Ahad, 14 Disember 2014

NAJIB DI HINA LAGI










KOMENTAR
hina yang paling hina
ialah dapat amaran dari
ibrahim ali
kalau amaran dari polis
kalau amaran dari sprm
kalau amaran dari polos paris
tidak lah satu penghinaan








Kurangkan lawatan luar sebelum hilang jawatan, kata Perkasa kepada Najib

Perkasa menasihatkan Najib Razak agar mengurangkan lawatan ke luar negara dan mula menumpukan isu dalam negara sebelum beliau kehilangan jawatan dan kerajaan.

"Saya ingin menasihatkan Perdana Menteri untuk mengurangkan perjalanan keluar negara. Saya tahu ia adalah urusan rasmi dan pemimpin negara lain juga terpaksa berbuat demikian.

"Elok untuk keluar negara, dan kerana saya masih sayang, sila kurangkan trip dan mula fokus kepada isu-isu dalam negara ini sebelum anda (Najib) kehilangan jawatan dan kerajaan," kata Ibrahim Ali di Pusat Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kurangkan-lawatan-luar-sebelum-hilang-jawatan-kata-perkasa-kepada-najib#sthash.ANxdikOx.dpuf


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
ini dah gila
tok heng beri amaran
pada mat mongol
kah kah kah
 
woit
tok heng tak tahu ke
mat mongol takut bini
rosmah nak shopping
mana mat mongol
berani halang
kah kah kah

KAH KAH KAH
 


---------

TIDAK ADA MAAF





TANPA MAAF
gambar ini
sengaja dipaparkan
dengan tujuan
untuk membunuh selera makan
pada hari ahad ini
melihat gambar ini
adalah cara terbaik untuk
ibu dan ayah menyelesaikan
masaalah gemok badan
kah kah kah


------------

AWAS DAN WASPADA





WIRA PERWIRA

 
Pemimpin Umno jadi sasaran ‘bangsat’ persidangan tahunan Wira Perkasa

Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di akhir Persidangan Tahunan mereka hari ini mensasarkan beberapa pemimpin Umno apabila melabelkan mereka sebagai "bangsat".

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris ketika berucap dalam sesi penggulungannya mensasarkan, Ketua Pengarah Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global Saifuddin Abdullah, Ketua Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)  Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta mempersoalkan sumbangan mereka terhadap komuniti Melayu di negara ini.

 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-jadi-sasaran-bangsat-persidangan-tahunan-wira-perkasa#sthash.mEdVDp9r.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
kan dah cakap
perang dah mula
tanda tanda dah sampai
 
TAPI awas
waspada kumpulan
rasis ketuanan melayu
ini akan menjadi lagi extreme
akan buat kacau bin bilau
akan buat huru binti hara
 
mula mula panggil bangsat
kalau kalau menjawab
akan disikat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KAH KAH KAH
 
 
 
 
-----------

TANDA TANDA NAK KIAMAT






Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB
Kamles Kumar | 4:16PM Dec 12
Khairuddin Abu Hassan akan buat laporan ke atas Najib jika tiada tindakan susulan diambil ke atas laporannya.


Pahang MB Adnan sues Utusan for RM15 mil

Hafiz Yatim | 8:15AM Dec 13
It is rare for a top Umno leader to sue a newspaper owned by his own party.


KAH KAH KAH
woit
ini tanda tanda
bukan tanda hari kiamat
ini tanda tanda
parti ketuanan melayu
sedang nazak
sedang nyawa nyawa ikan
perang sudah bermula
tunggu dan lihat
siapa yang akan mati
 
KAH KAH KAH
 



---------

PROJEK NAJIB LAGI



 
 
 
 



Barah 1MDB menunggu Pecah

1MDB sebagai satu skandal terbesar era Najib dan katalis kejatuhan Najib nampaknya kian menjadi kenyataan.

Laporan polis oleh salah seorang pemimpin UMNO bahagian sendiri dan kabinet turut membincangkan isu ini semasa ketiadaan Najib, adalah perkembangan baru bakal membawa impak yang besar.

Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang, Khairuddin Abu Hassan dalam laporan polisnya, antara lain memohon siasatan dijalankan mengenai;

a. Pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang pada harga RM1.38 billion, yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa (dari dua pemilik)

b. Pelaburan misteri sebesar US$1.2 billion dalam sebuah syarikat dikenali PetroSaudi International Ltd.

c. Pembelian sebidang tanah dari syarikat Tadman Resources Bhd di Pulau Indah dengan harga RM317 million

d. Pembayaran bunga pinjaman yang lebih tingi dari kadar pasaran

e. Pembayaran yuran kepada Goldman Sachs International yang dikira berlebihan

f. Pembelian aset janakuasa IPP seperti Powertek Energy dan Sanyen Power Sdn Bhd pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran

g. Pelaburan misteri di Pulau Cayman

Rabu lalu, ketika kabinet bersidang tanpa PM yang berada di luar negara, seorang Menteri dilaporkan membangkitkan isu 1MDB . Kabinet yang dipengerusikan oleh Muhyidin selaku TPM, telah mengambil kesempatan membincangkan isu ini.

Ia sudah tentu akan diminitkan dan sekembalinya Najib nanti, beliau pasti akan membaca minit tersebut untuk pengesahan mesyuarat kabinet akan datang. Apa reaksi beliau dalam mesyuarat akan datang?

Mengapa menteri berkenaan berani membangkitkan atau berani mengambil kesempatan ketika ketiadaan PM?

Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media?

Tentulah dengan niat yang tertentu.

Tidakkah Najib mula terasa panasnya bahang 1MDB dengan tindakan-tindakan baru ini?

Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin UMNO Bahagian. Bukankah menjelang PAU baru-baru ini, Presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB?

Tidakkah dua perkembangan ini - laporan polis oleh pemimpin UMNO Bahagian dan perbincangan kabinet terjadi serentak?

Terlepas dari apa jua pertimbagan politik pihak-pihak yang terlibat, rakyat negara ini secara keseluruhannya mempunyai hak untuk mendapatkan penjelasan yang terang tidak lain dari PM sendiri mengenai isu ini.

Samada polis berani menyiasat bos tertinggi negara ini atau tidak adalah isu yang lain. Ini adalah ujian terbesar  Zahid selaku Menteri Dalam Negeri.

Beranikah beliau membenarkan polis bertindak profesional dalam isu ini?

Namun, dari dua perkembangan terbaru ini, Najib mestilah berani memberikan penjelasan terbuka.

Siapa pemilik tanah di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga (95% lebih mahal?) oleh 1MDB, misalnya.

Isu 1MDB melibatkan jumlah kewangan yang sangat besar. Mewajarkan PM bersikap telus.

Misalnya, bagi tahun kewangan sehingga Mac tahun ini, 1MDB mencatat kerugian sebesar RM 665.3 juta dengan hutang sebesar RM 49.1 billion. Sekalipun 1MDB dikatakan mempunyai aset sebesar RM 51.4 billion, tetapi jumlah aset di atas kertas ini kelihatan lebih besar dengan menggunakan penilaian yang lebih tinggi.

Apa lagi, seperti ditulis oleh A Kadir Jasin dalam blognya bahawa 1MDB telah pun memohon dan mendapat kelulusan dari Bank Negara untuk memanjangkan tempoh bagi hutang tak berbayar (non performing loan) dari tiga bulan kepada enam bulan.

Jika ini benar, memang 1MDB sudah mengerang kesakitan walaupun usianya sangat muda.

Najib bukan sahaja perlu memberikan penjelasan terbuka terhadap semua isu yang dibangkitkan berkait dengan 1MDB, tetapi juga bersedia memberikan penjelasan dalam siri-siri berikutnya apabila pertanyaan lanjutan dikemukakan nanti.

Lazimnya, sebuah Kertas Putih perlu dibentangkan kepada Kabinet dan seterusnya kepada Parlimen.

Sepanjang menuju penjelasan terbuka itu, saya percaya, pengkritik utama Najib seperti Mahathir, sudah pun mempunyai jerangkap samar untuk meletupkan survival politik Najib sebelum PRU yang akan datang.

Husam Musa 

Naib Presiden Pas
13 Disember 2014



-----------