Selasa, 7 April 2015

JASA LAWAN MADEY





KOMENTAR
satu malaysia
satu asean
satu asia
satu dunia
masih menunggu jawapan
dari soalan madey pada najib

siapa arah bunuh altantuya?

mustahil najib lupa soalan ini.




JASA sedia lawan Tun M

 | April 3, 2015
Ketua Pengarah JASA, Dato’ Dr. Mohd Puad Zarkashi yang menyifatkan serangan terbaharu Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri terlalu sensitif.





KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) bersedia menyerang balas kenyataan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan semua sumber yang ada termasuk media sosial bagi mempertahankan Najib Razak.
Amaran itu diberikan Ketua Pengarahnya,  Mohd Puad Zarkashi yang menyifatkan serangan terbaharu Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri terlalu sensitif dan boleh menimbulkan banyak persoalan.
“Dia ( Mahathir) bangkitkan supaya kerajaan siasat balik kes Sirul. Kenapa dia nak bangkitkan isu Sirul yang sudah diputuskan mahkamah.
“Kita akan attack (serang) balik  Mahathir untuk memperbetulkan persepsi buruk terhadap terhadap Perdana Menteri,” katanya pada sidang media pada Jumaat.
Mohd Fuad yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat pada PRU13 berkata, tuduhan Mahathir semata-mata mahu menjatuhkan Najib.

KAH KAH KAH

woit
malaon ni bangang
memang tujuan madey
tibai najib kerena
nak tendang najib
apa ingat madey
nak ajak kenduri
tahlil ke
kah kah kah
APA PUNYA TUUR


-------------

DARI YB ADUN SEMAMBU







Laporan Ketua Audit Negara 2014: Elaun Lembaga Pengarah Pahang Technology Resources Sdn Bhd Penyumbang Utama Kerugian Syarikat

Saya merasa kecewa dengan hasil pengauditan Laporan Ketua Audit Negara 2014 siri 1 yang dijalankan terhadap Pahang Technology Resources Sdn Bhd (PTR) yang merupakan syarikat milikan penuh Kerajaan Negeri Pahang dengan modal berbayar berjumlah RM5 juta. PTR diterajui oleh 5 orang Ahli Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang Dato Seri diRaja Adnan Yaakob dan Exco Pahang Dato Mohd Sharkar sebagai timbalan pengerusi.

Hasil pengauditan yang dijalankan oleh Ketua Audit Negara terhadap Pahang Technology Resources Sdn Bhd pada bulan September – November 2014 mendapati bahawa prestasi kewangan PTR adalah kurang memuaskan. Selain mencatat kerugian setiap tahun bagi 5 tahun berturut-turut, jumlah kerugian terkumpul telah meningkat kepada RM2.12 juta (42.2% daripada modal berbayar).

Dalam keadaan syarikat milik kerajaan negeri Pahang ini tidak membawa sebarang keuntungan, Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa lembaga pengarah syarikat PTR hanya mengadakan mesyuarat untuk dua kali setahun sahaja. Padahal, mesyuarat Lembaga Pengarah pertama pada 5 Julai 2007 telah menetapkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah hendaklah diadakan untuk 2 bulan sekali.

Lembaga Pengarah syarikat seharusnya bertanggungjawab dan berkuasa penuh dalam membuat dan melaksanakan dasar, perancangan korporat dan pengurusan kewangan yang diluluskan selaras dengan objektif penubuhannya. Mengapakah Lembaga Pengarah PTR mengamalkan sikap yang tidak bertanggungjawab sehingga tidak mengadakan mesyuarat secara berkala sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian dan membazir duit rakyat?

Apa yang lebih mengecewakan adalah pendedahan laporan audit di mana setiap Lembaga Pengarah PTR akan dibayar Elaun Pengarah Eksekutif sejumlah RM36,000 setahun mulai tahun 2009 dan Elaun Mesyuarat sejumlah RM14,000 setahun mulai tahun 2008 walaupun tidak memenuhi penetapan untuk mengadakan mesyuarat dua bulan sekali. Pengiraan saya menganggarkan jumlah elaun yang dibayar sepanjang tahun 2009-2014 berjumlah RM1.49 juta (RM1.08juta bagi Elaun Pengarah Eksekutif dan RM414,000 bagi Elaun Mesyuarat).

