Khamis, 21 Mei 2015

DARI PENJARA SUNGAI BULUH





Isu-isu Rakyat Perlu Diselesaikan 
Sebelum Menongkah 

Arus Baru Dalam 
Rancangan Malaysia ke-11

Terima kasih  kepada  rakan-rakan termasuk Sasterawan Negara A. Samad Said  bersama Azizah dan keluarga dalam  perhimpunan  di  Sg. Buloh sempena 100 hari saya dipenjara.

Tumpuan kita sekarang harus ke arah memperjuangkan hak rakyat dengan membantah  kenaikan  harga barang terutama melalui  pelaksanaan GST  yang  kian  mendera  rakyat miskin. Kebocoran dan kerugian  akibat pengurusan  lemah dan penyelewengan 1MDB  perlu  ditangani  segera. Najib dan Kementerian Kewangan  perlu  memberikan penjelasan  kepada rakyat.

Kedua  permasalahan  di atas perlu ditangani sebelum  Najib mengemukakan Rancangan  Malaysia ke-11 di Parlimen. InsyaAllah, saya akan terus  istiqamah dengan  perjuangan menegakkan keadilan.

Anwar  Ibrahim,
Mahkamah  Sivil, Kuala Lumpur 21 Mei, 2015




-----------

KEMANA DUIT 1MDB HILANG





SOALAN
kurun ini 
ke mana duit 1MDB
hilang lenyap
42 bilion ringgit

PEKAK BADAK
Najib nampak liat atau pun sikap pekak badaknya begitu berkesan sekali atau pun Najib dah kunci semua institusi ' check n balance' negara sehingga semua jatuh bodoh bagaimana nak gulingkan Najib....semua dari Madey dan TPM boleh menyalak sekuat hati mereka namun Najib masih bertahan dan buat de saja melainkan PR dapat tumbangkan UMNO/BN pada PU 14 mendatang ni. Najib pakai azimat nasi kangkang RM kut, begitu harimau berantai sekali. on KE MANA DUIT ITU HILANG
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
at 3:02 PM





------------------

UCAPAN NAJIB - SATU PERJUANGAN





Hidup ‘sebuah perjuangan’, 

kata Najib ketika bentang RMK11 

"Ternyata, benarlah kata-kata para alim dan pujangga, hidup ini sememangnya sebuah perjuangan, laksana lautan yang jarang tenang. Sekali ombak naik, sekali ombak turun. Pergantian musim hujan dan panas, adakala masa susah dan ada kala masa senang. 

"Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia, sekiranya kita bersabar, seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan, juga keyakinan di dada, bertawakal kepada yang Maha Kuasa, kelak, akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita," katanya sebelum menamatkan pembentangan tersebut.

" Ada 260 bilion ringgit yang telah saya bentangkan di Parlimen untuk kita kerjakan. Ada banyak projek untuk kroni dan anak bini. Marilah kita sama-sama besabar. Jangan berundur. Jangan kita cemburu mencemburui. Lanun Jawa, Lanun Melayu atau Lanun Bugis kita semua sebangsa. Kerja kita sama. Kita merompak dan menjarah."

" Hidup perjuangan! Hidup Rosmah Mansor!"

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hidup-sebuah-perjuangan-kata-najib-ketika-bentang-rmk11#sthash.k8fxMuz6.dpuf




-------------

PROGRAM PENCERAHAN & FORUM






FORUM

22/5/15


JUMAAT MALAM

hotel K.T. Mutiara

Kuala Terengga

Displaying 20150519204116.jpg


SUNGAI PETANI

------------------------

MUHYIDDIN TIDAK BERGANJAK







TERUSKAN
klip  pertemuan tetutup
telah bocor
atau
sengaja dibocorkan
petang ini di parlimen
muhyiddin 

TIDAK

menafikan
malah berbangga



KLIP ITU
klip ini diambil dari sudut dekat
ini bukan klip curi
dari sebelah kiri muhyddin
pasti muhyiddin nampak
si mamat ini sedang merakam
dari youtube penghantar
memakai nama FIRDAUS ABDULLAH 
adalah ini bekas pengarah DBP
sosok ini 
pasti dari tim GTN
gerakan terajang najib

DUIT NEGARA DAH HABIS








AWAS!

