MASIHKAH INGAT kata Najib pada 16/5/2015 yg menyindir Tun Mahathir baru2 ini katanya;
"Saya masih mendapat sokongan majoriti ahli parti, walaupun sudah meminda Perlembagaan Umno yang membolehkan Presiden dicabar tanpa undi minima itu, malah saya boleh menang tanpa bertanding.."
Memalukan sungguh la ada piem macam neh. Sembang je berapi2 tapi habuk pun tarak.
Pengendali Facebook 1M4BN mendakwa sukarelawan menyentuh anjing ketika membungkus kurma yang diedarkan kepada umat Islam sempena Ramadan.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung kecewa apabila difitnah mengedarkan kurma tidak halal kepada umat Islam sempena Ramadan.
Fitnah itu dibuat oleh pengendali laman sosial Facebook yang menggunakan nama 1M4BN yang mendakwa sukarelawan menyentuh anjing ketika membungkus kurma.
Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR itu berkata, sudah empat tahun pihaknya mengedarkan kurma sempena Ramadan dengan bantuan sukarelawan pelbagai bangsa.
Katanya, fitnah itu boleh menjejaskan permuafakatan rakyat pelbagai agama dan bangsa yang membantu secara sukarela membungkus kurma berkenaan.
“Saya minta UMNO dan MCA menyatakan pendirian mereka. Hentikan fitnah terhadap sukarelawan yang ikhlas membantu. Hentikan perobohan muafakat rakyat,” tulisnya di Facebook.
Gempa 3.1 magnitud landa barat daya Ranau KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.1 magnitud melanda barat daya Ranau, Sabah, sebentar tadi, demikian lapor Jabatan Meteorologi.
Hadi sudah bermula panik, Harakah kian tutup kedai... PENGEDAR HARAKAH TERPAKSA BERHENTI JADI PENGEDAR HARAKAH, AHLI2 TAK MAHU BELI LAGI Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang ahli Pas cwgnya memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas lg, kerana Hj Hadi Awang sangat flip flop, tak ada pendirian, dan ada seorang darinya mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai.
KUALA LUMPUR 26 Jun - Najib Razak memutuskan beliau menerima keputusan dibuat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang melucutkan keahlian G. Palanivel daripada parti MIC.
Najib berkata, sebagai ketua kerajaan, beliau tidak mempunyai pilihan selain perlu akur kepada keputusan ROS kerana perkara tersebut telah melalui proses mahkamah.
Tambah Najib, beliau telah melihat surat ROS berhubung ketetapan yang dibuat terhadap parti MIC
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/keahlian-palanivel-dilucutkan-1.107669#sthash.AL4LKJ4z.dpuf
ALHAMDULILLAH LAGI SEBAHAGIAN RAMBUT NABI PADA DIRI HAMBA YANG FAQIR.
Alhamdulillah hari ini saya beriftar bersama seorang Waliyullah bernama Dr. Syeikh Usamah as Sayyid hafizahullah seorang ulama kabir dan Adib pakar bahasa dan Syair Arab yg paling terkenal zaman ini.. sudah berumur tetapi sangat bersemangat dalam berdakwah.
Beliau antara ulama yg memegang Rambut Rasulullah dan berketurunan Rasulullah..juga seorang pengarang kitab2 mempertahankan akidah Ahli Sunnah Jamaah dan menolak ajaran2 sesat.
Antara pesanan beliau adalah ILMU Ahli Sunnah mesti diajar dan diamalkan. Beliau juga mengijazahkan kitab2 karangan beliau kepada saya dan hamba yg alfaqir menerimanya alhamdulillah.
Gambar ada sebahagian kecil potongan dari rambut Rasulullah yg dipakai hamba..alhamdulillah...sollu ala Rasulillah.
