panjang bagi membanteras perkara ini,” katanya.
KAH
KAH KAH
woit
lihat dan tunggu
jangan jadi
hot hot chiken shit
KAH KAH KAH
-------------