  1. saman trafik - Astro Awani

    www.astroawani.com/topic/saman+trafik
    Translate this page
    PDRM kesan 1.59 juta miliki kesalahan trafik, waran tangkap mulai 5 Mei. Mei 01, 2015. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Warta bermula 5 ...

1.59 juta



FACE BOOK






69 Pesalah Trafik Ditangkap Hari Pertama Ops Warta......inilah nasib rakyat.tak bayar saman pun ditangkap.undang2 gila apa macam ni.negara ni negara apa sebenarnya.demokrasi atau kuku besi?.gila betul.

KOMENTAR
ini adalah tanda saheh
bahawa dana negara
bahawa duit simpanan negara
telah kurang
telah susut

menangakap pesalah trafik
mendenda pesalah trafik
menjadi salah satu  cara
kerajaan najib rosmah
mencari dana

kesalahan trafik
menjadi satu industri besar

percayalah TIDAK lama lagi
industri ini akan diswastakan

NOTA
anak anak muda bermoto
mat rempat
minah kancil
mat kelisa
awas jaga jaga
kamu adalah sasaran

33,473 waran tangkap kesalahan trafik diselesaikan - Polis ...

www.bharian.com.my/node/55280
Translate this page
5 days ago - SEMUA balai trafik di seluruh negara akan dibuka bagi memberi kemudahan kepada individu yang ingin menyemak atau menyelesaikan .

----------------

MALAM INI






KAH KAH KAH

malam ini  jam 9:00
dalam pangung
 pj live arts
jaya one
seksyen 17

PETALING JAYA
Korang dah tempah tiket utk ? 0172289849. Ada



--------------

MUHYIDDIN MULA MENYERANG





SERANGAN
tembak tembak
tibai tibai
terajang teranjang
TETIBA 
ada suara
'sack the presiden...'


KE MANA DUIT ITU HILANG





Dr M persoal mana pergi duit 1MBD?

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI]  Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menurutnya, menimbulkan pelbagai persoalan.

Dalam kenyataan menerusi blognya, chedet.cc yang dipaparkan semalam, bekas perdana menteri itu antara lain mempersoalkan ke mana wang syarikat pelaburan milik kerajaan itu dibelanjakan.

Beliau turut menyatakan perlunya pasukan forensik polis menjalankan siasatan terhadap pengurusan syarikat itu.

Ini kata Mahathir kerana isu 1MDB bukan hutang biasa yang pernah dibuat oleh kerajaan berjumlah hanya ratusan juta.

"1MDB telah hutang berbilion ringgit. Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta.

"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu, kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan.

Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat," tegasnya.

Menurut Mahathir lagi, apa yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun tetapi siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dibuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

"Jika ini tidak dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudahpun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang Umno sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," katanya

  1. Hutang 1MDB dengan bank tempatan RM5.037 billion ...

    www.freemalaysiatoday.com/.../hutang-1mdb-dengan...
    Translate this page
    Mar 27, 2015 - “Sehingga Januari 2015, jumlah hutang 1MDB dengan bank-bank ... Mohd Rafizi dalam soalannya meminta Menteri Kewangan ... Biarpun ada hutang. .... Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.
    1. Tun M dedahkan KELICIKAN 1MDB hilangkan RM27 billion ...

      theunspinners.blogspot.com/.../tun-m-dedahkan-kelici...
      Translate this page
      Apr 24, 2015 - What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. .... Parlimen duit dari Cayman Island US1.03 billion ada di BSI Singapore, ..... Ramai yang dah tahu FLIP FLOP Najib dalam isu wang 1MDB di Singapura.

