Sabtu, 25 April 2015

MACAM MANA BACA MEDIA DI MALAYSIA






KOMENTAR
ingat  atau tidak
cara membaca media di malaysia
kalau di nafikan
ertinya pekara itu wujud

dalam politik
kalau TIDAK dinafikan
pekara itu TIDAK penting

kalau wartawan salah lapor
ertinya pekara itu betul

kalau tak ada komen
ertinya ada diucapkan
contoh: kalau muhyiddin ditanya
apakah dia mahu gantikan najib
muhyiddin jawan - no comment
ini ertinya hari hari akhir untuk najib
sudah sampai

MACAI
bukan kj sahaja ada macai
dalam satu gerakan besar
ada banyak kumpulan
ada banyak kepala lanun
ada banyak macai yang sedia dikumpul

muhyiddin ada macai
ku li ada macai
zahid ada macai
afdal ada macai
tun mahathir yang bersara pun ada macai

ANAK JANTAN
anak jantan atau anak betina tak penting
yang penting najib sedang digasdak

APA KHAIRY TAHU






KJ nafi wujud gerakan jatuhkan presidenZulaikha Zulkifli | 10:56AM Apr 25
"Saya anak jantan, saya bukan baling batu sembunyi tangan," kata ketua Pemuda Umno itu


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa wujud gerakan untuk menjatuhkan presidennya.

Khairy berkata selaku anak jantan, perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana beliau tidak akan menyuruh anak buahnya berbuat demikian.

Sambil mengumpamakan dirinya tidak akan 'baling batu sembunyi tangan', ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau sehingga ini menyokong kepimpinan  Najib Abdul Razak.

"Saya anak jantan, saya bukan baling batu sembunyi tangan. Sorry lah kalau nak minta macai saya buat gerakan.




KAH KAH KAH

woit
sokong kah kah kah
sokong macam mana
kah kah kah
sokong bawa rebah
kah kah kah
APA PUNYA PUTAR




-----------------

BELI TIKET SEKARANG






KOMIDI 

POLITIK

beli tiket sekarang
017-228-98-49
panggung pj live arts
jaya one seksyen 17
petaling jaya
khamis 30 april
jumaat 1 mei
jam 8:30 malam


==========

YA AMPOOOON





KOMENTAR
sudah terlibat kes bunuh
pergi enjoy de menjoy
kemudian paksa rakyat 
bayar cukai

siapa ini?
siapa terlibat kes bunuh?
siapa?




Mahathir Mohamad menggesa supaya dibatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada GST perlu diteruskan, atau disemak semula kadar 6 peratus yang dikenakan, atau dibatalkan.

"Dulu ada cukai jualan. Kalau nak tambah sikit cukai jualan, itu ok.

"Tapi nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," katanya.



KAH KAH KAH

ya ampooon
yang mulia tun
turunlah 1 MEI ini
satu juta akan bantah
lagi ramai lagi meriah
KAH KAH KAH







































-------------------

TURUN 1 JUTA 1 MEI






FACE BOOK

Power juga topeng aku lepas modified ni.


-----------------

1 JUTA 1 MEI







SATU MEI



TURUN 1 MEI INI





Najib gesa pengguna boikot peniaga 

eksploitasi GST

 1730 18 1 1767

Harga naik: Ahmad Maslan salahkan peniaga pro pembangkang

 | April 22, 2015
Peniaga pro pembangkang sengaja menaikkan harga barangan supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengagalkan hasrat baik kerajaan memperkenalkan GST.








KAH KAH KAH

woit
mat mongol kata boikot
mat maslan kata
ini kedai pro pembangkang
buat onar
kah kah kah

woit
jangan lupa 
yang pro pembangkang
majoriti dalam negara
kami 52% - kami majoriti
mat mongol taraaaak
mat maslan taraaak

KETUANAN MELAYU 

SOKONGAN MINORITI




---------------------

KES BUNUH BUKAN KES UMUR




KES BUNUH 



Politik hari ini- menunggu jawapan

Mahathir kini mendesak Najib meletak jawatan selepas keadaan ekonomi negara yang semakin buruk dan banyak persoalan yang menurutnya tidak dapat dijawab dengan sempurna.
Antara soalan  Mahathir yang belum dijawab secara terperinci ialah mengenai hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), motif pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan beberapa isu lain. – 24 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lepaskanlah-yang-muda-berdikari-kata-najib#sthash.KHwxN1IS.dpuf




