Selasa, 31 Mac 2015

AWAS WAJIB BERSEDIA






KOMENTAR
kuasa imperial meneruskan
projek stau dunia dibawah
satu kuasa
tapi rakyat dunia juga 
sedang bangun melawan

sistem ekonomi kapitalis
semakin terasak
bila terasak  dari
sejarah kita sedar bahawa
kaum pemodal akan
memulakan  perang

perang perang kecil
perang perang tempatan 
sedang berjalan
di afghanistan
di iraq
di syria
di palestin
di turkey
di ukrain

kini satu medan baru di buka
yaman kini menjadi
pentas baru dalam strateji
kaum pemodal untuk memastikan
kuasa mereka tidak dicabar

anak muda wajib bersedia
jika perang dunia meledak
ini bermakna dua pekara

pertama:
jika senjata nukelear digunakan
maka bumi ini akan musnah

kedua:
perang juga memberi peluang
kepada satu dunia baru
untuk dimunculkan
kesilapan sesudah perang dunia
kedua wajib dijadikan pengalaman

Yemen Exploding: Is the Stage Set for the Big War?

By Ron Paul 

The stage for the “Big War” may well be set and we will be hearing a lot more about Yemen and the Arabian Peninsula in the coming months. 
Continue
The Geopolitics Behind the War in Yemen 

By Mahdi Darius Nazemroaya 

The proposals for a united Arab military serve US, Israeli, and Saudi interests. 
Continue
By Ajamu Baraka

U.S. and Saudi geo-strategic interest in containing the influence of Iran has trumped international law and any concerns about the lives of the people of Yemen, Syria, Iraq, Lebanon and Bahrain. 
Continue



------------

JANGAN JADI BUDAK SURUHAN







HENTIKAN SALAHGUNA KAKITANGAN POLIS BAWAHAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan sokongan moral kepada saya dan rakan-rakan tahanan politik yang lain setakat ini. Sejak tahun lepas, beratus-ratus aktivis telah ditahan dan/atau didakwa dengan pelbagai alasan terutamanya bagi tujuan siasatan di bawah Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Amana tau Seksyen 143 Kanun Keseksaan (berhimpun secara haram dengan niat menimbulkan kekacauan).

Pasukan polis datang ke rumah saya pada jam 2 pagi hari Jumaat 27 Mac 2015 untuk menahan saya. Walau bagaimana pun, saya yang mengalami serangan gastrik dan demam pada ketika itu tidak mendengar pintu diketuk. Mereka akhirnya menahan saya di Pusat Khidmat Parlimen Pandan sejurus selepas solat Jumaat.

Saya tahu bahawa penahanan saya bagi tujuan siasatan di bawah Akta Hasutan berkenaan pekeliling yang saya keluarkan itu hanyalah satu alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Negara yang tidak dipercayai sesiapa pun. Tujuan sebenar penahanan saya ialah untuk memastikan beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti saya, Tuan Haji Mohamad Sabu, Saudara Tian Chua dan lain-lain tidak boleh menyertai perhimpunan #kitalawan pada 28 Mac 2015 yang lalu.

Saya sebenarnya berasa lucu kerana pimpinan Umno seperti Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Polis Negara masih belum faham perubahan di dalam masyarakat kita. Mutakhir ini rakyat lebih menghormati aktivis-aktivis yang dipenjarakan bila berjuang menentang Umno/Barisan Nasional dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Saya tahu saya dilihat sebagai duri yang perlu dibuang kerana sering kali mendedahkan pelbagai penyelewengan dan pembaziran Umno/Barisan Nasional. Setiap kali pendedahan sebegini berlaku, pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak mempunyai jawapan kerana ia memang benar-benar berlaku. Akibatnya, pimpinan Umno/Barisan Nasional terpaksa menggunakan Ketua Polis Negara untuk menutup penyelewengan-penyelewengan ini dengan menahan saya dengan harapan ia akan menutup mulut saya.

