Jumaat, 8 Mei 2015

GARIS PERJUANGAN RAKYAT






KOMENTAR
diyakini
dipercayai
dihormati
membawa satu garis perjungan rakyat



Mat Sabu akan pertahan jawatan timbalan 
presiden PAS 

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sedia mempertahankan jawatannya walaupun ketinggalan jauh dalam pencalonan untuk jawatan itu di belakang pencabarnya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai timbalan presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke-61 akan datang," kata Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu dalam satu kenyataan hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mat-sabu-akan-pertahan-jawatan-timbalan-presiden-pas#sthash.hvKIV6RD.dpuf



---------------

ADA LEMBAGA HEETAM







TABUNG

 HAJEE
ada lembaga heetaam
kah kah kah
kah kah
kah

--------------

NAJIB DISERANG LAGI






KOMENTAR
najib rosmah makin terkepong
mana sahaja bergerak akan diserangan
ada serangan berlapik
ada serangan terbuka

dari pemuda johor ini amat jelas
memberikan perasaan bahawa
najib rosmah perlu menjawab segera
kalau tidak akan diterajang keluar



Selesaikan segera kemelut 1MDB, Tabung Haji, kata Pemuda Umno Johor


Pemuda Umno Johor menyeru Datuk Seri Najib Razak agar segera bertindak memberi penjelasan dan menyelesaikan isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji (TH).
Ketuanya Hahasrin Hashim berkata, isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak seharusnya berterusan kerana rakyat secara umum akan menerima kesan cukai berkenaan.
"Pendirian Pemuda Umno Johor jelas presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan dan menyelesaikan perkara ini kepada rakyat
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selesaikan-segera-kemelut-1mdb-tabung-haji-kata-pemuda-umno-johor#sthash.b537pzdV.dpuf

JENG JENG 

JENG
kah kah kah
woit
ini suara pemuda johor
ini bahaya besar
ada bau bau muhyiddin
jeng jeng jeng
perang  mula lagi

CEPAT SIKAT DAPAT

-------------------

SELAMATKAH SIMPANAN ANDA





KOMENTAR
hanya satu soalan:
1 - selamatkah
duit simpanan anda
dalam tabung haji?


Penyimpan serbu kaunter Tabung Haji keluar wang, tuntut Azeez letak jawatan 

Sekumpulan pemegang akaun Tabung Haji (TH) hari ini bertindak mengeluarkan wang simpanan mereka daripada badan penyimpan wang bakal haji itu, sebagai membantah keputusannya membeli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan baru-baru ini.
Mereka juga menyatakan hilang kepercayaan dengan TH, dan menuntut pengerusinya, Abdul Azeez Rahim meletakkan jawatan.
"Kami akan masukkan balik duit ini selepas Datuk Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi," kata Mohd Hilmi Radzuan yang mengetuai kumpulan ini, ketika ditemui di perkarangan kaunter TH di Anggerik Mall, Shah Alam pagi tadi.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penyimpan-serbu-kaunter-tabung-haji-keluar-wang-tuntut-azeez-letak-jawatan#sthash.i8HkDlTz.dpuf





---------------------------

TERIMA KASEH!





AMK UCAPKAN PENGHARGAAN KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH

Angkatan Muda Keadilan ingin mengucapkan penghargaan di atas sokongan yang diberikan oleh pengundi-pengundi Permatang Pauh kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dan memastikan kerusi N44 kekal di tangan Pakatan
Rakyat.

Keputusan ini juga memberi mesej yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional bahawa rakyat sudah jemu dengan kepincangan di dalam tadbir urus negara terutamanya dengan perlaksanaan cukai GST yang membebankan.

Keputusan ini juga membuktikan penduduk Permatang Pauh terus bersama-sama menolak fitnah dan kezaliman terhadap Anwar Ibrahim.

Sekali lagi kami ingin berterima kasih kepada pengundi-pengundi serta penyokong, terutamanya dikalangan anak-anak muda, yang telah bertungkus-lumus memastikan kejayaan bagi KEADILAN. Juga kepada rakan-rakan kami di DAP dan PAS yang bergandingan menyumbang ke arah
kemenangan ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN 








------------

GAMBAR HARI JUMAAT





SAJE LETAK

 GAMBAR
takut lupa
jangan marah
kah kah kah




----------

LAPORAN HELIKOPTER



DIMANA 

KOTAK HITAM INI

KOMENTAR
orang ramai masih tertanya tanya
kenapa helikopter itu meledak

orang ramai tertanya tanya
siapa sebenarnya  minah cun itu
yang bernama aidana

orang ramai dijanjikan
dalam masa satu atau dua bulan
laporan analisa akan diumumkan

sebulan telah berlalu
orang ramai masih menunggu

apakah ini sama juga saperti
kotak hitam MH17
yang diberikan kepada britain
sampai sekarang tidak ada khabar berita