ada dua laporan berita membawa berita yang sama isi berita ini amat jelas mamat yang menganjurkan program najib di pwtc telah berhenti dari semua jawatan progaram anjuran mama ini telah kantoi najib telah dimalukan di program nothing2hide najib tak datang sebenarnay najib takut nak datang kerana mahathir datang sama ke PWTC najib takut berhadapan dengan mahathir mahathir mahu bertanya : kemana hilang duit 1MDB projek najib di pwtc ini satu projek membaiki imej najib projek ini projek bodek bila gagal maka kepala pembodek kena penggal banyak kaki bodek mula tuduh menuduh china wangker lim cock weng tak mengaku setiausaha najib tak mengaku semua tak mengaku kerana bukan saja program gagal malah najib dapat malu besar lihat dua laporan portal media media melaporkan berita yang sama pembaca dapat ilmu media hanya dengan membaca dan membanding dua berita dari dua laman portal satu portal media bodek ketuanan melayu satu portal media bebas dalam portal media bebas diberitahu latar belakang siapa mamat yang letak jawatan ini latar belakang politik sebagai pembuat progaram nothing2hide
dalam portal media bodek ketuanan melayu tidak disebut latar belakang mamat ini laporan berita tergantung pembaca tidak tahu bahawa mamat ini bertanggung jawab buat program dimana najib razak telah mendapat kemaluan yang besar bila pembaca membaca beria ini pembaca akan tertanya tanay kenapa mamat peguam dan ketua pemuda gerombolan ini hujan tidak ribut tidak tetiba letak jawatan laporan dari portal kaki bodek bertujuan untuk membantu mamat ini bertujuan untuk tidak menimbulkan kembali progarm dimana najib telah dimalukan selamat belajar!
27 Jun — Khairul Anwar Rahmat, penganjur forum Nothing2Hide yang mengundang kontroversi awal bulan ini melibatkan Najib Razak dan Mahathir Mohamad, mengumumkan peletakan semua jawatan yang dipegangnya dalam Umno.
Kenyataan yang dikeluarkan firma guamannya berkata, peletakan jawatan Khairul itu bermula 11 Julai ini bagi menumpukan kepada usaha mengembangkan perniagaannya di peringkat serantau. Beliau akan meletakkan jawatannya sebagai ketua Pemuda bahagian Kluang, naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua setiausaha biro guaman Umno. Kenyataan itu menjelaskan, firma berkenaan akan mengembangkan perniagaannya ke Asia Barat dan Eropah, satu cita-cita yang akan terhalang sekiranya Khairul bergiat aktif dalam politik. – 27 Jun, 2015.
Khairul Anwar lepas semua jawatan dalam Umno
JOHOR BAHRU - Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Khairul Anwar Rahmat hari ini melepaskan semua jawatan yang disandangkan dalam Umno.
Dalam satu kenyataan media, Khairul Anwar yang menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia mengesahkan perlepasan jawatan tersebut.
"Saya ingin mengesahkan bahawa kenyataan media yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Khairul Group pagi tadi adalah sahih.
"Keputusan ini diambil selepas mendapat restu dari ibu saya serta perbincangan mendalam bersama ahli keluarga," katanya dalam satu kenyataan media, pagi ini.
Beliau juga memohin kejayaannya dalam apa jua lapangan yang bakal di ceburi kelak.
Akuinya, keputusan tersebut dibuat berpandu petunjuk ALLAH.
Sebelum pengesahan itu, media menerima satu kenyataan dari Khairul Group mengenai keputusan Khairul Anwar tersebut.
"Kami ingin memaklumkan keputusan Pengerusi kami, Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk melepaskan semua jawatan dalam parti Umno berkuatkuasa 11 Julai 2015 bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma.
"Serentak itu juga, pihak kami bakal meneruskan operasi firma Khairul Group ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh sebelum ini memandangkan Pengerusi kami (ketika itu) masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan," katanya.
Kenyataan dari Unit Komunikasi Korporat kumpulan itu juga memetik, tindakan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi (mediation) antarabangsa.
Perdana Menteri berkata, syarikat 1MDB yang mendapat kritikan daripada pelbagai pihak sebenarnya banyak berjasa untuk pembangunan Islam di Malaysia.
Merujuk kepada projek menaik taraf Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebahagian daripada kos RM20 juta yang diperlukan adalah datang daripada Yayasan 1MDB.
Rakyat keliru pengiraan baharu hutang negara KUALA TERENGGANU - Rakyat tidak memahami sepenuhnya kaedah baharu pengiraan hutang negara yang mula dilaksanakan sejak 2014, menyebabkan mereka mudah dikelirukan pihak yang cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan.
Hakikatnya, tegas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Puad Zarkashi, pengiraan hutang negara sebanyak RM744 bilion itu turut merangkumi butiran termasuk hutang swasta, hutang syarikat awam serta hutang individu.
Malah jelasnya, hutang kerajaan hanya berjumlah lebih kurang dua peratus iaitu kira-kira RM16.8 bilion selain tidak berhutang kepada pihak seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).