Apabila saya membuat keputusan meninggalkan dunia korporat untuk menjadi aktivis politik sepenuh masa, saya telah nekad untuk tidak akan berundur sehinggalah ada perubahan dalam negara ini. Tidak ada lokap, penjara atau mahkamah yang boleh menutup mulut saya. Di mana ada pembaziran dan rasuah Umno/Barisan Nasional, di situ saya menunggu. Sebab itu, hari ini saya tampil untuk menyambung pendedahan mengenai skandal pembelian jet peribadi oleh Perdana Menteri.

Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan polis di IPD Dang Wangi, kakitangan Hospital Kuala Lumpur dan kakitangan Lokap Bersepadu Jinjang yang banyak bertimbang rasa. Pegawai-pegawai polis bawahan ini hanya menerima arahan walaupun mereka pun tidak mahu digunakan sebagai alat politik. Sepanjang tahanan 3 hari, saya sempat memberi beberapa ceramah kelompok kecil kepada anggota-anggota polis mengenai GST. Saya faham mereka juga mangsa kepada kerakusan pimpinan atasan yang tamakkan kedudukan seperti mana rakyat Malaysia yang lainnya.

Oleh sebab itu, jika benar Ketua Polis Negara prihatin mengenai kebajikan kakitangan PDRM, hentikanlah menggunakan pegawai polis bawahan ini demi kepentingan politik beberapa kerat pimpinan Umno/Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN






-----------------

RADIO BANGSAR SIARAN LANGSUNG MALAM INI






MALAM INI

radio bangsar 
siaran langsung



ANAK MUDA
anti nuklear
jam 8:30 malam


----

KEMUT BIK MAMA








Zahid nafi ada kaitan dengan tahanan pengarang TMI


Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan arahan penangkapan pengarang The Malaysian Insider (TMI) termasuk ketua eksekutifnya dan penerbit The Edge.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, sebagai menteri, beliau tidak campur tangan dalam sebarang arahan polis dan operasi penahanan, sambil menambah yang urusan soal siasat berada di bawah bidang kuasa polis itu.
"Apa maksud anda? Saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi polis. Sebagai  menteri saya tidak campur tangan dengan arahan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-nafi-ada-kaitan-dengan-tahanan-pengarang-tmi#sthash.vIzJmGCq.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kalau bukan menteri
beri arahan
siapa yang beri arahan?
bik mama ke ?
gile power bik mama
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR

-----------

ANAK MUDA BERSEDIA






KOMENTAR
tarikh yang dipilih pun salah
rosmah dan najib
menjadikan rakyat fool
ini terbaik
ini adalah perluru untuk menghasut


GST bukan ‘April Fool’, kata Ahmad Maslan

31 Mar — Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini bukanlah satu perbuatan "April Fool" sebaliknya ia satu sistem percukaian yang terbukti dapat menurunkan harga barang, kata  Ahmad Maslan. Timbalan menteri kewangan itu berkata,…


KAH KAH KAH

woit
pelik melik
dengan GST
rosmah dan najib
akan dapat tambahan
30 bilion ringgit
harga barang 
dijanjikan  murah
mana punca duit ini?
pelik pelik pelik
rosmah jual lemak badan ke?
APA PUNYA TUUR


ANAK MUDA BERSEDIA
---------------

LAGI KENA TANGKAP







KOMENTAR
tanda tanda semakin jelas
tanda tanda semakin terang
tanda tanda sudah sampai

Police arrest Edge, TMI executives for sedition

Police have arrested The Edge publisher Ho Kay Tat and The Malaysian Insider chief executive Jahabar Sadiq under the Sedition Act over the news portal's report on Islamic criminal laws or hudud.
Both were arrested this morning when they turned up at the Dang Wangi police station for their statements to be taken. Police said they would apply for a remand order for the duo and three other The Malaysian Insider editors arrested last night.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/police-arrest-edge-tmi-executives-for-sedition#sthash.g0SpFb5Z.dpuf
KAH KAH KAH

woit
mula 3 orang kena
tambah lagi 2
dah jadi 5
tangkap lagi
tangkap lagi
kah kah kah
lagi ramai lagi baik
APA PUNYA TUUR

