Isnin, 13 Julai 2015

TAKTIK GAGAL







NAK PAKAi

TAKTiK ABAH

GAGAL

PADAN MUKA





------------

MARA HABIS DUIT



KERANA

 RASUAH

MARA HABIS


 DUiT




MARA TIDAK WAJAR BATALKAN BIASISWA KE UNITED KINGDOM DAN IRELAND

Saya telah mendapat aduan dari ibu bapa pemegang-pemegang biasiswa MARA bagi kursus perubatan yang sepatutnya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland tetapi telah ditukar pada saat akhir.

Pelajar-pelajar tajaan MARA yang berjumlah 31 orang sebelum ini telah menjalani kursus International Baccalaureate (IB) di Kolej MARA Banting di bawah Skim Pelajar Cemerlang. Tawaran asal ialah bagi menjalani kursus ijazah perubatan di universiti-universiti di United Kingdom dan Ireland sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat berikut:

1.    Mendapat keputusan purata 33 dari markah keseluruhan 45 di dalam peperiksaan IB
2.    Mendapat tawaran di universiti-universiti yang diluluskan MARA bagi kursus ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland

Saya dimaklumkan bahawa setelah mereka selesai menjalani peperiksaan dan memenuhi dua syarat di atas, baru-baru ini pelajar-pelajar ini telah dimaklumkan bahawa MARA tidak lagi mampu untuk menghantar mereka melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland seperti perjanjian asal penajaan. Alasan yang diberi adalah MARA tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi memandangkan keadaan ekonomi negara dan tukaran wang yang tidak baik.

Mereka diminta untuk menguruskan sendiri urusan membuat permohonan kemasukan ke universiti-universiti di negara lain. Oleh kerana permohonan ke universiti-universiti di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Canada telah ditutup, maka pelajar-pelajar cemerlang ini hanya ada pilihan di universiti-universiti di India, Indonesia dan Malaysia.

Sudah tentu pelajar-pelajar cemerlang ini dan keluarga mereka tidak boleh menerima alasan MARA mengenai keadaan kewangan bila mana MARA terlibat di dalam pembelian hartanah bernilai RM375 juta di Australia. Dari jumlah itu, RM129 juta dipercayai melibatkan urusniaga yang meragukan sehingga MARA terpaksa membayar lebih dari harga pasaran.

Oleh kerana pelajar-pelajar cemerlang ini telah memenuhi syarat-syarat penajaan, maka wajarlah pihak MARA dan Kerajaan Persekutuan menunaikan janji seperti syarat-syarat penajaan iaitu untuk menghantar mereka melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di United Kingdom dan Ireland.

Saya akan menghantar aduan secara rasmi kepada YB Datuk Nurjazlan Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) dan ahli-ahli PAC supaya membawa perkara ini apabila MARA dipanggil memberi keterangan mengenai pembelian-pembelian hartanah di Australia.

Saya juga menyeru supaya YB Dato’ Seri Shafie Afdal dengan segera menyelesaikan perkara ini dengan mengekalkan program penajaan pelajar cemerlang ke United Kingdom dan Ireland sebelum kredibiliti MARA di mata rakyat terus jatuh.

Saya akan membantu keluarga pelajar-pelajar terbabit dengan membawa isu ini sehinggalah mereka mendapat tempat seperti perjanjian penajaan mereka dengan MARA. 

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


-------------

BILA NAK SAMAN?








TiNGGAL

 BERAP

JAM LAGi


Rosmah lebih jantan berbanding Najib-Shahbudin

 | July 12, 2015
Ia berdasarkan keberaniannya tampil mengesahkan kewujudan akaun bank selepas ia didedahkan Sarawak Report





PETALING JAYA: Rosmah Mansor dilihat lebih jantan berbanding isterinya Mohd Najib  Razak.
Fakta itu diukur berdasarkan keberaniannya tampil mengesahkan kewujudan akaun banknya selepas ia didedahkan Sarawak Report.
“Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih “jantan” berbanding suaminya untuk mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan orang ramai,”tulis bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Katanya lagi, Rosmah melalui peguamnya cepat bertindak membuat penafian berhubung kewujudan akaun tersebut.


KAH KAH KAH

bila nak saman
cakap dalam masa 72 jam
kah kah kah

PUTAR ALAM

----------------

SENJATA LAMA





FACE BOOK


Selamatkan Malaysia dari perkauman













-----------

FULUS OF FULUS






FULUS SiKOM

wal pas si hoon wal malaoon wal pas si hoon wal firauun wal pas si hoon wal sikuun wal pas si hoon wal kute kante wal pas si hoon wal sapuui balakkki wal pas si hoon wal sampul fi fulus si kum wal pas si hoon wal sontot al sotong kah kah kah - 

wooi jangan jual tuhan , jangan jual agama, jangan jual syurga bila berkuliah , ceramah dan usrah dan lagi dan lagi dan lagi - berapa banyak lagi la woooi lebai ! on WA FULUS SIKOM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/12/15


-----------

MARI KITA TEKA







MARi KITA

 TEKA

anak jepun ?

atau

anak  arab?