NOTA
nasib baik
wartawan dan media malaysia manai
kalau media dan wartawan malaysia
cekap dan jujur pasti dibongkar
berita ini


KHAMIS, 23 APRIL 2015 @ 3:46 PM Nahas helikopter: Analisis rakaman kotak hitam dijangka selesai 1-2 bulan lagi
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49297

 ROMPIN: Sejumlah 400 parameter rakaman data kotak hitam helikopter yang terhempas di Semenyih, 4 April lalu, yang meragut enam nyawa, termasuk  Jamaluddin Jarjis, masih perlu dianalisis. 

Timbalan Menteri Pengangkutan,  Abdul Aziz Kaprawi, berkata analisis rakaman data kotak hitam itu dijangka dapat diselesaikan dalam masa satu atau dua bulan lagi.

 "Ada 400 parameter lagi yang harus dianalisis dan kami akan hantar ke Paris, Peranchis iaitu negara yang membuat helikopter itu untuk analisis yang lebih mendalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Rompin di Bandar Tun Razak, Keratong, kira-kira 127 kilometer dari Kuala Rompin, di sini, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49297


  1. Laporan awal siasatan helikopter dalam masa seminggu ...

    www.astroawani.com/.../laporan-awal-siasatan-helikop...
    Translate this page
    Apr 5, 2015 - SEMENYIH: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkanlaporan awal siasatan nahas helikopter awam yang terhempas di ...
  • Perakam suara kokpit helikopter ditemui, kata menteri - The ...

    www.themalaysianinsider.com/.../perakam-suara-kokp...
    Translate this page
    Apr 5, 2015 - Dua orang dipercayai saudara mara mangsa nahas helikopter di tempat ... Mengulas laporan berlaku letupan sebelum helikopter terhempas, ...
  • 'Laporan awal nahas helikopter seminggu' - Malaysiakini

    www.malaysiakini.com/news/294324
    Translate this page
    Apr 5, 2015 - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengeluarkan laporan awal siasatan nahas helikopter awam yang terhempas di Kampung Sungai ...
  • Laporan awal nahas dijangka dalam tempoh 7 hari - DCA ...

    www.bharian.com.my/node/45506
    Translate this page
    Apr 5, 2015 - KAJANG: Laporan awal nahas helikopter AS635 yang terhempas di Semenyih, semalam dijangka keluar dalam tempoh tujuh hari selepas ...

  • KAH KAH KAH
    woit
    dah lebih satu bulan
    rompin dah ada yb baru
    mana dia laporan?
    tunggu lagi sebulan ke?
    kah kah kah
    ini analisa paling panjang
    analisa paling lama
    kalah rekod dunia
    KAH KAH KAH




  • ----------------

    GENG 03 AMBIL ALIH




        JENAYAH SANG ISTERI
    KOMENTAR
    di rompin
    di permatang pauh
    gambar perdana menteri najib tidak pasang
    gambar rosmah mansor jauh sekali

    dua imej ini menjadi ikon jahat
    yang membantu memgurangkan 
    undi PAS di rompin
    muka najib rosmah ini juga
    membantu kemenangan PKR di P44

    united malays national organisation
    kini dalam serba salah
    terus dengan najib rakyat sokong pakatan
    tendang najib parti akan retak

    untuk gerombolan ketuanan melayu
    memilihara najib rosmah bukan lagi
    memikul biawak hidup

    najib rosmah kini bangkai bernyawa
    yang dipikul oleh parti
    bangkai bernyawa ini
    sedang menakutakan rakyat SATU MALAYSIA

    lagi lama barah ini wujud
    lagi baik untuk pakatan

    NOTA
    kita tunggu apa
    isi pertemuan tim mahathir
    yang telah ke australia
    menemui sirul 3 minggu lalu






    Kiamat kedua bagi Najib jika BN kalah Permatang Pauh

     | May 7, 2015
    Menurut Shahbudin, kekalahan di kedua-dua PRK itu, akan mencerminkan kegagalan kepimpinan Najib, Zahid dan Hishammuddin.