-------------

JANGAN JADI BODOH






KOMENTAR
mengadu kepada siapa
ini kerajaan rosmah najib
ini kerajaan zalim
anak muda jangan buang masa
anak muda jangan hina diri
anak muda jangan hilang pedoman
jangan mengadu ngadu
jangan jadi manai
jadi anak muda
jadi manusia berani
bangun dan susun
atur dan gempur

yakinlah dunia ini
akhirnya adalah milik anak muda!


SHAH ALAM - Penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) mengadu menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti mengenai kenaikan harga yuran pengajian, yuran asrama dan yuran berkaitan yang didakwa susulan pelaksanaan GST...

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata, ini menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat.
 
"Kerajaan berjanji beberapa barangan dan perkhidmatan dikecualikan daripada GST. Antaranya sektor kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan.
 
"Namun, kami meragui kesan pengecualian GST ke atas perkhidmatan tersebut kerana penyedia perkhidmatan tetap dikenakan GST dalam kos pentadbirannya. Walaupun pengguna perkhidmatan  dikecualikan dari GST tetapi harga perkhidmatan akan tetap dinaikkan dan mahasiswa akan menjadi mangsanya," katanya


KAH KAH KAH

woit
mengadu pada sapa
jangan jadi bangang
pakat ramai ramai
susun baik baik
kumpul banyak banyak
atur kompak kompak
sikat
turun jalan raya
ini saja jawabnya

APA PUNYA TUUUR

-------------

BERITA BARU MASUK







BERITA BARU MASUK

diberitakan
tiga pengarang malaysian insider
akan dibawa ke hadapan hakim
pada jam 11:00 pagi
malam tadi mereka
tidor di rumah pasong
dang wangi

mereka bertiga:
lionel morais
amin iskandar
zulkifli Sulong
ditangkap atas tuduhan
akta hasutan 1948
akta baginda queen



------------

TANDA TANDA SUDAH SAMPAI







KOMENTAR
ini adalah tanda tanda
ini adalah tanda dan makna
dari semenjak zaman berzaman
inilah tanda tanda 
hari hari akhir sebuah kerajaan yang zalim
inilah tanda tanda bahawa rakyat
setapak demik setapak bangun melawan



Polis, SKMM serbu portal, tiga editor ditangkap

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis lewat petang ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
tangkap tangkap tangkap
bila suharto nak jatuh
bila marcos nak jatuh
bila shah iran nak jatuh
ada dua pekara berlaku
pertama: ramai kena tangkap
kedua: ramai kena tangkap
kah kah kah

JANGAN SILAP BACA


--------------

PERLU LAGI KE?






Dakwa peserta #kita lawan kerana hina mahkamah – Ibrahim Ali

 | March 30, 2015
Dalam usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim, mereka mengadakan demonstrasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada negara.
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),  Ibrahim Ali menggesa peserta-peserta yang menyertai himpunan #KitaLawan didakwa atas kesalahan menghina mahkamah.
Beliau berkata, sekiranya perkara tersebut dibiarkan, ianya akan menjadi rujukan apabila seseorang yang disabitkan salah di mahkamah, akan wujud pertikaian sehingga mencetuskan demonstrasi.
“Apabila wujudnya pertikaian ini, mereka akan mengatakan hakim tidak adil dan hakim tidak betul. Dalam usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim, mereka mengadakan demonstrasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada negara,” katanya..