KAH KAH KAH

woit
mat mongol mula putar
cerita hal umur
cerita hal tua muda
cerita hal ikan laga
cerita hal sarang burung
cerita hal sumpit tupai
kah kah kah
rakyat tak mahu dengar
rakyat nak tahu
siapa beri arahan
pada sirul dan azilah
pergi bunuh altantuya
APA PUNYA PUTAR














-------------

KES BUNUH DAN CURI BUKAN KES UMUR




KOMENTAR
ini percubaan najib aleh ajenda
ini percubaan najib menahan diri
ini jawapan najib pada serangan mahathir
tapi najib TIDAK menjawab

1- siapa beri arahan sirul/azilah bunuh altantuya
2- siapa upah sirul/azilah bunuh altantuya

dua pertanyaan ini amat amat penting
kerana orang ramai masih menunggu



Lepaskanlah yang muda berdikari,

kata Najib

Najib Razak hari ini menggesa golongan muda diberi ruang secukupnya untuk berdikari agar mereka semakin kental dan matang menempuh cabaran mendatang.
Perdana menteri berkata, walaupun golongan tua mungkin tidak senang dengan cara orang muda yang berbeza dengan zaman mereka, namun setiap individu bebas menilai keputusan yang dibuat orang muda.
"Orang muda perlu sentiasa menghormati segala nasihat dan pandangan mereka yang lebih tua kerana luasnya pengalaman mereka, tetapi yang tua juga perlu mempertimbangkan keadaan dan cabaran yang berubah di arus peredaran zaman," katanya menerusi blognya NajibRazak.com hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lepaskanlah-yang-muda-berdikari-kata-najib#sthash.KHwxN1IS.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini bukan kes umur
jangan putar putar
ini bukan kes
orang tua tak suka orang muda
jangan alih isu
ini kes bunuh
ini kes curi duit
siapa upah sirul
siapa upah azilah
mana hilang 
42 bilion ringgit
siapa rembat 1mdb
tua muda bukan isu
KEPALA BANA

------------

NAJIB SESAK NAFAS






NAJIB

 &

 ROSMAH

najib terus diasak
dari luar serangan 
datang bertalu talu
dari dalam parti telah mula
didengar serangan 
kumpulan pemuda
terasak sesak tapi
najib TIDAK akan undur

najib akan:
tangguh pemilihan parti
tahun hadapan
tujuan:
mematikan niat MUHYIDDIN
menamatkan politik muhyiddin
tunggu dan lihat

UNTUK RAKYAT
lagi lama serang menyerang
lagi banyak tibai menibai
lagi banyak tikam menikan
lagi baik untuk pakatan
barah makin merebak
sokongan terhadap gerombolan
semakin terhakis



--------------

DENGAR APA KATA BAKAL PRESIDEN PAS








ESOK 

MALAM


Diskusi & dialog MEMPERSADA PAS DIPETAS PERJUANGAN
Pembicara : Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Awang (tokoh veteran PAS yang kini layak bertanding kerusi Presiden bagi Pemilihan PAS 2015)

dan

Pelancaran buku MELAKAR AGENDA
Karya : Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
Dilancarkan oleh : Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Awang

TARIKH : 26 April 2015
HARI : Ahad
MASA : 9.00 malam
TEMPAT : Dewan Kasturi, Hotel D'Palma, Ampang


-------------------

INI CALON PKR





Dr Wan Azizah calon PKR Permatang Pauh

24 Apr — Seperti yang diramalkan berbulan lama, PKR menamakan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang akan dipertandingkan 7 Mei ini. Pengumuman yang ditunggu-tunggu itu dibuat timbalan presiden…



---------------------

CALON KITA DR WAN AZIZAH




KENAPA DR WAN AZIZAH 
JADI CALON

Saya menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah.

Justeru, sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan Aziziah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah sebagai  calon N25 Kajang hingga ke kerusi Menteri besar.

Kali ini secara terbuka saya nyatakan – saya mahu dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.

Saya bukan Orang Parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P.044 di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil yang akan datang ini. Untuk saya jika Dr Wan Azizah TIDAK dicalonkan pada Sabtu 25 haribulan ini maka ini adalah satu kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi – satu kesilapan politik.

Kenapa dan mengapa saya menulis ayat-ayat ini? Apakah saya TIDAK sedar akan makna dari apa yang saya cadangkan ini?

Saya amat sedar tentang apa yang saya tulis ini. Malah saya menulis untuk memperluaskan lagi kesedaran saya ini. Saya mahu mempengaruh para pengundi di Permatang Pauh dan juga sesiapa sahaja yang tidak faham kenapa Dr Wan Azizah wajib menjadi calon.

