DARI LIDAH
PENGARANG
heboh heboh tentang hadi
semakin banyak didengar
sebenarnya heboh tentang hadi
bukan satu pekara yang baru
tahun 80'an memang heboh tentang hadi
kemudian tak heboh lagi
kemudian diheboh hebohkan
tentang amanat haji hadi
sebagai propaganda jahat dari musuh
akhir akhir ini
heboh tentang hadi meledak kembali
ini berikutan dengan perlantikan
menteri besar selangor
hadi dikatakan uzur
hadi dikatakan telah berumur
hadi dikatakan hilang akal
hadi dikatakan telah nyanyok
wajib diterangkan disini
dalam budaya orient
dalam budaya timur
melihat umur berbeza dari
masyarakat occidental barat
di timur lagi tua
di timur lagi berumur
lagi dihormati
lagi dilihat kebijaksanaan
lagi dilihat berpengalaman
justeru dalam budaya melayu
ada pepatah: telah banyak makan garam
ertinya telah memiliki banyak pengalaman
ertinya dihormati kerana telah berumur
lihat umur ayatollah khomeinei di iran
lihat umur morarjai desai di india
lihat mao zedong di china
lihat deng xiaoping peng di china
umur tidak menghalang memimpin
apa yang menimbulkan heboh ini
bukan umur hadi
bukan otak hadi
bukan kesehatan hadi
yang menimbulkan heboh
ialah perangai hadi
amat memeranjatkan ialah
perangai hadi memberi jawapan
apabila ditanya kenapa tidak hadir
dalam permusyuaratan pakatan rakyat
jawapan hadi memeranjatkan
ini bukan jawapan sang bijak
ini bukan perangai bijak
jawapan sabagini seharusnya
tidak muncul dari mulut hadi
jawapan sademikian tidak
menggambarkan kepimpinan yang baik
malah hadi memimpin parti islam
justeru hadi gagal memperlihatkan
ketrampilan islam yang
hadi sendiri selalu mengheboh-hebohkan
sekalali lagi dinyatakkan disini
umur bukan satu halangan
dalam budaya politik timur
rashid al-ghannushi pemimpin ikhwan tunisia
lebih berumur dari hadi
justeru
terpulanglah kepada ahli parti hadi
sama ada hadi terus memimpin
atau hadi berundur
ini agenda dalaman parti
orang luar dipersilakan
jangan masuk campur
apa yang jelas perangai hadi
yang tidak memiliki sifat setiakawan
membawa mudarat dalam pakatan rakyat
amin
-------------