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
perlukah sesiapa
menghina mahkamah
perlu lagi ke
korek korek korek

KAH KAH KAH



--------------------

TURUN LAGI KE JALAN RAYA







#KITALAWAN MANIFESTASI KEMENANGAN ANAK MUDA

TERUS LAWAN – HIMPUNAN 1 MEI 2015  
Himpunan #KitaLawan 28.03.2015 telah berlangsung dengan aman dan penuh semangat. Siri tangkapan dan kekerasan terhadap pimpinan rakyat dan aktivis menjelang perhimpunan ternyata langsung tidak memberi tekanan kepada anak muda untuk menyuarakan isu-isu rakyat, malah kami hadir dalam suasana harmoni sebagai simbolik untuk meraikan perkahwinan terulung negara sebelum pelaksanaan GST.
Selepas menerima pelbagai ugutan dan tindakan kekerasan, semalam telah terbukti bahawa #KitaLawan merupakan gerakan anak muda yang akan kekal menjadi igauan dan mimpi ngeri mereka yang zalim dan salah guna kuasa.
Walaupun pergerakan Himpunan semalam terbantut kerana KLCC telah dikepung polis, kami mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang bertugas semalam. Ternyata arahan Ketua Polis Negara (IGP) untuk kerahan anggota maksima semalam memberi gambaran sebenar ketakutan Najib Razak dan terpisahnya kehidupan beliau yang penuh kemewahan disebalik kerakusan kuasa dengan realiti kehidupan rakyat biasa yang dihantui dengan kesusahan dan kesengsaraan.
Himpunan semalam yang bersurai dengan aman turut memberikan kemenangan kepada anak muda. Pihak polis telah bersiap sedia untuk melakukan tangkapan besar-besaran dan seolah-olah mengharapkan akan berlakunya kekecohan ternyata hampa. Ini jelas telah mengecewakan IGP yang telah hilang pedoman bagaimana untuk menghentikan semangat #KitaLawan yang terus meningkat bukan sahaja menuntut perletakkan jawatan Najib Razak tetapi juga lantang bersuara agar beliau dipecat sebagai Ketua Polis Negara.
Kebuntuan dan kekecewaan IGP adalah amat jelas. Selepas rakyat berhimpun dan bersurai secara aman, beliau masih ingin melakukan tangkapan sebagai peringatan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dan berkuasa. Syabas kepada Fariz Musa, Khalid Samad, dua mahasiswa yang ditangkap kerana memakai baju hitam dan lebih ramai aktivis yang akan ditangkap selepas ini. Tangkapan mereka adalah symbol dan manifestasi keberanian anak muda melawan pemerintah yang zalim yang terus menerus menindas rakyat biasa.
Walaupun anak muda terus ditekan, rencana #KitaLawan akan terus diperhebatkan. Selagi Anwar Ibrahim tidak dibebaskan, selagi Najib Razak tidak berundur, selagi Khalid Abu Bakar tidak dipecat dan selagi kerakusan GST tidak dihentikan, kami anak muda akan terus lawan. Kami percaya kebangkitan anak muda ini mendapat dokongan dan sokongan rakyat Malaysia.
#KitaLawan akan terus bina kekuatan dan kami akan terus merencanakan isu-isu rakyat. Maka, Sekretariat menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersiap sedia turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan #KitaLawan 1 Mei 2015.
Lagi ditekan, lagi #KitaLawan
 
29 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN





----------------

DARI USTAZ COOL





FACE BOOK


Tukar Tiub pernah cakap pada mula2 tercetus kejadian di syria bahawa Malaysia akan buat satu undang2 seperti ISA.
Kemudiannya, Tukar tiub selalu ulang, apabila kehadiran Obama ke Malaysia, Obama main Golf dengan Najib, kejadian melibatkan MH370 dan MH17, dengan kejadian di syria, dengan kewujudan ISIS dll, akan mewujudkan satu badan seperti ISA atas alasan hindari keganasan
hari ini, akhar melaporkan wujudnya Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) yang mengandungi peruntukan penahanan terus tanpa perbicaraan yang tidak bolah dicabar di mahkamah.
Ternyata, apa Tukar Tiub cakap itu adalah benar..





-------------------