Pandangan saya : Dr Wan Azizah Wan Ismail wajib menjadi calon kerana Anwar Ibrahim. Sebab utama kenapa Dr Wan Azizah dicalonkan ialah Anwar Ibrahim. Bila saya menulis ini mungkin ada sosok-sosok yang beranggapan bahawa saya ini 'tukang kipas' atau ' kaki bodek'. Ini satu kesilapan membaca politik. Bodek dan kipas bukan mazhab politik saya.

Ketika saya menulis ini Anwar Ibrahim dalam penjara. Anwar Ibrahim dipenjara atas tuduhan meliwat. Ini satu tuduhan lawak. Ramai yang ketawa apabila membaca tuduhan ini. Kalau TIDAK percaya siapa ketawa - sila tanya Hisammuddin Hussein – Menteri Pertahanan kita. Atau sila pergi tanya Menteri Besar Johor Khaled Nordin. Mereka ketawa atau tidak ketika Anwar dijatuhkan hukuman kerana liwat? Jika masih belum puas ketawa sila tanya YB Azalina Osman wakil Pengerang.

Dalam bacaan politik yang betul - Anwar Ibrahim sengaja dipenjarakan kerana Anwar telah belot bukan kerana Anwar meliwat. Kata kunci disini ialah BELOT dan bukan LIWAT.

Anwar Ibrahim ialah bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar TIDAK mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak.

Pembelotan Anwar ini menyebabkan gerombolan penyamun dan perompak ini hilang Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Gerombolan ini juga hilang kuasa majoriti dua par tiga dalam Parlimen.

Paling menyedihkan para penyamun ini ialah kehilangan Selangor – wilayah terkaya di Malaysia dan terkaya di Asia Tenggra. Selangor - semenjak zaman berzaman telah menjadi lubuk emas gerombolan parti Ketuanan Melayu. Tempat mencari dan menjual projek. Kini Selangor dikawal dan ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Semua ini terjadi kerana Anwar Ibrahim. Semua ini berlaku kerana Anwar belot.

Justeru Anwar wajib dipadamkan dari nyawa dan badan politik Melayu-Islam-Bumiputera. Anwar wajib dimatikan dari politik Malaysia. Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari nadi politik Asia Tenggara. Anwar Ibrahim wajib dihilangkan dari politik Negara-Negara Islam. Anwar Ibrahim wajib diketepikan dari arena politik antarabangsa. Jalan terbaik ialah menuduh Anwar meliwat. Jalan terbaik ialah Anwar wajib disimpan dalam penjara.

Memenjarakan Anwar Ibrahim di Sungai Buluh bermakna memadamkan nama Anwar Ibrahim dari ingatan anak anak muda Malaysia. Jenerasi yang teringat akan Anwar bertugas sebagai Menteri Pelajaran, sebagai Menteri Keewangan atau sebagai Timblan Perdana Menteri – masih ada tetapi ingatan ini semakin susut. Tidak sesegar 1998.

Justeru konspirasi memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan – once and for all - untuk sekali rembat – nama Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari mulut politik rakyat Malaysia. Memenjarakan Anwar Ibrahim adalah strateji politik gerombolan lanun dan penyamun dalam parti Ketuanan Melayu.

Cita-cita United Malays National Organisation ialah memadamkan Anwar Ibrahim dari ingatan. Memenjarakan Anwar Ibrahim bertujuan agar pengaruh politik sosok Anwar yang telah memporak perandakan United Malays National Organisation ditamatkan.

Ingatan kolektif tentang Anwar Ibrahim wajib dilupuskan. Jenerasi muda – anak pelajar – anak mahasiswa – akan TIDAK tahu sama sekali akan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini. Semua wajib digelapkan.

Kepada sesiapa yang ada membaca Salalatul Salatin – Sejarah Melayu akan teringat akan Sultan Melaka. Jika Sultan murka maka Si Polan yang menjadi sasaran akan dibunuh satu keluarga. Tidak cukup dengan ini Sultan akan memerintahkan agar rumah Si Polan ini akan dibuangkan ke laut. Tidak cukup dengan ini TAPAK rumah juga akan dibuang ke laut.

Kezaliman ini terjadi dizaman Kerajaan Melayu Melaka. Hari ini jika boleh Anwar Ibrahim, anak anak dan kaum keluarga Anwar Ibrahim juga akan dibuang ke laut dan termasuk rumah-rumah mereka sekali. Inilah sebenarnya cita-cita dan niat gerombolan Ketuanan Melayu. Inilah cara terbaik untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim dari pentas politik Malaysia.