KOMENTAR
inilah bukti 
yang dinyatakan oleh mahathir
bahawa najib berbohong

awal dari ini telah diumumkan
rakyat malaysia jangan risau
sebahagian duit 1MDB
telah dipindah dari pulau cayman
kini dimasukkan dalam bank singapura

duit ini berjumlah 1.1 bilion dolar amerika
keping keping dolar amerika
ada selamat dalam bank 

selidik punya selidik
diketahui nama bank ini
tanya punya tanya
siasat punya siasat
bank kata tak ada duit tunai
yang ada hanya kertas
yang menyatakan jumlah dolar

cisss
ini betul betul tipu umat

Najib pertahan presiden 1MDB daripada tuduhan palsukan penyata bank


Najib Razak hari ini mempertahankan Presiden dan Ketua Pengarah Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy daripada tuduhan mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan daripada cawangan Bank BSI di Singapura.
Najib yang juga menteri kewangan berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz daripada DAP.
"Kenyataan ahli Yang Berhormat, Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Najib dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Ariff bertanyakan Najib bagaimana Arul mendapat penyata bank yang bukan milik BSI, dan jika penyata itu bukan daripada bank tersebut, ia ternyata pemalsuan dokumen, dan sama ada ia mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.
Semalam, Najib berkata wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura seperti dilaporkan sebelum ini.
DAP awal hari ini menggesa Arul dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai AS$1.1 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pertahan-ceo-1mdb-daripada-tuduhan-penyata-bank-palsu#sthash.58WTY8hr.dpuf



KAH KAH KAH

woit
mat mongol tipu lagi
tak kenal ziana zain
tak kenal altantuya
tak kenal sirul
tak kenal azilah
semua tak kenal
tak caya?
dah sumpah dalam masjib
kah  kah kah

SUMPAH SUMPIT





-------------

TANGKAP CINA TEMBAM



KOMENTAR
khairy jamaluddin tidak ada pilihan
kapal sedang bocor
untuk dilihat berpengathuan
untuk dilihat ada kepimpinan
untuk dilihat ada potensi
sebelum kapal karam
lebih baik pasang sauh
lebih baik buka layar
lebih tekan najib

kalau ingin dilihat ada ilmu
kalau tidak akan dilihat
sama saperti hasan malek
sama saperti sabri yacob
sama saperti ahmad maslan
paling lokoi
sama saperet azeez eee a.k.a kalimuthu



Khairy mahu PAC siasat Jho Low 

berhubung 1MDB

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa ahli perniagaan Low Taek Jho disiasat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana penglibatannya dalam syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor The Star Online.
Beliau berkata, spekulasi awam ke atas penglibatan Low dalam skandal itu terlalu besar untuk diabaikan, sambil menambah "apa sahaja cara anda melihat isu ini, cap jari Jho Low berada pada seluruh tempat".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairy-mahu-pac-siasat-jho-low-berhubung-1mdb#sthash.N9cZUUeK.dpuf


JENG JENG JENG
syabas menantu abah
ini baru betul
tangkap cina tembam
cina tembam ada kawan
macam mana?
tangkap sama ke?
berani ke?
kalau tak berani
macam mana nak jadi PIEM

MULA PASANG JERAT




------------

SEMUA DI BAWAH SEDAR





CIK AMINAH
Kesihan Najib yang telah di"bawah sedar"kan selama berpuloh tahun. Kita tahu, adiknya pun tahu, Isa Khinzir pun tahu bahawa selera Najib adalah sosok yang seperti Cik Aminah atau Cik Zai.....bayangkanlah jika "first lady" kita macam Cik Aminah atau Cik Zai.....

masa tu kalau duit negara hilang RM 100 billion pun gwa tak kisah gwa halalkan. Tapi apa boleh buat Najib bergerak di bawah sedar, ditambah lagi dengan tiap malam dihempap sosok gempal dan bulat yang seberat lori 3 tan. Sebab tu lah bila Chedet tanya, "siapa arah Sirul". jawapannya "Dah 3 kali aku bersumpah".....maka kita dah tak boleh marah Najib sebab Najib berada di "bawah sedar". 