Adakah ini bermaksud bahawa daripada jumlah kerugian sejumlah RM2.12 juta, sebanyak 70% (RM1.49 juta) daripada kerugian merupakan kos pembayaran Elaun Lembaga Pengarah?

Memandangkan PTR tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan serta Unit Audit Dalam seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, saya mendesak Kerajaan Pahang memberi penjelasan mengapakah keadaan ini dibiarkan berlaku.

Lee Chean Chung
ADUN Kawasan Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN


----------------

NAJIB AKAN JAWAB






KOMENTAR
bukan saje satu malaysia tunggu jawapan
satu dunia pun nak tahu
siapa beri arahan sirul
pergi bunuh altantuya



Najib akan jawab kritikan Mahathir, kata 


Shahrir Samad


Najib Razak akan menjawab segala kritikan bekas  Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC)  Shahrir Samad.
Shahrir berkata, kritikan dilemparkan perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu kini lebih bersifat peribadi dan pihaknya mencadangkan Najib segera menjawab kritikan  Mahathir.
"Najib akan jawab...kami juga nasihatkan, sudah sampai masanya beliau berikan jawapan," kata Shahrir pada sidang media BNBBC di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, kritikan Mahathir kini dilihat lebih terbuka dan bersifat peribadi terhadap Najib.
"Tapi kali ini ia masuk peringkat secara terbuka, kalau kata  Mahathir sayang parti, kami pun sayang parti, tapi kami rasa ini bukan caranya," kata Shahrir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-akan-jawab-kritikan-dr-mahathir-kata-shahrir-samad#sthash.0N8VRpLg.dpuf

KAH KAH KAH

woit
bila nak jawab
dah satu minggu
senyap tak ada apa2
soalan senang aje:
siapa upah sirul?
siapa upah azilah?
mustahil tak faham soalan

APA PUNYA TUUUR


--------------

WOW - APA PUNYA BERITA





bom
SHAH ALAM - Kesemua kakitangan dan orang awam yang berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam diarah mengosongkan bangunan selepas kakitangan mahkamah menerima..

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
kah kah kah




-----------------

PINDAAN AKTA BAGINDA QUEEN








BERITA

TERKINI TER NOWW

akta baginda 
queen 1948
a.k.a akta hasutan
akan dipinda
 ada berita melaporkan
 sesiapa didakwa
dibawah  akta  ini
tidak boleh dijamin bebas

KAH KAH KAH
woit
kalau macam itu
tambah lagi sekatan
dilarang pengunaan 
perkataan:

 KE.. DAN... KITA

dalam pindaan ini

APA PUNYA TUUUR


-----------------

MAHATHIR TIBAI NAJIB





DENGAR 

SENDIRI

 madey tibai naji
dengar sendiri 
bukan blogger buat fitnah
dari mulut madey sendiri
najib wajib diterajang


SIAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA





KOMENTAR

musuh kepada musuh kita
adalah sahabat kita



Beri Najib peluang, bukan desak berundur
Semua pihak perlu memberi peluang kepada Najib Razak untuk terus menerajui negara yang kini berdepan ekonomi tidak menentu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Idris Haron berkata, rakyat tidak seharusnya menuding jari sekiranya terdapat kelemahan pentadbiran di bawah kepimpinan Najib sehingga mendesak pemimpin itu berundur, sebaliknya perlu bersatu mengembalikan kekuatan supaya negara terus seimbang membangun.

Beliau berkata, kritikan secara terbuka oleh  Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib dilihat hanya memburukkan lagi keadaan.




KAH KAH KAH

woit
ini berita baik
lagi lama barah berendam
lagi cun untuk pakatan
lagi banyak kerenah rosmah
lagi bergetah benci rakyat
lagi banyak madey tibai
lagi banyak undi pakatan

TERUSKAN LAGI

--------------

JANGAN SEBAR BERITA ANGIN






NOTA

pembaca diminta
jangan sebar berita angin
&
jangan raba raba bontot



FACE BOOK

Cempaka Aviation nafi Aidana sebagai pembantu juruterbang, penolong pegawai operasi - kosmo 7 april
----------------------------
SIAPAKAH GADIS ITU ..... tingat lak lagu sudirman ...
‪#‎yg‬ buat aku heran lagi .... tetiba satu mesia tak tahu siapa aidana ... tak reti nak cari ke atau tak mau nak cari 



