Khamis, 25 Jun 2015

BELUM ADA BUKTI LAGI







MENTERI KELUARKAN AMARAN PRAMATANG BERDASAR DAKWAAN BELUM SAHIH

Saya amat kecewa dengan amaran yang dibuat Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, terhadap akhbar The Edge dan laman web The Malaysian Insider berkaitan laporan-laporan yang media tersebut telah dibuat mengenai 1MDB.

Ini kerana beliau mengeluarkan satu amaran berdasarkan dakwaan yang dibuat terhadap seorang bekas pengarah syarikat PetroSaudi yang telah ditahan di Thailand. Umum sedia maklum, dakwaan tidak bererti perkara itu sahih. 

Mengikut prinsip perundangan, seseorang yang didakwa di mahkamah tidak bersalah sehingga terbukti bersalah (“Innocent until proven guilty”). Bekas pengarah itu, setahu saya, belum lagi dijatuh hukum bersalah di mahkamah. Oleh itu, untuk mendasarkan amaran di atas dakwaan semata-mata amatlah pramatang (“premature”).

Saya gesa  Zahid untuk tarik balik amaran terhadap The Edge dan The Malaysian Insider. Tindakan beliau umpama ugutan yang kelihatan cuba mempengaruhi tingkah laku media yang wajib bebas. Tindakan seperti ini merencat fungsi dan tugas media, melemahkan demokrasi dan mendatangkan persepsi negatif terhadap negara di mata dunia.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

25 Jun 2015


--------------

2 ulasan:

  1. Jangan malukan Universiti anda

    BalasPadam
  2. Dunai tidak akan hilang orang orang Bahalol

    Yang pasti ROHINGYA tak Bahalol

    BalasPadam