Pandikar pun tak boleh letak jawatan. Menurut Pandikar dalam isu "letak jawatan"nya, Chedet dan dia tidak berbohong. Masalahnya Najib dah tak boleh baca surat itu. Mungkin juga bila UMNO kalah dalam PRU14 nanti Najib juga tidak boleh didakwa sebab sejak jadi Menteri lagi dia dah berada di "bawah sedar". on KUASA DIBELAKANG KELAMBU
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 5/20/15





-------------

BAHAYA! DUIT PENCEN AKAN HILANG





PELABURAN KWAP, KWSP DAN TABUNG HAJI DI DALAM IMDB BERISIKO BESAR WALAU DIJAMIN KERAJAAN

Jawapan Perdana Menteri bagi soalan bertulis saya bertarikh 18 Mei 2015 mengesahkan bahawa pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) adalah lebih besar dari apa yang pernah dilaporkan sebelum ini. Selain dari pinjaman RM4 bilion yang diberikan kepada bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd, Perdana Menteri mengesahkan bahawa KWAP juga mempunyai pelaburan dan pegangan berjumlah RM1.4 bilion di dalam 4 anak syarikat 1MDB termasuklah Bandar Malaysia Sdn Bhd.

Ini bermakna dari RM1.5 bilion bon yang diterbitkan oleh 1MDB (melalui Bandar Malaysia Sdn Bhd) bagi membiayai penempatan semula operasi ketenteraan di Kem Udara Sungai Besi, RM920.8 juta telah dilanggan oleh Tabung Haji dan besar kemungkinan baki RM579.2 juta telah dilanggan oleh KWAP. Baki pelaburan dan pegangan KWAP yang lain berkemungkinan dalam bentuk bon yang diterbitkan oleh anak-anak syarikat 1MDB yang disenaraikan Perdana Menteri pada hari Isnin.

Jawapan Perdana Menteri itu juga mengesahkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga terdedah kepada risiko kewangan 1MDB melalui pelaburan dan pegangannya yang berjumlah RM1.72 bilion.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Shahril Ridza Ridzuan bahawa pegangan bon di dalam 1MDB dan anak-anak syarikat janakuasa 1MDB adalah selamat kerana ia dijamin kerajaan. Beliau juga dipetik dengan berkata bahawa sekiranya 1MDB mengalami masalah pun, apabila aset-aset 1MDB dijual KWSP akan mendapat keutamaan dalam mendapatkan kembali nilai pelaburan RM1.72 bilion itu.

Hakikatnya, masalah kewangan 1MDB telah menjadi satu risiko kewangan yang besar bukan sahaja kepada syarikat itu, malah kepada keseluruhan Perbendaharaan Negara. Oleh kerana banyak hutang-hutang 1MDB dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, sebarang kegagalan membayar hutang perlulah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam keadaan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan juga rapuh, ada kemungkinan besar sekiranya 1MDB gagal, Kerajaan Persekutuan akan berunding dengan agensi-agensi kerajaan seperti KWAP, KWSP, Tabung Haji dan lain-lain untuk melengahkan pembayaran atau menggantikan pembayaran dengan aset bukan tunai untuk membantu aliran tunai Perbendaharaan Negara. Memandangkan KWAP, KWSP dan Tabung Haji adalah agensi Kerajaan, besar kemungkinan agensi-agensi ini terpaksa akur dengan permintaan Kerajaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, bukanlah mudah untuk mengutip hutang dari 1MDB apabila syarikat itu gagal seperti mana yang diwar-warkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Tambahan pula, hutang RM42 bilion oleh 1MDB itu berhadapan dengan risiko “cross default” (kegagalan berturut-turut membayar hutang apabila 1MDB gagal membayar satu hutang) yang boleh membawa kesan besar kepada sistem kewangan negara. Apabila ini terjadi, kepentingan Kerajaan Persekutuan ialah memulihkan sistem kewangan negara dan sebarang tuntutan oleh badan-badan kerajaan seperti KWAP, KWSP dan Tabung Haji akan dilengah-lengahkan.

Oleh itu, saya menggesa supaya KWAP, KWSP dan Tabung Haji dengan segera membuat keputusan melupuskan pegangan dan pelaburan di dalam 1MDB terutamanya di dalam bon-bon bagi melindungi kepentingan pencarum. Dengan segala masalah yang dihadapi 1MDB yang telah menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan, adalah lebih selamat sekiranya KWAP, KWSP dan Tabung Haji mengambil pendirian “mencegah lebih baik” (“prevention is better than cure”).

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




-------------