Bayi ditemui di tangga masjid
MELAKA - Seorang lelaki terkejut apabila terdengar suara tangisan bayi di luar masjid ketika sedang mengerjakan Qiamulail di Masjid Kampung Alai, Alai, di sini, semalam


SELAMAT

BERANCUK




--------------

HARAPAN BARU





JANJi BAKRI

HARAPA

BARU

KOMENTAR
ke arah politik baru
ke arah perjuangan baru
ke arah garis baru
sebuah wadah perjuangan
untuk anak semua bangsa




Sebelum parti baharu, Gerakan Harapan Baru diumum sebagai tapak aktiviti


Kumpulan progresif yang tersingkir dalam PAS akan mengumumkan secara rasmi tapak aktiviti mereka yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada satu sidang media hari ini, sebagai pra kepada penubuhan parti politik baharu di Malaysia.
Ia akan diumumkan pengerusinya Mohamad Sabu, selepas pembentukannya pertama kali diumumkan pada pertemuan di Muar, Johor, 16 Jun lalu, mengambil nama G18 sempena 18 pemimpin yang tersingkir pada pemilihan parti awal Jun lalu.
"Esok kita akan umumkan struktur asas gerakan ini sebelum membuat jelajah atau 'roadshow' seluruh negara selepas Aidilfitri ini," kata sumber kumpulan itu kepada The Malaysian Insider semalam.
Roadshow pertama akan diadakan di Kota Baru dan Perlis pada Hari Raya ketiga, Ahad 19 Julai, di mana pemimpin mereka akan bertemu dengan orang ramai bagi menguji sambutan ke atas mereka.
Sebelum ini, kumpulan ini mengadakan 2 pertemuan umum iaitu di Bakri dan Tongkang Pechah, kedua-duanya di Johor, yang kini menjadi pusat aktiviti utama kumpulan ini.
"Di kedua-dua majlis di Johor itu, kami mendapat sambutan yang baik. Kami akan nilai sambutan terhadap kami di seluruh negara pula dalam roadshow selepas raya ini," kata sumber itu.

"Selepas 2 program ini, kita akan adakan pula program yang sama di seluruh negara untuk sambutan dan kehendak rakyat terhadap kami," kata sumber itu yang turut memaklumkan jurucakap rasmi kumpulan ini adalah Mat Sabu dan timbalannya Salahudin Ayub. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sebelum-parti-baharu-gerakan-harapan-baru-diumum-sebagai-tapak-aktiviti#sthash.qyCBQ4x0.dpuf

SELAMAT 

BERJAYA

------------

BERAPA HARTA NAJIB






FACE BOOK


PM ikrar tak kecewakan rakyat, terus tadbir k'jaan



Macam mana PM boleh ikrar tak kecewakan rakyat, sedangkan rakyat sampai hari ini menanti pengisytiharan harta PM dan Isterinya...


KAH KAH KAH

gwa kah kah

tergolek dog

kah kah kah


--------------

NAK INGATKAN







SAJE NAK 

INGATKAN

KALAU 

TERLUPA







--------------

LEMBAGA EEE TIPU MELAYU




MELAYU DITIPU

LEMBAGA EEE

Kenyataan Pengerusi TH satu pembohongan-APANAMA

 | July 12, 2015
Selepas dua bulan, status penjualan hartanah yang dibeli TH dari 1MDB masih jadi tanda tanya






PETALING JAYA: Pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB diminta supaya turut menyiasat Lembaga Tabung Haji (TH).
Ia perlu dilakukan kerana sehingga kini urusan penjualannya masih menjadi tanda tanya dan keadaan itu menimbulkan kerisauan di kalangan pendeposit.
“Ingat, wang yang digunakan untuk ‘membeli’ tanah kerajaan dari 1MDB adalah wang pendeposit dan bukan-nya wang Tabung Haji, Kerajaan ataupun milik mana-mana pemimpin atau keluarga mereka.
Mungkin pihak task force yang menyiasat 1MDB juga harus memberi sedikit tumpuan khusus kepada isu Tabung Haji ini kerana ramai pendeposit sudah mula risau,” tulis blogger APANAMA.
Katanya lagi, mereka perlu tahu status pembelian hartanah di TRX yang dikatakan dengan 40 kali ganda dari 1MDB.
Soalnya lagi sekiranya tanah berkenaan dijual semula, TH perlu menyatakan keuntungan dan sekiranya masih belum dijual, ia perlu menyatakan alasannya.
Ekoran pendekatan kunci mulut Pengerusi Pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim, penulis blog APANAMA menyifatkan kenyataan yang dibuat sebelum ini satu pembohongan.
“Berikut Kenyataan Pengerusi Tabung Haji yang dibuat DUA BULAN lepas pada 9hb Mei 2015, berikutan nasihat Perdana Menteri, hanya PEMBOHONGAN?,” tulisnya.

