SEMUA AKAN TURUN
10,000 disasar hadir demonstrasi minyak
ambang 2015 di KL
Demonstrasi menuntut harga minyak diturunkan diteruskan pada malam 31 Disember ini dan penganjur mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 orang berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan berpakaian hitam.
Seramai 16 kumpulan aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik Pakatan Rakyat (PR) sepakat menganjurkan demonstrasi "#Tuntut" supaya harga minyak turun kepada RM1.90 sempena sambutan ambang tahun baharu 2015.
"Kami tak perlukan permit. Cuma mahu meraikan sambutan tahun baharu," kata aktivis Hishamudin Rais pada sidang media di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Gabungan itu dalam kenyataan mereka hari ini percaya tindakan menghapuskan subisidi oleh Barisan Nasional (BN) adalah tidak adil dan memangsakan rakyat.
Katanya, sebagai negara pengeluar minyak, sebahagian keuntungan hasil minyak dan gas wajib disalurkan terus kepada rakyat sebagai subsidi, supaya ia tidak terkumpul ditangan pemerintah semata-mata.
"Orang ramai diseru turun beramai-ramai dengan memakai baju hitam dan mula berkumpul di sekitar Dataran Merdeka bermula jam 9 malam," katanya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/10000-disasar-hadir-demonstrasi-minyak-ambang-2015-di-kl#sthash.wWHVBaPO.dpuf
KAH
KAH KAH
anak muda
jumpa disana
pesta tahun baru
----------