KAH KAH KAH

i rest my case
kah kah kah





-------------

RAKYAT SUDAH MUAK






ADA MACAM CERITA
macamx cerita akan muncul, macamx kenyataan dibuat, bagi mereka semua kita bagi kah kah kah sebab tak ada sapa ambik pot, tak ada sapa peduli, tak ada sapa kesah, kah kah kah, rakyat kesah kalau kena gst, rakyat marah kalau duit rakyat dirompak,

rakyat meluat tengok kak ros pakai jet, dandan rambut yang tinggal beberapa helai, make up sampai hodoh sangat, kah kah kah, rakyat meluat tengok sanak saudara menumpang makan free, kalau nak makan free, pergi berbaris kat hujung minggu, tukar tiub bagi makan, kah kah kah, 

percaya lah semua perbuatan kamu tu akan ditimpa balasan dari atas, tak kira samada kamu baik atau jahat, semua akan diambil kira, hanya masa akan menentukan, paling rapat dengan kamu, cium tangan kaum, cium kaki kamu, semua akan hilang dalam sekeliap mata, kalau di timpa malapetaka, ianya sudah sampai ke bumi ini kah kah kah

 kita tunggu dan lihat nanti kah kah kah sementara itu bagi kah kah kah kat utusan tv 3 dan kaum kerabat kamu yang selalu online dengan TUHAN kah kah kah on JURUTERBANG KE DUA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/6/15





------------------

KOTAK ITAM





SOALAN 

HAKIKI
sudahkah kotak itam ini
diberikan kepada 
pegawai british saperti 
kotak itam MH17
agar kita tak dapat tahu isi 

NOTA

mat indon 3 hari lepas 
jumpa kotak itam air asia
telah dapat maklumat tepat


-------------

MUHYIDDIN GANTI NAJIB





KOMENTAR
satu soalan
apa sebenarnya yang menjadikan
najib bagitu takut dengan rosmah
apa yang dipegang rosmah?

ingat apa kata
isteri razak baginda
ketika naik angin di mahkamah?

'my husband is not going to
the prime minister...'

Tolak Najib, Kadir tuding jari pada Rosmah
Tokoh wartawan A Kadir Jasin hari ini menggariskan perbezaan antara bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.


“Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar,” tambahnya yang dilihat ditujukan kepada isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Kadir juga berkata Timbalan Perdana Menteri  Muhyiddin Yassin akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

“Isterinya disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar.

“Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

“Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar,” katanya dalam tulisan di blog.
 

KAH KAH KAH

woit
kalau najib
kena terajang
muhyiddin jadi PM
rosmah masih lagi FLOM
fat laday of malaysia
kah kah kah
APA PUNYA BADAK

-------------

GANTUNG SIRUL ZALIM





KOMENTAR
kes pembunuhan altantuya
kini menjadi tali panjang
yang sedang menjerut leher
najib razak

madey sedang menggunakan
kes bunuh ini sebagai senjata
paling ampoh untuk menerajang najib

pertempuran dalam parti ketuanan melayu
sedang berjalan dengan sengit sekali
najib sedang diasak
kita tunggu dan lihat
siapa yang akan menang

najib tercampak
atau madey koyak rabak

ketika ini agak awal 
untuk buat ramalan



Tak adil gantung Sirul, kata Mahathir

Mahathir Mohamad hari ini menggesa supaya polis mengenal pasti pesalah di sebalik pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dengan mengatakan ia “sangat tidak adil” bagi Korporal Sirul Azhar Umar untuk digantung hanya kerana mengikut arahan.
Bekas perdana menteri itu berkata, Sirul sepatutnya dibenarkan untuk menyatakan kesnya, kerana dia sudah pun mengatakan dia tidak membunuh Altantuya atas kehendaknya sendiri.
“Dia (Sirul) sudah katakan ia bukan kehendaknya sendiri. Dia diarahkan untuk melakukannya, jadi soalan yang sepatutnya ditanya lama dahulu adalah siapa yang mengarahnya?” kata Mahathir pada sebuah forum di Cyberjaya, hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-adil-gantung-sirul-kata-dr-mahathir#sthash.bmhpMzY0.dpuf



------------