Kerana ini niat United Malays National Organisation – maka apa sahaja niat gerombolan ini maka kita wajib lakukan sebaliknya. Jika gerombolan ini mahu hitam kita wajib mahu puteh. Jika gerombolan ini mahu babi maka kita wajib mahu harimau. Jangan sesekali kita terperangkap dengan niat dan cita cita mereka.

Dr Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim. Wan Azizah mewakili Permatang Pauh bermakna Anwar Ibrahim masih lagi mewakili Permatang Pauh. Jika tidak ada Wan Azizah maka kita calonkan Nurul Izah. Jika bukan Nurul jika calonkan Nuha. Apakah ini keterlaluan?

Tidak – ini bertujuan untuk kita terus menghidupkan nama Anwar Ibrahim dalam pesada polituk Malaysia dan politik antarbangasa.

Apakah para pembaca terlupa – apabila Nurul Izzah dilokap di Jinjang - 35 media besar dunia telah menulis dan melapor '... daughter of Anwar Ibrahim detained... - anak Anwar Ibrahim ditangkap..” Dalam perang propaganda politik ini yang kita mahukan.
Saya sedar ada yang beranggapan jika Wan Azizah menjadi calon ini adalah amalan kroni. Parti Keadilan Rakyat akan dilihat parti kaum keluarga. Memang betul Wan Azizah ialah isteri kepada Awar Ibrahim. Kita TIDAK mencalonkan Siti Saodah pejual nasi lemak dari Kubang Semang. Kita calonkan Dr Wan Azizah kerana dia isteri Anwar. Kita mengangkat Nurul Izzah atau Nuha kerana mereka anak Anwar Ibrahim.

Kita lakukan ini dengan penuh kesedaran politik. Kita pilih mereka dengan kesedaran politik dan strateji untuk menumpaskan cita cita jahat United Malaya National Organmistion yang merancang untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim.

Gerombolan Ketuanan Melayu tahu bahawa Wan Azizh adalah calon menang untuk PKR. Justeru mereka berharap PKR akan jadi bodoh untuk meletakkan Mak Jah dari Kampong Mengkuang Mati sebagai calon.

Kepada yang menganggap Dr Wan Azizah ini adalah calon kroni – sebenarnya mereka ini tidak faham tahap perkembangan sosio ekonomi Tanah Melayu. Mereka termakan propaganda sengkek akhbar United Malays National Organisatuon.

Harus diakui pada hari ini - tahun 2015 - Tanah Melayu masih lagi ditahap ekonomi separuh feudal danb separuh kolonial – semi feudal and semi colonial. Tahap ini bukan sahaja di Tanah Melayu, malah watak ekonomi ini wujud di Indonesia, Sri Langka, India, Bangladesh atau Pakistan.Tahap ekonomi sabagini melahirkan budaya yang berwatakan separuh feudal dan separuh kolonial.

Dalam budaya separuh feudal ini nama keluarga amat penting. Pertalian darah amat penting. Justeru di Pakistan kita ada keluarga Bhutto, di India kita ada Ghandi, di Bangladesh kita ada Mujibur. Di Indonesia kita ada Megawati, di Filipina kita ada Macapagal dan Aquino. Di Tanah Melayu kita ada Najib, Hishamuddin, Khairy Jamaludin, Lim Guan Eng, Dr Tan, Nurul Izzah, Gobind Singh, Affendi Nawawi, Musa Aman, Katingan – nama-nama ini adalah pemain politik dalam negara kita. Mereka ini muncul dari budaya feudal.

Bukan satu jenayah untuk dilahirkan sebagai anak atau menantu Perdana Menteri. Bukan juga jenayah jika dilahirkan dalam keluarga politik. Inilah hakikat tahap sosio budaya dalam negara kita pada ketika ini. Tahap ini wajib kita lalui dan kita terima.

Apakah ini budaya yang baik? Untuk saya pada ketika ini bukan persoalan sama ada ini baik atau tidak. Untuk saya pada tahap ini yang wajib kita bincangkan ialah bagaimana boleh menggunakan jalur budaya ini untuk menumbangkan kerajaan United Malays National Organisation.

Tujuan kita menumbangkan kuasa parti ketuanan Melayu ini ialah untuk melahirkan budaya keungulan sosok yang berfikrah. Sosok yang dijadikan pemimpin kerana keupayaan, kerana merit bukan kerana nama keluarga atau kerana menantu PM atau anak PM atau anak menteri.

Mecalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail di P.044 Permatang Pauh adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang untuk mengagalkan rancangan jangka pendek United Malaya National Organisation. Racangan jangka pendek gerombolan Ketuanan Melayu ialah agar kita semua melupakan Anwar Ibrahim. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-30-45


---------------