KAH KAH KAH
woit
kesian bani ketuanan melayu
kesian pada bani melayu
pagi ditipu utusan
petang ditipu rtm
malam ditipu tv3
kemudian ada top up
kena tipu oleh eee
apa nak jadi dengan melayu
kalau orang puteh tipu ok juga
ada kelas 
ini lembaga hitam legam 


GELAP GELITA
----------

LAGI KEPALA BODEK





SAEKOR

KAKI BODEK


Serangan terhadap Najib usaha terancang gugat kestabilan negara

 | July 12, 2015
Rakyat dinasihat supaya tidak mudah percaya kerana tujuan dan matlamat bukan menjatuhkan Najib tetapi lebih daripada itu.






PETALING JAYA: Serangan terhadap Najib  Razak dengan mengaitkan kontroversi 1MDB merupakan usaha terancang untuk mengugat kestabilan negara.
Ismail Sabri Yaakob berkata, ini dibuktikan apabila Najib terus dilemparkan dengan pelbagai fitnah walaupun telah membuat perjelasan.
“Kita tengok selepas satu fitnah dilemparkan telah dijawab Perdana Menteri, timbul pula fitnah dan tuduhan baru, ia berterusan begitu,” katanya.
Ismail Sabri meminta rakyat tidak terpedaya dengan usaha untuk memburukkan Perdana Menteri kerana matlamatnya lebih daripada itu.
“Bukan sekadar menjatuhkanPerdana Menteri tetapi untuk memporakperandakan negara,” katanya.



KAH KAH KAH
woit
ni cerita hebat
baru sekarang gwa sedar
kah kah kah
rupa rupanya
tun mahathir bekas piem
bekas presiden parti ketauanan melayu
berniat nak porak perandakan negara
wow!
gwa ingat ini kes najib rembat duit
gwa ingat ini kes kak mah rembat duit
rupa rupanya bukan
cissss... nasib baik betul
nasib baik ada hasan malik...oppps
bukan hasan malik ... ini sabri malik
kah kah kah
kalau tak ada taik palat macam sabri ini
habis negara ini

PUNTAT MU
------------

DI BUMI INI





FACE BOOK



MALAYSIA, A COUNTRY WHICH MADE UP OF MULTIPLE ETHNICITIES IS IN A GREAT NEED TO UNITE UNDER A SINGLE ROOF, NOT AS MALAYSIAN ALONE, BUT AS HUMAN BEINGS AS WELL. KEEP CALM, FUCK THE RACISM & FUCK THE FASCISM. 







































------------------

SELAMAT BERBUKA







DAH NAK


 RAYA

petang kelmarin 
gwa sekali lagi 
masuk hulu selangor
ziarah
kedai hujung dunia
kedai ini spesial
ada jual  gulai ikan air tawar
petang kelmarin
gwa dapat 
gulai ikan haruan
dan 
gulai ikan hantu
wow! pulang modal
jalan jauh jauh

kedai makan ini
memang khusus
menyedikan masakan
ikan darat
sama macam 
restoran di slim river
tapi buah buahan
di gigi jalan tak guna
tak molek
tak menarik
mungkin kerana panas terik
semua gagal

PULANG
jalan pulang amat menarik
telah hampir jam 9 malam
lampu malam tujuh likur terpasang
lalu gwa teringat
kampong gwa
tahun ini gwa tak pasang lampu
gwa  tak main mercun

tahun ini
gwa sekali lagi
raya bangla


PETANG INI
gwa akan pergi
bazar ramadan 
di talawi bangsar
bukan nak mengada-ngada
tapi
petang ini gwa buat program
dengan tv german
ini program tapai
untuk orang german
kah kah kah
tapi tak ada  bira
kah kah kah
gwa tak tahu apa yang ada
gwa tak pernah ke sana
gwa pilih bangsar talawi
kerana paling hampir 
dengan
wilayah gwa
kalau kampong baru
agak susah tempat kereta

SELAMAT

 BERBUKA 






------------

KUCING KUCING INI






MALA

TUJUH LiKU


memasuki minggu terakhir puasa
apakah kita telah berjaya
menilai kembali
erti kemanusian kita
apakah ketika kita
berjalan 
kita ternampak
kucing kucing ini



-----------------