    PETALING JAYA: Kedudukan  Muhyiddin Yassin tidak akan terjejas sama ada Barisan Nasional (BN) menang atau kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh,
    Bekas Ketua Bahagian UMNO Setiawangsa, Shahbudin Husin berkata, individu paling kecut perut menanti keputusan PRK Permatang Pauh ialah Naib Presiden  Ahmad Zahid Hamidi.
    “Keputusan PRK Rompin bukan saja memberi impak kepada UMNO dan BN, malah juga kepada Najib dan bakal penggantinya.
    “Walaupun Muhyiddin mengetuai jentera kempen kedua-dua kawasan tetapi tugas khusus diberikan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Rompin dan Zahid di Permatang Pauh.
    “Berkurangnya majoriti di Rompin dan jika kalah lebih buruk di Permatang Pauh, ia adalah petanda rahmat makin dekat buat Muhyiddin,” katanya menerusi shahbudindotcom.blogspot.
    KAH KAH KAH
    woit
    bukan muhyiddin laaa
    yang akan masuk ku li
    kah kah kah
    ya ampoooon ku li
    akan mencemar duli
    kah kah kah
    GENG 03 semua dah sedia
    kah kah kah
    yang belum sedia
    hanya ku li sendiri
    kah kah kah




    -------------

    MUKA MUKA ORANG JAHAT







    MUKA MUKA 

    ORANG JAHAT



    FACE BOOK


    Orang muda di sebelah kanan dikesan mengintip secara sulit di JDM10 Jalan Berapit. Dia mengaku nama diri sebagai Sarjan Wong dari Sabah & dihantar oleh pihak tentera utk mengumpul info. Setiap jam dia melapor balik kpd pihak atasan yg tidak diketahui kami. Setelah dia membuat pengakuan mengintip, dia dibawa ke balai polis diiringi @SivarasaRasiah & @CheahKahPeng.























    -----------------

    REMBAT LAGI REMBAT







    KOMENTAR
    tidak dapat disorok
    tidak dapat ditutup
    semua sudah diketahui
    kerja jahat najib rosmah
    telah sampai ke tahap bahaya

    negara sekarang dalam bahaya
    najib menjadi PM
    tanpa sokongan majoriti rakyat
    yang mendapat sokongan  majoriti
    ialah pakatan rakyat

    najib jadi PM dengan jalan tipu
    justeru kerana tipu pilihan raya
    membawa negara ke porak peranda



    Selepas Tabung Haji, wang zakat pula untuk selamatkan 1MDB, soal PAS


    PAS mempersoalkan sama ada wang zakat pula akan digunakan bagi menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas pengesahan Lembaga Tabung Haji hari ini membeli tanah daripada syarikat bermasalah milik kerajaan itu.
    Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan, apakah selepas Lembaga Tabung Haji, Putrajaya akan menggunakan wang agensi lain untuk menyelamatkan 1MDB.
    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-tabung-haji-wang-zakat-pula-untuk-selamatkan-1mdb-soal-pas#sthash.B4MZCxEQ.dpuf

    KAH KAH KAH

    woit
    ini sudah terok
    ini sudah bahaya
    duit tabung haji dirembat
    duit kwsp dirembat
    duit pencen dirembat
    sekarang duit zakat
    pun kena rembat

    LINGKUP LINGKUP




    ---------------

    GERAKAN ANTI NAJIB DITERUSKAN






    KOMENTAR
    rompin dan permatang pauh
    membawa bukti yang diperlukan
    rompin dan permatang pauh
    adalah bukti yang amat jelas  
    bahawa najib rosmah amat dibenci

    sesudah ini pasti mahathir muhamad
    akan mula menyerang kembali

    suasana bertambah kalut 
    ditambah pula dengan berita
    duit tabung haji dirembat
    untuk membayar hutang 1MDB

    semua ini adalah peluru
    untuk menembak najib rosmah








    Mufti bangkit soal Jho Low, Rosmah

    Mufti Perlis,  Mohd Asri Zainul Abidin berharap agar kerajaan akan dapat menjelaskan dakwaan mengenai pembelian tanah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Tabung Haji.

    Katanya, perkara itu semakin mendesak kerana isu berkaitan yang dibangkitkan mengenai 1MDB juga sehingga kini masih belum dijawab oleh kerajaan.

    "Ini isu masa depan saya dan negara saya. Saya harap pemimpin utama negara ini dapat memberikan satu jawapan yang boleh menghilangkan kerisauan rakyat ini.


    Selain itu, Mohd Asri turut membangkitkan persoalan mengenai peranan jutawan Jho Low yang turut dikaitkan dengan 1MDB sebelum ini.

    “Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu kebal dan utuh?

    “Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang,” katanya.

    Walau tidak menyebut nama mana-mana individu secara khusus, wanita dengan kemewahan luar biasa itu beliau dipercayai merujuk kepada isteri perdana menteri,  Rosmah Mansor.



    KAH KAH KAH

    woit
    rompin dah selesai
    P44 dah selesai
    maka yang asal
    balik usul
    kembali agenda asli
    tibai najib rosmah
    kempen terajang najib
    disambung kembali

    TERUSKAN LAGI


    ---------------