CUCU CICIT TOK JANGGUT
Bahawa kami, anak semua bangsa yang berkumpul pada 1 Mei 2015, adalah mewakili kesedaran seluruh rakyat Malaysia yang menentang GST.
Justeru, kami yang berhimpun pada petang ini mewakili kesedaran seluruh rakyat Malaysia menuntut Goods Sevices Tax atau GST, dibatalkan serta merta.
100 tahun dahulu pada 29 April 1915, Tok Janggut telah bangun menentang cukai zalim yang telah dikenakan kepada rakyat. Tok Janggut telah dijatuhkan hukuman mati.
Kami, yang berhimpun pada 1 Mei 2015 ini, adalah anak cucu cicit Tok Janggut.
Kami, yang berhimpun pada petang ini menjadi suara rakyat Malaysia.
Kami, yang membawa kesedaran rakyat Malaysia berjanji, bersetiakawan bersama anak semua bangsa akan meneruskan perjuangan Tok Janggut.
Kami, yang berhimpun pada petang ini berjanji dan bersetiakawan akan meneruskan perjuangan menentang GST.
1 Mei 2015, Kuala Lumpur
( di lafaz petang ini jam 5 petang di klcc)
-----------